Sabtu, 28 Jun 2014

Tour Guide di Korea

Fuhhh...payah jugak nak cari pakej untuk pergi ke korea ni kan. Macam-macam pakej dah cari tapi semuanya terasa mahal dihati......hihihi. Al-maklumlah budget ciput je, tapi ada hati nak pergi sana kan. So saya nak tanya kot-kot, sapa-sapa tau kalau saya nak upah tour guide saja di korea tu nanti. Banyak dah yang saya email dan pm dia facebook, tapi tak ada yang reply2 pun....kalau boleh saya nak tau bayaran untuk khidmat tour guide sepanjang (4h 3m) dan bayaran penginapan sahaja. Yang lain-lain seperti transport, makan, entrence fee semua tu kami akan bayar kat sana je la kalau kami teringin nak pergi. Tour guide tu juz tolong bawakkan je....contoh macamni kat bawah ni la. Saya ada jumpe di satu blog, dia menyediakan khidmat ni....saya dah email tapi sampai sekarang tak reply2...so kalau ada student2 lain yang boleh buat khidmat macamni, please email saya ye: efy_yatie@yahoo.com.my

***Nak pergi musim winter

Contoh:

PENGINAPAN (GUESTHOUSE/MOTEL)
sy akan booking kn utk anda....bile smpai sane,anda bayar sndiri...pnginapan yg di cari ade la paling brpatutan...anda mmpu utk mmbayarnye....

MAKAN/MINUM
sy akan tnjukkn mkanan ape yg boleh di mkn...trutama skali msti la halal...nk lebih jimat lg...anda bawak la maggi cup leh mkn bile kt hotel nnti...

TRANSPOT/SUBWAY (TRAIN)
sy akan tnjukkn jgak mcmaner cara nk menaiki subway....cara utk beli T MONEY....dan sy akan tunjukkan kemana shj anda ingin pergi....

ENTREE FEE/TMPAT MASUK BRBAYAR
yg ini trpulang pada anda utk bayar atau pn just nk ambik gmbar shj....ini semua trpulang pd anda...klu anda rase tk perlu masuk....tkyah la masuk.....

Dgn cara ini anda boleh mnjimatkn wang anda....anda rancang sendiri prjalanan anda disana....dan sy hnye akan mmbawa ke mana shj tempat yg anda ingin pergi....

*** Kalau harga berpatutan insyaallah ramai yang akan pergi trip ni.

Jumaat, 20 Jun 2014

Persiapan Hari Raya

Huhuhuhu.....dah beli baju raya ke belum....??? Tak tahu la kenapa tahun ni excited pulak buat persiapan raya awal2. Belum masuk bulan puasa lagi dah ada dua pasang baju raya. Agaknya sebab tahun lepas tak dapat balik beraya, so tahun ni kira balas dendam balik la hahahaha. Tapi kalau nak ikut kan tahun ni banyak pulak berbelanja. Bila dah beli tu baru rasa menyesal. Bukan apa, selalu tak pernah nak beli baju yang mahal2.

Bukan nak kata menunjuk2, tapi sebelum2 ni memang jarang nak beli baju ready made, selalunya saya beli kain dan suruh kakak yang jahitkan. Cakap lah nak buat fesyen macamana, kakak saya buatkan je. Tapi tahun ni kakak pulak pregnant so memang tak boleh nak hantar kat dia. Nak hantar kat orang lain takut tak selesa pakai. Nak tak nak memang kena beli siap. So aritu saya dah beli dua pasang baju raya. Tapi kalau tengok kan harga memang jauh dari harga yang saya budget kan. Bayangkan tahun ni je bj raya saya sepasang dah mencapai harga RM2**. Kalau dua pasang dah berapa......omg....takut dengar harganya. Mungkin ada orang lain yang baju raya nya lebih mahal dari saya, tapi bagi saya, tahun ni memang melampau sangat budget nya..hahaha (dah beli baru menyesal kan). Nak buat mcmana dah beli dah pun. Nafsu membeli kuat sangat. Harap-harap tahun2 yang akan datang tak ada la nak membazir macamni...tu yg susah tu kalau shopping online. Tengok ada je baju yang lawa2, dah nak beli. Transfer je duit kan. Ni belum beli tudung, kasut semua lagi....huhuhu...

*Tahun depan dekat2 nak puasa jangan online la...hahaha. Takut terlebih budget lagi.

So pada sesiapa yang nak shopping raya tu, jangan membazir ye. Berbelanja mengikut kemampuan. Tapi kalau sekali sekala nak berbelanja lebih untuk diri sendiri tak salah kan. Asalkan tak membazir. Jangan jadi macam saya, dah beli baru rasa menyesal..... :-)

Jumaat, 13 Jun 2014

Kids Sports & Gym Area Larkin, Johor

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. For this entry saya nak tanya lah, ada sapa-sapa tahu tak kat mana ada kids sport & gym untuk kanak-kanak umur 3/4 tahun (area larkin, johor). Tak nak yang macam kindergarden sangat. Nak yang lebih pada playschool untuk budak-budak. Cuz saya bercadang tahun depan nak hantar anak ke playschool, bukan nak bagi dia belajar sangat, juz untuk bagi dia bergaul, berkawan dengan orang. Bagi dia biasa kan diri dengan orang luar. Kalau boleh nak hantar dalam 2/3 kali seminggu.

Saya ada terlihat satu tempat tu, tapi tempat tu jauh sangat di KL..Saya ni duduk area Larkin, Johor. Kalau ada tempat yang dekat-dekat lagi bagus. Saya tertarik dengan tempat tu tapi tak ada la pulak cawangan dia di JB ni. http://kizsports.com.my/en/index.php .Banyak program yang diorang sediakan sesuai ikut umur anak-anak kita. Kalau saya duduk berdekatan dengan tempat tu, rasanya dah lama saya daftar kan anak saya disana.

Anak saya tahun depan dah 4 tahun, so saja nak bagi dia biase kan diri dengan kawan-kawan. Tak nak la push dia sangat untuk belajar, sebab masih kecik lagi kan. Just nak suruh dia enjoy, belajar menyanyi, art, mewarna ke kan. Kira macam basic concepts. So kalau ada sape-sape yang terbaca entry saya ni yang tahu kat mane ada sports gym utk kanak-kanak macam yang saya beritahu tadi tu inform saya ye....please......