Selasa, 11 Februari 2014

Akhlak suami terhadap isteri yang hamil

Sebagai seorang suami pula, kaum lelaki mestilah mempunyai akhlak yang baik dan seterusnya memperlakukanya dengan baik terhadap isteri, tambahan pula dalam keadaan isteri yang hamil. Suami janganlah mengambil sikap sambil lewa dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Di  bawah ini dinyatakan beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap isterinya, atara lain:

a. Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang terhadap isterinya sebagai teman hidup yang palig hampir dengannya.

b. Sentiasa berlaku jujur terhadap isteri dan jangan sekali-kali bersikap kejam terhadapnya.

c. Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya sekalipun dalam keadaan marah, apabila dalam keadaan marah sekalipun hendaklah kawal diri dengan sebaik baiknya, tenangkan diri banyak beristighfar, berselawat dan berwudhuk dan juga ingatkan kembali kenangan manis dan jasa isteri terhadap kita selama ini.

d. Janganlah mudah mengeluarkan perkataan ''talak'' dalam keadaan isteri hamil kerana ini boleh menyebabka emosinya terganggu sekaligus kandungannya juga terganggu.

e. Jauhilah daripada merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain, sebaliknya hendaklah sentiasa menyenangkan hatinya.

f. Hargailah dan berikanlah pujia di atas segala pemberian dan pengorbanan isteri.

g. Bantulah isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan kerja memasak, membasuh pakaian dan sebagainya.

h. Cuba fahami keadaan dan masalah si isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatanya.

i. Berilah semangat dan perangsan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar dia bertambah semangat. tenangkan hatinya selalu apabila mengalami kesusahan dan kesulitan.

j. Bantulah isteri dalam melakuka kebaikan dan ibadah.


*panduan ibu mengandung & adab menyambut cahaya mata - Berlian publications sdn bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan