Jumaat, 13 Jun 2014

Kids Sports & Gym Area Larkin, Johor

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. For this entry saya nak tanya lah, ada sapa-sapa tahu tak kat mana ada kids sport & gym untuk kanak-kanak umur 3/4 tahun (area larkin, johor). Tak nak yang macam kindergarden sangat. Nak yang lebih pada playschool untuk budak-budak. Cuz saya bercadang tahun depan nak hantar anak ke playschool, bukan nak bagi dia belajar sangat, juz untuk bagi dia bergaul, berkawan dengan orang. Bagi dia biasa kan diri dengan orang luar. Kalau boleh nak hantar dalam 2/3 kali seminggu.

Saya ada terlihat satu tempat tu, tapi tempat tu jauh sangat di KL..Saya ni duduk area Larkin, Johor. Kalau ada tempat yang dekat-dekat lagi bagus. Saya tertarik dengan tempat tu tapi tak ada la pulak cawangan dia di JB ni. http://kizsports.com.my/en/index.php .Banyak program yang diorang sediakan sesuai ikut umur anak-anak kita. Kalau saya duduk berdekatan dengan tempat tu, rasanya dah lama saya daftar kan anak saya disana.

Anak saya tahun depan dah 4 tahun, so saja nak bagi dia biase kan diri dengan kawan-kawan. Tak nak la push dia sangat untuk belajar, sebab masih kecik lagi kan. Just nak suruh dia enjoy, belajar menyanyi, art, mewarna ke kan. Kira macam basic concepts. So kalau ada sape-sape yang terbaca entry saya ni yang tahu kat mane ada sports gym utk kanak-kanak macam yang saya beritahu tadi tu inform saya ye....please......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan