Isnin, 6 Jun 2016

Ayam Sambal Hijau

Baru2 berpuasa ni memang excited nak masak macam-macam kan. Hujung2 nanti tau2 je sibuk ke bazaar...hahhaa. Disebabkan baru balik dari bandung, kat sna asyik makan sambal hijau ni je kan. So masa berbuka ni suami request nak makan sambal hijau. So cari punya cari, jumpa la resepi.



AYAM SAMBAL HIJAU

Bahan A:
4 keping ayam (basuh dan toskan)
4 tangkai serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
1 cawan minyak masak
1 sudu serbuk kunyit
Garam


Bahan B (dikisar):
5 biji cili hijau
20 biji cili api hijau (saya guna 6 biji)
10 biji bawang merah ( saya guna 4 biji)
3 ulas bawang putih
2 inci halia


Cara Membuatnya:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan ayam, bawang besar dan garam.
4. Tuangkan jus limau dan padamkan api.
5. Siap.


Gambar versi tak ada flash

Gambar versi flash.
Kalau nak berkuah, tambah air lebih sikit la ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan