Selasa, 8 Disember 2015

Renew Pasport 2015

Kali ni nak review cara2 nak renew pasport bagi sesiapa yang tak tahu la. Yang dah tau, baca jugak la n buat2 xtau ok...hahaha. So macam saya, saya renew pasport di JB je la sebab dah duduk pun kat sini kan. So saya decided tuk pergi UTC Johor. Mula2 saya pergi hari Ahad, memang ramai sangat orang. Dari pagi saya pergi, sampai nak ke tengahari still tak dapat2 lagi nombor. So disebabkan suami saya nak keja tengahari tu, kitaorang pun balik la. So plan nak pergi hari selasa pulak.

Sampai lah hari yang ditunggu2...pagi2 lagi dalam pukul 7 lebih saya dah gerak dari rumah tuk pergi ke UTC Johor. Harap2 tak la ramai sangat orang macam sebelum2 ni. Sampai je di UTC, alhmdulillah la, memang xseramai macam aritu. Tapi still jugak la kena beratur. Membeku jugak la kaki berdiri nak amik nombor...hahaha.

Sampai je di pintu masuk, terus amik nombor. So untuk yang renew, tak banyak sangat item yang kena ada. Untuk saya, diorang cuma nak kan salinan ic je, tu pun tuk dikepilkan kat pasport anak saya.  Untuk suami saya tak payah nak sertakan ape2. Untuk anak saya yang berumur 4 tahun, diorg cuma nak salinan surat beranak dan gambar 2 keping. Untuk kita yang dewasa, gambar akan di ambil di kaunter je nanti. So tak payah dah nak pegi amik gambar kat kedai. Mudahkan...dah tak payah nak bawak macam2 pengenalan dah masa nak renew. Pengurusan di UTC Johor ni pun boleh dikatakan cepat.

Buat yang xtau, waktu operasi di UTC Johor ni setiap hari ye. Termasuk sabtu ahad, kecuali cuti umum.

Waktu Operasi: 8.30am-10.00pm
Waktu rehat: 7.00pm - 8.00pm (isn-ahad)
Waktu rehat: 12.45 - 2.45 (Jumaat)

Cara-cara renew pasport:
Suami: bawak pasport yang lama je.
Saya: bawak pasport yang lama je.
Anak: gambar 2 keping, salinan surat beranak 2 keping, salinan ic ibu 2 keping. (Tp ms kat kaunter, salinan ic saya diorg tak nak pulak)

Harga tuk renew pasport sama je macam harga dengan permohonan pasport buat kali pertama. Iaitu rm200 untuk tempoh 5 tahun. Untuk kanak2 bawah 12 tahun rm100 je untuk tempoh 5 tahun.

Pasport yang lama kita akan dapat balik ye. Tapi pasport yang lama diorang akan potong.

***pastikan kena pakai pakaian yang gelap ye. Bagi yang bertudung pun sama, pastikan pakai tudung berwarna gelap.