Memaparkan catatan dengan label #korea musim winter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #korea musim winter. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2016

Part 4: Korea (Gyeongbok Palace & Cheongstream)

Korea: Day 2.



Gyeongbok Palace:
Ikut itenerary asal arini spatutnya kami ke nami island dan sewaktu dgnnye. Tapi disebabkan ari yg sepatutnye nk ke gyeongbok palace tu tmpat tu tutup, so guide kami tukar plan asal. Arini kami akan ke gyeongbok dan esok akan ke nami. Tak kisah mane2 pun asalkan semua tmpat tu dpt pergi. So arini kami kena laju ckit la sbb arini byk tempat nk terjah. Mcm biase jangan tanye saya, saya naik bus no berapa dan naik train dr mane, sbb saya mmg xtau dan tak ingat..hahaha. Yg saya ingat mula2 dr GH kami jalan kaki nak ke train. Pastu turun naik train sampai lah kami ke gyeongbok palace tu. Besar sangat kawasanya...saya tak sempat nak explore sampai ke dlm pun sbb besar sgt. Tak sempat jugak nak tgk kawad yg mcm sblm2 ni yg org ckp tu. Kami cuma sempat pakai baju pahlawan yg ada kat ctu je. Tu pun limit tuk 2 org dan diorg bg masa 15 minit je. Ikut kan hati xnk pakai, tp bila fikir lepas ni xsempat nak pakai, so saya dan suami pakai la jugak. Sian ariel xmerasa nak pakai, sbb baju budak2 xde disediakan kat cni. Dh habis masa, kami bergerak ke cheongstream.


Punya ramai manusia pagi-pagi ni nak naik train

Di train station menuju ke Gyeongbok Palace




Dua orang je dapat pakai baju ni





 




  Cheongstream:
Dari gyeongbok tu nak ke cheongstream ni tak la berapa jauh. Tapi disebakan kena dukung budak kecik sorang ni, tu yang jadik agak penat. nk berjalan kaki. Kalo single xbwk ank xpe. Ni bwk ank pastu buat prangai xnk bjln plk, tu yg pnt tu. Bergilir2 la ngn husband dukung dia. Sepajang jln nk ke cheongstream tu, kami melalui kedutaan amerika syarikat. Kate guide kami, mmg stiap hari mcmni, berpuluh2 polis akan berkawal kat luar kedutaan ni. Siap ada yg duduk dlm kereta, dalam bus. Br je nk amik gbr, tp guide kami ckp kat cni xblh nk amik gmbr. Fuhh..slmt.kalo x mau hp kena rampas agknye...so bjln dlm 15,20 mnit, sampi lh kami ke tmpat yg dituju. Wah teruja tgk sbb tmpat nye cantik sgt. Nyaman je tgk. So amik kesempatan ni tuk bgambar. Diorg xnak biar kan....hahaha.
Xlh nk stay lame2 kat ctu sebab cuaca sejuk sgt. Ariel dh mrengek xthan sjuk. Pocket warmer lupa nak beli. So guide kami tolong belikan. Dia belikan pocket warmer yang jenis genggam di tangan. Makin lama pegang, makin panas. Tapi nampaknya macam tak berkesan untuk Ariel, so nak kena crik pocket warmer yg jnis tampal kat baju tu. Sbb yg jnis pgang tu dah xrase pape. So sementara guide kami pegi cari pocket warmer kami duduk minum dulu di cafe yg bdekatan. Sejuk2 ni mnum coffee nikmatnye. Dlm cafe ni baru lh ariel ceria ckit. Bukak2 je glove dia, tgk2 tgn dh merah mcm kena panggang agknye sejuk sgt kot dia xthan. Sian ank mama. Patut lah meragam. Dlm cafe tu panas sikit sebab ada heater so ceria la dia smbil minum coffee. Pas dh dpt crik pocket warmer tu saya tampal kat baju dia n start jln semula. Next destination kami ke itaewon dlu untuk solat dan makan pastu akan ke namdaemun dan ke namson tower.


Bergambar dulu sebelum sampai ke cheongstream





Adui la anak mama...kat sini pun nak berdukung



Berlatar belakang kan Cafe
Toms N Toms Coffee
Sian anak mama, sejuk...

Dah kena coffee panas baru la Ariel ok sikit

Jumaat, 3 Julai 2015

~Jom ke Korea~

Hallo....selamat pagi. Tak habis-habis pasal korea kan. Selagi tak pergi, selagi tu la sibuk dengan korea dia. Tu bak kata suami saya la...hahaha.

Ada sape2 yang nak ke korea bulan december nanti. Kalau ada, boleh la saya nak join sekali. So xpayah la saya nak upah tour guide masa disana nanti. Boleh follow redah sama2. Manetau kan kot2 ada yang pernah ke sana, dan baik hati nak bagi saya dan family join sekali,alhamdulillah la. Sebab saya ni tak pandai sangat nak explore sendiri2. Maklumlah bahasa inggeris pun suam2 kuku je. Risau pulak dengan komunikasi masa disana nanti.

Bukan tak boleh amik guide, tapi ramai yang suggest better redah sendiri je lagi jimat dan budget. So duit yang sepatutnya dibayar pada guide, boleh la digunakan untuk benda lain. Maklumlah budget ciput, tapi ada hati nak g oversea...hahaha. 3 tahun kau kumpul duit nak pergi sini....hahaha. Lagipun tak pernah travel ke luar negara sendiri2. Masa pergi umrah dulu, semua mutawif yang uruskan. Tau2 je dah duduk kat balai berlepas. So cara2 nak checkin bagasi, semua tu saya tak berapa pandai. So kalau ada sape2 yang nak pergi dalam bulan december ni,boleh la email saya ye. (efy_yatie@yahoo.com.my)
Plan akan ke korea:
     #24 dec 2015 - 27 dec 2015.

Tiket flight saya memang tak beli lagi. Nak tunggu kot2 ada promo nanti boleh la terus booking. Lagipun ngah risau pasal wabak mers tu. Mudah2an masa saya nak pergi nanti, wabak tu dah tak ada la. Lagi satu sebab suami saya kerja gov (polis), so kalau nak keluar negara tu kena buat surat dulu. Kalau dah lulus baru lah saya berani nak booking tiket. Risau kalau booking tiket awal, tup tup tak lulus pulak. Dah habis burn tiket macamtu je kan.

Penginapan maybe saya akan menginap di Fnsquared Malaysian guesthouse. Cuz situ totally muslim punya. So senang kalau nak guna peralatan untuk memasak. Surau semua dah siap ada complete.

So pada sape2 yang akan ke korea tu, hallo2 saya ye. Saya bertiga je. Suami dan anak lelaki 4 tahun...

Sabtu, 28 Jun 2014

Tour Guide di Korea

Fuhhh...payah jugak nak cari pakej untuk pergi ke korea ni kan. Macam-macam pakej dah cari tapi semuanya terasa mahal dihati......hihihi. Al-maklumlah budget ciput je, tapi ada hati nak pergi sana kan. So saya nak tanya kot-kot, sapa-sapa tau kalau saya nak upah tour guide saja di korea tu nanti. Banyak dah yang saya email dan pm dia facebook, tapi tak ada yang reply2 pun....kalau boleh saya nak tau bayaran untuk khidmat tour guide sepanjang (4h 3m) dan bayaran penginapan sahaja. Yang lain-lain seperti transport, makan, entrence fee semua tu kami akan bayar kat sana je la kalau kami teringin nak pergi. Tour guide tu juz tolong bawakkan je....contoh macamni kat bawah ni la. Saya ada jumpe di satu blog, dia menyediakan khidmat ni....saya dah email tapi sampai sekarang tak reply2...so kalau ada student2 lain yang boleh buat khidmat macamni, please email saya ye: efy_yatie@yahoo.com.my

***Nak pergi musim winter

Contoh:

PENGINAPAN (GUESTHOUSE/MOTEL)
sy akan booking kn utk anda....bile smpai sane,anda bayar sndiri...pnginapan yg di cari ade la paling brpatutan...anda mmpu utk mmbayarnye....

MAKAN/MINUM
sy akan tnjukkn mkanan ape yg boleh di mkn...trutama skali msti la halal...nk lebih jimat lg...anda bawak la maggi cup leh mkn bile kt hotel nnti...

TRANSPOT/SUBWAY (TRAIN)
sy akan tnjukkn jgak mcmaner cara nk menaiki subway....cara utk beli T MONEY....dan sy akan tunjukkan kemana shj anda ingin pergi....

ENTREE FEE/TMPAT MASUK BRBAYAR
yg ini trpulang pada anda utk bayar atau pn just nk ambik gmbar shj....ini semua trpulang pd anda...klu anda rase tk perlu masuk....tkyah la masuk.....

Dgn cara ini anda boleh mnjimatkn wang anda....anda rancang sendiri prjalanan anda disana....dan sy hnye akan mmbawa ke mana shj tempat yg anda ingin pergi....

*** Kalau harga berpatutan insyaallah ramai yang akan pergi trip ni.