Jumaat, 3 Julai 2015

~Jom ke Korea~

Hallo....selamat pagi. Tak habis-habis pasal korea kan. Selagi tak pergi, selagi tu la sibuk dengan korea dia. Tu bak kata suami saya la...hahaha.

Ada sape2 yang nak ke korea bulan december nanti. Kalau ada, boleh la saya nak join sekali. So xpayah la saya nak upah tour guide masa disana nanti. Boleh follow redah sama2. Manetau kan kot2 ada yang pernah ke sana, dan baik hati nak bagi saya dan family join sekali,alhamdulillah la. Sebab saya ni tak pandai sangat nak explore sendiri2. Maklumlah bahasa inggeris pun suam2 kuku je. Risau pulak dengan komunikasi masa disana nanti.

Bukan tak boleh amik guide, tapi ramai yang suggest better redah sendiri je lagi jimat dan budget. So duit yang sepatutnya dibayar pada guide, boleh la digunakan untuk benda lain. Maklumlah budget ciput, tapi ada hati nak g oversea...hahaha. 3 tahun kau kumpul duit nak pergi sini....hahaha. Lagipun tak pernah travel ke luar negara sendiri2. Masa pergi umrah dulu, semua mutawif yang uruskan. Tau2 je dah duduk kat balai berlepas. So cara2 nak checkin bagasi, semua tu saya tak berapa pandai. So kalau ada sape2 yang nak pergi dalam bulan december ni,boleh la email saya ye. (efy_yatie@yahoo.com.my)
Plan akan ke korea:
     #24 dec 2015 - 27 dec 2015.

Tiket flight saya memang tak beli lagi. Nak tunggu kot2 ada promo nanti boleh la terus booking. Lagipun ngah risau pasal wabak mers tu. Mudah2an masa saya nak pergi nanti, wabak tu dah tak ada la. Lagi satu sebab suami saya kerja gov (polis), so kalau nak keluar negara tu kena buat surat dulu. Kalau dah lulus baru lah saya berani nak booking tiket. Risau kalau booking tiket awal, tup tup tak lulus pulak. Dah habis burn tiket macamtu je kan.

Penginapan maybe saya akan menginap di Fnsquared Malaysian guesthouse. Cuz situ totally muslim punya. So senang kalau nak guna peralatan untuk memasak. Surau semua dah siap ada complete.

So pada sape2 yang akan ke korea tu, hallo2 saya ye. Saya bertiga je. Suami dan anak lelaki 4 tahun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan