Jumaat, 26 Julai 2019

Day Trip ke Hatyai, Thailand

Dah lama sangat tak menulis, sampai nak tulis apa pun tak tau. Actually aku ke Hatyai ni dah lama, tapi tak publish2 sampai sekarang. Asyik kat draf je duduknya....hahhahah.

Nak cerita dari mana pun dah tak tau. Aku ke Hatyai dengan family dan adik beradk. Day Trip je. Ada la dalam 17 orang semuanya, termasuk sorang makcik sedara dan anak dia. So kami bergerak ke Perlis dulu dan tidur di homestay Arau. Sebab plan kami sebelum ke Hatyai tu, nak ronda2 pekan Arau dulu. 

So malam tu kami ronda2 ke Arau, tak ada apa yang menarik sangat di Pekan Arau masa tu. Kami keluar tuk cari makan je. Kebetulan pula kawan ayah ada buka Restoran Nasi Arab di Arau, so kami dapatlah makan percuma kat situ. Serius sedap. Tapi lupa pulak nama restoran dia. Nanti kalau ingat, aku update balik ek.

So malam tu tidur awal, sebab esok pagi2 nak gerak ke Hatyai. Aku dapat nombor abang ni melalui google jugak. So far setakat ni harga yang dia bagi agak murah berbanding dengan orang lain. Tak sampai rm100 pun untuk sorang ke Hatyai. Masa aku pegi dulu rate dia bagi rm70 sorang, kanak2 rm50. So abang tu yang akan amik kami di Homestay. Kami naik 2 kereta. Tapi disebabkan ramai, macam tak muat je.....hahahha. So abang tu suruh kami bawak salah satu kereta dan bawak sampai ke sempadan Thai je. Kereta nanti boleh tinggal kat situ. Sebab lepas je dari sempadan nanti kami dah naik van yang dah disediakan. So bergerak dr Arau ke sempadan, 3 buah kereta la jadiknye.

Sampai je kat imegresen malaysia senang, tak payanh turun dari kereta pun. Serah je pasport dari tingkap dah settle. Kat imegresen Thai agak serabut sikit. Dah la kaunter 1 je yang bukak, orang yang beratur punye la panjang. Tapi selamat la cepat . Abang tu amikkan kami kad putih untuk kami isi. Boleh je kalau nak suruh orang kat situ isikan, Tapi kene bg rm2 la. Fikir2 balik, xpelah isi sendiri, sebab kami pun ramai. Slow2 isi, Separuh isi kad, separuh lagi abang tu suruh beratur. So senang.

Sampai kat kaunter, memang kene bagi rm2 ye kat imegresen tu. Mula2 malas nak bagi, tapi dia dah panggil2 sambil buat 2 jari. Maknenye memang nak kene bagi duit la tu. Tapi selamat la aku pegang 4 pasport sekali. So sekali bayar je rm2 tu. Macam yang lain, masing2 pegang pasport sendiri, memang kene bagi la rm2 sorang. Memang peraturan diorang ke or sekadar carik duit tepi je diorang tu. Tak salah ke buat macamtu ek, Bayangkan dalam sehari berapa yang diaorang boleh dapat kalau dah beribu2 orang yang masuk ke Hatyai?

So korang yang nak ke Hatyai ni, make sure pegang pasport banyak2 sekali. senang sekaligus je tunjuk kat dia n bayar. Kitaorang sebab tak tahu, dah lepas tu baru abang tu cakap kena buat macamtu.

So dah lepas semua kami naik van yang dah ada tunggu kami di luar kawasan imegresen Thai. Pakcik ni orang islam Thai, boleh cakap melayu, tapi agak pemalu. Kami naik 1 van, abang tadi pulak follow kami dari belakang dengan Hilux dia. Katenye Hilux dia nanti boleh jadikan tempat tuk isi barang2 shopping kitaorang nanti. Sebab dalam van dah penuh dengan orang....😊

Plan kami ke sini nak pergi ke tempah shopping je, so tempat2 lawatan lain memang tak banyak yang kami pergi. So tak banyak la gambar yang kami ambil. Sebab memang trip ni kami nak shopping dan makan je.

Jalan-jalan cari makan

Nak naik gajah

Floating market, kami tak lama pun kat bawah ni, sebab banyak anjing

Sempat la tengok tarian tradisional diorang

Masa ni belum lagi viral pasal gajah kene seksa tu ye, so xtau


Kawasan pedalam tempat gajah lalu


Makan, kalau pandai tawar dapat la murah

Makan masa dah sampai homestay, alhamdulillah sedap lagi


Teh Ais dia memang superb....sedap giler

Nasi Goreng Tomyam pun sedap. Memang rekemen sangat2. Kedai dia xtau la area mana.
Tapi tempat dia yang ada kedai jual2 baju bahagian bawah, bahagian makanan semua bahagian atas.

So walaupun day trip, pus hati jugak la berjalan kat sana. Dapat pegi Floating Market, tempat gajah, Asean Night Market. Bagi aku, pakaian kat sana murah2. Sebab masa aku pegi dulu rate memang ok. Baju2, seluar2 memang murah. Seluar jerut bawah rm10, pyjamas kartun2 dewasa rm8. Seluar2 tidur rm8 pun ada. Memang aku pegi sana banyak beli barang2 mcmtu je 

Pada sesiapa yang nak tau pakej mane yang aku amik, boleh wasap or email je senang. Kalo mesej kat sini risau terlepas pandang. Email: efy_yatie@yahoo.com.my / Wasap: 012-5123114.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan