Ahad, 12 Julai 2015

~Shoppping Online Q0010~

Hi...kali ni saya nak ceritakan sikit pengalaman shopping online di Q0010. Actually hampir kesemua barang-barang yang ada di dalam laman web tersebut adalah dari china. So bila dengar dari luar negara,dalam hati rasa risau2 je kan. Tapi hati ni nak jugak membeli disebabkan kebanyakkan item2 yang dijual dalam tu murah2 belaka. Cuma kena tengok betul2 ye, kadang2 harga postage nye yang lebih mahal dari harga barang....hahaha.

So buat pertama kalinye saya 'mengorder' barang di laman web tersebut. Saya beli thermal inner wear. Ok lah harganye berbanding kalau nak beli di universal traveller. Thermal wear ni mcm long john juga. Di laman web ni saya boleh beli dengan harga rm45.00 untuk sepasang. So saya beli 2 pasang dan tambahan sock winter. Total semua sekali included postage rm100. Ok la kn untuk 2 thermal wear dan 2 pasang sock. Kalau di tempat2 lain saya rasa thermal wear sepasang pun dah beratus2.

Hope thermal wear ni boleh la menampung kesejukan saya semasa disana nanti. Tengok review yang ada di laman web tu, kebanyakkannya berpuas hati dengan thermal wear tu. Actually insyaallah kalau tak ada aral, saya dan family akan ke Seoul, Korea bulan Disember nanti. Tu yang sibuk nak beli barang2 untuk kesana. Kalau nak beli semua sekaligus, terasa banyak duit yang keluar. So dengan adanya laman web ni, boleh la berjimat untuk beli barang2 winter.

Untuk tempoh penggantaran, pada saya alhamdulillah tak ada masalah. Saya order barang aritu 03 julai, dan barang sampai 10 julai. So tak mengambil masa yang lama pun untuk sampai ke Malaysia. Cuma saya perlu pickup barang sendiri di Skynet. Cuz kata pekerja disana, alamat yang ada di form tu tunggang terbalik...hahaha. So sape2 yang rasa nak shopoing di Q0010 digalakkan. Insyaallah barang anda akan sampai. So pasni boleh order barang seterusnya pulak...hihihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan