Ramai yag bertanya saya, bila nak buat class mekup. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yag sudi email,pm saya kerana ingin belajar mekup. Bukan tak nak, tapi saya belum bersedia lagi nak menjadi cikgu. Saya betul-betul berkecimpung dalam bidang ni pun baru 3 tahun. Newbie lagi....kalau setakat untuk personal makeup simple-simple and basic boleh la saya gagah kan lagi. Tapi kalau sampai nak suruh saya ajar untuk satu kelas dan sijil bagai memang saya tak mampu. Tak berani nak gelarkan diri sebagai profesional lagi.
So sekarang ni bagi sesiapa yang berminat nak blaja mekup boleh sms/whatsap saya 017-7999480 atau pm saya dimana-mana akaun facebook. Saya akan beritahu details kemudian ye.
Pertanyaan: Sms/whatsapp: 017-7999480 Email: efy_yatie@yahoo.com.my atau boleh pm dimana2 inbox fb saya.
Memaparkan catatan dengan label #efy's makeup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #efy's makeup. Papar semua catatan
Jumaat, 7 Mac 2014
Isnin, 3 Mac 2014
~Cara membentuk kening~
So kali ni saya nak bagi tutorial cara macamana nak membentuk kening...tak susah, senang je.
Sebelum nak membentuk kening, pastikan kening disisir rapi terlebih dahulu ye menggunakan berus.
Sebelum nak membentuk kening, pastikan kening disisir rapi terlebih dahulu ye menggunakan berus.
Step 1: Pastikan bahagian kening dah kemas ye, dan cuci kalau-kalau ada saki baki makeup
Step 2: Ukir bahagian bawah kening dahulu ye menggunaka berus yang sesuai (berus yang senget).
Masa nak garis tu sekali nafas je..hihihi. Kalau tak nanti dia bengkok2.
(saya guna gel eyebrow jenama maybelline)
Step 3: Dah siap ukir bahagian bawah, buat cara yang sama di bahagian atas kening.
Kemudian color2 kan bahagian dalam/tengah kening tu.
(kalau tak nak muka nampak garang, jangan guna color hitam ye)
Step 4: Bila dah siap, bahagian bawah kening tu sapukan concealer/highlight untuk menampakkan bentuk tulang kening.
Step 5: Siap...nampak kemas kan....selamat mencuba...!!!
~Hairdo: Fesyen rambut untuk wedding~
So kali ni saya nak tunjukkan style rambut yang sesuai untuk wedding bagi yang free hair. Simple tapi cantik. Dan tak perlu nak gunakan macam-macam alat. So lihat tutorial dibawah ye:
Twisted Sister
You will need: 2 clear elastic ponytail holders, bobby pins and some strong holding hairspray.
- Sisir rambut bagi kemas..
- Ambil sebahagian kecil rambut dan ikat seperti dalam gambar.Gunakan getah kecil ye (yg warna-warni tu)
- Lepaskan ikatan tu kebawah seperti dalam gambar ye..
- Ulang balik proses No:2 tadi. Ikatan jangann terlalu ketat ye.
- Sekarang rambut yang lebih kat bawah tu kita ikat seperti dalam gambar.Lebihkan sikit dibahagian bawah.
- Now ambil lebihan rambut tadi dan bawakan keatas. Pusing2kan rambut tu supaya kemas.
- Pin kan rambut supaya ikatan tersebut kemas dan tak terbuka.
- The final step is longgar kan sedikit ikatan getah tadi tu kebawah supaya getah tu tak nampak dari luar ye...
#kalau nak kemaskan lagi,spray keseluruhan rambut ye....
Langgan:
Catatan (Atom)






