Ahad, 5 Jun 2016

Indonesia (part 4)

So hari kedua kami di bandung, arini Pak Dady nak bawa kami ke Kawah Putih. Memang excited nak pergi, sebab ramai yang cakap tempat tu cantik dan sejuk. Perjalanan nak ke kawah putih agak jauh jugak la. Sempat jugak la kami tertidur dalam van tu....hahahaha. Kawah putih ni terletak di kawasan pergunungan. Kiri kanan jalan penuh dengan tanam-tanaman penduduk kampung. Yang paling banyak dah tentu lah padi bukit. Sejuk je mata tengok kawasan ni. Tenang je rasa hati. Tapi laluan nak ke tempat ni agak sempit. Risau pulak bila van kami ni berselisih dengan kenderaan lain.


Pemandangan sepanjang laluan ke kawah putih

Kawasan pekan kawah putih


So sebelum betul2 sampai ke kawah putih, Pak Dady suruh kami beli tiket dulu. Sementara ayah saya beli tiket, datang la penjual2 ke van kami. Jangan cakap la, pantang tunjuk muka laju je la diorg tunjuk2 barang niaga diorg. Dah cakap tak nak pun still tunggu n merayu lagi. Kalau yang tak kuat iman tu, conform dah tergoda bila tengok barang2 jualan diorang....hahhaha. Lebih2 lelaki la, sebab turun je dari van, datang peniaga jual jaket2 kulit. Mula2 yang turun ayah la. Harga asal dia letak 300ribu rupiah. Memang mahal kalo di convert kan ke dalam matawang kita. So tawar punya tawar dapat la 150ribu rupiah. Bila yang lain dah dengar harga tu, masing2 yang lelaki ni turun la nak beli jugak....hahhahaha. Masing2 rembat amik sorang satu. Bayang kan lah dari harga 300ribu boleh dapat 150ribu. Memang betul2 murah.


Last2 semua sekali turun nak beli jaket

Jaket dari IDR300 ribu boleh dapat IDR150 ribu

Ni masa nak balik singgah solat, sambung balik beli jaket sebab tak cukup satu....hahaha


Settle membeli kami terus naik ke atas. Kami tak naik pengangkutan yang ada disitu, sebab jumlah bilangan kami ramai, so Pak Dady suggest kan untuk kami naik atas sekali ngan van kami tu. So jimat sikit. Naik je atas dah mula nampak berkabus. Memang sejuk sangat kat atas tu. Pelikkan, kawasan gunung berapi, tapi sejuk. Sebeleum nak turun ke kawasan tu, kami di suruh membeli mask yang ada dijual disitu. Kata orang kat situ bau belerang kat bawah kuat, so kena pakai penutup hidung. Tapi kalau ikut kan macam tak payah je. Sebab masa kat bawah tu ada je yang tak pakai, tengok ok je. Saya pun ada jugak bukak mask masa di bawah, rasa macam biasa je. So pada sesiapa yang bercadang nak ke tempat ni, elok la bawak mask siap2 dari rumah. Nak beli kat sana pun boleh, xde lah mahal sangat. Dalam rm1.50 je satu diorang jual.


Kat bawah ni pun nanti akan ada juga orang yang offer diri untuk amikkan gambar kita ye. So kalau tak nak, tak payah la layan. Sebab semuanya berbayar ye. Walaupun diorang cakap diorang nak tolong amikkan gambar kita guna kamera/handphone kita, tapi nanti diorang akan mintak jugak upah walaupun sikit.


Pintu masuk ke kawah putih




Bergambar dulu...hihihi




Bergambar dengan supir kami, Pak Dady







Kat belakang ni ada orang oku main alat music. Dia yang suruh amik gambar ramai2 ni, pastu suruh tunjuk kat Perak katanye...hahaha.







Pemandangan dari atas

Lepas dah puas pusing2 kawasan dan bergambar. Kami pun nak berjalan ke tempat lain. Ikutkan kami nak solat dulu di situ, tapi Pak Dady cakap nanti dia akan bawakkan kami ke tempat solat di bawah. So kami ikutkan je. Di Indonesia jangan risau ye, saya perhatikan memang banyak surau di sepanjang jalan. So tak ada masalah untuk kita nak solat. Cuma time solat disana cepat sikit la berbanding di malaysia. Zohor pun pukul 12 lebih dah masuk waktu dah. So kami turun ke bawah tempat kami beli tiket tadi, sebab disana ada surau. Tapi surau nye bercampur antara lelaki dan perempuan. Memang tak ada kain ke or ape2 tuk asingkan antara jemaah perempuan dan lelaki....hihihi

Surau yang ada di kawasan kawah putih

Gerai2 yang ada disitu



Diorang teringin pulak makan benda ni. Cilok Dalpo, rasanye macam fish ball tapi siap ada sos ape ntah. Diorang cakap sedap. Saya tak makan pun. IDR2000 satu plastik. Dalam 1 plastik ada dlm 10  biji.


Selesai solat, Pak Dady bawa kami makan tengahari di Restoran Sunda, Saung Gawir namanya. Disini barulah kami dapat merasa makan macam di malaysia. Ada nasi goreng kampung, nasi guling(nasi pattaya) cuma nama je la berbeza. Kalau tak, asyik makan nasi ayam penyek je la. Dah tak lalu tekak nak menelannya. Pemandangan kat restoran ni pun cantik, sejuk dan tenang je. Tempat makan pun cantik. Disediakan pondok2 di tepi2 bukit tuk pengunjung makan. Best sangat. Harga boleh tahan la. Lebih kurang jugak macam di malaysia. Nasi guling dalam IDR26,000 (lebih kurang dalam Rm7.00).




Kusyuk memilih. Maklumlah lapar sangat dah.

Tenang je suasana kat sini

Yang penting bergambar dulu....hihihihi

Nasi guling. Kalau di malaysia di panggil nasi goreng pattaya

Nasi sambal hijau. Pilihan En suami. Kata suami, sedap smbal hijau nya

Cantikkan



Lepas makan kami bergerak ke destinasi seterusnya. Pak Dady nak bawa kami ke tempat shopping. Dah lupa dah ape nama tempatnya. On the way nak ke sana, ujan lebat pula dan ada kawasan disana banjir. So nak xnak Pak Dady redah jugak la. Sebab itu je la satu2 nye jalan nak keluar ke bandar balik. Kata Pak Dady, kawasan ni memang selalu banjir. Dalam setahun ada la dalam 2 kali. Banjir bukan sikit2, kata Pak Dady, paling rendah pun air sampai paras atap. Mujur lah masa kami lalu tu air tak naik tinggi lagi. Kalau tak, tak terkandas kami kat kawasan tu.


Banjir masa otw nak balik

Dah tinggi dah air dia masa kami lalu


Dalam beberapa jam perjalanan, samapi la kami di tempat shopping tu. Mak aiiii...punyalah banyak barang kat situ. Dah rambang dah mata kami semua. Tempat pertama yang kami tuju dah tentu lah baju. bju kat sini memang murah2. Tshirt labuh dan blouse Rm15 je. Cantik2 pulak tu. Kalau di malaysia dah tentu harga berpuluh2 ringgit. So rembat jugak la 3,4 helai. Pastu pergi pulak ke tempat jual handbag2. Memang murah. Set 3in1 pun baru rm60/70 je. Tapi nak buat mcmane, handbag2 yang ada kat situ semua jenis besar2, risau pulak rosak beg tu nanti kalo letak dalam luggage. So terpakse lupakan hasrat nak beli handbag. Kasut2 sarung pun boleh dapat dalam harga rm18 je. Memang pendek kata semua murah2. Kalau nak datang sini, pastikan luggage tu biar kosong ye. Senang nak isi barang2 nanti....hahahaha. Percayalah daripada orang yang bukan kaki shopping, sampai sini memang akan terus jadi kaki shopping punye...hahaha

Tak boleh kawal nafsu membeli kat sini

Perghhh handbag lawa2, murah2 pulak tu

Kasut ni RM18 je

Kasut ni pulak boleh dapat dengan harga RM30

Kasut ni RM70 ke atas. Ikut jenis dan design. Kasut pilihan En. suami.
Kasut Dr Martin pun boleh dapat dalam harga Rm90

Selesai membeli, duit pun dah surut n badan pun dah penat, kami pun ajak Pak Dady balik. So malam ni macam biase kami hanya duduk di hotel je. So Pak Dady tak payah la datang amik kami.


bersambung....

Indonesia (part 1)
Indonesia (part 2)
Indonesia (part 3)
Indonesia (part 5)
Indonesia (part 6)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan