Jumaat, 27 Februari 2015

Idolaku: Ayah

Tak tahu nak mulakan dari mana. Macam2 perasaan ada. Time2 macamni teringat ayah dan ibu. Tak semua orang senang dengan kita. Buat baik orang mengata, buat jahat lagi lah.

Dalam kehidupan ni kita di uji dengan pelbagai jenis cubaan dan rintangan. Tapi bila kita lihat org yg ada disekeliling barulah kita tahu, ada org lbih teruk di uji berbanding kita. Masa tu baruah kita tahu kemanisan ujian yg kita tempuh.

Teringat masa dulu2, susah sgt nak dengar cakap ayah. Bila ayah cakap sikit suka melenting (akak la tu hihihi). Ingat kita sebagai anak perlu berhati-hati untuk bertutur dengan ibu bapa kita. Jangan sampai hati mereka merasa sakit hati atau kecewa dengan kata-kata kita. Ingat redha Allah adalah redha ibubapa kita.

Ayah memang seorang yang kuat: 
-Pernah suatu ketika dulu ayah pernah jatuh sakit akibat perbuatan orang2 tertentu. Masa tu ayah bekerja berjauhan dari kami. So 2 minggu sekali ayah akan balik ke ipoh tuk berjumpa dengan keluarganya. Jadi sedikit sebanyak dapat kesan perubahan pada diri ayah. Lebih2 lagi ibu sebagai seorang isteri. Tapi sedaya upaya ayah merahsiakan dari kami semua. Setiap malam memang menjadi kebiasaan ayah untuk mengaji, bahkan semasa memandu kereta pun ayah masih juga mengaji, tapi masa hari tersebut ayah mengaji sambil menangis seperti menahan sesuatu. Bila ditanya ibu, biasalah jawapan ayah tak ada apa2. Sampai satu tahap kami semua dapat tau dan malam itu juga atas pertolongan kwn2 ayah dan anak2 buah ayah, ayah dibawa balik ke ipoh dan berubat. Masyalllah ayah sangat kuat. Rupanya2 seorang ayah merahsiakan banyak perkara dari kita. Di depan kita mampu kelihatan gagah dan seolah-olah tak ada papa masalah. Tetapi dibelakang kita?? Alhamdulillah berkat doa semua ayah pulih seperti sediakala.

Tegas dalam mendidik: 
-Ayah insan yg sangat tegas dalam hal agama. Insan yg mencintai Allah dan juga mengajak keluarganya untuk mencintai Allah. Alhamdulilah aku bersyukur dikurniakan ayah sebegitu. Tapi biasalah, dalam setandan pisang bukan semua buah nya elok. Mcmtu jugak la ngn kitaorng adik beradik. Ada yg dengar ckp, ada yang degil, ada yang cool (aku la tu) hahaha.

-Dr kecik smpi dah kwin ni aku tak lupa diingatkan oleh ayah supaya solat 5 waktu. Bahkan kalo balik ke kg pun pagi2 lagi aku dh dikejutkan oleh ayah utk solat subuh. Walaupun dlm ati kdg2 aku merungut disebabkan ayh mengejut aku terlalu awl untuk bangun solat subuh (maafkan angah ayah). Sebelum tidur kami adik beradik juga diajar supaya meminta maaf dan bersalaman antara satu sama lain. Alhamdulillah sampai sekarang aku praktikkan walaupun aku dh kwin (korang buat ke x).

-Kalau ayah ada kat rumah, mesti rasa takut dan tak best (hahaha xbaik kan). Sebab selalunye lepas maghrib ayah selalu suruh buat praktikal solat, mengaji. Padahal bukannye xtau. Tapi entah kenapa perasaan takut tu ada. Tak best bukannye ape, dulu kan lepas magrib suke tgk tv, so bila ayah ada, lpas maghrib tu peluang nk tgk tv kurang ckit...hahaha. Tapi sekarang ni kalau balik kampung (kalau ayah keje), rasa xsyok.

-Teringat dulu2, kalau keluar ngn ayah, cukup takut kalau terlupa pakai scarf atau anak tudung. Kalo lupa pakai, nak pndang ayah tunduk je, sampaikan kalau ternampak air mana2 mesti amik n ltk kat ank2 rambut dpn tu..hahaha. Biasalah rambut kat dpn ni kan pendek2, halus2, so bl xpki scarf or ank tdung msti la tkeluar2. Pernah rambut aku kena tarik ngn ayah kat shoping mall. Selamat xde org nampak. Kalau nampak malunye la. Amik kau mcm rumput ayah tarik rmbut aku. Sehari tak bertegur ngn ayah...merajuk hahaha. Bila dfkir2 kan balik xpelah salah satu cara nak mendidik anak yg degil ni.

-Pernah juga aku dan kakak kena kurung dalam reban ayam sebab tak solat. Tapi umur kami panjang sebab lepas kami keluar dari reban tu, tngah malam tu ayam2 dalam reban kami kena makan ular. Bersyukur sebab ayah tak kurung kami lama2. Kalau x.........

-Mcmtu jgk dengan baju. Dulu memang kena pakai baju lengan panjang. Tapi bila pakai, selalu lengan baju tu aku lipat sampai ke siku. Kalau ayah nampak conform2 tangan aku ni jadik mangsa cubit. Sakitnye jangan ckp la. Maklumlah org tgn besi yg cubit..hahaha (sory ayah, gurau2). Tapi tu pun tak serik jugak.

Pergaulan:
-Masa aku kecik nak ke remaja la senang cakap, susah betul nak ada kawan lelaki. Sebab ayah garang betul. Budak lelaki pun takut nak kawan. Tapi memang ms sekolah2 dulu, ayah cukup marah kalau dapat tau ada kwn lelaki col rumah ke ape. Walaupun nak tanye psl homework (eh...iyeke nak tanye psl homework) hahaha. Selalunye kakak ngn adik perempuan aku la yg kena. Aku tak de...hihihi. Maybe ada kebaikan disitu. Ayah cukup pantau dengan sapa kami berkawan dan keluar. 1st time aku kenalkan kawan lelaki pada ayah dan ibu masa umur 20 tahun. Dan alhamdulillah lelaki yg aku kwn ms umur 20tahun tu dh jdik suami aku sekarang ni. Kira lelaki pertama la yg aku bawa jumpa ibu ngan ayah huhuhuhu. Tapi tu la dah nama pun dulu remaja, mesti ada jugak buat perangai yg ayah n ibu tak ske kan. Tapi xde la sampai melampaui batas. Setakat tipu kuar g dating tu ada la (sory ayah ibu, tapi last2 bgtau juga sbb xblh nak menipu, ayah mesti tau). Dulu nak keluar mana2 pun semua ngn ibu ayah, semua ayah yang hantar kan. Sampaikan kami tak tahu cara mcmana nak naik bus, taxi semua. Bila ayah dah kerja jauh, baru time tu la terhegeh2 tanye org, kwn2 mcmane nk naik bus (keburukan disitu hahaha). Yelah dulu lpas sekolan nk blaja komputer la, nk blaja memandu la, bila ayah tak ada kan dah susah. Bila ayh xde smua kna uruskan sendiri. Pastu mula lah marahkan ayah balik, ''tu la dulu masa kecik2 org nk naik bus ngn kwn2 xbg. Skrg br nk bg. Dah mcm org ape je semua xtau'' hahahaha. Tp bila dh ada kereta sendiri, tau2 je dh hilang. Tp dlm ramai2 adik beradik aku, aku je la yg byk merantau. Sekolah pn jauh dr family, kerja pun jauh dr family (beberapa bulan je), dah kwin pun lagi la jauh dr family. Nak sedapkan hati aku, ayah selalu ckp ''xpe, angah kan pndai berdikari''. Yelah sgt berdikarinya. Tapi rasanye ada sorang lagi dah merantau...hahaha. Adik lelaki aku pun dah merantau. Panjang lagi la tengkuk ayah ibu tu....hahaha

Sabar:
-Biasalah lumrah hidup, xsmua org suka dengan kita. Tak semua orang senang dengan apa yang kita buat. Ada je yg xkena dimata org. Sedangkan ulamak pun ada yg xske, ni kan pulak ktorg satu family. Benda tak ada pape pun nak bising2. Apelah sgt kalo berkaraoke ngn family kat rumah. Tu pun ada jugak yg bercakap. ''ayah imam, tapi anak kat rumah melalak2''. Erm........
Sabar, diam, sabar, diam, tu je la yang ayah selalu cakap. Dah macam2 kutukan, hinaan dr org yg ayah dpt. Tapi ayah jenis tak kisah. Cuma kami sebagai anak mesti rasa sedih bila ayah sendiri dicaci dimaki. Tak perlu aku sebutkan kat sini. Bayangkan mcmane perasaan aku sebagai anak masa tu??? Huhhh....mengigil2 jari aku taip ayat ni....hahaha. Ikutkan hati aku nk pergi je jumpe dpn2 n cili2 je mulut org tu. Kalau iye pun marah kan kami adik beradik, janganlah ayah kami yang dihina. Dari situ baru terfikir, kadang2 tanpa kita sedar kerana kesalahan & sikap kita, yg jadik mangsa adalah ibu bapa. Dari situ datangnya perubahan. Walaupun ayah tak kisah ape yang org cakap, tapi pada satu2 masa aku selalu nmpk ayah termenung & menyendiri.

-Ayah mengajar aku betapa pentingnya ilmu, keluarga berbanding harta. Semua hal yg aku rs aku paling benci ms kecil dulu, baru skrg aku rasa manfaatnya. Alhamdulillah tercapai juga impian aku untuk pergi menunaikan umrah bersama ayah, ibu dan keluarga. Aku berdoa semoga keluarga kami serta adik beradik yang lain berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci & menjadi tetamu Allah lagi. Amin.

-Kalau nak diikutkan tak cukup tuk aku ceritakan semuanya, tapi itulah ayah. insan yang bernama Alias Aziz bin Abdul Satar. Kekuatan & semangat ayah banyak memberi motivasi kpd aku. Terima kasih ayah, kerana menjaga kami, tabah menahan karenah kami, terima kasih juga kerana penuhi segala permintaan kami, terima kasih kerana tak jemu2 mendidik kami, terima kasih atas segalanya. Terlalu banyak pengorbanan yg dh ayah lakukan utk kami.Cukuplah ajaran yg telah diajar kepada kami mengalir dalam diri kami adik beradik dan insyallah boleh diteruskan utk anak2 kami. 



Aku berdoa agar Allah panjangkan umur ayah & ibu, lancarkan rezeki mereka, memberikan kemuliaan kpd mereka, haramkan wajah mereka dari disambar oleh api neraka akibat dari perbuatan kami, kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab, kasihi lah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku. Dan jauhkanlah mereka dari penyakit dan kegelisahan hati. Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin.



~Jangan pernah membalas kejahatan dengan dendam, tapi balaslah ia dengan senyuman dan kesabaran~




P/s: Ibu pun byk berkorban juga, tapi dsbbkn entry ni khas tuk ayah, so byk bercerita psl ayah je la ek...hihihihi. Ibu pnye next entry ye bu hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan