Sabtu, 14 September 2019

TRIP KE BATAM (PART 4)

NEW OCARINA

Next destinasi kami petang tu ke New Ocarina. Kata pak supir tak jauh pun dari hotel kami tu. Dalam 5 minit je. New Ocarina ni macam pedalaman sikit. Kawasan sekeliling pun macam baru nak membangun. Jalan pun belum berturap habis. Berlubang-lubang. Kereta jangan cakap la, memang laju-laju. Seriau tengok cara diaorang bawak kereta.


Sampai dah pintu masuk Ocarina. Kena bayar ye masuk ke sini. Bayaran dewasa sorang Rp10,000. Kereta pun kena bayar ye dalam Rp5000.  Masa kami datang ni memang tak de ramai orang. Maybe sebab hari bekerja kot. Kat sini lebih kurang macam Danga Bay la kalau kat Johor. Ada la theme park tapi tak semua beroperasi....hahaha. Masa kami sampai, ada la 2, 3 jenis je yang boleh main. Setakat nak jalan-jalan amik angin, bergambar boleh la.


Pintu masuk ke New Ocarina


Bergambar je, tak boleh naik


Yang ni pun tak boleh main


Dah nak gelap dah



Yang ni boleh naik, tapi tak berani naik sebab
angin kuat
Last pose sebelum gerak
Owh ye, kat sini juga boleh tebus makanan free ek. Simpan tiket masuk tadi, pastu pegi kat cafe yang ada kat situ. Nama ape pun aku dah lupa, tapi cafe nye memang tepi sekali. Tapi dengan syarat, nak tebus kene beli air dulu kat situ. Makanak yang boleh tebus, samada sandwich atau nasi goreng. Alang-alang dah malam, kami amik nasi goreng je.

Sebelum nak balik ke hotel, kami tanya kat pak supir. Kat Batam ni tak de ke pasar malam or uptown. Katenya tak ada. Puas la kami explain kat pak supir tu pasar malam tu macamane, tapi tak faham jugak.....hahahaha. Nasib la dapat pak supir yang ni. Last-last kami suruh pak supir tu hantar kami ke hotel je. Sebab awal lagi kan. Baru pukul 7 mlm. So balik hotel awal, boleh keluar g Nagoya Mall balik. Cari makan malam. Sampai hotel memang kami terus ke Nagoya Mall balik, simpan dulu nasi goreng yang dapat free tadi, pastu keluar balik. Cari nasi ayam penyet pulak kat dalam Nagoya Mall tu. So jumpa lah nasi ayam kremes plk. Sama macam nasi ayam penyet, tapi sambal nye ada pelbagai. Ada sambal cabe hijau, sambal biase. So dah datang tempat orang, mesti la nak try makanan yang lain dari yang lain kan. So aku pun try la nasi kremes cabe hijau. Habis makan, mata pun dah layu. Aku dengan sorang kawan amik keputusan nak pergi ke bilik. Yang lain-lain nak terus aktiviti nak ke spa. ikutkn hati nak pergi sekali, tapi badan rasa macam dah penat sangat, so terpakse 
batal kan niat.


Makan di cafe Bakso Kota dalam Nagoya Mall

Ayam goreng cabe ijo + nasi



Bersambung ke ....Trip ke Batam (Last Part)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan