Jumaat, 3 Jun 2016

Indonesia (part 2)

Pukul 8.30 pagi kami sampai di airport Jakarta, masa di indonesia lewat 1 jam dari Malaysia ye. So maknanya waktu sekarang di malaysia pukul 9.30 pagi. Turun je dari kapal terbang, anda akan di sambut oleh bus air asia, so anda semua kena naik bus tu untuk sampai ke dalam untuk amik luggage semua. Kepada yang nak ke toilet, jangan risau, lepas je bus tu drop anda kat pintu masuk, kat area dalam belah tepi tu dah ada toilet dah. So tak perlu risau. Settle semua ke toilet, kami pun berjalan la menuju ke imegresen sana. Imegresen Jakarta sombong2 sikit. Muka tak nak senyum langsung. Masa kami dah beratur tuk check pasport, xtau la guard ke ape suruh ayah saya beratur kat line sebelah, ayah saya beratur la. Tetiba datang pekerja imegresen yang asalnya duduk di kaunter tu bangun, dia cakap 'Pak beraturnya di barisan mana'. Pastu ayah saya cakap la yang dia disuruh beratur kat situ oleh orang tadi tu. Sambil tunjuk orang tua tadi. Pastu orang imegresen tu marah2 orang tua tu. Kesian pula tengoknya.

Keluar je dari airport, saya tertanya2 jugak macamana nak tau orang yang nak jemput kami tu. Sebab lupa nak bagi no fon or mintak no fon orang tu dari pihak travel. Tapi elok je kami keluar dari pintu, ternampak ada orang pegang kertas atas nama saya....hahaha. Terasa kelakar pulak dah, sebelum ni tengok dalam tv je orang buat macam tu, tetibe kena kat diri sendiri. Masing2 tergelak masa keluar dari pintu tu. Giler betul diorang ni, benda tu pun nk gelak....hahahha. Selepas driver tu mempekenalkan diri dia, kami pun dibawa ke van. Cantik sangat van dia, besar, luas. Memang berbaloi. Lepas letak semua beg, kata bapak tu kami akan terus dibawa ke Bandung. Perjalanan ke bandung akan mengambil masa lebih kurang 3jam kalau tak 'macet' kata Pak Dady tu.

Airport Jakarta


Masing2 masa ni tak habis2 lagi gelakkan saya. Tak tahu la apa yang kelakarnya


Dalam van ada yang dah mula tidur. Saya amik kesempatan ni untuk melihat sekeliling sebelum mata betul2 mengantuk. Jalan raya kat sini macam di malaysia jugak. Ada highway, ada tol, sama je macam di malaysia. Cuma yang bezanya, jalan raya kat indonesia ni tak ada had laju, walaupun ada signboard tulis had laju 60km, 70km, diorang tetap jugak bawak lebih dari tu. Kata Pak Dady (driver kami), kat sana boleh je bawak ikut had laju masing2 dan tak kena saman. Kalau kena saman pun kata Pak Dady, dalam IDR100,000 je. Bersamaan lebih kurang RM30 duit malaysia la. Murah kan. Yang peliknya, kereta dan motor2 kat indonesia ni semua laju2, tapi sepanjang saya kat sana tak nampak lagi la ada kemalangan. Padahal kalau tengok, punya la laju diorang bawak kereta n motor.


Sama kan macam negara kita, ada tol, highway semua


Sebelum sampai ke bandung, kami meminta Pak Dady tu bawak kami makan dulu. Sebab masing2 dah lapar tak makan dari semalam. So kami dibawa oleh Pak Dady makan di kedai masakan padang. Pada yang tak tahu, kalau anda masuk di kedai makan masakan padang, jangan la sentuh semua makanan yang ada tu ye. Sentuh yang mana anda rasa anda nak makan je. Sebab kalau anda sentuh semua, anda akan bayar semua hrga makanan yang ada tu. Pada mulanya saya pun tak tahu, tapi nasib baik Pak Dady masuk dan bagitau pada kami semua. So dah tau macamtu, awal2 lagi kami dah asing2 kan makanan mana yang kami tak akan makan. So senang sikit kan, Harga makan kat sana boleh tahan jugak mahal, sama je macam di malaysia. Tak jauh beza. Kami makan untuk 10 orang kena 450ribu rupiah. Bersamaan RM135.++ la. Padahal lauknye ayam, telur dan lauk ape ntah yang berkuah sikit je. Yang lain2 semua kami tak makan.

Antara masakan padang

Lauknya banyak, tapi tak semua sesuai dengan selera kita

Makan tak ingat dunia, lapar sangat punya pasal


Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Naik kematu punggung duduk lama2 dalam van tu hahaha. Sekejap berdiri, sekejap duduk, selamat la van tu besar. Apa yang saya tengok, di bandung ni keadaan nye lagi sesak berbanding Jakarta. Keadaan sekeliling pun agak sedikit kotor. Bnyak rumah2 setinggan dan orang menjual makanan dari kereta ke kereta. Macam yang selalu kita tengok dalam sinetron indonesia tu la. Patut la dalam sinetron indonesia kalo kita perasan diorang jarang berlakon kat jalan raya kan. Selalu tengok diorg tak habis2 pusing2 bawak kereta kat kawasan taman ke apa...hahaha. Rupe nya sebab tak nak tempuh jammed kat luar ni.

Peniaga di indonesia berniaga dengan cara macamni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan