Sabtu, 18 Januari 2014

~Baby Pra Matang (part 2)~

Aku dh boleh keluar hospital keesokan harinye. Pada mlm tahun baru aku dpt tido lena sebab anak xde dduk ngn aku. So dapat la aku tido lena untuk kumpulkan balik tenaga. Alhamdullah aku xde pening mcm jiran2 sbelah katil aku tu. Cuma nk bgun trun dari katil tu aku rs mcm ssah sgt kn. Katil dh la tinggi, nk trun tu dgn keadaan kt yg bjhit ni mmg payah sgt.

Sblm aku keluar hospital, aku ajak suami untuk pergi ke NICU untuk tgk baby. Ms nk ke NICU tu trase la lmbt nye. Yelah xblh jln laju2 kn. Masuk je kat NICU hsband aku bwk aku ke tmpat bby aku diletakkn. Terasa seram sejuk je bl msuk blik tu. Dengan bunyik mesin mcm2. Akhirnya aku sampai jugak. Rs nk nangis pn ada bl tgk keadaan ank aku. Wayar penuh satu badan, kecik sgt. Pakai pampers pun dh penuh ttup satu badan. Sayu rs ati. Aku xboleh nak pegang dia, apetah lagi nk dukung atau pangku dia. Aku cuma tgk dr cermin kaca je.

Selama 3 minggu baby aku dduk di NICU. Selama itu juga hsband aku ulang alik ke hospital mnghantar susu. Sampi dia kna tambah cuti utk balik ke Jb. Ibu aku xbagi aku ulang alik ke sana sbb aku masih lagi didalam pantang. Lagi pun nurse pun xgalakkan aku dtg ari2 sbb aku bkn blh susukan/pgang baby pun. Aku juz simpan susu dlm bekas dan ari2 suami aku akan hntr ke sana. Baby minum susu pn mlalui tiub je. Rsau kalo slalu ulang alik kesana, msalah lain plak yg timbulkn. Kot2 bentan ke.


Keadaan anak semasa di wad biasa

Selepas 3 minggu, alhamdulillah baby aku dh dikeluarka dari NICU dan dibawa ke wad biase. Semasa baby di wad biase, pada mulanye aku mmg xblh nk pgang/mnyusukan baby lagi sbb dia masih bnafas mnggunakan oksigen. Lpas 2,3 ari mcmtu baru nurse2 kat ctu bnarkan aku utk pgang baby dan mnyusukan. Nurse kat sana ajar cara yg btl mcmane nk susukan baby. Baby kuat myusu dan berat dia makin lame mkin naik. Tapi mcm biase lh, bl berat dh elok2 naik, tetiba turun plk. Kena amik darah lagi la, mcm2. Ati aku dh mula risau. Kalo berat dia turun lagi mknenye lmbt lg la dia akn kuar dr wad.

Dkt seminggu jugak baby di wad, akhirnya doctor suggest kan aku utk dduk di hospital ngn baby. Memandangkan baby dh xmnggunakan oksigen lagi utk bnafas dan juga berat dia lagi cikit nk sampi ke 1700gm . Pada mulanye mmg ssah aku nk tingal di hospital, tp bl mngingatkan ank, aku gagah kan juga ati ni.

Doc ckp bt syarat je dduk di hspital sbb brat bby akn cpt naik kalo byk mnum susu & dia nk ajar cara2 nk jga baby pramatang, cara nk bg bantuan kcemassan kalo2 baby xblh bnafas. Sbb byk risiko sbnnrnye bl ank lahir xckup bln. Cuma aku bdoa je la smoga smuanye baik2 je. Mmg aku byk bg ank aku myusu time tu.

Berat baby aku mulanye 1600gm...kalo berat baby aku dh lpas 1700gm doc mmg akn bnarkn aku n bby kuar. Alhmdllah esoknye lpas aku dh dduk sma ngn bby berat baby dh btambah jadik 1705gm. Yea dh lepas...aku rs sronok sgt sbb aku & baby dh blh kuar balik ke rumah.







Bagi baby pramatang ni, mmg xblh mandikan dia trus mcm baby yg lain. Aku kna lap2 badan dia guna tuala atau kapas basah.

Tak boleh nk pakaikan dia bedak2 atau losyen badan

Tak boleh bagi dia dekat2 ngn org ramai terutama perokok n asap2 knderaan

Kalo blh jgn bg ramai2 org kerumun dia, sbb baby pramatang ni mmg mudah dpt pnyakit. Terutama kalo ada bdak2 selesema, batuk.

Aku dlu mcmtu la, aku mmg xbg org dtg tgk ank aku, bkn sbb kdekut. Tapi sbb fkirkn ksihatan ank kt kn. Bl ank dh bsar ckit baru aku bgtau sdare mare yg ank aku dh blik rmh. Aku akn siap2 ltkkn btol sanitizer kat tepi baby kot2 ada yg nk pgang baby kn. Mmg kna jga smua tu.




~Trip Budget Ke Korea~



Korea...korea...korea...husband aku kalau dengar aku cerita pasal korea dia akan buat2 tido...hahhaa. Bukan apa, dia cakap dia dah letih dengar aku asyik2 cete pasal korea je. Nak buat macamae sebab aku ni peminat setia drama korea. Pelakon lelaki satu2nye yang aku minat ialah Song Seung Hun. 
Huhuhu..aku memang minat sangat2 kat dia. Minat tang mata dia tu...... :-)







Cete lakonan dia yang aku paling minat adalah cete WHEN A MAN LOVES.



Aku memeng suke sangat dengan cete ni. Dalam cete ni dia memegang watak sebagai Han Tae Sang. Heroin dia Shin Se Kyung yang memegang watak sbg anak penjual buku yang bernama Seo Mi Do. Tapi dalam cete ni aku memang geram dengan Seo Mi Do ni. Kalau nak tau pasal ape, tengok lah ye...hihihi


Huhuhu...dah lari dari tajuk dah ni...so berbalik kepada niat aku tadi. Aku nak tau kot2 ada sape2 yang tau trip budget ke korea. Kot2 korang ada contact number student2 kat sana yang boleh jadik tour guide masa kat korea ke kn. 

Aku ada dengar pasal student2 sana yang buat khidmat tu, tapi semua tak de bg feedback yang btl2.. Risau pulak kn kalo nak deal mcmtu. Dah la jauh, kang buatnye dh bt payment kena tipu plak. So pada sape2 yang ada pengalaman ikut trip diorg ke or ada cara nak hubungi diorang info kat saya ye....

Faham2 la kalo nak pergi dengan travel agency, conform2 la mahal kan. Kalo pergi satu family mau dekat 10ribu kot. Kalo ada student2 yang ada di korea yang menyediakan khidmat tour guide sekurang2nya kurang cikit perbelanjaan kan.

Aku nak pergi time winter, nak merasa main salji. Punya lah semangat,sampai aku dah siap2 beli winter jacket kat adik aku punya adik ipar yang belajar di Beijing tu. Kat sana dia cakap pakaian winter 2x ganda lebih murah dari Malaysia ni. Sebab tu aku kirim beli kat dia. Manetau tetiba husband aku ajak pergi kan, so aku dh ready dh semua...hahahhaa. Nak beli kat sini semua nye beratus2. Buat ape beli mahal2 kan sebab nak pakainye bukan selalu. Kat adik aku punya adik ipar (berbelit2 ayat) aku beli 2 helai winter jacket tak sampai RM100. Murah tak......



Semoga dengan bantuan kalian impian saya untuk ke Korea tercapai...hihihihi


Tempahan Makeup






Kepada gadis-gadis/puan-puan/adik-adik diluar sana yang memerlukan makeup artist boleh la coll/sms/whatsapp(017-7999480)/pm saya ye...

Saya menerima tempahan:


-Weddings-Engagements-Dinners-
Photoshoots-Special Occasions
And More

Kepada talent-talent yang memerlukan Mua untuk sebarang projek ke boleh la hubungi saya ye.... :-)
Juga kepada yang nak makeup untuk dinner pun boleh jugak. Special price akan diberikan kepada yang nak mekup untuk dinner office ye....(tidak melebihi 3 org untuk satu2 event)

Atau ada mane-mane MUA yang nak ajak join untuk pape event pun boleh :-)

Kini saya duduk di JB, so bagi sape2 yang duduk di area JB boleh la hubungi saya. Tempat lain pun saya pergi, cuma saya akan kena kan charges la.


Bolek klik my fb untuk keterangan lanjut ye: https://www.facebook.com/efys.makeup


Efy's Makeup


Efy's Makeup


Efy's Makeup





Selasa, 14 Januari 2014

~Tanah Suci Mekah~

Semangat nak menunaikan umrah berkobar-kobar. Harap-harap tahun ini ada rezki aku dan keluarga menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. Amin.

Family mertua ada ajak pergi ke sana bulan Januari, tapi husband pulak xdapat cuti. Lagipun family mertua beritahu last minute. Kami xprepair apa-apa lagi. Family mertua akan pergi hujung bulan january ni bersama saudara mara husband yang lain. Semua family husband aku yang tanggung. Syukur alhamdulillah aku dapat family mertua yang baik, serta pemurah. Walaupun aku ni bukan anak kandung dia, tiap kali aku balik ke sana mak atau ayah mertua aku pasti akan hulurkan duit untuk perbelanjaan harian aku :-)




Berbalik kepada berita tadi, dengan family mertua aku xdapat nak ikut, harap-harap ngan ibu dan ayah aku nanti dapat lah. Ibu denga ayah aku insyaallah akan menunaikan umrah pada bulan april nanti. Setelah discuss dengan husband, dia pun dah cakap dengan majikan dia mengenai cuti, kami amik keputusan untuk ikut family aku plak. Harap-harap cuti husband aku untuk menunaikan umrah diluluskan. Amin.

Kami tak pergi ramai pun, Insyaalllah kalau panjang umur & murah rezki kami akan pergi berEnam (ibu,ayah,adik lelaki,aku,suami dan anak aku Ariel yang berumur 2tahun lebih) ni. Harap-harap Allah permudahkan segalanya.

Setelah berbincang2 mengenai pakej dan juga harga semua, kami telah mengambil keputusan untuk mengambil pakej dengan Andalusia. So semua nye ibu dan ayah aku yang akan uruskan. Aku juz sediakan ape yang pihak travel nak nanti. Maklumlah kami ni jauh di Johor, ibu aku di Ipoh. Kalau nak balik selalu memang payah.

Harap-harap impian dan hajat aku utuk menunaikan umrah bersama family tahun ni tercapai dan dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin......