Jumaat, 1 April 2016

Part 7: Korea Last Day (Hangang Park)

Korea: Day 3


Last day di korea hari ni. Semalam kami tak dapat nak ke hangang park. Sebab balik dari nami island pun dah pukul berapa. So nak tak nak saya akan usaha kan jugak untuk ke sana. Sebab disana je la satu2 nya tempat yang ada salji. Memang datang sini nak merasa main snow dan nak bagi Ariel main snow. Dari malaysia lagi Ariel tak sabar-sabar nak main snow lepas dia tengok cete frozen.

So malam semalam saya dah whatsapp guide kami untuk kesana. So guide kami cakap boleh tapi kami kena keluar dari GH awal  Sebab pukul 12 nanti kami dah nak checkout dan bergerak ke Airport. So pkul 9 kami dah siap tunggu di bawah GH. Beg2 semua kami dah siap turun kan ke bawah dan simpan kat dalam surau. Selesai urusan checkout, kami pun bergerak ke Hangang Park. Perjalanan ke sana tak sampai setengah jam pun. Kami menaiki train dan berjalan kaki sedikit untuk smapi ke sana. Lepas je turun dari train, dah nampak dari jauh Hangang Park. Kaki dah tak sabar2 nak melangkah ke sana nak bermain dengan salji. Sampai je di sana kami terus bayar tiket masuk. Kalau tak salah saya 8,000won untuk seorang. Kanak2 dan dewasa sama harga.


Wow best tempat ni. Tempat ni open all year ok. Different activities for different seasons la. Macam sekarang musim winter, so anda boleh main snow sledding and skating in winter. Untuk kanak2 jugak sangat la sesuai sebab disediakan tempat untuk kanak-kanak bermain.

Lepas dah melepasi pintu masuk, apa lagi, Ariel melompat2 la suke. Dia la yang paling awal nak pegang salji. Sampai siap suruh saya buka kan glove dia. Bila dah pegang snow tu baru dia tau sejuk nya macamane. Naik kebas tangan. Last2 dia mintak pakai balik glove dia.  Saya tak lepaskan peluang tuk mencuba apa saja permainan yang ada dalam tu. Ariel pun cuba jugak. Suka dia naik benda tu. Sampai 2,3 kali dia naik. Tapi kami tak lama kat situ, sebab nak kejar masa untuk ke airpot. Risau lama kat situ nanti tak sempat pulak kami nak ke airport. So dalam pukul 11 kami dah bergerak balik. Semasa otw nak balik saya baru teringat nak merasa air yang selalu orang cakap tu kalau datang ke korea. Banana Milk..sedap. Tapi nak beli bawak balik malaysia tak boleh sebab luggage dah penuh. Tak apa lah, dapt merasa sikit pun jadik la. Kalau ada rezeki boleh la datang ke sini lagi kan. Dan masa nak balik ni jugak la saya sempat merasa makanan korea yang femes tu. Ttaeboki ke ape ntah nama nye. Masa otw nak bali ke GH tu guide kami tanye nak try makan tak. So saya pun xnak lepaskan peluang tuk memcuba. Sebab kate guide kami, bnda ni diperbuat daripada beras, so boleh la saya makan aslkan bukan dari ikan or makanan laut yang lain...hihihihi. Sedap jugak, rasa kenyal2 dan dah tentu2 pedas....



Ariel semangat main sledding snow

Suke dia.......

2,3 kali dia main benda ni je










My King

Mama pula posing ala2.....
My happy family




Susu pisang. Dah nak balik baru merasa minum

Tteboki ke ape ke nama dia. Lupa mcmane nak eja. Sedap dan pedas

 Kami sampai ke GH dalam pukul 1 lbih. Memandangkan flight kami pukul 4.45 ptg, saya rasa mcm tak sempat je kalo saya nak ke airport naik bus. sebab perjalanan dr GH nak ke airport makan masa dlm 1,2 jam, Dah la nak checkin bagasi lagi, so kami suruh guide kami col van untuk kesana. Memandangkan duit won kami ada lagi, kami naik van je. Selamat jalan tak sesak. Dalam van kami tidur je sampai la ke airport. Sampai di aiport dah nak pukul 3. Hati dah mula risau bila tengok di ruangan kaunter untuk ke malaysia punya la panjang manusia beratur. Tak habis2 saya tengok jam risau masa untuk checkin bagasi tak sempat. Dalam hati tak habis2 berdoa. Sampai rs macam nak potong barisan je. Alhamdulillah dalam pkul 3.45 kami dah sampai ke dpn kaunter. Masa timbang bagasi pulak tengok2 berat bag kami melebihi had. tapi saya tengok pekerja di kaunter tu relax je. Maybe dorang tak kisah sangat kot kalau lebih dalam 2,3 kg. tapi masalahnye berat luggage kami time tu lebih dari 7kg...rasa2....hahaha. Diorg buat tak tahu, saya lagi la buat xtau.

Lepas je settle kami terus bergerak ke checkpoint seterusnya. Punya la laju kami jalan, sebab risau tak sempat sampai ke gate. Akhirnye sampai jugak kami di gate. Sementara menunggu gate bukak, saya ke toilet dulu. Nanti malas dah nak ke toilet bila dah duduk. Keluar je dari toilet, nampak ariel dan suami di depan pintu toilet. Baju ariel penuh dengan darah. Kate suami tiba2 je hidung ariel keluar darah. terkejut jugak la sbb sebelum ni tak pernah2 hidung dia berdarah. Maybe sebab pertukaran cuaca. Tanya dia sakit tak, dia cakap tak sakit. So saya cuci la hidung dia dulu dan suruh dia duduk diam2. Maybe sebab pertukaran cuaca kot. Yelah cuaca kat luar sejuk, Dalam airport ni panas.

Bila gate dah bukak, kami masuk la dalam perut kapal. Tapi seat kami time balik ni tak sama seperti yang kami booking. Padahal saya dah bayar untuk pilih seat, tapi kenapa dapat seat yang asing2 jugak ni. Nak kena AA ni. Geram je rasa. Tapi saya buat taktahu je, terus je duduk dekat2. Tak ada pun sape2 yang datang tuk tukar seat dengan kami, so kami rasa diorg pun ok je kalau saya duduk tempat diorg. Apelah AA ni, orang bayar seat bukan percuma tau. Satu seat RM30. Bayang kan kalau 4 orang. Dah RM180 kami bayar untuk seat je. Alih2 masa nak duduk, seat tak sama seperti yang dah di booking. Fuhhh...membara je masa nak balik tu. Tapi disebabkan time nak balik tu saya pening kepala, so memang tak cakap banyak la. Perjalanan nak balik tu saya banyak tidur. Kena pulak masa nak balik tu Ariel muntah. Tak reti duduk diam. Memang papa dia la yang handle semua. Habis baju seluar semua. Selamat la dia pakai baju 2 lapis. So baju yang luar tu memang habis semua. Pakai baju yang dalam je la. Itu pun selamat la tak kotor.

Lebih kurang 6 jam perjalanan akhirnye kami sampai ke Malaysia. Fuhhh lega...Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 malam. tapi nak tunggu bagasi, mak aii, sampai pukul 12 lebih tak settle2. Punya la lambat. Bagasi suami yang tak jumpa2. Tunggu punya tunggu akhirnye dapat. Nak tahu macmane boleh dapat, Bagasi suami dah tercampur sekali dengan bag2 orang yang balik dari umrah. Saya pun pelik mcmane la boleh bercampur, padahal bag kami yang keluar dulu. Ermmm...dah settle smua kami bergerak balik terus ke Ipoh, Sebab esoknya lepas dah tidur n rehat kejap, kami akan rushing balik ke JB pulak.



***Lepas ni saya akan update cete mengenai Trip saya dan family ke Indonesia pada bulan 5 nanti...tunggu.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan