Isnin, 6 Jun 2016

Indonesia (part 6)

Selamat berpuasa semua...hari ni 1st day kita berpuasa. So masak apa hari ni. Jap lagi saya nak share resepi pulak. Tapi biar la entry pasal Indonesia ni habis dulu ek...

So hari keempat kami di bandung, hari ni ari last kami disini. Hari ni kami akan bergerak ke Jakarta sebelum balik ke Kuala Lumpur. Sebelum ke Jakarta, kami minta Pak Dady singgah sekejap ke Pasar Baru. Ada lagi barang yang kami nak beli...hihihi.

Hari last shopping, memang rambang mata. Ikutkan semua kami nak beli. Tapi target saya arini nak cari baju melayu siap yang boleh di pakai untuk Hari Raya nanti. Tapi malangnya tak jumpa. Mungkin ada dijual di kedai lain, tapi saya tak sempat nak explore semua kedai ynag ada. Macam biasa, lain yang di cari, lain yang di beli...hihihi.

Hari last ni saya sempat beli baju blouse dari kain batik. Cantik design dia. Rm15 je. Lepas tu saya belikan kurta untuk suami. Kata nya nak pakai raya nanti. Pun murah jugak dalam harga Rm15. Kalau kat malaysia dah tak dapat dah harga tu kan. Lepas settle cari key chain, fridge magnet, t-shirt i love bandung dan baju, kami pun bergerak keluar. Sementara nak tunggu yang lain habis membeli, saya jalan2 dulu di luar kawasan pasar baru tu. Ternampak pula orang jual mainan budak2. So saya belikan la jugak mainan tu untuk ariel. Sebab kesian tak ada beli kan dia pape pun selain dari tshirt je kat sini. Happy je la budak tonet tu....hihhi


Otw nak ke Jakarta jalan sesak dan banyak yang ditutup.
Rupanya Presiden diorang datang buat lawatan.
Jokowi ke ape ntah name dia...hihihii




Selesai semua, kami bergerak menuju ke van. So Pak Dady meneruskan perjalan seperti biase. Dalam van kami tidur je la sampai la tiba di Jakarta. Sampai di Jakarta, kami makan di restoran masakan padang lagi. Aduiii...nak tak nak telan je la. Perut dah lapar sangat kan. Di Jakarta kami menginap di Hotel 55 di Mangga Dua. Hotel 55 ok lah cantik hiasan dalam bilik dia. Tapi nk ke tempat2 shopping tu agak jauh jugak la. Boleh berjalan kaki, tapi amik masa jugak la nak sampai. Meleleh jugak la peluh jantan kalau jalan kaki. Kebetulan masa hari kami menginap tu (rabu), Pak Dady bagitau malam tu akan ada pasar kat area depan hotel ni. Kira macam pasar malam jugak la. Tapi pasar ni bukak sampai la ke pukul 4 pagi esok. So memang bernasib baik la. Tak payah la kami nak berjalan jauh untuk cuci mata. Tapi sebelum pergi ke pasar malam tu, kami ajak Pak Dady pergi ke shopping mall mangga dua dulu tuk belikan makanan malam ni. Dah tak ada apa yang menarik tuk di makan malam tu. So kami decided tuk beli kfc je la.


Hotel 55

Toilet dia...transparent kot.
Tapi bilik kami je mcmni, bilik yang lain2 elok je berpintu kayu.

Ada tv yang ada banyak channel



Decoration dalam hotel.
Area tempat makan ni, kat area lobi

Kami berkelah makan di bilik ayah. Dah beli baru teringat yang kami tak ada pinggan nak makan. So masing2 balik bilik n amik cawan n piring kecik yang memang dah sedia ada dalam bilik hotel tu tuk jadikan pinggan makan. Nasib baik la ada. Habis makan kami pun mulakan aktiviti malam tu dengan melawata kawasan pasar tu...hahhaa. Mak aiii, jangan tanya pasal harga. Memang jauh lebih murah dari negara kita. Seluar jeans yang ada getah kat kaki tu pun boleh dapat Rm12. Baju tidur pyjamas budak Rm6 je. Kalau kat negara kita baju pyjamas tu Rm20 ke atas kan. Kat Jakarta tersangat la murah. Baju2 blouse labuh dari kain jeans pun murah. Dah saya bernasib baik kat pasar ni ada dijual baju melayu siap untuk budak2 dan orang dewasa. Cuba teka berapa sepasang.....??? Harga dia Rm25 je sepasang tau. Siap pakej dapat songkok lagi. So saya pun beli la tuk ariel pakai masa raya nanti. Nak carikan husband punya, tapi malangya size untuk dia dah xde stock. So dia beli jel a kurta yang sama color dengan baju ariel. Tak apa lah fesyen lain sikit raya kali ni ek...hihihi.



Pasar malam....hihhihi
Depan hotel 55 Mangga Dua je.
Tak pasti ada hari apa, tapi yang pasti masa kitaorang checkin (Rabu) kat situ, memang pasar ni ada.

Barang2 kat sini, serius memang murah2.

Tengok apa yang tergantung tu...hahaha.
Selamber je jual gantung2 mcmtu kan :-)


Kaki pun dah penat, barang pun dah banyak, so kami pun balik la ke hotel. Masuk je bilik dah mula susah hati. Mana tak nye, boleh pulah lupa yang beg kami semuanye dah penuh. Macamana la boleh terlupa. Puas dah kemas balik n susun semula baju2 yang ada. Still tak muat jugak lagi. So nak tak nak memang kena ada beg lain la untuk simpan baju2 yang saya beli tadi. Harap2 berat luggage kami tak melebihi. Amin.....
..................................................................................................................................................................

Keesokannya hari nya boleh pulak terlewat bangun pagi. Nasib baik la flight kami pukul 6.35 petang. So tak ada la rushing sangat. Kami keluar dari hotel dalam pukul 11 lebih. Dan Pak Dady terus hantar kami ke airport. Bukan tak nak berjalan2 dulu. Tapi kami risau kot2 jalan jammed, dah tak sempat nak sampai ke airport nanti. So lebih baik kami sampai awal. Kat airport nanti bleh jugak nak tido or berehat ke ape kan.


Sampai di airport dalam pukul 12 lebih. Pak Dady hantar kami dan dia terus balik. Sebelum dia balik tu, ayah bagi dia duit sikit. Menangis dia. Yelah dari cerita yang dia ceritakan pada kami, dia orang susah. Upah yang dia dapat untuk bawak kami selama 5 hari ni puntak sampai RM200. Patut lah kami nampak semalam dia tak tidur kat hotel, dia tidur dalam van dia je. Kata ayah, dia simpan duit hotel tu tuk belanja anak2 dia nanti. Dengan duit tu la dia nak beli barang dapur, belanja anak2 dia semua. Kesian kan. Kalau saya tau dari awal, memang saya gunakan khidmat dia terus je tuk bawa kami jalan2 kat bandung ni. Tak payah la kami guna agency. Tak pe, manetau lepas ni ada rezeki nak datang lagi, boleh la direct dengan Pak Dady je. Dia pun boleh uruskan tempat tinggal dan transport.


Di Jakarta, awal2 di pintu masuk je dah kena scan beg dan badan semua. Tapi jangan risau, makan dan minuman still lagi boleh bawak masuk kat area situ. Yang tak boleh nanti masa dah sampai di tingkat atas, dekat2 dengan tempat boarding tu. Masa tu minuman semua dah tak boleh bawak. Makan yang dah siap berplastic still lepas lagi. Tapi kat area menunggu atas tu, tak ada kedai2 ye macam di KLIA2. So kalau nak minum ke apa memang la susah. Kalau ada sape2 yang bawa anak kecik, siap2 la bawak air dalam botol susu. Sebab botol susu diorang bagi lepas. Di airport Jakarta jugak xde tulis masa kita nak boarding tau kat area dalam tu. Kita kena alert n pasang telinga je la bila diorang buat pengumuman samada kita dah boleh chekcin ke belum. Susah jugak. Kami aritu pun siap tanya banyak2 kali samada dah boleh checkin ke belum. Risau kalau tertinggal flight.


Harus bergambar dulu sebelum balik

Bahagian checkin. Kami duduk kat sini sampai la masa nak checkin.
Kalau nak keluar beli makanan ke ape, pasti kan bawak boarding pass.
Sebab nak masuk dalam ni balik nanti diorang akan cek balik.

Tingkat atas bahagian berlepas.
Ada toilet dan surau je kat hujung tu

Tak ada ape2 kat sini, kedai2 jual makanan & minuman pun tak ada

Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Terasa cepat pulak kali ni kami samapi ke KL. Saya langsung tak sempat nak tidur...hahhaa. Tau2 je pilot bagitau sampai masa nak landing je. Alhamdulillah..kami sampai di malaysia lebih kurang pukul 9.30 malam. Sekesai semua, kami singgah makan dulu sebelum masing2 balik ke rumah masing2. Kami balik ke Johor, manakala ayah dan adik beradik yang lain balik ke Ipoh. Raya nanti insyaallah kita jumpa ye. Oh ye...sebelum terlupa, masa kami balik ni, tak ada dikenakan sebarang tax pun. Tak tau la samada dah memang tak ada or diorg lupa nak mintak....hahahhaa. Masa nak datang pun dah tak payah nak isi declaration form or form pape.


Klik sini jika anda belum baca:

Indonesia (part 1)
Indonesia (part 2)
Indonesia (part 3)
Indonesia (part 4)
Indonesia (part 5)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan