Jumaat, 13 September 2019

TRIP KE BATAM (PART 1)

Sebenarnya trip ke Batam ni tak de perancangan yang rapi pun. Borak-borak dengan rakan sekerja nak berjalan, pastu tetibe terkeluar nama Batam ni. Bila fikir-fikir balik, ok jugak sebab Batam dengan Johor pun bukanlah jauh sangat. So tujuan kesana nak berjalan dan shopping je.

So fikir punya fikir, kami pun start la cari details semua pasal Batam ni. Memandangkan dalam ramai-ramai ni aku sorang je yang selalu berjalan, so diorg semua serahkan kat aku tuk cari. Aku pun mula la mencari start dari transport, hotel, dll. Tapi betul, blog pasal ke Batam ni memang tak ramai yang buat. Maybe sebab kat sana kurang daya tarikan untuk orang melancung, so tak ramai yang nak melancung kat sana.

Transport dan supir aku dah dapat cari, plan asal memang nk redah dan naik teksi je kat sana, tapi sebab ada kawan yang memang asal dari indonesia yang anaknye bersekolah di tempat aku, dia bagitau lebih baik upah driver dari naik teksi. Sebab kat Batam ni katanye banyak teksi yang suke tipu customer. Betul ke tak tu walllahualam. Katenye kalau kita naik teksi bagi duit besar, diorang tak de tukar, memang diorang tak kan bagi duit baki. So aku fikir-fikir balik ok kot sewa transport dan supir, sebab kita boleh relax-relax je dalam van kan. Dah beli barang simpan dalam van je, tak payah nak pikul banyak-banyak.

So aku dapat supir dan transport ni dari google jugak. Aku try wasap dan ada jawapan. Bayaran yang dia bagi, bagi aku berbaloi la jugak sebab kami ramai kan. Bayaran yang kami dapat untuk Toyota Avanza 7 seat Rp1,000.000 (bersamaan dlm rm280 lebih la kalo ikut rate malaysia). Boleh la sebab kami share-share bayar kan. So bayaran dibuat bila dah sampai kat sana ye, dalam matawang rupiah. 

Dah settle pasal transport semua, aku google plk pasal feri. Baru tau selain dari Stulang Laut, kat Puteri Harbour pun ada feri yang boleh ke Batam. Rate pun lagi murah dari yang Stulang Laut. So aku decide nak amik feri dari Puteri Harbour tu. Oklah rm88 return tiket untuk seorang dewasa. Aku beli tiket dari Puteri Harbour ke Batam Centre. Settle semua lega rasa. Owh, aku beli tiket online melalui web: www.easybook.com

Sampai lah masa nak berangkat...kami berangkat 30 ogos 2019 - 31 Ogos 2019. Tak lama pun, 2 hari 1 malam je. Pagi sebelum nak bergerak tu, tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan anak ni. Walaupun anak dah besar 8 tahun, tapi tak pernah lagi tinggalkan dia pergi jauh-jauh. Tapi awal-awal pesan kat dia, nanti mama balik kita pergi jalan kat tempat lain tau. Mula-mula tak ok juga, lame-lame ok dah. So tinggalkan dia dengan papa nye. 

Pagi nak gerak tu memang aku tak kejutkan dia pun. Biar lah dia tidur, risau kot kejut kang, dia berubah hati pulak nak ikut. Aku tumpang kawan untuk ke terminal feri Puteri harbour tu. Nak jimat kan, so tong-tong duit minyak. Pagi tu hari hujan pulak, ati dah risau berdebar-debar. Yelah hari hujan, pastu nak naik feri pulak tu. 


Dah sampai terminal feri Puteri Harbour

Alhamdulillah sampai terminal hujan dah berhenti. Aku memang tak pernah naik feri ni, so memang terpinga-pinga sikit la. Baca dalam blog, sebelum nak boarding, kene ke kaunter tuk amik tiket original dulu. Sebab aku beli tiket online, so kena amik yang original kat kaunter dulu. Tapi dalam ramai-ramai tu sorang pun boleh tak nampak kaunter tu. So aku pun pergi la tanya orang yang ada kat situ, kat mana nak amik tiket yang betul. Pakcik tu tunjuk kat kaunter information. Tengok kat kaunter information tu tak ada orang pun. Pastu tetiba tengok ada orang ramai beratur. Kami yang risau ni pun ikut la beratur. Sebab nampak yang beratur tu pun ada yang bawak kertas-kertas macam kami jugak 😊. Sebab aku beli tiket route yang paling awal sekali kan, so kami pun ikut la beratur. Sampai giliran kami, orang tu cakap, ''ni beli online kan, kene amik tiket ori dulu kat kaunter''. Pastu aku cakap la, ''kaunter kat mane, tadi saya pergi tak de orang''. Pastu dia gelakkan kami. Dia cakap macamane boleh tak ada orang, mesti ada. Pastu dia suruh kami dari barisan. Kami tanya orang lain pulak. Rupenye kaunter dia dekat dengan pintu KETIBAAN. Bukan kaunter information tadi. Hampeh betul pakcik yang tunjuk mula-mula tadi tu. Yelah mane nak nampak, kaunter tu tulis "KETIBAAN', so aku ingat tu kaunter tuk orang yang baru tiba dari Batam la. Lainkali tulisan tu bio terang sikit. Letak kaunter kat tempat yang strategik sikit. Ni atas tulis ketibaan, bwh ada kaunter, aku memang ingat tu kaunter Ketibaan la. 

Dah pergi ke kaunter, diorang mintak rm80 lagi. Aku tanya untuk apa, diorang cakap untuk tax. Tax rm80 untuk 5 orang. So dia pesan juga, nanti dari Batam pun akan ada tax dalam Rp30,000 sorang tapi duit rupiah la. So disebabkan kami ada 5 orang, kami bahagikan je rm80 tu dengan 5 orang. Itu yang untungnye pergi ramai-ramai, sebab boleh share-share bayar. Orang kaunter tu explain details semua, dia siap bagi tiket balik siap-siap, terangkan itu ini, baru lah kami faham. Tiket balik ni pun nanti, masa di Batam kene ke kaunter jugak dulu. Nanti pihak kaunter akan bagi tiket original yang lain. So kami dah prepair simpan duit tax dalam rupiah awal-awal. Risau kot terlebih shopping nanti, lupa nak simpan duit tax....hahahhahaa

Dah dapat tiket

Yang ramai-ramai tu la tempat nak beratur boarding
Dah settle hal tiket, kami duduk dulu sementara nak tunggu boarding. Tiket kami pukul 8.30 pagi, boarding pukul 8.15 pagi. Masa menunggu ni sempat la sarapan dulu buat alas perut. Makan roti je pun, takut nak makan berat-berat kot sakit perut ke ape nanti. Untuk oengetahuan, botol air, makanan ape semua tak de masalah nak bawak masuk ek. Sebab kami siap bawak botol air, makanan dari luar, memang tak kene tahan. Cuma yang dia akan tahan kalau ada bawak barang-barang merbahaya, cecair beracun ape semua tu la. 

Muke excited teacher-teacher sebelum nak boarding

Dah sampai time boarding, kami pun beratur la. Pekerja kaunter yang gelakkan kami tadi tanya, ''dapat ke tiket''. Pastu aku cakap, ''dapat, sory la tak tau plk kaunter tiket kat pintu ketibaan, sebab selalu naik flight tak mcm ni pun''. Terus je aku cakap macamtu. Diam terus pekerja tu. Settle imigresen semua, terus kami ke feri. Memang lengang xde orang pun. Santai je jalan tak payah nak rushing-rushing sangat.


muke happy semua dapat berjalan ek

nak posing jugak 

kene tengok luar, kalau tak nak pening

sebelum masing-masing ketiduran

Perjalan kami memakan masa hampir 2 jam. Sepatutnya feri bergerak pukul 8.30 tapi pukul 9 pun feri tak bergerak lagi. Tak tahu la ada masalah ape. Memang start je feri bergerak terasa pening kepala, maybe sebab laut bergelora kot yelah baru lepas hujan. Lepas tu dah ok dah. Dalam feri ni pun nanti akan ada orang yang akan datang dekat kita untuk beli simcard indonesia. Kami tak beli pun,. Hanya mengharap kan wifi hotel je nanti. Sedar tak sedar tak tahu bila kami ketiduran. Bangun-bangun tak sampai-sampai lagi, sambung tidur lagi. Akhirnya 2 jam perjalanan baru kami sampai di Terminal Feri Batam Centre. Urusan di imigresen semua lancar, tak ada pape masalah pun. Imigresen indonesia pun friendly, tak sombong dan rajin berborak pulak tu. Scan bag pun tak de masalah, semuanya lancar. Sampai di pintu ketibaan, dah ternampak dari jauh orang pegang signboard name aku. Punya lah malu, diorang yang lain tak habis nak gelak-gelak....hahahha


Dah sampai


So supir kami memperkenalkan diri dia sebagai Pak Surung. Bukan beragama islam aku rasa. So tunggu depan pintu masuk dia nak amik van dia. So bila van dah sampai, kami masukkan beg ape semua, dan teruskan perjalanan. Disebabkan masa untuk check in lambat lagi, baru pukul 10 pagi di Batam masa tu, so kami mengajak Pak Surung tuk berjalan-jalan dulu. Yelah kami kat sini 2 hari je, so kalau boleh tak nak buang masa. Owh ye, waktu di Batam lewat sejam dari Malaysia ye.


Tempat menunggu Pak Surung
WELCOME TO BATAM

Destinasi pertama kami tak lain tak bukan, di tempat femes la... "Welcome To Batam''. Dekat je dengan terminal feri ni. Kawasan untuk bergambar ni sebenanrnya tapak rumah kedai kata Pak Surung, tapi tak jadi. So pagi-pagi orang sini buat pasar meniaga, macam pasar pagi dan pasar malam tu. Tempat ni memang kawasan lapang, tak ada ape-ape pun kat situ. Just untuk bergambar je boleh la. Kat sini pun dah memang ada orang standby untuk amikkn gambar tapi bukan free ye, berbayar. So kami tak amik pun, sebab boleh je amik gambar sendiri kan. Dah puas bergambar, kami pun ajak Pak Surung ke tempat lain pulak. Jadik la buat kenang-kenangan.


Macam kawasan padang pasir je
Teacher-teacher nak berposing

Jakun sekejap tengok ada polisi buat penggambaran

Selesai di sini kami ke destinasi seterusnya...........Trip ke Batam Part 2


Untuk yang nak nombor phone supir, nanti last entry aku sertakan sekali ye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan