Jumaat, 26 Julai 2019

BIG PAY CARD

Dah lamanya tak update blog......laptop problem sebab tu dah lama tak berblog. nak update cete kat handphone tak puas.

So kali ni nak update pasal Big Pay Card. Big Pay card ni bukan kad kredit ye, dia lebih kepada Debit Card. Ada duit dalamnye boleh la guna. Tak ada duit, tak boleh buat pape :-)

So kalo yang jenis berjalan tak suka bawak cash tu, boleh la buat Big Pay card ni. Bukannye tak boleh guna Debit Card biasa, tapi Big Pay card ni kalau yang suka travel tu, dia boleh kumpulkan point tiket Air Asia sekali setiap kali kita guna.

Aku tau pun sebab masa travel ke Jepun awal tahun hari tu, tour guide tu yang bgtau pasal Big Pay Card ni. So macam menarik sebab boleh kumpulkan point Air Asia tiap kali bayar ape-ape, tu yang aku terus nak buat.

Untuk kumpulkan point, setiap bayaran bernilai rm20 dapat 1 point. Kalau harga yang korang bayar tu bwah dari harga tu, memang tak dapat point la. Kalau harga barang tu rm25 pun korang still dapat 1 point.

Untuk topup pulak, rm50 akan dapat 1 point. So kalau nak dapatkan point, topup harga dalam nilai gandaan Rm50. Kalau topup Rm 30 memang tak dapat ape-ape.

Setakat ni aku guna, alhamdulillah la ok lagi tak ade pape masalah. Dah pernah try beli barang kat shopee, beli tiket flight, guna utk bayar masa shopping, beli tiket wayang alhamdulillah ok lagi. Kalau guna kad Big Pay ni masa beli tiket flight, tax ape semua xde tau, so memang murah sikit berbanding beli tiket flight macam biase. Dah beberapa kali jugak la aku booked tiket flight, hotel guna BIG PAY ni.

Insyaallah bulan 8 ni nak try guna Big Pay ni utk travel pulak. Nak tengok rate dia macamane. Sebab ada yang kata rate dia lagi ok.

Nak cakap lebih-lebih pun, aku pun tak berapa pandai sangat pasal Big Pay card ni, setakat guna-guna macamtu je. Tapi dari review kawan-kawang yang dah lama pakai, semua cakap ok.

Aku guna Big Pay ni utk simpan duit nak travel. Sebab duit yang ada dalam ni, memang susah nk keluarkan tau. Sekali kita nak keluarkan, kalau tak silap aku dia charges Rm6. So better tak payah keluarkan. Aku tiap2 bulan memang akan masukkan duit dalam Big Pay ni selain dari simpan kat bank yang lain. Duit dalam Big Pay ni memang aku khas kan untuk travel dengan nak beli brg2 yang jumlah nye agak besar yang tak memerlukan untuk aku bawak cash yang banyak. Sebab lagi banyak yang kita bayar, lagi banyak point yang kita dapat 😊

Cara nak buat Big Pay card ni:
1. 1st korang kena download app Big Pay ni kat Google Play Store/ App Store.
    Cari lambang Big Pay color biru macam bawah ni.

cari logo biru ni, pastu download
Bila dan download, buka app tu n klik apply. Free je, jangan risau tak kena bayar pun.

2. Lepas dah apply, korang akan disuruh isi details2 dan topup kad sebanyak rm20. ni untuk aktifkan kad tu, Rm 20 korang akan dapat balik masa kad korang dah sampai nanti.

3.Dah settle topup semua nanti, klik je next2, pastu korang kena masukkan REFERAL CODE. Kalau tak ada REFERAL CODE ni memang korang tak boleh continue. So kalau rasa nak guna REFERAL CODE kat bawah ni, guna lah. Terus terang bgtau, kalau sape2 yang pakai REFERAL CODE korang ni, korang akan dapat rm10 dalam akaun korang. Kira macam komisyen la kot. Terpulang korang nak guna REFERAL CODE aku or orang lain. Tapi nak tak nak korang memang kene letak REFERAL CODE ni baru boleh continue.

Boleh guna referal code ni



Dah isi referal code ni, settle, Jangan klik  'I have received my card'' tu dulu tau. Biar je & terus keluar. Sebab lepas settle isi referal code tu, diorng akan proses tuk pos kan Big Pay card korang ke rumah ikut alamat yang korang dah isi sebelum ni. Makan masa juga la untuk kad tu sampai . So korang sabar je la menunggu.

Dah sampai kad tu nanti, log in balik kat app Big Pay tu. Ikut je arahan dia mintak. Dah settle boleh terus topup & guna. Macam aku dulu, aku try beli barang kat shopee dulu, Mula2 tak boleh, so aku terus col Big Pay punye customer service. Dia suruh tunggu dalam beberapa minit dulu sebelum guna. So try lagi sekali, dah boleh guna dah. 


Setiap kali korang bayar  guna kad, dia akan keluar macamni kat app.
So senang kita nak check balik barang apa yang kita dah beli kan.

REFERAL CODE BIG PAY:
YA43TAGAVH














Tiada ulasan:

Catat Ulasan