Sabtu, 14 September 2019

TRIP KE BATAM (LAST PART)


Pagi ni terbangun awal pulak. Solat, pastu terus turun ke lobby tuk breakfast. Disebabkan yang lain malas nak bangun breakfast, so aku dengan teacher wawa je la yang turun. Tapi tak sedap hati sebab kitorang berdua dapat makan sedap-sedap, yang lain tak dapat. So kitaorang ni buat muke tak malu siap bawak bekal lagi untuk diorang yang ada kat dalam bilik. Lantak la, selamat la receptionist tak de cakap pape. Banyak menu yang ada kat Amarins Hotel ni. Pagi-pagi dah ada bihun goreng, maggie goreng, nasi putih, nasi goreng, roti-roti dan bijirin-bijirin. Air pun samalah. Ada yang sejuk dengan yang panas. Lauk pun pagi tu ada dua jenis. Lauk ayam dengan sayur campur. Tak tahu nak makan yang mana satu.

Tak nak membazir, aku pun amik la sikit-sikit. Kalau rasa tak cukup nanti boleh tambah lagi kan....hahaha. 
Mula-mula makan ni dulu. Amik sikit-sikit

Pastu makan ni pulak

Agak dah kenyang, kami pun naik lah ke bilik. Memang betul-betul tidur diorang ni. Kitaorang dah habis makan pun belum bangun lagi. Sementara yang lain masih tidur, aku kemas-kemas apa yang patut la. Sebab pukul 10 pagi nanti dah nak keluar check out. Dah janji dengan pak supir pukul 10 pagi kene ada kat lobby. Alhamdulillah tak banyak beg beranak....hahaha. Satu beg je. Tak de la banyak sangat nak bawak nanti.

Semua dah bangun, dah siap-siap kemas, masing-masing mengadap handphone masing-masing. Yelah sementara ada wifi ni kan. Kang dah keluar dari hotel, dah tak de wifi dah...

Lagi 5 minit pukul 10 kami dah turun, settle urusan check out semua, pak supir pun dah ada, kami pun bergerak ke Dc Mall. Kat sini memang banyak handbag-handbag. Lagi banyak pilihan. Beg jenis gred Victoria Secret pun banyak kat sini. Memang rambang mata, ikutkan hati nak je beli semua. Tapi sebab fikir kan barang untuk anak tak beli lagi, lupa kan dulu niat tu 😆😆😆 
























Amaris Hotel. Booking melalui Agoda je.


Beg ni boleh dapat Rm18 kat Batam. Kat Dc Mall
Borong beg
Last shopping kat Dc Mall.
Kat sini pun banyak jual kerepek-kerepek



Kat sini cari jugak mana tshirt I Love Batam, fridge magnet semua, tapi tak ada. Menyesal tak beli kat Nagoya Mall semalam. Pak supir la ni, cakap kat sini ada banyak jual. Tapi 1 pun tak ada. Habis pusing kat mall ni, kitaorang ke Pasar Jodoh, sebab ada rakan yang nak mencari kain pasang untuk emaknye. Pasar Jodoh ni lebih kurang macam pasar pagi, banyak la jual sayur-sayur, baju-baju bundle. Kedai kain nye ada la 2, 3 kedai je. Tapi kain nye memang cantik-cantik dan murah. Kalau lagi pandai tawar, dapat lagi murah. Kain lace yang dah siap ada manik-manik, 1 meter boleh dapat rm11- Rm15 ringgit. Kain sare 3 meter boleh dapat Rm45 duit malaysia. Tapi sebab fikirkan tak de nak buat baju sekarang ni, aku memang tak de la nak beli. Tengok je la. Nanti la kalau nak dekat-dekat raya nani boleh la datang sini balik ari je.



1 meter Rm12 duit Malaysia

Teacher Loges nak cari kain untuk Deepavali



Selesai kat sini, kami bergerak ke Factory outlet. Niat dihati nak carikan barangan kulit untuk ayah. Tapi tak jumpa juga. So kami singgah kejap kat Golden Layer Cake je. Bergambar je, nak beli macam tak berminat. Harga mahal rasa pun biasa-biasa je bagi aku. 




Price kek lapis Batam

Jadi le bergambar je



Habis bergambar, kami teruskan perjalanan ke terminal. Tapi disebabkan tengok jam masa tu macam awal sangat lagi. Kami mintak pak supir turunkan kami di Mall yang berhadapan dengan terminal tu dulu. So pak supir turunkan kami di Mega Mall Batam. Tak ada yang beza pun kat sini. Cuma kat sini banyak la pilihan makanan. Sebab ada Starbuck, A&W, Donuts semua ada kat sini. Sambil pusing-pusing mall, sambil cari kedai jual barangan kulit. Tapi tak de yang berkenan pulak. Pusing punye pusing, jam pun dah dekat pukul 2. So kami decided untuk makan dulu, di D'Penyet Cafe. Tingkat 3 kalau tak salah aku. Sebab nanti dah sampai kat terminal, risau dah tak de kedai makan. So kalau boleh sebelum pukul 3 dah nak ada kat terminal. Sebab tiket kami pukul 4 petang ni. Tapi sejam sebelum boarding dah kena ada kat sana. Makanan kat sini boleh tahan sedap, tapi servis agak lambat. Makanan kami semua dah sampai, tapi ada sorang member punya makanan tak sampai-sampai. Kitaorang yang dah dapat makanan ni dah nak habis makan dah pun. Mana tak mengamuk member.


Last makan kat sini.
Nasi putih + Ayam Kim Jo Un namanya

Selesai semua kami jumpa pak supir kat tempat yang dah  dijanjikan sebelum turun tadi. Pak supir turun kan kami di depan pintu masuk terminal, aku bagi balance duit pada dia dan kami terus ke kaunter tiket feri Dolphin. Dah amik tiket original dan bayar tax, kami terus boarding. Nak boarding pun satu hal, tak tahu kat mana nak boarding, rupenye kena nak eskalator ke atas. Jenuh mencari tanya orang. Kami terus masuk je, tak de kene check pape. Kami sampai terminal 30 minit sebelum feri berlepas. Ingatkan dah tak boleh masuk ke ape, tapi alhamdulillah lepas je semuanya. Dah ada kat dalam tu lega sikit, boleh la pergi toilet ke ape dulu.


Tempat menunggu sebelum masuk ke feri

Sampai masa nak masuk ke feri, urusan semua mudah je. Pihak imigresen semua tak de banyak tanya ke ape. Terus je kami jalan menuju ke feri. Kalau masa pergi semalam kami pilih seat depan, kali ni nak balik kami pilih seat kat belakang pulak. Feri bergerak tepat pukul 4 petang waktu Batam. Dalam perjalanan, dilambung-lambung ombak, perut rasa lapar pulak. Selamat la dalam tu ada orang jual maggie....hahahha. So kami pun beli la maggie kat dalam tu. Rm3 je. Pakai je duit malaysia dia terima.

Makan maggie, dah lapar dalam fei

Sampai terminal feri Puteri Harbour tepat pukul 7 malam. Sama jugak, urusan kat imigresen malaysia pun tak de masalah, lancar je. Macam biasa, aku tumpang kawan untuk balik ke rumah.  

So untuk sesiapa nak ke Batam, silakan. Tapi kat Batam ni tak banyak sangat tempat-tempat hiburan untuk anak-anak ni. Yang ada pun masih dalam renovation lagi la, semua nye macam baru nak membangun. Tuk shopping aku rasa ok. Tapi kalau nak di bandingkan shopping di Bandung dan Batam, rasanya lagi best di Pasar Baru Bandung. Sebab kat sana lagi banyak pilihan. Kat Batam ni tak de tempat jual pakaian lambak-lambak macam di Pasar Baru Bandung tu. Setakat baju-baju yang di jual di Mall tu ada la. Kalau setakat berjalan balik ari tuk shopping ke, nak rehat-rehat kat pulau-pulau ke tu tak de masalah.


Kembali ke:

Untuk yang nak nombor supir, ni aku ada bagi siap-siap kat bawah. Insyallah boleh dipercayai.

Batam Transport.Com = +62 858 1177 7290



TRIP KE BATAM (PART 4)

NEW OCARINA

Next destinasi kami petang tu ke New Ocarina. Kata pak supir tak jauh pun dari hotel kami tu. Dalam 5 minit je. New Ocarina ni macam pedalaman sikit. Kawasan sekeliling pun macam baru nak membangun. Jalan pun belum berturap habis. Berlubang-lubang. Kereta jangan cakap la, memang laju-laju. Seriau tengok cara diaorang bawak kereta.


Sampai dah pintu masuk Ocarina. Kena bayar ye masuk ke sini. Bayaran dewasa sorang Rp10,000. Kereta pun kena bayar ye dalam Rp5000.  Masa kami datang ni memang tak de ramai orang. Maybe sebab hari bekerja kot. Kat sini lebih kurang macam Danga Bay la kalau kat Johor. Ada la theme park tapi tak semua beroperasi....hahaha. Masa kami sampai, ada la 2, 3 jenis je yang boleh main. Setakat nak jalan-jalan amik angin, bergambar boleh la.


Pintu masuk ke New Ocarina


Bergambar je, tak boleh naik


Yang ni pun tak boleh main


Dah nak gelap dah



Yang ni boleh naik, tapi tak berani naik sebab
angin kuat
Last pose sebelum gerak
Owh ye, kat sini juga boleh tebus makanan free ek. Simpan tiket masuk tadi, pastu pegi kat cafe yang ada kat situ. Nama ape pun aku dah lupa, tapi cafe nye memang tepi sekali. Tapi dengan syarat, nak tebus kene beli air dulu kat situ. Makanak yang boleh tebus, samada sandwich atau nasi goreng. Alang-alang dah malam, kami amik nasi goreng je.

Sebelum nak balik ke hotel, kami tanya kat pak supir. Kat Batam ni tak de ke pasar malam or uptown. Katenya tak ada. Puas la kami explain kat pak supir tu pasar malam tu macamane, tapi tak faham jugak.....hahahaha. Nasib la dapat pak supir yang ni. Last-last kami suruh pak supir tu hantar kami ke hotel je. Sebab awal lagi kan. Baru pukul 7 mlm. So balik hotel awal, boleh keluar g Nagoya Mall balik. Cari makan malam. Sampai hotel memang kami terus ke Nagoya Mall balik, simpan dulu nasi goreng yang dapat free tadi, pastu keluar balik. Cari nasi ayam penyet pulak kat dalam Nagoya Mall tu. So jumpa lah nasi ayam kremes plk. Sama macam nasi ayam penyet, tapi sambal nye ada pelbagai. Ada sambal cabe hijau, sambal biase. So dah datang tempat orang, mesti la nak try makanan yang lain dari yang lain kan. So aku pun try la nasi kremes cabe hijau. Habis makan, mata pun dah layu. Aku dengan sorang kawan amik keputusan nak pergi ke bilik. Yang lain-lain nak terus aktiviti nak ke spa. ikutkn hati nak pergi sekali, tapi badan rasa macam dah penat sangat, so terpakse 
batal kan niat.


Makan di cafe Bakso Kota dalam Nagoya Mall

Ayam goreng cabe ijo + nasi



Bersambung ke ....Trip ke Batam (Last Part)






TRIP KE BATAM (PART 3)

AMARIS HOTEL(NAGOYA)

So sampai kat hotel, kami pesan pada pak supir, pukul 5 nanti ambil kami semula disini. Sebab petang nanti kami nak berjalan di New Ocarina pulak. Tengok dalam google tempat ni macam cantik untuk bergambar. So kami plan nak pergi petang nanti.


Nak masuk ke kawasan hotel

Ni la hotel kami, yang warna merah. Amaris Hotel.
Depan yang bertingkat-tingkat tu Nagoya Mall.


Sampai di hotel, aku pun ke kaunter. Pekerja minta pasport ape semua, pastu dia cakap bilik tak boleh masuk lagi, sebab belum habis kemas. So dia mintak kami tunggu dulu. Memandangkan mall depan hotel je, kami pun amik keputusan nak pergi berjalan-jalan ke mall dulu. So diaorang suruh kami tinggalkan beg pakaian kami dulu. So kami tinggalkan beg, dan dia bagi kami tag. Tak sampai berapa langkah je dah sampai pintu mall. Tapi ni pintu belakang mall la ye. Sederet hotel ni pun banyak spa-spa dan pusat karaoke ye. Spa-spa boleh la pergi, pusat karaoke, xpelah.

Mall nye sama je macam mall -mall yang ada di malaysia ni. Cuma kat sini kebanyakkan nye banyak yang jual handbag-handbag. Yang lain-lain sama je. Niat hati memang nak tengok-tengok je dulu. Tapi aku risau kot nanti dah tak cukup masa nak shopping or berjalan, memandangkan esok kami dah nak balik. So aku beli je dulu mana yang aku rasa patut beli. Handbag-handbag gred-gred banyak la harga murah-murah kat sini. Kebetulan pergi memang ada sale, memang rambang mata la nak pilih.

Souvenir pun ada juga jual kat sini. Aku sarankan kalau nak beli souvenir, beli je kat Nagoya Mall ni. Sebab nanti kat tempat lain dah susah dah korang nak jumpa orang jual souvenir. Kat sini ada satu kedai yang banyak jual souvenir. Aku memang borong beli situ je. Key chain, fridge magnet, beg2 semua beli kat sini. Tapi tu lah, aku ni ikut je cakap pak supir, katanye kat DC Mall nanti ada banyak jual key chain, fridge magnet, tshirt-tshirt ni, tapi hampeh. So aku sarankan, korang yang nak ke Batam, beli je souvenir yang ada kat dalam Nagoya Mall ni. Sebab kat tempat lain payah nak jumpa.

Rambang mata tengok banyak handbag


Dah puas jalan, rasa macam dah banyak sangat beli barang ni. Tangan pun dah penuh, so kitaorang amik keputusan nak balik hotel. Moga-moga dah boleh check in la. So sampai hotel, bilik memang dah ready, pihak hotel bagi kunci dan bgtau esok pagi ada breakfast untuk 2 orang dari pukul 7 pagi-10 pagi.

Bilik kami di tingkat 3. Memang mengadap ke Nagoya Mall. Kami 5 orang duduk satu bilik. Asalnye kami booked 2 bilik. Tapi masing-masing penakut, bilik ni nak 3 orang, bilik ni pun nak 3 orang. Last-last cancel 1 bilik. Amik satu bilik je senang. Semua duduk satu tempat, habis cerita. Bilik dia besar jugak untuk kami berlima. Katil pun besar, kalau kami berlima nak tidur atas katil pun muat. Cuma kene berhimpit la. Dalam bilik memang dah ada disediakan toiletries, tuala apa semua. Cuma iron je yang tak de. Tapi kami col je receptionist minta hantar kan iron. So kami siap-siap mandi, solat jamak ape semua dan rehat sementara nak tunggu pukul 5.

Bersambung ke......Part 4

TRIP KE BATAM (PART 2)

TEBING LANGIT

Bersambung kat sini pulak. So destinasi seterusnya kami mengajak pak supir ke Tebing Tinggi. Tau tempat ni pun dari facebook. Ada viral kat pages mane ntah tak ingat. So kami pergi ke sana. Kate pak supir tak jauh dari situ. Dalam 30/35 minit je dari welcome to batam tadi. Bayaran masuk ke sini dalam Rp5000 sorang ye. Ala tak sampai Rm3 duit malaysia. Murah la. Apa yang ada kat sana, nanti tengok je la gambar-gambar yang ada ye. Tempat ni berbukit sikit, so kalau nak ke atas tu, make sure pakai kasut yang sesuai. Tak payah nak berangan pakai heel ke ape ye. Pakai sport shoes je senang. Sebab tempat nye memang kat atas bukit. Lagi pun, nak bergambar pun, semuanye kene panjat-panjat. So memang tak sesuai nak pakai heel bagai. Untuk budak-budak agak tak sesuai la nak berganbar panjat-panjat tu, sebab bagi aku agak bahaya. Tapi kalau nak bergambar yang bawah-bawah tu tak de masalah.

Kat sini pun ada jurugambar yang akan amik gambar kita. Tapi macam biase lah bukannye free. Tapi dia ok, peramah. Siap cakap kalau nak dia tolong amikkan gambar pakai handphone kita sendiri, dia tak de charges. Free je. So kitaorang pun memang bagi je la handphone kat dia. Memang peramah dan friendly, tapi ada jugak dia amikkan gambar kitaorang guna kamera dia. Masa nak balik tu, dia mintak handphone, nak masukkan gambar-gambar tadi. Dia cakap, pilih je la gambar mana yang nak, satu gambar rm3. Yang mana tak nak, delete je. Memang tak la nak delete. So kitaorang pn tak tahu nak pilih gambar yang mana sebab banyak sangat. Last-last kitaorang pakat-pakat bagi je la duit kat dia seikhlas hati. Dia pun ok je. So kami bagi je la kat dia duit malaysia Rm35. Halal ye......

Pintu masuk konon nye

Panjat je bukit, nampak Rumah Hobbit ni dulu

Rumah burung, gigih tau nak panjat dengan angin kuatnye

Sarang burung lagi



Rumah Indian, nak pakai yang atas kepala tu, boleh sewa Rm3 je ye.
Pakai duit malaysia pun dia terima

Hot Air Balloon yang senget

Kemain lagi teacher-teacher semua

Ni la orang yang rajin mengambil gambar kami





Dah puas bergambar, tengok jam dah dekat pukul 1 lebih. Time orang solat jumaat rasanya ni. Di sebabkan pak supir ni bukan orang islam, kami mengajak pak supir makan dulu. Perut pun dah berkeroncong sebab dah lama sangat bergambar kat atas ni. Nak naik tadi bukan main seronok, nak turun, rasa nak pakai gelongsor je. Penat nye Ya Allah.


So pak supir pun bawak kami makan kat area sekupang kalau tak silap, tempat yang ala-ala food court. So banyak la pilihan makanan yang kami boleh makan. So kami tertarik untuk try makan nasi ayam geprek. Kata pak supir, dia lebih kurang macam ayam penyet jugak. Tapi yang ni siap ada level-level kepedasan dia. So kami semua amik tahap kepedasan level 3. Tapi level 3 pun pedas ya amat. Aku yang biasa makan pedas ni pun tak boleh tahan. Macamane lah kalau ada yang amik level 10 tu kan. Memang mengulang air la keje nye. Makan minum, makan, minum, last-last air habis. Mintak tambah air kosong sebab dah tak tahan. Harga makanan boleh la. Nasi dengan air tak sampai Rm10. Dalam Rp30,000.
Ni kedai yang kami makan

Menu yang ada

Nasi Geprek Rp25,000 (level 3)
Lepas dah settle semua, kami amik keputusan untuk terus ke hotel. Memandangkan jam pun dah pukul 2 lebih kan, nak rehat dulu sebelum nak berjalan lagi nanti. Kami booking hotel di area Nagoya. Sebab ramai yang kata area Nagoya ni happening sikit berbanding tempat lain. So aku booked hotel yang betul-betul dekat dengat Nagoya Mall. Amarins Hotel.


Bersambung ke.......TRIP KE BATAM PART 3

Jumaat, 13 September 2019

TRIP KE BATAM (PART 1)

Sebenarnya trip ke Batam ni tak de perancangan yang rapi pun. Borak-borak dengan rakan sekerja nak berjalan, pastu tetibe terkeluar nama Batam ni. Bila fikir-fikir balik, ok jugak sebab Batam dengan Johor pun bukanlah jauh sangat. So tujuan kesana nak berjalan dan shopping je.

So fikir punya fikir, kami pun start la cari details semua pasal Batam ni. Memandangkan dalam ramai-ramai ni aku sorang je yang selalu berjalan, so diorg semua serahkan kat aku tuk cari. Aku pun mula la mencari start dari transport, hotel, dll. Tapi betul, blog pasal ke Batam ni memang tak ramai yang buat. Maybe sebab kat sana kurang daya tarikan untuk orang melancung, so tak ramai yang nak melancung kat sana.

Transport dan supir aku dah dapat cari, plan asal memang nk redah dan naik teksi je kat sana, tapi sebab ada kawan yang memang asal dari indonesia yang anaknye bersekolah di tempat aku, dia bagitau lebih baik upah driver dari naik teksi. Sebab kat Batam ni katanye banyak teksi yang suke tipu customer. Betul ke tak tu walllahualam. Katenye kalau kita naik teksi bagi duit besar, diorang tak de tukar, memang diorang tak kan bagi duit baki. So aku fikir-fikir balik ok kot sewa transport dan supir, sebab kita boleh relax-relax je dalam van kan. Dah beli barang simpan dalam van je, tak payah nak pikul banyak-banyak.

So aku dapat supir dan transport ni dari google jugak. Aku try wasap dan ada jawapan. Bayaran yang dia bagi, bagi aku berbaloi la jugak sebab kami ramai kan. Bayaran yang kami dapat untuk Toyota Avanza 7 seat Rp1,000.000 (bersamaan dlm rm280 lebih la kalo ikut rate malaysia). Boleh la sebab kami share-share bayar kan. So bayaran dibuat bila dah sampai kat sana ye, dalam matawang rupiah. 

Dah settle pasal transport semua, aku google plk pasal feri. Baru tau selain dari Stulang Laut, kat Puteri Harbour pun ada feri yang boleh ke Batam. Rate pun lagi murah dari yang Stulang Laut. So aku decide nak amik feri dari Puteri Harbour tu. Oklah rm88 return tiket untuk seorang dewasa. Aku beli tiket dari Puteri Harbour ke Batam Centre. Settle semua lega rasa. Owh, aku beli tiket online melalui web: www.easybook.com

Sampai lah masa nak berangkat...kami berangkat 30 ogos 2019 - 31 Ogos 2019. Tak lama pun, 2 hari 1 malam je. Pagi sebelum nak bergerak tu, tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan anak ni. Walaupun anak dah besar 8 tahun, tapi tak pernah lagi tinggalkan dia pergi jauh-jauh. Tapi awal-awal pesan kat dia, nanti mama balik kita pergi jalan kat tempat lain tau. Mula-mula tak ok juga, lame-lame ok dah. So tinggalkan dia dengan papa nye. 

Pagi nak gerak tu memang aku tak kejutkan dia pun. Biar lah dia tidur, risau kot kejut kang, dia berubah hati pulak nak ikut. Aku tumpang kawan untuk ke terminal feri Puteri harbour tu. Nak jimat kan, so tong-tong duit minyak. Pagi tu hari hujan pulak, ati dah risau berdebar-debar. Yelah hari hujan, pastu nak naik feri pulak tu. 


Dah sampai terminal feri Puteri Harbour

Alhamdulillah sampai terminal hujan dah berhenti. Aku memang tak pernah naik feri ni, so memang terpinga-pinga sikit la. Baca dalam blog, sebelum nak boarding, kene ke kaunter tuk amik tiket original dulu. Sebab aku beli tiket online, so kena amik yang original kat kaunter dulu. Tapi dalam ramai-ramai tu sorang pun boleh tak nampak kaunter tu. So aku pun pergi la tanya orang yang ada kat situ, kat mana nak amik tiket yang betul. Pakcik tu tunjuk kat kaunter information. Tengok kat kaunter information tu tak ada orang pun. Pastu tetiba tengok ada orang ramai beratur. Kami yang risau ni pun ikut la beratur. Sebab nampak yang beratur tu pun ada yang bawak kertas-kertas macam kami jugak 😊. Sebab aku beli tiket route yang paling awal sekali kan, so kami pun ikut la beratur. Sampai giliran kami, orang tu cakap, ''ni beli online kan, kene amik tiket ori dulu kat kaunter''. Pastu aku cakap la, ''kaunter kat mane, tadi saya pergi tak de orang''. Pastu dia gelakkan kami. Dia cakap macamane boleh tak ada orang, mesti ada. Pastu dia suruh kami dari barisan. Kami tanya orang lain pulak. Rupenye kaunter dia dekat dengan pintu KETIBAAN. Bukan kaunter information tadi. Hampeh betul pakcik yang tunjuk mula-mula tadi tu. Yelah mane nak nampak, kaunter tu tulis "KETIBAAN', so aku ingat tu kaunter tuk orang yang baru tiba dari Batam la. Lainkali tulisan tu bio terang sikit. Letak kaunter kat tempat yang strategik sikit. Ni atas tulis ketibaan, bwh ada kaunter, aku memang ingat tu kaunter Ketibaan la. 

Dah pergi ke kaunter, diorang mintak rm80 lagi. Aku tanya untuk apa, diorang cakap untuk tax. Tax rm80 untuk 5 orang. So dia pesan juga, nanti dari Batam pun akan ada tax dalam Rp30,000 sorang tapi duit rupiah la. So disebabkan kami ada 5 orang, kami bahagikan je rm80 tu dengan 5 orang. Itu yang untungnye pergi ramai-ramai, sebab boleh share-share bayar. Orang kaunter tu explain details semua, dia siap bagi tiket balik siap-siap, terangkan itu ini, baru lah kami faham. Tiket balik ni pun nanti, masa di Batam kene ke kaunter jugak dulu. Nanti pihak kaunter akan bagi tiket original yang lain. So kami dah prepair simpan duit tax dalam rupiah awal-awal. Risau kot terlebih shopping nanti, lupa nak simpan duit tax....hahahhahaa

Dah dapat tiket

Yang ramai-ramai tu la tempat nak beratur boarding
Dah settle hal tiket, kami duduk dulu sementara nak tunggu boarding. Tiket kami pukul 8.30 pagi, boarding pukul 8.15 pagi. Masa menunggu ni sempat la sarapan dulu buat alas perut. Makan roti je pun, takut nak makan berat-berat kot sakit perut ke ape nanti. Untuk oengetahuan, botol air, makanan ape semua tak de masalah nak bawak masuk ek. Sebab kami siap bawak botol air, makanan dari luar, memang tak kene tahan. Cuma yang dia akan tahan kalau ada bawak barang-barang merbahaya, cecair beracun ape semua tu la. 

Muke excited teacher-teacher sebelum nak boarding

Dah sampai time boarding, kami pun beratur la. Pekerja kaunter yang gelakkan kami tadi tanya, ''dapat ke tiket''. Pastu aku cakap, ''dapat, sory la tak tau plk kaunter tiket kat pintu ketibaan, sebab selalu naik flight tak mcm ni pun''. Terus je aku cakap macamtu. Diam terus pekerja tu. Settle imigresen semua, terus kami ke feri. Memang lengang xde orang pun. Santai je jalan tak payah nak rushing-rushing sangat.


muke happy semua dapat berjalan ek

nak posing jugak 

kene tengok luar, kalau tak nak pening

sebelum masing-masing ketiduran

Perjalan kami memakan masa hampir 2 jam. Sepatutnya feri bergerak pukul 8.30 tapi pukul 9 pun feri tak bergerak lagi. Tak tahu la ada masalah ape. Memang start je feri bergerak terasa pening kepala, maybe sebab laut bergelora kot yelah baru lepas hujan. Lepas tu dah ok dah. Dalam feri ni pun nanti akan ada orang yang akan datang dekat kita untuk beli simcard indonesia. Kami tak beli pun,. Hanya mengharap kan wifi hotel je nanti. Sedar tak sedar tak tahu bila kami ketiduran. Bangun-bangun tak sampai-sampai lagi, sambung tidur lagi. Akhirnya 2 jam perjalanan baru kami sampai di Terminal Feri Batam Centre. Urusan di imigresen semua lancar, tak ada pape masalah pun. Imigresen indonesia pun friendly, tak sombong dan rajin berborak pulak tu. Scan bag pun tak de masalah, semuanya lancar. Sampai di pintu ketibaan, dah ternampak dari jauh orang pegang signboard name aku. Punya lah malu, diorang yang lain tak habis nak gelak-gelak....hahahha


Dah sampai


So supir kami memperkenalkan diri dia sebagai Pak Surung. Bukan beragama islam aku rasa. So tunggu depan pintu masuk dia nak amik van dia. So bila van dah sampai, kami masukkan beg ape semua, dan teruskan perjalanan. Disebabkan masa untuk check in lambat lagi, baru pukul 10 pagi di Batam masa tu, so kami mengajak Pak Surung tuk berjalan-jalan dulu. Yelah kami kat sini 2 hari je, so kalau boleh tak nak buang masa. Owh ye, waktu di Batam lewat sejam dari Malaysia ye.


Tempat menunggu Pak Surung
WELCOME TO BATAM

Destinasi pertama kami tak lain tak bukan, di tempat femes la... "Welcome To Batam''. Dekat je dengan terminal feri ni. Kawasan untuk bergambar ni sebenanrnya tapak rumah kedai kata Pak Surung, tapi tak jadi. So pagi-pagi orang sini buat pasar meniaga, macam pasar pagi dan pasar malam tu. Tempat ni memang kawasan lapang, tak ada ape-ape pun kat situ. Just untuk bergambar je boleh la. Kat sini pun dah memang ada orang standby untuk amikkn gambar tapi bukan free ye, berbayar. So kami tak amik pun, sebab boleh je amik gambar sendiri kan. Dah puas bergambar, kami pun ajak Pak Surung ke tempat lain pulak. Jadik la buat kenang-kenangan.


Macam kawasan padang pasir je
Teacher-teacher nak berposing

Jakun sekejap tengok ada polisi buat penggambaran

Selesai di sini kami ke destinasi seterusnya...........Trip ke Batam Part 2


Untuk yang nak nombor phone supir, nanti last entry aku sertakan sekali ye.