Ahad, 10 April 2016

Kesediaan Membaca Dalam Diri Kanak-Kanak

Disebabkan saya baru selesai menghadiri training guru untuk Smart Bacaan (prasekolah) yang diadakan di Johor Bahru baru-baru ni. So banyak jugak la tips-tips dan info terbaru yang saya dapat dalam kaedah pembelajaran anak-anak di prasekolah. So kat sini saya nak share sikit tips-tips atau kaedah-kaedah membaca ye.


1. Bilakah seseorang kanak-kanak itu perlu belajar membaca?

  • Usia dari 1 hingga 5 tahun merupakan peringkat umur yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Pada peringkat ini, tabiat membaca terbentuk dan dijadikan amalan yang berterusan. Kanak-kanak juga mudah belajar dan menerima sesuatu input informasi. Oleh itu, kanak-kanak perlu mula membaca di peringkat prasekolah lagi. Namun, kita juga hendaklah tahu bahawa kanak-kanak boleh belajar dengan efektif apabila mereka dapat bermain dan berasa seronok pada masa yang sama.


2. Sikap Kesediaan Membaca.
  • Perasaan ingin tahu kanak-kanak menunjukkan perasaan ingin tahu terhadap persekitaran mereka dan sentiasa berminat untuk mengaju pelbagai soalan.
  • Memahami arahan secara verbal dan boleh memberi reaksi terhadap arahan tersebut mengikut kesesuaian konteks situasi.
  • Boleh bertutur menggunakan bahasa komunikasi.
  • Keupayaan memadankan bentuk-bentuk yang sama, boleh melihat persamaan dan perbezaan pada lukisan mudah.
  • Boleh menumpukan perhatian sekurang-kurangnya 10 minit, berupaya melakukan aktiviti tanpa bimbingan untuk jangka masa yang pendek atau mendengar cerita.
  • Berminat untuk meminta seseorang untuk membacakan cerita kepada mereka.
  • Mencari dan melihat buku-buku secara sukarela, menunjukkan tanda-tanda keinginan untuk membaca.
  • Boleh memegang buku dengan betul.
  • Mula membuka buku dari hadapan dan bukan dari belakang.
  • Tahu bahawa perkataan dibaca dari kiri ke kanan.
  • Boleh 'membaca' sesebuah cerita atau gambar, melihat gambar-gambar dalam buku atau majalah dan boleh memberi pandangan secara terbuka.
  • Boleh mengingat kembali cerita-cerita yang dibacakan kepada mereka.
  • Boleh menceritakan semula cerita , mengikut jalan cerita yang betul.
  • Boleh memberi penjelasan terhadap situasi yang berlaku dalam sesuatu cerita.
Kanak-kanak yang mempamerkan sikap kesediaan membaca, menunjukan tanda yang mereka sudah bersedia untuk membaca. Para ibu bapa dan guru yang menyemai semangat membaca dalam diri kanak-kanak ini akan membantu mereka membuat persediaan membaca.



3. Kesediaan Kemahiran Membaca
  • Keupayaan mengenal pasti huruf-huruf dalam abjad, huruf besar dan huruf kecil.
  • Keupayaan mengenal pasti bunyi suku kata.
  • Keupayaan mengaitkan perkataan dengan maknanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan