Sabtu, 14 September 2019

TRIP KE BATAM (PART 2)

TEBING LANGIT

Bersambung kat sini pulak. So destinasi seterusnya kami mengajak pak supir ke Tebing Tinggi. Tau tempat ni pun dari facebook. Ada viral kat pages mane ntah tak ingat. So kami pergi ke sana. Kate pak supir tak jauh dari situ. Dalam 30/35 minit je dari welcome to batam tadi. Bayaran masuk ke sini dalam Rp5000 sorang ye. Ala tak sampai Rm3 duit malaysia. Murah la. Apa yang ada kat sana, nanti tengok je la gambar-gambar yang ada ye. Tempat ni berbukit sikit, so kalau nak ke atas tu, make sure pakai kasut yang sesuai. Tak payah nak berangan pakai heel ke ape ye. Pakai sport shoes je senang. Sebab tempat nye memang kat atas bukit. Lagi pun, nak bergambar pun, semuanye kene panjat-panjat. So memang tak sesuai nak pakai heel bagai. Untuk budak-budak agak tak sesuai la nak berganbar panjat-panjat tu, sebab bagi aku agak bahaya. Tapi kalau nak bergambar yang bawah-bawah tu tak de masalah.

Kat sini pun ada jurugambar yang akan amik gambar kita. Tapi macam biase lah bukannye free. Tapi dia ok, peramah. Siap cakap kalau nak dia tolong amikkan gambar pakai handphone kita sendiri, dia tak de charges. Free je. So kitaorang pun memang bagi je la handphone kat dia. Memang peramah dan friendly, tapi ada jugak dia amikkan gambar kitaorang guna kamera dia. Masa nak balik tu, dia mintak handphone, nak masukkan gambar-gambar tadi. Dia cakap, pilih je la gambar mana yang nak, satu gambar rm3. Yang mana tak nak, delete je. Memang tak la nak delete. So kitaorang pn tak tahu nak pilih gambar yang mana sebab banyak sangat. Last-last kitaorang pakat-pakat bagi je la duit kat dia seikhlas hati. Dia pun ok je. So kami bagi je la kat dia duit malaysia Rm35. Halal ye......

Pintu masuk konon nye

Panjat je bukit, nampak Rumah Hobbit ni dulu

Rumah burung, gigih tau nak panjat dengan angin kuatnye

Sarang burung lagi



Rumah Indian, nak pakai yang atas kepala tu, boleh sewa Rm3 je ye.
Pakai duit malaysia pun dia terima

Hot Air Balloon yang senget

Kemain lagi teacher-teacher semua

Ni la orang yang rajin mengambil gambar kami





Dah puas bergambar, tengok jam dah dekat pukul 1 lebih. Time orang solat jumaat rasanya ni. Di sebabkan pak supir ni bukan orang islam, kami mengajak pak supir makan dulu. Perut pun dah berkeroncong sebab dah lama sangat bergambar kat atas ni. Nak naik tadi bukan main seronok, nak turun, rasa nak pakai gelongsor je. Penat nye Ya Allah.


So pak supir pun bawak kami makan kat area sekupang kalau tak silap, tempat yang ala-ala food court. So banyak la pilihan makanan yang kami boleh makan. So kami tertarik untuk try makan nasi ayam geprek. Kata pak supir, dia lebih kurang macam ayam penyet jugak. Tapi yang ni siap ada level-level kepedasan dia. So kami semua amik tahap kepedasan level 3. Tapi level 3 pun pedas ya amat. Aku yang biasa makan pedas ni pun tak boleh tahan. Macamane lah kalau ada yang amik level 10 tu kan. Memang mengulang air la keje nye. Makan minum, makan, minum, last-last air habis. Mintak tambah air kosong sebab dah tak tahan. Harga makanan boleh la. Nasi dengan air tak sampai Rm10. Dalam Rp30,000.
Ni kedai yang kami makan

Menu yang ada

Nasi Geprek Rp25,000 (level 3)
Lepas dah settle semua, kami amik keputusan untuk terus ke hotel. Memandangkan jam pun dah pukul 2 lebih kan, nak rehat dulu sebelum nak berjalan lagi nanti. Kami booking hotel di area Nagoya. Sebab ramai yang kata area Nagoya ni happening sikit berbanding tempat lain. So aku booked hotel yang betul-betul dekat dengat Nagoya Mall. Amarins Hotel.


Bersambung ke.......TRIP KE BATAM PART 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan