Rabu, 21 Mei 2014

Samsung Mega VS Samsung S5

Which one better?


Konfius-konfius...hihihi. Sebenarnya my husband nak beli kan saya handphone baru. So dia suruh saya fikir dulu nak handphone yang mane. Almaklumlah handphone yang lama ni dah uzur dah. Volume button pun dah tak betul. Tempat nak charges phone pun dah tak boleh nak masuk. Repair dah 2,3 kali dah. Tapi still jugak sama. Nak beli iphone macam tak mampu je...hahahaha. So decide nak beli samsung je la sebab dah terbiasa guna hadphone brand tu kan.

Antara yang jadi pilihan saya SAMSUNG MEGA & SAMSUNG S5. Setahu saya samsung mega ada dua jenis kan. Satu samsung mega 6.3 dan satu lagi samsung mega 5.8. Saya tak tahu apa beza antara dua jenis phone tu. Yang samsung S5 pulak, yang saya tau dia kalis air je. Yang lain-lain tu saya tak berapa tau sangat. So antara dua handphone ni, agak-agak yang mana lagi ok ye.

Saya kalau tanya pasal handphone memang tak tahu sangat. Tau guna dan amik gambar je. Yang lain-lain, kalau sebut RAM ke, ape lagi, HD ke ape saya memang tak tahu. So kalau ada antara pembaca-pembaca yang pernah guna antara dua handphone tu boleh la beritahu kat saya ye. Yang penting saya nak kamera dia yg terang. Tak kisah la samada kamera belakang or front kamera...hihihi. Sebab saya ni suke amik gambar. So memang penting kan kualiti kamera.










Gadget:Monopod

Huhuhu..akhirnya tercapai juga hasrat nak memiliki monopod ni. Ketinggalan zaman sikit...hahahaha. Orang lain dah ramai yang guna, saya baru la nak merasa. Tak pe la sekurang-kurangnya dapat la jugak daripada tak dapat....hihihihi. Sampai je barang terus je test....

Saya beli ni dari laman web lelong .com. Memang saya selalu beli apa-apa barang melalui sana je. So far selama saya beli ni tak ada lagi la masalah yang timbul. Semua barang sampi ikut time yang dijanjikan... So saya beli monopod ni sekali dengan bluetooth shutter dia. Kalo beli asing-asing rasanya lagi mahal kot kan. So saya beli sekali. Pakej la kiranya kan. Untuk dua-dua item tu saya dapat dengan harga RM39.90 tak termasuk postage. Agak-agak mahal ke murah. Murah la kan utuk dua item sekali. Sebab ada yang saya tengok jual kat facebook untuk bluetooth shutter je dah rm30 keatas.

Untuk monopod ni memang dapat free holder ye. So phone holder tu memang ngam-ngam la untuk handphone note ll saya. Kalo handphone yang besar sikit dari note ll tak muat la saya rasa sebab dah habis bukak dah untuk handphone saya tu. So pasni kalo nak tukar handphone tak boleh cari yang saiz besar dah. Yelah, nanti sape nak pakai monopod tu pulak...hahaha. Dah membazir tak ada sape pakai. Maybe ada jual holder phone yang size besar kot. Kalau ada sape-sape tau kat mana ada jual phone holder yang big size inform-inform saya ye...

Monopod+Holder+Bluetooth Shutter

So hari raya tahun ni boleh la berselfie puas-puas dengan cousin-cousin ye...Hahaha.. Doa-doa lah supaya my husband dapat cuti raya tahun ni. Tahun depan dah la tak dapat balik. Kalau tahun ni pun tak dapat, menangis tak berlagu la jawabnya....wuuuuaaaaaaa....

Jumaat, 9 Mei 2014

Cara mudah mengerjakan Umrah

Kali ni saya nak share cara mengerjaka umrah yang paling ringkas mengikut pengalaman saya sewaktu menunaikan umrah sebulan yang lepas. 1st sekali sebelum nak menunaikan umrah kena niat la kan. Sebelum nak niat tu pastikan kita dah mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan juga memakai pakaian ihram. So bagi sesiapa yang baru 1st time nak pergi tu dan tak dapat bayangkan macamana kat sana nanti. Boleh ikut cara saya ye.


Panduan menunaikan umrah:




1-  Tanda (1) adalah garisan untuk memulakan tawaf. Sebelum mula tawaf lambai dulu di kaabah sambil membaca:
''Bismillahi allahuakbar walillailham''  (3x) 
dan mengucup tangan. Tawaf ikut lawan pusingan jam.

(Antara  penjuru (1) hingga penjuru (4), bacalah doa sendiri. Atau boleh mengaminkan doa yang dibaca oleh mutawif)

2- Sampai di penjuru yang bertanda (4), kena istilam juga sambil membaca 
''Bismillahi allahuakbar walillailham''

3- Dalam setiap pusingan antara penjuru (4) ke penjuru (1) itulah rukun yamani. Di rukun yamani bacalah doa dibawah ini:


Sampai di penjuru (1) balik, bermakna telah lengkap 1 pusingan.

4- Ulang balik step 1 hingga 3 tadi. Setelah selesai 7 kali pusingan, solat sunat di belakang Maqam Ibrahim. Tak dapat solat betul-betul dekat belakang maqam ibrahim pun tak apa. Jauh sikit pun boleh. Sebab dalam keadaan orang yang ramai, mustahil boleh solat betul-betul dekat belakang maqam ibrahim tu.


Sumber google - Maqam Ibrahim. Tempat mustajab doa.


5- Selesai solat sunat, minum la air zamzam yang ada di sepanjang jalan masuk ke masjid. Sunat minum menghadap kiblat. Minum dalam 3 teguk, 5 teguk atau 7 teguk. Selesai minum, bergerak lah ke tempat saie.

6- Niat saie umrah:
          ''Sahaja aku saie antara safa dan marwah tujuh pusingan kerana Allah Taala''

7- Bergerak ke tempat saie sambil membaca doa (boleh ikut mutawif):
         "Bismillahirrahmanirrahiim. Abda u bimabada Allahu bihi warasuluh. Innas safa walmarwata min sya'airillah. Faman hajjal baita awi'tamara fala junaha 'alaihi ayyatawwafa bihima waman tatawwa'a khairan fa innallaha syakirun 'alim."

8- Sampai di bukit safa, menghadap ke kaabah sambil membaca (sambil agkat kedua-dua tangan):
''Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar Walillailham''

Dan kemudian berdoa:
Allahu Akbar 'alama hadana walhamdulillahi 'alama aulana la ilaha illalahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu biyadihil khairu wahuwa 'ala kulli syai inqadir. La ilaha illallahu wahdahu lasyarika lah, anjaza wa'dahu wanasara 'abdahu wahazamal ahzaba wahdah, la ilaha illallahu wala na' buduilla iyyahu mukhilisina lahuddina walau karihal kafirun"

9- Mulakan saie dengan melangkah kaki kanan. Berdoa apa yang kita hajati atau boleh mengaminkan doa mutawif. 

10- Sampi di garisan hijau, yang lelaki berlari-lari anak sambil membaca doa:
"Rabbigfir warham wa'fu watakarram watajawaz'amma ta'lam, innaka ta'lamu mala na'lam. Innaka antallahul a'azzul akram."

11- Kemudian boleh lah sambung doa yang masih berbaki sebelum sampi di bukit marwah.

12- Ketika nak mendaki atau naik bukit marwah tu, bacalah doa:
"Inna Safa walMarwata min sya'airillah. Faman hajjal bita awi'tamara fala junaha 'alaihi ayyatawwafa bihima. Waman tatawwa'a khairan fainnallaha syakirun 'alim."

13- Sampai di bukit marwah, menghadap ke kaabah sambil membaca (sambil angkat kedua-dua tangan):
''Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar Walillailham''

14- Teruskan semula perjalanan menuju ke safa. Berdoa sepanjang perjalanan menuju ke safa. Tiba di garisan hijau baca doa seperti di nombor (10). Kemudian bila sampi di bukit safa, menghadap ke kaabah, berdoa dan melambai-lambai tangan seperti di nomber (8). Begitulah seterusnya sampai la lengkap 7 pusingan yang akan berakhir di bukit marwah.

14- Setelah tamat saie di bukit marwah, bacalah doa yang dipimpin oleh mutawif:
''Rabbana taqabbal minna wa'afina wa,fu 'anna wa'ala tha atika wasyukrika a'inna wa'ala ghairika latakilna wa alal imani wal islamil kamili jami'an, tawaffana wa anta radin anna. Allahummar hamni bitarkil ma'asi abadan ma abqaitani warhamni an atakalaffa ma la ya'nini warzugni husnan nazari fima yurdika anni ya arhamar rahimin''

15- Kemudian boleh la bertahalul. Bergunting atau bercukur  Seelok-eloknya mengunting rambut yang disebelah kanan hadapan kepala. Yang lelaki bercukur.

16- Selesai umrah. Bebas lah dari segala pantang larang.

Khamis, 8 Mei 2014

Jln:Legoland Malaysia

Dah berbulan rasanya pergi legoland ni, tapi baru arini nak update. Kami pergi legoland masa 31 december 2013 sebab masa tu nak celebrate besday anak. So saya tak nak la celebrate besday dia macam orang lain selalu buat tu kan. Buat di mcd la, di kfc sebab bagi saya dia kecil lagi so kalau buat mcmtu dia bukan tau apa lagi. Yang lebih seronoknye nanti mama dia la...hahahha. So saya dan husband decided nak bawak dia jalan-jalan. Budak kecik kalau dapat main ngan jalan-jalan conform-conform seronok kan... So kami ke legoland.

Saya beli tiket legoland melalui ERWIN TRAVEL & TOUR di terminal LARKIN,JOHOR. Last minute sebearnya nak pergi ni. Tak berani nak beli tiket dari orang lain sebab takut kena tipu. Dah la harga tiketnya mahal kan. So kami beli tiket disana. Duit saya dah bankin awal, so esonkya nak pergi baru kami pergi amik tiket di pejabat ERWIN tu. Dapat la masa tu RM110 /person. Ariel free lagi cuz masa tu dia baru je 2 tahun. Dah amik tiket tu kami beli sarapan dulu di MCD. Yelah kang kalo tak sarapan sakit perut plakkn. Kat dalam tu tak tahu lagi harga makanan berapa...hahaha

Dah sampi di tempat parking, ariel la orang yang tak reti diam. Melompat-lompat, menjerit-jerit bila nampak lambang legoland tu dari jauh. Alhamdulillah cuaca pagi tu redup. Pukul 8 pagi kami dah sampai sana. Saya siap-siap bawak stroller baby sebab takut ariel meragam nak dukung pulak nanti ke kan. Atau dia nak tido ke so dah ada stanby tempat tido dia. Sampai je di pintu masuk legoland tu, macam biasa kena la amik gambar kan....hahahaha


 Dah besar baru nak duduk atas stroller ni


Pintu masuk...tempat yg harus bergambar




So kami terus je ke pintu masuk, so far tak ramai orang sangat time tu. Dah masuk je memang banyak karektor2 kartun yang diperbuat daripada lego kita akan jumpa. So layankan je pic2 di bawah ye...


Kat sana ada staff yang boleh amikkan gambar




Patung ni kalau kita duduk dekat ada bunyi...bunyi orang berdengkur...hahaha


Permainan untuk kanak-kanak ada banyak. So tak perlu la risau. Kalau bagi anak kecil tu, ada permainan yang boleh ibu atau bapa yang naik sekali. Macam ariel, setiap kali dia main atau naik apa-apa, saya atau suami saya yang akan naik sekali. Tapi kalau permainan yang lasak-lasak sikit diorang memang akan ikut ketinggian. Tapi peraturan kat sini tak macam di Universal Studio Singapore. Kat sini kalo rasa ketinggian tu lagi sikit je nak sampi, diorg lepaskan je...bukan anak kita tu main sorang2. Kita ada sekali. Tapi kalo di singapore, tinggi kurang sikit pun diorag tak benarkan main walaupun ibu bapa ada sekali masuk. Tapi permainan yang extream2 memang saya tak main la,tak berani. Husband saya pun tak main, tak geng katanye...hahaha. So layankan je la pic2 yang ada sepanjang saya berada disana ye...tak semua saya upload...ada sikit2 je.


 Kepada yang beragama islam tak payah risau ye, dalam ni dah siap ada surau.

So tak ada alasan tak solat...berdekaran pintu masuk belah kiri


Toilet dia pun besar dan bersih



Permainan

 Tempat permainan ni best sebab ada bumbung,so tak de la kena panas atau hujan. 
Boleh biarkan je anak-anak main kat sini.
Saya dan husband memang lepak sini je utk rehat




 Roller Coaster Project X


 Boleh naik banyak kali pun tak pe...ariel sampi 4x naik...huhuhu


Budak yang semangat...nasib baik tak meragam




 Permainan ni je tak sempat nak main...sebab tak ada geng & tak de bwk baju spare.
Cuz tgk org yg main ni hbs bj2 semua basah walaupun pakai rain coat



Permainan ni pun kena ikut ketinggian...tapi selamat ariel lepas


Mainan ni ala2 roller coaster kecik la...naik train
Tapi setiap org akan pegang pistol tuk tembak lampu2 kecik yg ada kat dalam
Sape paling banyak tembak, dapat la byk point.


Lebih kurang mcm taming sari kat melaka tu...hihihi
Naik ni boleh la nmpk keseluruhan view legoland.
Tiada had umur ye...semua boleh naik



Makanan
Makanan kat sini macam makanan biasa dan halal ye. Tapi agak mahal sikit la berbanding dengan makanan yang ada diluar. Kalau ada yang nak bawak makanan sendiri dari rumah boleh, tapi kena pandai2 la sorok ye. Jangan la pula dari luar siap bawak bakul2 makanan macam nak berkelah pulak. Tu dah sah2 kena tahan kat pintu masuk nanti. Tapi bagi saya walaupun mahal,nasi dia banyak. Sampai boleh makan dua orang. Kalau tak salah saya RM15 untuk nasik dewasa dan RM8 tuk kanak-kanak. (ingat2 lupa)
Makana dia siap dapat buah dan air ye. Semua tu kena amik sendiri. Jangan pulak nanti kita tunggu je sampai org bagi air ye. Tempat amik air ada kat hujung sekali. So amik la sendiri cawan, ais batu dan air ape yg kita nak. Tapi kalo amik air lain dia charge ye. Kalo amik air kosong tak ada charge.


Food Court dalam legoland.
Tak ramai sangat kat dalam ni


Nasi ayam untuk dewasa & kanak2




Replika Banggunan

Ariel terkejut tengok kapal tu boleh bergerak. Siap ada bunyi lagi. Macam real...


Muka pelik ariel tgk bus kecik....hihihi


Ni tak ingat dah replika banggunan apa








Ariel eksited nak naik bot ni. Kita cuma kena kawal stering je. 
Tp bg budak kecik diorg akn bg life jacket




Hadiah
Nak dijadikan cerita, kat dalam tu memang ada banyak game2 mcm funfair tu. So bayar dalam rm10 dah boleh main game tu. So husband saya ni saja la nak cuba nasib. Saya tak bagi sebab bagi saya main benda mcmtu membazir je kan kalau tak kena. So husband saya nak try jugak. Game dia mcm bola keranjang tu. Kena masuk bola dalam jaring. Setiap game ada 3 kali balingan, tp dia nak 2 bola je yang masuk dalam jaring. Kalo 1 je yang masuk dia tak kira. Bola yg 1st memang dah tak masuk. Saya dah risau dah...hahahha. Bola 2nd masuk, so dalam tak bagi-bagi tadi saya doakan utk suami saya...hahaha. Yelah kalo xmasuk nanti rugi la duit rm20 yang dia bayar tadi kan hahahaha...tgk2 bola yang ketiga pun masuk...fuhhhh...nasib baik. So dapat la husband aku anak patung besar tu. Bayangkan bayar RM20 tapi dapat hadiah besar. Rezki la tu, husband saya cakap bagi la ariel sbg hadiah hari jadi dia. Ariel memang suka la patung besar2 ni. So terpaksa la ariel ngn patung tu berkongsi stroller...hihihi. Selamat la bawak stroller, kalau tak sapa nak pegang patung tu ke hulu ke hilir. So siapa yang ada anak kecik tu standby bawak stroller, manetau kot2 nanti dapat hadiah macam ariel jugak...hahahha. Tak ada la, stroller tu senang tuk anak-anak nak tidur ke kan. Macam ariel ni dah nak balik baru meragam tak nak jalan. penat la tu. Selamat ada stroller, letak je dia kat atas tu. Senang.....



Sekali main RM20 dapat 3x balingan...


Yeay...dapat hadiah


Ariel ngn patung berkongsi stroller



Kesian kena duduk mcmtu...hahaha



So kesimpulannya best la pergi legoland ni utk berhibur bersama keluarga dan anak-anak. Tapi kalau anak masih kecil better tunggu dulu. Kalau anak dah pandai berjalan n main sendiri baru syok pergi. Sebab kalau pergi awal-awal  diorang bukan boleh main pun kan. Tapi kalau nak pergi juga tak ada masalah sebab budak2 bwh 3 tahun free.....

Isnin, 5 Mei 2014

Pengalaman di tanah suci mekah (Part 2)

Sory la lambat sikit nak update yang part 2 punye cerita. So jom continue. Ini adalah kisah benar ye...tak ada nak reka-reka cerita ye.

Kejadian ini sewaktu saya berada di madinah. Hari pertama sampai sana kami dah pun berjalan-jalan tengok orang-orang disana menjual barang-barang. Saya tak bawa duit yang banyak, cuma saya bawa duit yang mak & ayah mertua saya bagi saja untuk membeli. Duit yang lain-lain saya simpan saja dalam bagasi untuk emergency konon....

So bila dah jalan-jalan ternampak la sesuatu yang menarik perhatian saya untuk saya membeli. Macam-macam saya beli. Yelah nak datang ke sini lagi entah tak tahu bila kan. So saya guna duit yag ada tu untuk membeli barang-barang yang saya suka. Kebanyakkannye saya beli jenis borong-borong. So bila beli borong dapat banyak, yang lain-lain tu boleh la saya bagi pada kawan-kawan di malaysia nanti kan. Saya memag cari barang yang dijual dalam kuantiti yang banyak sebab niat saya, saya nak bagi  dan sedekah kan pada kawan-kawan saya nanti.

So dah selesai membeli barang kami semua balik ke bilik hotel. So teruskan lah aktiviti-aktiviti seterusnya yang dah disediakan. Keesokanya macam biasa, selepas solat asar petang tu time untuk melontar lagi. Sebelum nak turun tu cek dulu beg duit. Nak tengok balance duit berapa lagi yang tinggal kan. Bl saya buka beg duit, pelik sebab kedudukan dan keadaan duit saya tu sama seperti sebelum-sebelum ni. Macam tak berusik. Padahal rasanya semalam saya dah guna dah duit tu dan sepatutnya mesti dah kurang. Ni tak, nilai duit tu tetap sama seperti sebelum ni. Malas nak fikir banyak saya buat tak tahu je sebab saya fikr mungkin suami ada masukkan duit utntuk ganti duit saya yang dia ada pakai semalam. Atau dia saja-saja nak bagi surprise duit belanja kat saya ke kan. Think positif....

Sama macam semalam, saya beli barang yang dijual secara borong-borong. Kalau beli sekali banyak, banyak la kurangnya kan. Tapi orang-orang kat sna, kalau kena gaya nye, memang diorang akan bagi harga murah nya pada kita. So macam biasa saya cari barang yang tak ada dijual di malaysia.  Beli jubah la, tudung. Kat sana jangan terkejut kalau tengok jubah yang cantik-cantik ni dijual di bawah lantai je. Harga pulak tu murah-murah. Bayangkan jubah yang ada batu-batu tu diaorang jual SAR30 je. Memang aku beli bayak jubah kat sna...selesai membeli kami balik ke bilik dan terus masukkan barang-barang yang dibeli tu dalam beg. Bukan apa, risau kalau-kalau tertinggal. Dah simpan siap-siap tak risau dh.

Keesokkan harinya sebelum solat zuhur dalam pukul 9 macamtu, saya rasa macam nak jalan-jalan lagi tengok barang. So saya ajak la suami saya turun awal pagi tu. So saya pergi ke bilik ibu. Nak suruh dia jagakan ariel la,sebab tak nak bawak dia sekali. Rupa-rupanya ibu dan ayah saya pun sama nak turun sekali. Ish...tak jadi nampaknya nak tinggalkan ariel. Kena bawa sekali la nampaknya...hahaha

Sebelum turun cek duit dulu, tapi sekali lagi keadaan yang sama macam semalam. Duit yang ada dalam beg duit tu tak ada berkurang pun. So saya terus tanya pada suami. Dia cakap dia tak ada usik pun beg duit saya tu. So saya cakap la kat dia kenapa duit saya ada lagi, sebab seingat saya, saya beli barang selama ni saya guna duit yang mak dan ayah mertua saya bagi tu. Sebab dah beli banyak barang mestilah duit tu berkurang kan. Pening pulak kepala bila fikir. Rasa takut pun ada, rasa takut nak guna duit yang ada tu. Sebab memang saya yakin saya dah gunakan duit tu masa beli barang semalam dan sebelum ni.

So saya tak sedap hati nak gunakan duit tu lagi. Saya tanya kat ayah saya. Ayah saya cakap anggap jela tu rezki yang Allah bagi pada saya.  Kalau dah tak tahu nak gunaka duit tu untuk beli apa, sedekah kan je la.
So bila dengar ayah sata cakap macamtu, terus rasa takut hilang. So saya dah siap-siap asing-asingkan duit untuk saya sedekahkan pada cleaner-cleaner yang ada di masjid nabawi tu. Alhamdulillah ramai jugak la  yang saya dapat bagi dengan guna duit yang saya ada tu.

Macam-macam perkara boleh terjadi sewaktu disana. Lepas je saya bersedekah pada orang -orang disana, saya cek balik beg duit dah tak ada lagi dah kejadian macam sebelum-sebelum ni. Rasa lega pulak....Orang kalau duit bertambah seronok kan..ni saya pulak takut. Tapi apa-apa pun, saya bersyukur sangat-sangat, sebab dengan duit tu la saya dapat beli barang-barang untuk kawan-kawan yang ada di malaysia ni. Kalau tak ada duit tu, saya rasa tak dapat la kawan-kawan saya merasa buah tangan dari saya di tanah suci ni. Ada tu memang la ada, tapi mugkin tak sebanyak yang diorang dapat sekarang ni. Alhamdulillah. Ada juga yang saya sedekahkan pada customer-customer yang beli barang dari saya. Yelah, saya ni kan meniaga on9, so bila ada customer yang beli barang ke apa, saya sedekahkan sekali tasbih, perfume, key chain yang saya beli dari sana. Rasa seronok bila dapat memberi pada orang. Semoga Allah memberkati kehidupan saya sekeluarga dan murahkan rezki kami. Insyaallah...Amin....