Ahad, 10 April 2016

KUALITI SEORANG GURU YANG KREATIF

KUALITI SEORANG GURU YANG KREATIF.



  1. Bersemangat tinggi, bertenaga dan ceria.
  2. Minda yang terbuka, positif dan tidak mudah putus asa.
  3. Sensitif.
  4. Berdedikasi.
  5. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar dan maju ke hadapan.
  6. Imaginasi yang kreatif dan inovatif.
  7. Peka dan memberi tindak balas.
  8. Sentiasa bersedia menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan perubahan.
  9. Sentiasa menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran seronok.
  10. Sentiasa prihatin terhadap perkembangan murid-murid.

Kesediaan Membaca Dalam Diri Kanak-Kanak

Disebabkan saya baru selesai menghadiri training guru untuk Smart Bacaan (prasekolah) yang diadakan di Johor Bahru baru-baru ni. So banyak jugak la tips-tips dan info terbaru yang saya dapat dalam kaedah pembelajaran anak-anak di prasekolah. So kat sini saya nak share sikit tips-tips atau kaedah-kaedah membaca ye.


1. Bilakah seseorang kanak-kanak itu perlu belajar membaca?

  • Usia dari 1 hingga 5 tahun merupakan peringkat umur yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Pada peringkat ini, tabiat membaca terbentuk dan dijadikan amalan yang berterusan. Kanak-kanak juga mudah belajar dan menerima sesuatu input informasi. Oleh itu, kanak-kanak perlu mula membaca di peringkat prasekolah lagi. Namun, kita juga hendaklah tahu bahawa kanak-kanak boleh belajar dengan efektif apabila mereka dapat bermain dan berasa seronok pada masa yang sama.


2. Sikap Kesediaan Membaca.
  • Perasaan ingin tahu kanak-kanak menunjukkan perasaan ingin tahu terhadap persekitaran mereka dan sentiasa berminat untuk mengaju pelbagai soalan.
  • Memahami arahan secara verbal dan boleh memberi reaksi terhadap arahan tersebut mengikut kesesuaian konteks situasi.
  • Boleh bertutur menggunakan bahasa komunikasi.
  • Keupayaan memadankan bentuk-bentuk yang sama, boleh melihat persamaan dan perbezaan pada lukisan mudah.
  • Boleh menumpukan perhatian sekurang-kurangnya 10 minit, berupaya melakukan aktiviti tanpa bimbingan untuk jangka masa yang pendek atau mendengar cerita.
  • Berminat untuk meminta seseorang untuk membacakan cerita kepada mereka.
  • Mencari dan melihat buku-buku secara sukarela, menunjukkan tanda-tanda keinginan untuk membaca.
  • Boleh memegang buku dengan betul.
  • Mula membuka buku dari hadapan dan bukan dari belakang.
  • Tahu bahawa perkataan dibaca dari kiri ke kanan.
  • Boleh 'membaca' sesebuah cerita atau gambar, melihat gambar-gambar dalam buku atau majalah dan boleh memberi pandangan secara terbuka.
  • Boleh mengingat kembali cerita-cerita yang dibacakan kepada mereka.
  • Boleh menceritakan semula cerita , mengikut jalan cerita yang betul.
  • Boleh memberi penjelasan terhadap situasi yang berlaku dalam sesuatu cerita.
Kanak-kanak yang mempamerkan sikap kesediaan membaca, menunjukan tanda yang mereka sudah bersedia untuk membaca. Para ibu bapa dan guru yang menyemai semangat membaca dalam diri kanak-kanak ini akan membantu mereka membuat persediaan membaca.



3. Kesediaan Kemahiran Membaca
  • Keupayaan mengenal pasti huruf-huruf dalam abjad, huruf besar dan huruf kecil.
  • Keupayaan mengenal pasti bunyi suku kata.
  • Keupayaan mengaitkan perkataan dengan maknanya.

Ahad, 3 April 2016

Mencari Guide di Jepun

Ke Indonesia pun tak lepas lagi, dah ada angan2 nak ke tempat lain kan. Tak pe berangan itu tak salah. Hahahaha...manetau nanti ada rezeki lebih, dapat ke sana.

So memang dah ada plan sebenarnya nak ke sana next year. Tapi bulan berapa nak pergi tu, tak tau lagi. Cadang nk pergi time musim bunga, tapi rasa macam nak pegi musim sejuk lagi.

So tak kisah la nak pergi musim apa pun, yang penting sekarang ni, saya nak mintak tolong pada kawan2 semua kat mana saya boleh dapat kan guide malaysia di sana. Yang boleh berikan harga budget. Kira macam win-win situation je. Kira tak ambil upah melampau sangat la. Sebab ada yang saya jumpa, tulis di blog cakap boleh amik khidmat upah guide je, tapi bila dah whatsapp, cakap tak ambil pulak. Kena amik pakej sekali pulak. Kalau amik pakej tau2 je la budget harga dah berapa. Kalau boleh nak upah guide je utk sepanjang hari berada disana. Kira harga dia mengikut hari, bukan mengikut bilangan orang yang ada. Yelah dah nama pun travel budget, so memang kalau boleh memang nak betul2 budget. Kewangan tak berapa banyak tapi ada hati nak travel around the world kn. Hihihi.....

Yelah macam di Korea, saya berjaya mendapatkan harga guide dr student sana dengan harga Rm250 je sehari. Memang berbaloi saya rasa untuk saya yang ada budget ciput ni.

So saya minta jasa baik sesiapa yang ada contact number orang/student yang boleh jadi guide kami, boleh contact saya ye.
(Efy: 017-7999480)
Email: efy_yatie@yahoo.com.my

Kot2 ada yg baik ati plak ke tak nak amik upah ke kn. Juz rela hati nak bawak kami jalan2 pun xpe...hahahaha. Lagi la kami suke. Tapi kami xde la kejam sampai langsung xde bagi upah. Kita sendiri pun faham penat lelah orang kan. Or ada sesiapa yang nak pergi je jepun next year n bagi saya join sekali dengan korang, boleh je.

So please pada sesiapa yang tau, mohon contact saya ye. Sebab niat dihati nak bawa ibu dan ayah sekali nanti. Tq

Jumaat, 1 April 2016

Persiapan ke Indonesia

Hi...hari ni terlebih rajin pulak nak update blog.  Tak de benda pun nak cerita sebenarnye. Cuma sekarang ni saya tengah buat persediaan untuk ke trip seterusnya bersama family dan adik beradik yang lain. Kira macam family day la ni. so trip kali ni kami seramai 14orang dan telah ambil kata sepakat untuk ke Indonesia. Mula- mula fikir banyak kali jugak sebelum decided nak pilih Indonesia ni. Yelah risau dengan musim sekarang ni dengan jerebu nya, banjir la. So bincang punya bincang kami setuju ke Indonesia jugak. Memandang kan cost nak ke sana pun murah sedikit kalau nak dibandingkan dengan ke Vietnam. Di Indonesia kami cuma perlu upah driver dan sewa transport je. Untuk guide kami rasa tak perlu kot. Memandangkan negara Indonesia pun menggunakan bahasa yang kita faham juga kan. So saya rasa tak ada masalah.

Dah ada kata sepakat, saya dan yang lain2 berbincang la mengenai harga semua. Yang akan menguruskan semuanya nanti adalah saya...Aduuii..pening jugak jadik setiausaha ni...hahaha.
So cari punya cari saya dapat la cari transport dan driver yang bersesuaian dengan budget kami selama 5h 4m tu nanti. Actually kami plan nak pergi 4h 3m. Tapi disebabkan gelabah melanda diri masa nak booking flight tu, saya terlajak date sehari. Selamat la bila dah kira2 balik xde penambahan cost yang banyak sgt. Kalau tak, nak tak nak saya la yang nk kena support semua untuk 1 hari lagi disana.

Untuk pengetahuan, trip kali ni semuanya di sponsor oleh ayah saya. Dia dh lama berhajat nak travel dengan semua ahli keluarga termasuk anak menantu dan cucu2 nya. Kami akan turun di Jakarta dulu kemudian baru ke Bandung. Sebab harga flight ke Bandung lagi mahal berbanding harga flight ke Jakarta. Sebab itu saya memilih untuk turun di Jakarta. Yang lain pun ikut je. Dalam masa yang sama dapat la kami melawat kedua2 tempat kan. So kami akan berada di Bandung 3 hari, Jakarta 2 hari.

Kali ni saya memilih AA juga. Harap2 kali ni tak jadi macam dulu la. Saya tetap jugak bayar untuk pilih seat, yelah tak kan la nak duduk berjauhan kan. Lagi seronok dapat duduk dekat2.Cuma harga seat untuk ke Jakarta murah sedikit berbanding dengan seat ke Korea dulu. Bukan tak nak pilih penerbangan lain, tapi ada jenis penerbangan yang saya tak berapa faham cara nak booking. Daripada tersalah booking, baik saya pilih penerbangan yang biase saya naik kan. Lagi pun masa saya booking ni pun harga tak jauh beza dengan penerbangan lain. Dah boleh dikatakan dalam kategori murah jugak la.

Total semua sekali untuk 12orang(harga dewasa) + 2 bayi = RM5500.48. Agak2 berbaloi tak. Bagi saya berbaloi jugak la. Sebab saya dah pilih kan seat untuk setiap seorang. Luggage pulak 40kg (pergi), 100kg (balik).  Saya hanya booking 40kg saja masa pergi sebab masing2 dah sepakat nak pergi secara backpacker je. Cuma sorang dua je yang akan bawak luggage utk isi barang yang tak boleh hand carry nanti. So jimat cikit kan. Bukannye nak bawak banyak baju pun. Masa balik nanti baru la saya booking kan 25kg setiap 1 keluarga. Kami ada 4 keluarga, so maknenye total semua skali ada 100kg la. Kalau ada yang beli brg berlebihan nanti, pandai2 la bayar sendiri ek...hahaha.

So nak cerita lebih2 pun tak boleh sebab saya pun belum jejakkn kaki ke sana lagi. Bila dah jejak nanti boleh la saya ceritakan pengalaman saya nanti, ye dak....

Nanti next entry saya ceritakan dengan siapa saya booking driver dan transport, hotel mana kami duduk dll ye...insyallah kami akan bertolak pada 29Mei(07:00.a.m) - 02jun(16:35p.m). Doakan kami semua nanti selamat pergi dan balik ye. Amin....

***Kalau ada sesiapa nak suggest kan tempat2 yang menarik di Jakarta dan Bandung, share2 la ye.






Part 7: Korea Last Day (Hangang Park)

Korea: Day 3


Last day di korea hari ni. Semalam kami tak dapat nak ke hangang park. Sebab balik dari nami island pun dah pukul berapa. So nak tak nak saya akan usaha kan jugak untuk ke sana. Sebab disana je la satu2 nya tempat yang ada salji. Memang datang sini nak merasa main snow dan nak bagi Ariel main snow. Dari malaysia lagi Ariel tak sabar-sabar nak main snow lepas dia tengok cete frozen.

So malam semalam saya dah whatsapp guide kami untuk kesana. So guide kami cakap boleh tapi kami kena keluar dari GH awal  Sebab pukul 12 nanti kami dah nak checkout dan bergerak ke Airport. So pkul 9 kami dah siap tunggu di bawah GH. Beg2 semua kami dah siap turun kan ke bawah dan simpan kat dalam surau. Selesai urusan checkout, kami pun bergerak ke Hangang Park. Perjalanan ke sana tak sampai setengah jam pun. Kami menaiki train dan berjalan kaki sedikit untuk smapi ke sana. Lepas je turun dari train, dah nampak dari jauh Hangang Park. Kaki dah tak sabar2 nak melangkah ke sana nak bermain dengan salji. Sampai je di sana kami terus bayar tiket masuk. Kalau tak salah saya 8,000won untuk seorang. Kanak2 dan dewasa sama harga.


Wow best tempat ni. Tempat ni open all year ok. Different activities for different seasons la. Macam sekarang musim winter, so anda boleh main snow sledding and skating in winter. Untuk kanak2 jugak sangat la sesuai sebab disediakan tempat untuk kanak-kanak bermain.

Lepas dah melepasi pintu masuk, apa lagi, Ariel melompat2 la suke. Dia la yang paling awal nak pegang salji. Sampai siap suruh saya buka kan glove dia. Bila dah pegang snow tu baru dia tau sejuk nya macamane. Naik kebas tangan. Last2 dia mintak pakai balik glove dia.  Saya tak lepaskan peluang tuk mencuba apa saja permainan yang ada dalam tu. Ariel pun cuba jugak. Suka dia naik benda tu. Sampai 2,3 kali dia naik. Tapi kami tak lama kat situ, sebab nak kejar masa untuk ke airpot. Risau lama kat situ nanti tak sempat pulak kami nak ke airport. So dalam pukul 11 kami dah bergerak balik. Semasa otw nak balik saya baru teringat nak merasa air yang selalu orang cakap tu kalau datang ke korea. Banana Milk..sedap. Tapi nak beli bawak balik malaysia tak boleh sebab luggage dah penuh. Tak apa lah, dapt merasa sikit pun jadik la. Kalau ada rezeki boleh la datang ke sini lagi kan. Dan masa nak balik ni jugak la saya sempat merasa makanan korea yang femes tu. Ttaeboki ke ape ntah nama nye. Masa otw nak bali ke GH tu guide kami tanye nak try makan tak. So saya pun xnak lepaskan peluang tuk memcuba. Sebab kate guide kami, bnda ni diperbuat daripada beras, so boleh la saya makan aslkan bukan dari ikan or makanan laut yang lain...hihihihi. Sedap jugak, rasa kenyal2 dan dah tentu2 pedas....



Ariel semangat main sledding snow

Suke dia.......

2,3 kali dia main benda ni je










My King

Mama pula posing ala2.....
My happy family




Susu pisang. Dah nak balik baru merasa minum

Tteboki ke ape ke nama dia. Lupa mcmane nak eja. Sedap dan pedas

 Kami sampai ke GH dalam pukul 1 lbih. Memandangkan flight kami pukul 4.45 ptg, saya rasa mcm tak sempat je kalo saya nak ke airport naik bus. sebab perjalanan dr GH nak ke airport makan masa dlm 1,2 jam, Dah la nak checkin bagasi lagi, so kami suruh guide kami col van untuk kesana. Memandangkan duit won kami ada lagi, kami naik van je. Selamat jalan tak sesak. Dalam van kami tidur je sampai la ke airport. Sampai di aiport dah nak pukul 3. Hati dah mula risau bila tengok di ruangan kaunter untuk ke malaysia punya la panjang manusia beratur. Tak habis2 saya tengok jam risau masa untuk checkin bagasi tak sempat. Dalam hati tak habis2 berdoa. Sampai rs macam nak potong barisan je. Alhamdulillah dalam pkul 3.45 kami dah sampai ke dpn kaunter. Masa timbang bagasi pulak tengok2 berat bag kami melebihi had. tapi saya tengok pekerja di kaunter tu relax je. Maybe dorang tak kisah sangat kot kalau lebih dalam 2,3 kg. tapi masalahnye berat luggage kami time tu lebih dari 7kg...rasa2....hahaha. Diorg buat tak tahu, saya lagi la buat xtau.

Lepas je settle kami terus bergerak ke checkpoint seterusnya. Punya la laju kami jalan, sebab risau tak sempat sampai ke gate. Akhirnye sampai jugak kami di gate. Sementara menunggu gate bukak, saya ke toilet dulu. Nanti malas dah nak ke toilet bila dah duduk. Keluar je dari toilet, nampak ariel dan suami di depan pintu toilet. Baju ariel penuh dengan darah. Kate suami tiba2 je hidung ariel keluar darah. terkejut jugak la sbb sebelum ni tak pernah2 hidung dia berdarah. Maybe sebab pertukaran cuaca. Tanya dia sakit tak, dia cakap tak sakit. So saya cuci la hidung dia dulu dan suruh dia duduk diam2. Maybe sebab pertukaran cuaca kot. Yelah cuaca kat luar sejuk, Dalam airport ni panas.

Bila gate dah bukak, kami masuk la dalam perut kapal. Tapi seat kami time balik ni tak sama seperti yang kami booking. Padahal saya dah bayar untuk pilih seat, tapi kenapa dapat seat yang asing2 jugak ni. Nak kena AA ni. Geram je rasa. Tapi saya buat taktahu je, terus je duduk dekat2. Tak ada pun sape2 yang datang tuk tukar seat dengan kami, so kami rasa diorg pun ok je kalau saya duduk tempat diorg. Apelah AA ni, orang bayar seat bukan percuma tau. Satu seat RM30. Bayang kan kalau 4 orang. Dah RM180 kami bayar untuk seat je. Alih2 masa nak duduk, seat tak sama seperti yang dah di booking. Fuhhh...membara je masa nak balik tu. Tapi disebabkan time nak balik tu saya pening kepala, so memang tak cakap banyak la. Perjalanan nak balik tu saya banyak tidur. Kena pulak masa nak balik tu Ariel muntah. Tak reti duduk diam. Memang papa dia la yang handle semua. Habis baju seluar semua. Selamat la dia pakai baju 2 lapis. So baju yang luar tu memang habis semua. Pakai baju yang dalam je la. Itu pun selamat la tak kotor.

Lebih kurang 6 jam perjalanan akhirnye kami sampai ke Malaysia. Fuhhh lega...Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 malam. tapi nak tunggu bagasi, mak aii, sampai pukul 12 lebih tak settle2. Punya la lambat. Bagasi suami yang tak jumpa2. Tunggu punya tunggu akhirnye dapat. Nak tahu macmane boleh dapat, Bagasi suami dah tercampur sekali dengan bag2 orang yang balik dari umrah. Saya pun pelik mcmane la boleh bercampur, padahal bag kami yang keluar dulu. Ermmm...dah settle smua kami bergerak balik terus ke Ipoh, Sebab esoknya lepas dah tidur n rehat kejap, kami akan rushing balik ke JB pulak.



***Lepas ni saya akan update cete mengenai Trip saya dan family ke Indonesia pada bulan 5 nanti...tunggu.................