Rabu, 17 Disember 2014

Annual Concert & Graduation

Dah lama rasanya tak update entry. Semenjak dah kerja balik ni dah jarang nak buka blog. So arini tetibe rasa free plak...

13 december 2014 aritu tadika tempat saya kerja telah adakan annual concert and graduation. Bila sebut je graduation maknanya dah nak habis sekolah la kan...dh habis sekolah maknanye boleh la bercuti...hoooray...

Tak sabar rasanya nak balik bercuti di Ipoh. Rindu kat ibu ayah, adik beradik n anak2 buah. Beberapa ari sebelum nak concert ni letih ckit la. Sebab nak kena siap kan macam2 untuk budak2. Nak practice tarian lagi. So untuk saya tahun ni pilih lagu pop je utk budak2 tu. Lagu dari kumpulan One Direction bertajuk Whats makes u beautiful. Alhamdulillah menjadi dan diorg senang faham step2 yang saya ajar.  Maklum lah budak2 umur 5 tahun bukan boleh push sangat. Tapi ok lah diorg enjoy ngn tarian diorg, bila diorng enjoy senang la kerja kita...hihihi.

Tak banyak pic yang boleh ditunjuk sebab masa performance saya dduk di blakang stage. Kena prepair pakaian, makeup tuk diorang. Yang lain2 penuh gambar sendiri je...hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan