Memaparkan catatan dengan label bomba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bomba. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Oktober 2013

~Ayah~

Kali ni special sikit...hihihi. Cuz aku nk bercerita sikit pasal ayah aku. Boleh tak kalau aku nk gelarkan ayah aku ''SERBA BOLEH''. Xpelah aku hbskn menulis dulu, kalau korang2 semua dh baca, korang fikir la samada ayah aku ni layak mendapat gelaran tersebut atau x....hahaha

Ayah aku ni kalau orang tak kenal dia mesti akan cakap garang. Sebab tgk dari misai dan raut wajah tu mmg la org akan cakap mcmtu kn...hahaha. Tapi sebenarnya ayah aku ni dalam hati dia ada taman... :-)

So aku nak cerita kan lah serba sedikit tentang ayah aku. Ayah aku ni seorang ahli bomba. Berpangkat ape aku sendiri pun xtau la sbb ssh nk ingat pangkat2 dlm jawatan kerajaan ni..hihihi. Kenapa aku cakap ayah aku ni serba boleh,sebab blh dikatakan ayah aku ni semua bnda dia blh buat. Kalah aku yang perempuan ni.
So jom kita tgk ape yg aku mksudkn ngn serba boleh tu ek...

1. Memasak
Ayah aku mmg pandai memasak. Cakap la msakan ape smua dia blh buat. Kalau wedding sedara mara or kenduri ke, ayah aku la org yg diorg cari utk jadi tukang masak.

2. Berkebun
Ayah aku ni minat berkebun. Kat rumah aku tu kalau ada byk2 pokok bunga tu ayah aku la yg tanam. Tanam la apepun jenis pokok bunga or sayuran, msti tumbuh elok je. Sbb ada yg ckp kalo tgn kita ni panas, kalo tanam ape pun tumbuhan tu xkn tumbuh kn. Mcm tgn aku la...hahaha...tanam la pape pun xde tumbuh2. Tp ayah aku x, tanam la pokok bunga ke, sayur2 ke, buah2an ke, smuanye elok je subur. Alhamdulillah.

3. Menukang/Bertukang
Salah satu kelebihan ayah aku adalah menukang. Untuk pengetahuan, dulu2 ayah aku amik upah buat rumah orang. Rumah yg aku dduk dr kecil sampai besar tu pun dari hasil kerja tangan ayah aku. Alhamdllah kukuh lg rumah tu smpi skrg...hihihi. Ayah aku juga pandai membuat keris...kat rumah aku ada byk koleksi keris hasil kerja tangan ayah aku. Ada juga keris2 tu yg dia jual pada kawan2 dan ada juga yg dia simpan sebagai koleksi.

4. Imam
Ayah aku juga merupakan seorang imam di surau/masjid kawasan tempat tinggal aku. Kalau kami tak ke surau, kami akan berjemaah dirumah je. Tak kiralah solat 5 waktu ataupun solat terawih.

5. Menyembelih
Bl tiba Raya Haji ayah aku la org yg paling sibuk dan akan menjadi rebutan..hahha... Sana sini org akan cari ayah aku untuk menyembelih lembu utk dibuat korban. Kalau ada 12 ekor lembu, 12 bilah parang la yg ayah aku akn bawak. Katenye, xelok sembelih lembu/ binatang ni guna parang yang sama. Adik lelaki akulh org penting yg akan memegang kesemua parang2 ayah aku tu. Bkn semua org blh menyembelih ye tuan2 & puan2....hihihi

6. Kraftangan
Ayah aku pandai buat kraftangan. Cth mcm hantaran perkahwinan. Bg la brg pape pun kat dia, ada je idea yg dia blh buat dgn barang tersebut. Pelamin pun ayah aku tau hias. Masa kakak aku kawin dulu pun ayah aku yg buatkan plaminye.

7. Mengaji
Ayah aku pandai mengaji. Tak kira masa, ayah aku msti akan mengaji. Walaupun masa drive keta mulut ayah aku sentiasa basah dengan ayat2 Al-Quran. Mungkin ada jgk yg ramai yg tau mengaji, tp ini salah satu kelebihan ayh aku.

8. Ceramah
Selain dari menerima undangan ceramah kebombaan di uitm, utp, uia dan sebagainya, ayah aku juga memberi ceramah di Institut Memandu City Ipoh. Ayah aku akan bg ceramah pd sesiapa yg bru nk amik lesen keta,lori,bus dll. Bkn smua org ada klebihan bckp ni. Salah ckp akan bt org yg ada didalam class ZZZzzzzZZ....

9. Bermain alat musik
Jgn xtau...imam rock katekan. Ayah aku pandai bermain alat musik. Alat musik yg aku pnh tgk ayah aku main adalah drum. Ayah aku juga merupakan bekas guru kompang.

10. Menyanyi
Kalah Aris Ariwatan kalo ayah aku dh start menyanyi...hahaha. Suare ayah aku mmg power. Lbh power lagi kalau lps dia ajar kawad kaki, mmg suare akan lantang giler. Adik bradik ayah aku mmg minat menyanyi. Baik lelaki maupun perempuan. Bkn nk tipu...tp knyataan, suara adik bradik ayah aku semuanye sedap2. Masa wedding aku dulu, diorg la yg menyanyi.

11. Jurulatih
Selain dari menjadi jurulatih kadet bomba, pelatih2 bomba, ayah aku juga merupaka jurulatih bola tampar.

12. Mengubati orang
Mungkin ini salah satu kelebihan yg ayah aku ada. Ayah aku blh mengubati org. Kalo dikawasan perumahan aku tu ada org yg histeria ke, sakit ke, ayah aku la yg diorg cari.

13. Menjahit
Ayah aku juga pandai mejahit. Kalo ktorg nk alter sluar ke,bj ke, dia lh yang ktorg cari. Bj raye ktorg dulu2 pun ayah jgk yg btkn. Save budget. Tp skrg ni kakak aku plk la yg amik alih menjahit bj2 ktorg ni. Tp kalo bab alter sluar mmg ktorg akn cri ayh jgk...sbb terbaik n kemas. Kdg2 ada jgk uniform/aksesori keje dia yg dia design & bt sendiri. Nak lain dr yg lain katenye.

Itulah serba sedikit pasal ayah aku. Tapi aku yakin, setiap orang ada kelebihan masing2 yang Allah berikan. Macam aku , aku bangga mempunyai ayah seperti ayah aku. Macamtu jugak dengan anda diluar sana kan. Walau sapa pun ayah kita, kita sebagai seorang anak tetap akan berbangga dengan diorg betul x...hihihi

Isnin, 19 Ogos 2013

~ Bomba: Wira Negara ~


Aku menulis entry ini bukanlah sebab tak puas hati ngn jabatan ni or aku nak kerja bomba...dah xlayak dah pun nak kerja dengan jabatan tu. Dulu masa umur 19tahun pernah la cuba tapi xberjaya...sdih..tapi apakan daya dah tak ada rezki aku dalam jabatan tu kan. Masa sekolah dulu aktif la masuk kadet bomba ni. Merasa la jgk pki uniform bomba walupun sbg kadet je...hahaha. Dlu masa aku sekolah suke sangat nyanyi n dgr lagu kadet bomba...best sgt2...

So kita berbalik pada cerita asal aku tadi...aku nak bercerita sikit mengenai jabatan bomba ni. Aku bercerita bukanlah disebabkan aku anak kepada seorang anggota bomba, tapi aku bercerita bdasarkan ape yg aku lihat sekarang. Ayah aku dh berkhidmat dengan jabatan bomba dan pemyelamat dah hampir 34 tahun. Aku tgk jabatan ni semakin dilupakan. Yelah kalo kt tgk, kat tv sekarang ni pn mmg jrang ada cete mengenai jabatan bomba. Yang ada pun cerita mengenai polis, tentera je kan.

Bagi aku, bomba pun wira negara juga...seperti yang kita sendiri tahu, tugas bomba bukan setakat memadam kebakaran je. Dah macam-macam tugas yang anggota bomba buat. Banjir, tanah runtuh, kemalangan, orang cuba nak bunuh diri, tebuan, orang tersepit kat besi dll, bomba jugak yang dipanggil.  Bayangkan lah kalau kucing atas pokok pun bomba jugak yang di panggil. Kalau aku la...biar je la kucing tu turun sndiri kan. Pndai naik pndai la turun. Tapi di sebabkan itu salah satu tugas yang dah di amanahkan, anggota2 bomba ni buat jugak. Kalo kita tgk...besar jasa dan pengorbanan mereka ni.

Tp yg aku peliknye..bl dgr mengenai jabatan2 lain seperti tentera, polis mendapat kenaikan gaji atau elaun, tak ada pun aku dgr kenaikan gaji atau elaun yg sama untuk anggota penyelamat ini. Kenapa???? Adakah jabatan bomba dan penyelamat ini seakan dilupakan........

 Terlibat dalam menyelamatkan mangsa kemalangan


 Terlibat dalam menyelamatkan kes bunuh diri

 Terlibat dalam meyelamatka mangsa lemas


Menyelamatkan kanak2 yang tangannye tersepit