Sabtu, 26 April 2014

Umrah bawa anak kecil

Pertama sekali nak ucap syukur alhamdulillah sebab sepanjang saya menunaikan umrah tak banyak masalah yang timbul. Saya menunaikan umrah bersama ibu, ayah, adik lelaki, suami dan anak lelaki yang berusia 2tahun 4 bulan. Alhamdulillah dia tak banyak ragam semasa disana.

Bagi yang nak bawa anak kecil semasa umrah tu saya rasa tak ada masalah. Kalo dia memang belum boleh berjalan lagi la tak ada masalah. Sebab bila kita solat, kita boleh letak dia berdekatan dengan kita atau pun didalam strolller. Tapi macam anak saya yang dah boleh berjalan memang lain sikit la.

Solat
Kalau time solat tu dia memang duduk diam kalau dia tak ada nampak budak-budak lain. Tapi kalau dia dah nampak, dan tengok pula budak-budak tu ada bawa mainan, memang dia akan pergi. So saya bawak siap-siap tablet dari rumah. Benda tu bukan apa, untuk bagi dia diam dan tak berjalan kemana-mana. Bila dia duduk diam, senang kita nak solat berjemaah. Mula-mula ingat memang nak ikat dia dengan tali, tapi macam tak sampai hati pula. Kalau nak lagi senang, solat berdekatan dengan tiang, saya dan ibu saya memang datang awal untuk solat dekat ngan tiang sebab bila dah duduk di sebelah tiang, susah sikit la anak saya tu nak berjalan kemana-mana. Duduk je la dia bersandar kat tiang tu sambil main tablet dia. Tapi kalau anak anda tak boleh duduk diam, tak salah kalau solat bergilir-gilir dengan teman. Cuma tak dapat nak solat berjemaah je la.

Raudhah
Kalau ada orang yang boleh jaga anak sewaktu kita nak masuk ke raudah, baik tinggalkan anak kita tu. Bukan tak boleh bawa, cuma kita risau dan kesian tengok anak kita rimas dengan keadaan yang sesak dengan orang ramai tu. Kat dalam tu nanti tak kira kita ni orang tua ke, budak kecil ke, diaorang main tolak je. Lebih-lebih lagi orang arab, turki semua. Masa saya pergi tu ada sorang perempuan ni bawak anak kecil, kesian saya tengok sebab kena himpit dengan orang turki. Anak dia dah nangis2 dah. Memang kalau nak masuk ke dalam raudah tu diorang akan bahagikan kita ikut negara masing-masing, tapi orang arab degan turki ni tak dengar cakap. Diorang akan masuk juga kat kumpulan kita orang malaysia ni. Alhamdulillah masa saya nak masuk raudhah tu saya tinggalkan anak saya dekat suami saya. Cuz hari yang saya masuk ke raudhah tu, orang lelaki tak ada aktiviti. So diorang memang stay kat hotel je. Kat dalam tu nanti sangat la sesak, saya dengan ibu saya sampai dah putus asa dah. Tapi bila fikir kan balik bukan senang nak dapat masuk, so kami sabar je tunggu. Sebab nak masuk ke raudhah ni ada berperingkat-peringkat. Bila dah sampai turn orang malaysia, indonesia ni masuk, datang dari belakang orang-orang turki dan arab yang badan besar-besar ni serbu. Polis pun dah tak boleh nak buat apa. Bertolak-tolak la kami sebab nak solat diatas karpet hijau di raudhah tu. Alhamdllah saya dan ibu saya dapat solat di saf pertama. Lapang rasa hati bila dapat solat disana, selamat la anak saya tak ikut, kalau saya bawa sekali anak saya tu, saya rasa dah lama dah saya keluar balik. Sebab anak sya ni bukanye boleh duduk satu tempat tu lama-lama. Di cepat boring. Di raudhah, pkul 7 pagi kami masuk, pkul 12 lebih kami keluar. Time orang nak solat jumaat.

Tawaf
Nak bawa anak kecil semasa tawaf pun tak ada masalah. Kalo ada baby carrier, letak dia dalam tu. Lelaki pun boleh pakai baby carrier tu ye utk bawak anak. Tak dikenakan dam. Kalau tak ada, boleh la sewa wheelchair. Tapi dengan syarat ibu dia kena duduk sekali la dan ayah nya la kena tolakkan. Tapi kalau pakai wheelchair kena pusing di bahagian atas ye. Kat bahagian bawah tak dibenarkan. Kalau tak nak sewa wheelchair, dukung je la macam biasa kalau larat. Dengan syarat pampers dia kena bersih. Macam saya, mutawif tu dah bagitau, sebelum nak tawaf tu tukar kan la pampers anak kita tu dengan pampers yang baru. Itu je. Andaikata semasa dia tawaf tu dia kencing ke apa, abaikan selagi dia xmeleleh keluar atau berbau. Tak payah la nak check setiap kali habis buat satu pusingan. Buat tak tahu je. Macamtu juga dengan saie. Budak-budak akan lagi suke bila saie bila tengok ramai orang yang berlari-lari anak masa di garisan hijau tu.

Ubat-ubatan
Ubat-ubatan memang saya dah stanby bawak dari sini. Pergi klinik siap-siap dan mintak doc prepair ubat untuk dibawa ke sana. Doc bagitau sekarang musim panas, so budak-budak akan cepat dapat batuk, sakit perut dan selesema. So dia bagilah semua ubat tu. Dari ubat demam, batuk, selesema, sakit perut, cirit birit, antibiotik, cair kahak, macam-macam ubat lagi ada. Dan saya siap-siap beli cool fever.Tapi alhamdulillah kat sana ariel tak ada demam atau sakit pun. Kuat betul antibodi dia. Perlu diingat ye, ubat-ubat tu jangan simpan dalam hand luggage pulak ye. Kang tak pasal-pasal kena buang. Letak je dalam bagasi. Kalo nk letak dalam hand luggage make sure ada surat perakuan dari doktor ye.

Pakaian
Kalau nak pakaikan anak kita dengan pakaian ihram boleh je. Saya juga pakaikan anak saya dengan ihram. Tak payah risau kalau-kalau kena dam ke ape. Sebab anak kita tu belum cukup umur, so pantang larang semua tu kita tak payah nak ikut. Pakaikan dia dengan pakaian ihram tu untuk seronok2.


*So kesimpulannye kalau rasa nak bawak anak kecil semasa umrah ni bawak je la. Insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan kita. Berdoa banyak-banyak. Sebelum nak mula tawaf tu, buat la solat hajat supaya urusan tawaf kita tu nanti dipermudahkan. Amin

Umrah (Part 5)

Kami berkemas2 sebelum memulakan tawaf wida (selamat tinggal). Sayu pulak rasa hati bila mengigatkan yang harini adalah hari terakhir kami disini. Selesai solat isyak dan makan malam, kami bergerak ke masjidilharam. Kami masing2 xde bawak beg ataupun kamera, cma pakai tag nama saja. Sbb risau kalo2 selepas buat tawaf wida nanti terambil gambar atau terbeli barang yang xsepatutnye. Sbb bila slesai tawaf wida kita xblh nak beli barang2 lg dah kecuali makanan/minuman yang kita nak bawak semasa dalam perjalanan saja. Selesai tawaf wida saya mengambil masa yang lame utk menatap kaabah bt kali terakhir. Dan saya harap ini bkn kali terakhir saya blh menatap kaabah dpn2. Saya berharap saya dan keluarga serta adik beradik yang lain akan dipanggil utk menjadi tetamu Mu nanti Ya Allah. Menitis airmata saat melangkah kn kaki ke luar dr masjidilharam. Saya juga berterima kasih , kpd suami sebab kalau bukan krn dia, tak mungkin saya dan anak akan sampai ke sini. Terima kasih......

Kami kembali ke hotel utk mandi. Dan selesai semua kami trun dan menuggu di lobi saja. Jam 12 mlm kami bgerak menaiki bus ke terminal haji. Perjalanan mengambil ms 1 ½ jam sj dr mekah. Kami juga telah dipesan, selepas tawaf wida kami dilarang utk mengambil gmbr selagi belum keluar dr tnah haram. Dh kuar dr tanah haram br lh dibolehkan. Saya mmg dh simpan siap2 kamera dan hp. Risau kalo2 terambil gmbr.
Kami sampai di termial haji lebih kurang pukul 2 pagi. Kami berkumpul dulu di tempat yg disediakan smentara nak tunggu pkul 8.30 pagi untuk berlepas. Selamat la tempt menunggu tu dh ada disediakan surau dan juga tandas. Senang sikit untuk kami nak membuang hajat atau nak solat nanti...hihihi. Sementara nak tunggu subuh tu saya melelapka mata. Dan terjaga semula bila terdengar azan subuh berkumandang. Lepas solat subuh, dlm pkul 6 lbih kami dh dipanggil utk checkin bagasi. Semasa checkin ada masalah ckit la antara jemaah2 dengan petugas airport. Ada sebahagian jemaah yg xsbar bila urusan di kaunter sedikit lambt. Yang jadi mangsa kemarahan adalah mutawif. Kesian la saya tengok mutawif tu, dah la nak handle semua jemaah ni sorang2. Akhirnya ayah,adik lelaki dan suami saya yang tolong mutawif tu settle kan bagasi dan air zam zam. Terfikir didalam hati, baru lepas mengerjakan umrah, dilatih utk sabar walau ape pn dugaan yg dtg, tp bila diberi ujian macamni hilang semua kesabaran. 

Selesai urusan checkin beg kami bergegas ke bahagian pasport. Mudah sgt2 kerana sewaktu kami sampai, kaunter imigresen utk jemaah andalusia dibuka 2 kaunter. Senang dan lancar. Macam biase ank  saya la jadik bahan utk diorg berborak dan beramah mesra. Kami berlepas ke malaysia tepat pada masanye. Dan sampai di malaysia pkul 10.30 mlm. Lebih awal dari jangkaan. Semasa balik ni alhmdllah kami dapat dduk di tempat yg dekat2, sebaris dan sebelah2 pulak tu. Tapi yang tak tahan kami duduk di seat yg paling belakang. Memang seronok sebab dekat dengan toilet, tapi pening tu jgn ckp la, Sebab duduk di bahagian blakang terasa bergoyangnye. Tapi alhamdllah kami selamat sampai ke tanah air.

Di Lcct kami dijemput oleh anak buah ayah yang bekerja di balai bomba klia. So dia la yang menghantar dan menjemput kami di lcct tu. Naik van bomba lagi uolsss....maklumlah berat dan bilanga item dah bertambah...hahaha. Malam tu jugak la kami sekeluarga bergerak balik ke Ipoh. Dan sampi di ipoh lebih kurang pukul 3 pagi.


Saya bersyukur sangat2 pada Allah kerana urusan kami sekeluarga ke tanah suci mekah ni di permudahkan. Dari segi paspport, imigresen pergi dan balik, tawaf, saie, solat, dll semuanye bjln dgn lncar. Kami xpayah nak tunggu masa yang lama pun. Bersyukur sgt2. Saya harap kami skluarga akan dijemput menjadi tetamu Allah lagi pada masa akan datang. Mungkin pada masa akan datang saya dapat pergi bersama adik bradik yg lain Amin.

Jumaat, 25 April 2014

Umrah (Part 4)

Bertolak dr madinah ke mekah pkul 2.30ptg. Sampi di mekah lbh kurang jam 12 mlm. Kami berhenti solat dan mkn disatu tmpt. Style mkn kat tmpt ni blainan sdkit. Makan dalam satu dulang. 1 dulang share 5 orang. Nasib baik la kami memang dh ada 5 orang, so share ngan family je. 


Posing dulu sementara tunggu makanan sampai


Ni la makanan dia...1 dulang share 5 orang


Selesai makan kami solat. Tempat solat xtau nak cakap macamane, tapi sy dan ibu solat diatas jalanraya yg dialas dengan sejadah2. Tapi sejadah2 tu dah penuh ngan pasir2. Tempat solat dibahagian dalam ada, tapi mungkin tempat solat dibahagian dalam dah penuh sbb tu ramai yg solat diluar. Sy xde plak cuba nak masuk dan tengok keadaan didalam sebab nak cepat. Nanti kalau lambat kena tinggal bus plak.

Masa nak solat dengar pula bunyik kereta lalu lalang kat blakang. Risau pulak kalau2 solat nanti diorg terlanggar ke ape. Dah la bawa keta laju. So sy dan ibu solat kat bahagian yg depan. Rasa selamat sikit.


Tempat solat wanita


Toilet wanita...full sentiasa



Dah selesai semua kami naik bus dah bergerak la ke tujua asal. Akhirnya kami sampai ke Tanah Haram. Seperti biasa, mutawif guide kami utk baca doa memasuki tanah haram. Dari jauh sy dh nampak dah jam besar yang ada kat Masjidilharam tu. Rasa kagum dan teruja sangat2.


Sampai saja dihotel, kami ltk beg dibilik. Lepas dh letak beg kami turun semula dan bergerak ramai2 ke Madjidilhram utk membuat mrah bt kali pertama. Selesai bt umrah lbh kuranh pkul 2.30 pagi. Alhamdllah moga2 sempurna umrah kami. Semsasa bt tawaf, aku lihat ramai org, tp alhmdllah bl kami msuk je ke dlm kumpulan org rmai tu, ada jln kami. Xde sesak spt yg aku lihat di awl td. Ruangan kami utk bjln ada. Ank aku tdo smasa tawaf ini memudahkan aku tawaf ngn slesa. Selesai tawaf, kami solat sunat dibelakang makam ibrahim. Alhamdllah ada juga tmpat utk kami solat disitu. Begitu juga saie, ank aku tdo. Tp kali ni suami aku plk yg dukung. Di tempat saie pn xde sesak ngn org. Allah dh memudahkan urusan umrah kami. Alhamdulillah. Selesai bertahalul semua barulh ank aku bangun. Seronok dia bl tgk ramai org blari2 ank semasa saie...dia pn sma nk blari dan tak mahu didukung lg. Selesai semua kami bgerak ke hotel yg jauhnya 690meter. Tak terasa jauh bl dh bjln rmai2 mcmni. Sampi sj dihotel kami bersihkan diri dan terus tdo. Esknye xde aktiviti, so kami smua berehat di blik hotel sj.

Jika xde aktiviti yg kami bt, kami satu family akan ke masjidilharam utk mlihat kaabah dan juga melihat suasana org membuat tawaf. Rs tenang je hati bl melihat kaabah. Bl dh ada disana, amik la ksempatan utk meminum seberapa byk pn air zam2 yg dh ada disediakan disitu. Air zam2 zam yg ada disana sejuk dan sedap. Tak sama rasanya dgn air yg kt bwa di msia ni.


Keadaan sewaktu tawaf


Pandangan dari tingkat paling atas



Tak ramai sangat orang, jadi boleh bergambar berhampiran kaabah



Di luar Masjidilharam



Lawatan
Kami hanya sempat melawat dibeberapa tempat saja. Disebabkan lawatan ke Jaranah kami xsempat nk ikut krn ketinggalan bus. Ikutkan lawatan kami akan dganti pd hari yg lain. Tp memandangkan smua xnk pergi, kami batalkan sj dh brehat sj di hotel. Di hotel kami menginap ada disediakan surau utk jemaah yg xlarat utk solat 5 wktu di masjidilharam. Alhamdulillah semua kemudahan ada dsediakan.

Di ladang unta kami xlama, sbb smasa kami berada disana angin kuat sgt dan pasir2 terbang2 masuk ke dlm mata smpikn ada yg xblh nk bnafas, selesai bergambar kami terus naik bus. Ada juga yg sempat membeli susu unta. Kami sekeluarga xde beli pn sbb masing2 xsuka minum.


Bergambar di ladang unta



Bau disini kurang menyenangkan kerana najis unta dimerata-rata tempat
Tapi xde lalat pun


 Lawatan yang kami sempat pergi lagi ialah ladang kurma dan juga muzium mekah. Diladang kurma memang banyak la kurma dan juga coklat2. Kami beli coklat banyak la juga, tapi harga baru SAR55 je. Puas la melantak coklat je hari2. Coklat yg ada kat sini sedap dan tak manis sangat. Kurma pula kami beli kurma nabi iaitu Kurma Ajwa. 1 kilo SAR90. Agak mahal juga la kurma nabi ni. Tapi mutawif kami cakap elok makan kurma ni, so kami pun beli la 1 kilo.

Nak beli coklat pun kena berebut tau...hantar wakil je g beli


Ramai sangat orang kat dalam ni



Bersambung..... (Part 5)


Umrah (Part 3)

Alhamdulillah bersyukur sgt2 sbb smpi jgk sy dan family ke sini. Dpt jejak kn kami di masjid Nabawi yg selalunye sy tgk di tv. Kali ni sy merasa sendiri dan lihat didepan mata. Subhanallah sgt cntik. Hampir menitis kn air mata saat ptama kali melangkah kaki ke sana. Hanya Tuhan yg tahu mcmane sy rs. Sepanjang sy berada disana, sy solat di perkarangan masjid sj. Sbb sy ada ank kecil jdik tkut anak sy bt bsing dan mnggngu jemaah2 yg lain. Lgpn utk masuk ke dalam masjid, botol air xblh bwk msuk. Fham2 la kalo ada ank kecil, segala brg ada dlm beg sy tu. Dari mknan sampailah minuman utk dia. So kami solat di luar saja. Kami solat berdekatan dgn tiang supaya ank sy tdk jauh bjln. Alhamdllah spanjang ada disana ank sy xbyk ragam. Time solat dia dduk diam je. Time subuh dia tdo, sy cuma perlu angkat dan dukung dia ke masjid. Cuma wktu isyak je kdg2 sy xblh nk solat jemaah skali sbb time tu la ramai kanak2...bl dia nmpk byk kwn,dia pn nk join skali. So tpakse la sy dan ibu bgilir2 solat utk memantau dan menjaga ank sy tu.



Time solat semua kedai2 atau gerai2 tutup


Solat Maghrib di perkarangan Masjid Nabawi


Hari last baru dapat tengok payung ni buka dan tutup


Keadaan ariel setiap hari time solat subuh


Shopping
Ikutkan sy memang xbawak banyak duit utk kesana. Sy sediakan beberapa ratus sj utk membeli brg2 cnderahati. Tapi sblm kami berangkat ke sini dulu, ayah dan mak mertua sy ada bg sdikit duit blanja utk sy & anak utk bt belanja & beli pape brg yg sy suka. Siap pesan lg, habiskan duit yg diorg bg ni disana. Alhamdulillah semoga murah rezki mereka. Amin....So duit yg sy & husband sy bagi tu mmg sy xusik lngsung smpi la sy di msia.

Shopping di Madinah seronok berbanding di Mekah. Di madinah byk pniaga2 yg jual di kaki2 lima dan harganye blh dkatakan murah. Bayangkan jubah2 wanita blh dpt dlm hrga SAR10. Kalo di msia sy rs ssh nk dpt. Byk brg2 yg djual disitu berharga SAR10 ke ats...SAR100 bersamaan RM95. So bermakna 1 Riyal lebih kurang 0.95 sen duit malaysia. Sy xlupe utk bli cnderahati utk kwn2. Niat sy nk sedekah pada kawan2 sbb ms sy dtg ke sni, sy xsempat nk bt pape pn. So sy nk sdekahkn brg2 yg sy beli ni kpd kwn2 di msia. Alhmdllah byk jgk brg yg sy dpt bli utk dberikn pd kwn2 nt. Ada keychain, tasbih, perfume, beg telekung, frigde magnet dll.

Peniaga2 pada waktu siang di Masjid Nabawi



 Keadaan di waktu malam...selendang 2 riyal je


Kedai menjual jubah2/cenderahati


Jangan tak percaya, jubah ni satu SAR10 je tau
Beli sia dapat plastik dan hanger lagi...hihihi

Dimadinah dan mekah hampir kesemua peniaga fasih berbahasa melayu. So xpayah risau utk berkomunikasi. Tapi kalau rasa tak nak beli, xpyah la nak pegang sesuatu barang tu lama2 ye. Sebab nanti diorang akan paksa kita sampi kita beli. Perlu diingat ye, peniaga2 di madinah ni kebanyakannya suka memaksa. Mcm yg terjadi pada ayah sy. Selipar ayah sy hilang, so dia bjln kaki utk beli selipar baru. Dia bagi pada peniaga tu SAR50. Harga selipar tu SAR10 je,nak tau ape yang diorang buat. Diorang tak pulangkan baki duit ayah sy tu, diorang paksa ayah sy utk beli barang diorang dgn duit yg ada tu. Ayah sy dh byk kali menolak, tapi diorg tunjuk kan brg itu ini. Last2 dtg la lg 2,3 orang lagi kawan dia paksa2 juga. Ayah saya terus pergi je dari situ. Anggap la duit baki tu sebagai sedekah. Ayah saya risau sbb dia seorang je kat situ. Kalo ada husband atau adik lelaki sy yg ikut sekali rsnya mau juga dia berkeras mintak baki duit kat situ. Lebih2 lagi kalo kedai2 yg ada dibawah banggunan. Kalau org perempuan jgn la pergi seorang diri ye. Bahaya sgt2.

Lagi satu taktik peniaga2 disini diorang suka budak2. Bila nampak budak2 diorg akan dtg dkt kt nk dukung2 anak kt, cium2 la pastu tarik dan bawa ank kita ke tempat diorang. Selalunye yg buat mcmni peniaga2 yg menjual mainan. Anak sy dh berapa kali dah kena dukung n bawak ke tempat diorg. Bila sampai tempat yg byk mainan, bdak2 suke la & xnk keluar dari kedai2 tu. Tapi selamat la diorg xpaksa saya beli, diorg bagi hadiah je pd anak sy. Dapat la dia kapal terbang, pistol mainan dgn tasbih, hadiah dr org2 sana. Terima kasih sgt2.....


Hadiah dari peniaga2 di madinah...halal..halal...hahaha


Selamat la muat beg nak masukkan mainan dia


Di mekah pula tak banyak peniaga2 yg meniaga di kaki lima. Kebanyakkan nya meniaga didalam kedai. Di mekah peniaga kurang memaksa pelanggan2 dari membeli brg mereka spt di madinah. Di mekah lebih cool sikit...hihihi. Di Mekah sy kurang berbelanja krn sblm ini sy dh berbelanja di madinah. So dimekah sy sekadar2 lihat2 sahaja. Yang banyak membeli semasa di mekah ayah dan husband saya. Bayangkan tiap2 pagi lepas solat subuh je diorang turun ke bawah sebab ada peniaga2 yg meniaga di depan hotel menjual jubah2 berharga SAR10. Kat msia mane nak cari. Kain pula tebal, cantik. Memang memborong la husband dan ayah saya.



Makan
Makanan disini lbh kurang mcm mknan msia jugak. Mugkin pihak hotel faham selera kami jemaah semua mcmane. Cuma ada skali skala disediakan mknan style arab. Di madinah kami diberi mkn 3x shari. Di mekah kami diberi makan 4x shari. Sy xlepaskn pluang utk mencuba mknan kat sini. Ramai yg ckp kalo dtg ke mekah/madinah rugi kalau tak cuba magie arab, aiskrim, kebab, kfc. Alhamdulillah semua tu sy dapat cari dan rasa. Mmg sdap dan lain dr yg lain. Maggie kat sini brand indomie, tapi rasa dia memang lain, terase mcm rempah nasi beriani pun ada...hahaha. Siap beli bawa balik malaysia lagi.


Aiskrim dah cair br teringat nak snap pic... 3 Riyal


Kebab yang sedap... 3 Riyal je


 Kfc...harga tak ingat. kalo tak silap 12 riyal kot
Siap dapat roti mcm capati tu lagi



Ayah & ibu semangat posing kat dpn kedai Kebab tu



Cuma dimadinah kena jaga2 sbb byk org mencuri. Ramai pmpuan2 yg berpakaian serba hitam dan berpurdah akan mintak sdekah. Diorg akan ikut kt selagi kt xbg diorang duit. Kalo ada jmpe org mcmtu, cb jauhkn dri n hati2. Pegang beg kemas2 sbb kdg2 tanpa kt sedar, tgk2 beg kt dh terbuka atau dah xde...dh kena potong. Apa yg mutawif kami bgtau...bl salah sorang yang berpurdah tu menghampiri kt dan merayu mtk duit, akn dtg lg sorang dr blakang tnpa kt sdar utk memotong tali beg kt. So kna hati2. Bl ada yg dtg dkt, cb jauhkn diri n pgang beg kemas2. Kalo nk bg duit atau sedekah pn, bagi la pd cleaner2 yg bkerja 24 jam di masjid tersebut. Itu lebih baik.


Bersambung....... (Part 4)

Umrah (Part 2)

Lebih kurang pkul 7 pg(wktu arab saudi) kami smpi di Airport Jeddah. Alhmduliilah urusan di imegresen cpt sgt dan xde msalah. Sblm ni sy byk dgr cete bl tiba di airport jeddah akn sesak dan akn ada byk msalah. Alhmddllah bl group kami sampai di airport, kawasan airport lengang mcm xde org. Allah memudahkan urusan kami pd pg tu. Selepas dah amik beg2 semua saya dan ibu enunggu di tempat yang disediakan sementara nak tunggu kaum2 lelaki selesai urusan di imegresen. Sewaktu urusan amik bagasi, ada orang2 disana yang akan menolong kita. Tapi kena ingat....!!! Bukan freaa ye. Macam saya, adahal awl2 lagi dah tau, tapi bila sampai sana jadi lupa. Bila teringat cepat2 saya tarik trolo dan tolak sendiri. Itu un berebut2 tarik troli ngn orang sana. Diorang xbagi. Last2 diorang mengalah juga. Tapi sempat la juga diorg memaki saya...hahaha.

Settle urusan lelaki di imegresen, kami ke tempat menunggu yang disediakan untuk menunggu bus. Tempat nya sangat la selesa. Siap ada toilet dan juga surau dia setiap tempat. Tak sampi beberapa minit kami menunggu, bus dah ada dh. Alhamdulillah dapat la kami merehatkan badan...Muka masing2 muke kepenatan dan mengantuk, maklumlah 8 jam dduk je dalam flight. Pastu nak kena tambah lagi 6 jam perjalanan ke Madinah.



Waiting area di Airport Jeddah

Kawasan luar airport Jeddah

Semua amik kesempatan tidur






Sepanjang perjalanan saya mengambil peluang utk mengambil gambar suasana ketika itu. Tempatnye macam cete2 yang kita selalu tengok dalam tv tu la...Kiri kanan dipenuhi kawasan berpasir dan juga banggunan2 yang hampir nak roboh. Dlm ati terfikir, mcmane org2 disini mnguruskan aktiviti2 harian. Sbb jrak2 antara satu tempat ke satu tmpat amat la jauh.


Banggunan yang hampir roboh


Kawasan padang pasir


Akhirnya kami bhnti rehat dan makan disatu tempat. Sy xpasti ape name tmpt tu. Yg sy tau mknan yg disediakan ms tu sgt2 la sdap. Nsik arab ngn ayam percik. Hilang sgala penat lelah bl dpt mkn.Alhamdllah.

Tempat persinggahan kami

Alhamdullah rezeki

Setelah selesai makan, kami naik bs semula dan meneruskan perjalana. Semasa perjalanan mutawif banyak bercerita tentang kota madinah. Termasuk juga bercerita tentang masjid bir ali yg akan menjadi tempat miqat kami nanti. Alhamdulillah sampai di hotel lbh kurang pkul 1 lbh....beerti tlh tlepas solat zohor. Cadangnya kami semua nk solat di masjid nabawi, tp bl fkirkn nk settle kan dulu urusan checkin bilik, nk bwk beg ke bilik lg mengambil masa. Jadi kami amik kputusan utk solat zohor & asr di bilik hotel saja.


 Zuhur pukul 12.25


Bilik yang selesa utk kami bertiga



Bersambung...... (Part 3)

Umrah (Part 1)

02/04/2014-14/04/2014

Kami gerak ke kl lebih kurang pkul 10pg...sblm nk gerak tu ramai la org surau dan kwn2 ayah yg dtg untk baca doa & medoakan kami smoga pjlanan kami selamat dan juga smoga mdpt umrah yg maqbul..

Kami sampi di balai bomba klia lbh kurang pkul 1. Sblm msuk wktu zhor kami mkn tngahari di kedai mkn yg bdekatan. Slesai makan kami pergi ke rumah tumpangan di balai bomba klia tu...flight dijangka pkul 2.30 pg nanti. Tp kami amik kutusan utk gerak awl sbb blh la rehat2kn bdan sblm blepas kn.

Ptg2 tu smua dh siap2 mandi & pkai pkaian yg sesuai...kami solat jamak magrib & isyak, kami bgerak ke lcct. Kate pihak andalusia kami kena ada 4 jam disana sblm blepas. Biar kami tunggu awl xpe...
Ramai la yg ada dtg nk mhntr kami dia lcct, adk aku yg dduk di negri 9 bsama suaminya, mak & ayah mertua dia, kluarga mertua ku, adk2 ipar ku, & juga ank2 sedara ibu ku (sepupu aku)...cuma kwn baik je xdpt dtg sbb ada msalah2 yg xdpt dielakkan.

Tp diorg balik awl sbb masing2 ank nk skolah keesokannya. Jadi diorg tungu smpi pkul 12tgh mlm je.

Alhamdllah dlm pkul 12lbih pihak andalusia dh smpi n edar kan tag name, tag beg dan juga mknan ringan kpd kami. Dlm pkul 1 ½ pihak andalusia mberikan taklimat kpd kami smua. Bl dh dgr taklimat mcm2 perasaan ada. Takut, teruja, sronok. Mereka bgtau cuaca di mekah skrg ni 2x ganda dr msia & juga keadaan disana berhabuk. So mereka suggest kn pakai penutup hidung yg diorg ada jual. Ktorg beli utk psediaan nt (tp xpaki pn)

Slps taklimat, checkin beg kami bergerak ke tmpat menunggu....alhmdllah cpt dan senang proses nya.
Dh ada diruang bawah tmpat menunggu, sy dh rasa relax ckit. Mgkin sgala urusan pasport smua xde masalah. Tepat pkul 2.00am kami dh gerak memasuki perut kapal terbang. Mkneye 1/2 jam sblm flight berlepas.

Berlepas
Satu yg sy xbrape sronok sbb tmpat dduk ms dlm kpal terbang. Kami kena dduk jauh antara satu sama lain. Bayangkn ank sy yg umur 2 thn tu dsuruh dduk sndirian oleh pramugara...sy mtk pd pnumpang yg lain utk tkar tmpt dduk, tp sorang pn xde yg bg. Last2 sy dan suami bgun dan dduk di tempat yg lain. Kami dduk bsama. Bl ada yg dtg kami sruh mereka dduk di tempat lain. Nak bt mcmane, xkn sy nk meriba ank sy selama 7/8 jam perjalanan pdahal kami byr utk seat dia. Ibu, ayah dan adik2 ku smua dduk di tempat yg bjauhan. Sy sndiri xtau diorg duduk dibahagian mane.

Selesai smua settle,tb ms kapal terbang nk bllepas. Mengucap sy byk kali sbb terasa tkut...ms flight nk blepas tu sy genggam tangan husband...hihihi. Ank sy plk tb2 mnangis sbb xnk pki seat belt. Yg pramugara plk pakse sy sruh pkikn ank sy seat bealt. Bl dh rungsing agknye dgr ank asy mnangis,dtg seorang pramugari. Dia suruh sy ltkkn ank sy stas riba n peluk dia kuat2. Sy pn bt sprti yg dsuruh. Ltk2 je tgk2 ank sy trus tdo. Nmpk sgt dia dh mgantuk sbb tu dia meragam...


Semasa ada kat ruang menunggu


Hidangan
Kami di beri makan 2x spanjang penerbangan. Makanan yg pertama nasi & rendang. SY mmg xmkn hbs sbb perut dh masuk angin. Hidangan kedua nasi lemak pak nassier. Yang ni sy mmg mkn smpi hbs sbb time tu mmg lpar sgt2...begitu jgk dgn ank sy. Hbs dia mkn. Sdap nasiknye...Ms balik hidangan pertama nsi beriani dan juga nasi ayam. Tapi nasi ayam memang saya tak makan sebab xkene ngan slera saya ms tu.



Dalam flight...dapat juga tempat duduk. 
Ngah menjamu Nasi Lemak Pak Nassir uolls...



Bersambung.... (Part 2)



Jumaat, 18 April 2014

Pengalaman di tanah suci mekah (part 1)

Kisah ini adalah kisah benar saya sewaktu berada di Tanah Suci Mekah. Tak ada kena mengena dengan sape2. Hanya nak menceritakan pengalaman dan moga2 jadi ingatan buat semua.

Sewaktu ditanah suci mekah saya dan family menginap ditingkat 13. Sama juga seperti di Madinah. Bagi saya bilik itu sudah cukup tinggi dan pada fikiran saya kalau saya duduk di tepi tingkap untuk melihat peniaga2 yg menjual dibwah tanpa menutup kepala tak jadi masalah.

Nak dijadikan cete, pada satu ptg saya tiba2 teringin nk tgk dr tingkap bilik suasana org2 dbawah meniaga. Biasalah tinggal di tempat yang tinggi mesti blh tgk suasana peniaga2 yg meniaga disekitar tepi2 hotel kan.

Sy bjln mnghmpiri tingkap bilik utk melihat ke bwah, sampai je kat tingkap bilik tb2 kpala sy rs sakit sgt2. Tak tahu kenapa. Sy bgerak pergi ke katil dan dduk. Smpi je kat katil rs sakit terus hilang. Sy bgun blik dan pegi ke tingkap smula, rs sakit dtg blik dan kali ni lbh sakit smpi rs mcm nk pitam. Sy trus dduk kat tpi katil. Smpi sj di katil rs td terus hilang. Rs pelik sbb bl smpi di katil tb2 smua sakit trus hilang serta merta.

Sy bt pkara yg sma smpi 3x...tp tetap jgk jdik spt sblm ni.
Sy dduk dan bfikir skejap. Akhirnya sy mbuat ksimpulan mgkin Allah bt mcmtu spaya sy mnutup kpala sy wlupun berada ditepi tingkap tu. Mgkin bg sy org xblh nmpk sy bdiri dsitu. Tetapi mnetau dlm rmai2 yg ada dbwah ada sorang dua yg blh mlihat sy diatas. Begitu juga dgn pnghuni2 hotel lain yg sama level ngn sy. Kalo mereka juga ada ditepi tingkap, msti mreka jgk dpt mlihat sy. Mgkin Allah inginkn sy mnutup aurat dgn smpurna wlupun kita fkir xde sape yg blh nmpk kt.

Disana apa saja yg kt bt pasti akan ada blasan. Jika dsini spt disana,jika tdk mnutup aurat atau berbuat kjhtan terus mdapat blasan...agknya apa akn jdik.....??? Sy rs pasti akan ramai yg akn takut, ramai yg akn mnutup aurat & rmai yg akn tkut utk mbuat kjhtan.

Wallahualam......

# slps kjadian tu,sampi ari terakhir di Tanah Suci Mekah,sy xbrani nk dduk/mnghampiri tingkap.


Pengalaman ditanah suci mekah (Part 2)