Pagi ni terbangun awal pulak. Solat, pastu terus turun ke lobby tuk breakfast. Disebabkan yang lain malas nak bangun breakfast, so aku dengan teacher wawa je la yang turun. Tapi tak sedap hati sebab kitorang berdua dapat makan sedap-sedap, yang lain tak dapat. So kitaorang ni buat muke tak malu siap bawak bekal lagi untuk diorang yang ada kat dalam bilik. Lantak la, selamat la receptionist tak de cakap pape. Banyak menu yang ada kat Amarins Hotel ni. Pagi-pagi dah ada bihun goreng, maggie goreng, nasi putih, nasi goreng, roti-roti dan bijirin-bijirin. Air pun samalah. Ada yang sejuk dengan yang panas. Lauk pun pagi tu ada dua jenis. Lauk ayam dengan sayur campur. Tak tahu nak makan yang mana satu.
Tak nak membazir, aku pun amik la sikit-sikit. Kalau rasa tak cukup nanti boleh tambah lagi kan....hahaha.
|
Mula-mula makan ni dulu. Amik sikit-sikit |
|
Pastu makan ni pulak |
Agak dah kenyang, kami pun naik lah ke bilik. Memang betul-betul tidur diorang ni. Kitaorang dah habis makan pun belum bangun lagi. Sementara yang lain masih tidur, aku kemas-kemas apa yang patut la. Sebab pukul 10 pagi nanti dah nak keluar check out. Dah janji dengan pak supir pukul 10 pagi kene ada kat lobby. Alhamdulillah tak banyak beg beranak....hahaha. Satu beg je. Tak de la banyak sangat nak bawak nanti.
Semua dah bangun, dah siap-siap kemas, masing-masing mengadap handphone masing-masing. Yelah sementara ada wifi ni kan. Kang dah keluar dari hotel, dah tak de wifi dah...
Lagi 5 minit pukul 10 kami dah turun, settle urusan check out semua, pak supir pun dah ada, kami pun bergerak ke Dc Mall. Kat sini memang banyak handbag-handbag. Lagi banyak pilihan. Beg jenis gred Victoria Secret pun banyak kat sini. Memang rambang mata, ikutkan hati nak je beli semua. Tapi sebab fikir kan barang untuk anak tak beli lagi, lupa kan dulu niat tu 😆😆😆
|
Amaris Hotel. Booking melalui Agoda je. |
|
Beg ni boleh dapat Rm18 kat Batam. Kat Dc Mall |
|
Borong beg |
|
Last shopping kat Dc Mall.
Kat sini pun banyak jual kerepek-kerepek |
Kat sini cari jugak mana tshirt I Love Batam, fridge magnet semua, tapi tak ada. Menyesal tak beli kat Nagoya Mall semalam. Pak supir la ni, cakap kat sini ada banyak jual. Tapi 1 pun tak ada. Habis pusing kat mall ni, kitaorang ke Pasar Jodoh, sebab ada rakan yang nak mencari kain pasang untuk emaknye. Pasar Jodoh ni lebih kurang macam pasar pagi, banyak la jual sayur-sayur, baju-baju bundle. Kedai kain nye ada la 2, 3 kedai je. Tapi kain nye memang cantik-cantik dan murah. Kalau lagi pandai tawar, dapat lagi murah. Kain lace yang dah siap ada manik-manik, 1 meter boleh dapat rm11- Rm15 ringgit. Kain sare 3 meter boleh dapat Rm45 duit malaysia. Tapi sebab fikirkan tak de nak buat baju sekarang ni, aku memang tak de la nak beli. Tengok je la. Nanti la kalau nak dekat-dekat raya nani boleh la datang sini balik ari je.
|
1 meter Rm12 duit Malaysia |
|
Teacher Loges nak cari kain untuk Deepavali |
Selesai kat sini, kami bergerak ke Factory outlet. Niat dihati nak carikan barangan kulit untuk ayah. Tapi tak jumpa juga. So kami singgah kejap kat Golden Layer Cake je. Bergambar je, nak beli macam tak berminat. Harga mahal rasa pun biasa-biasa je bagi aku.
|
Price kek lapis Batam |
|
Jadi le bergambar je |
Habis bergambar, kami teruskan perjalanan ke terminal. Tapi disebabkan tengok jam masa tu macam awal sangat lagi. Kami mintak pak supir turunkan kami di Mall yang berhadapan dengan terminal tu dulu. So pak supir turunkan kami di Mega Mall Batam. Tak ada yang beza pun kat sini. Cuma kat sini banyak la pilihan makanan. Sebab ada Starbuck, A&W, Donuts semua ada kat sini. Sambil pusing-pusing mall, sambil cari kedai jual barangan kulit. Tapi tak de yang berkenan pulak. Pusing punye pusing, jam pun dah dekat pukul 2. So kami decided untuk makan dulu, di D'Penyet Cafe. Tingkat 3 kalau tak salah aku. Sebab nanti dah sampai kat terminal, risau dah tak de kedai makan. So kalau boleh sebelum pukul 3 dah nak ada kat terminal. Sebab tiket kami pukul 4 petang ni. Tapi sejam sebelum boarding dah kena ada kat sana. Makanan kat sini boleh tahan sedap, tapi servis agak lambat. Makanan kami semua dah sampai, tapi ada sorang member punya makanan tak sampai-sampai. Kitaorang yang dah dapat makanan ni dah nak habis makan dah pun. Mana tak mengamuk member.
|
Last makan kat sini. Nasi putih + Ayam Kim Jo Un namanya |
Selesai semua kami jumpa pak supir kat tempat yang dah dijanjikan sebelum turun tadi. Pak supir turun kan kami di depan pintu masuk terminal, aku bagi balance duit pada dia dan kami terus ke kaunter tiket feri Dolphin. Dah amik tiket original dan bayar tax, kami terus boarding. Nak boarding pun satu hal, tak tahu kat mana nak boarding, rupenye kena nak eskalator ke atas. Jenuh mencari tanya orang. Kami terus masuk je, tak de kene check pape. Kami sampai terminal 30 minit sebelum feri berlepas. Ingatkan dah tak boleh masuk ke ape, tapi alhamdulillah lepas je semuanya. Dah ada kat dalam tu lega sikit, boleh la pergi toilet ke ape dulu.
|
Tempat menunggu sebelum masuk ke feri |
Sampai masa nak masuk ke feri, urusan semua mudah je. Pihak imigresen semua tak de banyak tanya ke ape. Terus je kami jalan menuju ke feri. Kalau masa pergi semalam kami pilih seat depan, kali ni nak balik kami pilih seat kat belakang pulak. Feri bergerak tepat pukul 4 petang waktu Batam. Dalam perjalanan, dilambung-lambung ombak, perut rasa lapar pulak. Selamat la dalam tu ada orang jual maggie....hahahha. So kami pun beli la maggie kat dalam tu. Rm3 je. Pakai je duit malaysia dia terima.
|
Makan maggie, dah lapar dalam fei |
Sampai terminal feri Puteri Harbour tepat pukul 7 malam. Sama jugak, urusan kat imigresen malaysia pun tak de masalah, lancar je. Macam biasa, aku tumpang kawan untuk balik ke rumah.
So untuk sesiapa nak ke Batam, silakan. Tapi kat Batam ni tak banyak sangat tempat-tempat hiburan untuk anak-anak ni. Yang ada pun masih dalam renovation lagi la, semua nye macam baru nak membangun. Tuk shopping aku rasa ok. Tapi kalau nak di bandingkan shopping di Bandung dan Batam, rasanya lagi best di Pasar Baru Bandung. Sebab kat sana lagi banyak pilihan. Kat Batam ni tak de tempat jual pakaian lambak-lambak macam di Pasar Baru Bandung tu. Setakat baju-baju yang di jual di Mall tu ada la. Kalau setakat berjalan balik ari tuk shopping ke, nak rehat-rehat kat pulau-pulau ke tu tak de masalah.
Kembali ke:
Untuk yang nak nombor supir, ni aku ada bagi siap-siap kat bawah. Insyallah boleh dipercayai.
Batam Transport.Com = +62 858 1177 7290