Sabtu, 26 April 2014

Umrah (Part 5)

Kami berkemas2 sebelum memulakan tawaf wida (selamat tinggal). Sayu pulak rasa hati bila mengigatkan yang harini adalah hari terakhir kami disini. Selesai solat isyak dan makan malam, kami bergerak ke masjidilharam. Kami masing2 xde bawak beg ataupun kamera, cma pakai tag nama saja. Sbb risau kalo2 selepas buat tawaf wida nanti terambil gambar atau terbeli barang yang xsepatutnye. Sbb bila slesai tawaf wida kita xblh nak beli barang2 lg dah kecuali makanan/minuman yang kita nak bawak semasa dalam perjalanan saja. Selesai tawaf wida saya mengambil masa yang lame utk menatap kaabah bt kali terakhir. Dan saya harap ini bkn kali terakhir saya blh menatap kaabah dpn2. Saya berharap saya dan keluarga serta adik beradik yang lain akan dipanggil utk menjadi tetamu Mu nanti Ya Allah. Menitis airmata saat melangkah kn kaki ke luar dr masjidilharam. Saya juga berterima kasih , kpd suami sebab kalau bukan krn dia, tak mungkin saya dan anak akan sampai ke sini. Terima kasih......

Kami kembali ke hotel utk mandi. Dan selesai semua kami trun dan menuggu di lobi saja. Jam 12 mlm kami bgerak menaiki bus ke terminal haji. Perjalanan mengambil ms 1 ½ jam sj dr mekah. Kami juga telah dipesan, selepas tawaf wida kami dilarang utk mengambil gmbr selagi belum keluar dr tnah haram. Dh kuar dr tanah haram br lh dibolehkan. Saya mmg dh simpan siap2 kamera dan hp. Risau kalo2 terambil gmbr.
Kami sampai di termial haji lebih kurang pukul 2 pagi. Kami berkumpul dulu di tempat yg disediakan smentara nak tunggu pkul 8.30 pagi untuk berlepas. Selamat la tempt menunggu tu dh ada disediakan surau dan juga tandas. Senang sikit untuk kami nak membuang hajat atau nak solat nanti...hihihi. Sementara nak tunggu subuh tu saya melelapka mata. Dan terjaga semula bila terdengar azan subuh berkumandang. Lepas solat subuh, dlm pkul 6 lbih kami dh dipanggil utk checkin bagasi. Semasa checkin ada masalah ckit la antara jemaah2 dengan petugas airport. Ada sebahagian jemaah yg xsbar bila urusan di kaunter sedikit lambt. Yang jadi mangsa kemarahan adalah mutawif. Kesian la saya tengok mutawif tu, dah la nak handle semua jemaah ni sorang2. Akhirnya ayah,adik lelaki dan suami saya yang tolong mutawif tu settle kan bagasi dan air zam zam. Terfikir didalam hati, baru lepas mengerjakan umrah, dilatih utk sabar walau ape pn dugaan yg dtg, tp bila diberi ujian macamni hilang semua kesabaran. 

Selesai urusan checkin beg kami bergegas ke bahagian pasport. Mudah sgt2 kerana sewaktu kami sampai, kaunter imigresen utk jemaah andalusia dibuka 2 kaunter. Senang dan lancar. Macam biase ank  saya la jadik bahan utk diorg berborak dan beramah mesra. Kami berlepas ke malaysia tepat pada masanye. Dan sampai di malaysia pkul 10.30 mlm. Lebih awal dari jangkaan. Semasa balik ni alhmdllah kami dapat dduk di tempat yg dekat2, sebaris dan sebelah2 pulak tu. Tapi yang tak tahan kami duduk di seat yg paling belakang. Memang seronok sebab dekat dengan toilet, tapi pening tu jgn ckp la, Sebab duduk di bahagian blakang terasa bergoyangnye. Tapi alhamdllah kami selamat sampai ke tanah air.

Di Lcct kami dijemput oleh anak buah ayah yang bekerja di balai bomba klia. So dia la yang menghantar dan menjemput kami di lcct tu. Naik van bomba lagi uolsss....maklumlah berat dan bilanga item dah bertambah...hahaha. Malam tu jugak la kami sekeluarga bergerak balik ke Ipoh. Dan sampi di ipoh lebih kurang pukul 3 pagi.


Saya bersyukur sangat2 pada Allah kerana urusan kami sekeluarga ke tanah suci mekah ni di permudahkan. Dari segi paspport, imigresen pergi dan balik, tawaf, saie, solat, dll semuanye bjln dgn lncar. Kami xpayah nak tunggu masa yang lama pun. Bersyukur sgt2. Saya harap kami skluarga akan dijemput menjadi tetamu Allah lagi pada masa akan datang. Mungkin pada masa akan datang saya dapat pergi bersama adik bradik yg lain Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan