Jumaat, 1 April 2016

Persiapan ke Indonesia

Hi...hari ni terlebih rajin pulak nak update blog.  Tak de benda pun nak cerita sebenarnye. Cuma sekarang ni saya tengah buat persediaan untuk ke trip seterusnya bersama family dan adik beradik yang lain. Kira macam family day la ni. so trip kali ni kami seramai 14orang dan telah ambil kata sepakat untuk ke Indonesia. Mula- mula fikir banyak kali jugak sebelum decided nak pilih Indonesia ni. Yelah risau dengan musim sekarang ni dengan jerebu nya, banjir la. So bincang punya bincang kami setuju ke Indonesia jugak. Memandang kan cost nak ke sana pun murah sedikit kalau nak dibandingkan dengan ke Vietnam. Di Indonesia kami cuma perlu upah driver dan sewa transport je. Untuk guide kami rasa tak perlu kot. Memandangkan negara Indonesia pun menggunakan bahasa yang kita faham juga kan. So saya rasa tak ada masalah.

Dah ada kata sepakat, saya dan yang lain2 berbincang la mengenai harga semua. Yang akan menguruskan semuanya nanti adalah saya...Aduuii..pening jugak jadik setiausaha ni...hahaha.
So cari punya cari saya dapat la cari transport dan driver yang bersesuaian dengan budget kami selama 5h 4m tu nanti. Actually kami plan nak pergi 4h 3m. Tapi disebabkan gelabah melanda diri masa nak booking flight tu, saya terlajak date sehari. Selamat la bila dah kira2 balik xde penambahan cost yang banyak sgt. Kalau tak, nak tak nak saya la yang nk kena support semua untuk 1 hari lagi disana.

Untuk pengetahuan, trip kali ni semuanya di sponsor oleh ayah saya. Dia dh lama berhajat nak travel dengan semua ahli keluarga termasuk anak menantu dan cucu2 nya. Kami akan turun di Jakarta dulu kemudian baru ke Bandung. Sebab harga flight ke Bandung lagi mahal berbanding harga flight ke Jakarta. Sebab itu saya memilih untuk turun di Jakarta. Yang lain pun ikut je. Dalam masa yang sama dapat la kami melawat kedua2 tempat kan. So kami akan berada di Bandung 3 hari, Jakarta 2 hari.

Kali ni saya memilih AA juga. Harap2 kali ni tak jadi macam dulu la. Saya tetap jugak bayar untuk pilih seat, yelah tak kan la nak duduk berjauhan kan. Lagi seronok dapat duduk dekat2.Cuma harga seat untuk ke Jakarta murah sedikit berbanding dengan seat ke Korea dulu. Bukan tak nak pilih penerbangan lain, tapi ada jenis penerbangan yang saya tak berapa faham cara nak booking. Daripada tersalah booking, baik saya pilih penerbangan yang biase saya naik kan. Lagi pun masa saya booking ni pun harga tak jauh beza dengan penerbangan lain. Dah boleh dikatakan dalam kategori murah jugak la.

Total semua sekali untuk 12orang(harga dewasa) + 2 bayi = RM5500.48. Agak2 berbaloi tak. Bagi saya berbaloi jugak la. Sebab saya dah pilih kan seat untuk setiap seorang. Luggage pulak 40kg (pergi), 100kg (balik).  Saya hanya booking 40kg saja masa pergi sebab masing2 dah sepakat nak pergi secara backpacker je. Cuma sorang dua je yang akan bawak luggage utk isi barang yang tak boleh hand carry nanti. So jimat cikit kan. Bukannye nak bawak banyak baju pun. Masa balik nanti baru la saya booking kan 25kg setiap 1 keluarga. Kami ada 4 keluarga, so maknenye total semua skali ada 100kg la. Kalau ada yang beli brg berlebihan nanti, pandai2 la bayar sendiri ek...hahaha.

So nak cerita lebih2 pun tak boleh sebab saya pun belum jejakkn kaki ke sana lagi. Bila dah jejak nanti boleh la saya ceritakan pengalaman saya nanti, ye dak....

Nanti next entry saya ceritakan dengan siapa saya booking driver dan transport, hotel mana kami duduk dll ye...insyallah kami akan bertolak pada 29Mei(07:00.a.m) - 02jun(16:35p.m). Doakan kami semua nanti selamat pergi dan balik ye. Amin....

***Kalau ada sesiapa nak suggest kan tempat2 yang menarik di Jakarta dan Bandung, share2 la ye.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan