Jumaat, 20 Jun 2014

Persiapan Hari Raya

Huhuhuhu.....dah beli baju raya ke belum....??? Tak tahu la kenapa tahun ni excited pulak buat persiapan raya awal2. Belum masuk bulan puasa lagi dah ada dua pasang baju raya. Agaknya sebab tahun lepas tak dapat balik beraya, so tahun ni kira balas dendam balik la hahahaha. Tapi kalau nak ikut kan tahun ni banyak pulak berbelanja. Bila dah beli tu baru rasa menyesal. Bukan apa, selalu tak pernah nak beli baju yang mahal2.

Bukan nak kata menunjuk2, tapi sebelum2 ni memang jarang nak beli baju ready made, selalunya saya beli kain dan suruh kakak yang jahitkan. Cakap lah nak buat fesyen macamana, kakak saya buatkan je. Tapi tahun ni kakak pulak pregnant so memang tak boleh nak hantar kat dia. Nak hantar kat orang lain takut tak selesa pakai. Nak tak nak memang kena beli siap. So aritu saya dah beli dua pasang baju raya. Tapi kalau tengok kan harga memang jauh dari harga yang saya budget kan. Bayangkan tahun ni je bj raya saya sepasang dah mencapai harga RM2**. Kalau dua pasang dah berapa......omg....takut dengar harganya. Mungkin ada orang lain yang baju raya nya lebih mahal dari saya, tapi bagi saya, tahun ni memang melampau sangat budget nya..hahaha (dah beli baru menyesal kan). Nak buat mcmana dah beli dah pun. Nafsu membeli kuat sangat. Harap-harap tahun2 yang akan datang tak ada la nak membazir macamni...tu yg susah tu kalau shopping online. Tengok ada je baju yang lawa2, dah nak beli. Transfer je duit kan. Ni belum beli tudung, kasut semua lagi....huhuhu...

*Tahun depan dekat2 nak puasa jangan online la...hahaha. Takut terlebih budget lagi.

So pada sesiapa yang nak shopping raya tu, jangan membazir ye. Berbelanja mengikut kemampuan. Tapi kalau sekali sekala nak berbelanja lebih untuk diri sendiri tak salah kan. Asalkan tak membazir. Jangan jadi macam saya, dah beli baru rasa menyesal..... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan