Selasa, 14 Januari 2014

~Tanah Suci Mekah~

Semangat nak menunaikan umrah berkobar-kobar. Harap-harap tahun ini ada rezki aku dan keluarga menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. Amin.

Family mertua ada ajak pergi ke sana bulan Januari, tapi husband pulak xdapat cuti. Lagipun family mertua beritahu last minute. Kami xprepair apa-apa lagi. Family mertua akan pergi hujung bulan january ni bersama saudara mara husband yang lain. Semua family husband aku yang tanggung. Syukur alhamdulillah aku dapat family mertua yang baik, serta pemurah. Walaupun aku ni bukan anak kandung dia, tiap kali aku balik ke sana mak atau ayah mertua aku pasti akan hulurkan duit untuk perbelanjaan harian aku :-)




Berbalik kepada berita tadi, dengan family mertua aku xdapat nak ikut, harap-harap ngan ibu dan ayah aku nanti dapat lah. Ibu denga ayah aku insyaallah akan menunaikan umrah pada bulan april nanti. Setelah discuss dengan husband, dia pun dah cakap dengan majikan dia mengenai cuti, kami amik keputusan untuk ikut family aku plak. Harap-harap cuti husband aku untuk menunaikan umrah diluluskan. Amin.

Kami tak pergi ramai pun, Insyaalllah kalau panjang umur & murah rezki kami akan pergi berEnam (ibu,ayah,adik lelaki,aku,suami dan anak aku Ariel yang berumur 2tahun lebih) ni. Harap-harap Allah permudahkan segalanya.

Setelah berbincang2 mengenai pakej dan juga harga semua, kami telah mengambil keputusan untuk mengambil pakej dengan Andalusia. So semua nye ibu dan ayah aku yang akan uruskan. Aku juz sediakan ape yang pihak travel nak nanti. Maklumlah kami ni jauh di Johor, ibu aku di Ipoh. Kalau nak balik selalu memang payah.

Harap-harap impian dan hajat aku utuk menunaikan umrah bersama family tahun ni tercapai dan dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin......


Ahad, 29 Disember 2013

~Universal Studio Singapore~

Malam sebelum nak g tu memang xlena tido dibuatnye...eksited sungguh nak g sana. Tapi kena lelapkan mata jugak sebab esok dah kena bangun pagi-pagi. Aku g ke Uss dengan Rajawali Travel & Tours. Xsilap aku, aku berurusan dengan cik wanie....

Sehari sblm nak g tu pihak travel ada mesej aku bgtau details pasal esok. Tempat untuk kami semua berkumpul. So kami semua dikehendaki berkumpul di Tune Hotel,Danga Bay, Johor Bahru. Kena ada kat sana sblm pukul 7.30 pg. So aku eksited sampi sana pukul 7.00pagi.

Kata orang biar kita yang menunggung xpe drpd orang yang menunggu kita kan...hahaha
So lama jugak la nak tunggu pihak travel ni sampi...tunggu punya tunggu sampai la cik wani ni. Dia dtg kat aku n serahkan tiket masuk ke Uss. Dan beberapa minit lepas tu van yang akan membawa kami ke Uss pun sampai. Sebelum bgerak kami diberi penerangan semasa berada di imegresen nanti, tempat berkumpul masa nak balik nanti dll..

So gerak ke Uss mmg awal...tp disebabkan jammed di jambatan menuju ke woodlands,perjalanan yang mgkin mengambil masa 1 jam dah jadi 3jam...sampi du Uss lbih kurang pukul 10pagi. Sampai2 je di resort world tgk2 pintu pagar Uss belum buka lagi. So aku  dan suami apa lagi,berposing dulu la di globe yang menjadi mercu tanda Uss tu....dah puas bergambar kami beratur untuk masuk ke Uss..

Kalo xberatur nanti lagi lambat la kami masuk cuz ari khamis pun ramai orang. Sampi je turn ktorg utk masuk aku terus amik map...tempat yang mula2 kami pergi adalah Madagaskar...tp syg ariel xdpt masuk sbb ketinggian xmencukupi...


Bergambar diluar je la


Tempat yang ekstrem2 mmg ariel xlpas nak masuk. Tp jgn risau, banyak jugak mainan utk kanak2 bawah umur 2 tahun ni. Sebelum nak masuk ke satu2 tempat akan ada satu tempat untuk ukur ketinggian kanak-kanak. Kalo ketinggian melebihi tanda yang ada tu so lepas la. Disebabkan aku tak bawak stroller ariel, so aku bergilir2 la ngn husband dukung dia. Sebab dia dah xlarat nak berjalan. 

Bagi yang xnak bawak stroller pun xpe sebab kat sana ada menyediakan perkhidmatan menyewa stroller di kaunter berdekatan ngan pintu masuk. Kalo xsalah aku Usd25 untuk satu stroller. Bagi yang bawak stroller plak xpyah risau cuz kat sna kalo kita nak masuk mane2 tempat dh mmg ada disediakan tempat utk letak stroller dan siap ada ltak nama lagi pada stroller tu. So xpyah risau kot2 takut hilang ke kn...

Sepanjang berada kat sana mmg best. Banyak tempat2 yang best untuk kita masuk.
Cth macam: 
-Underwaterworld.
-Shrek
-Mummy
-Pantages Hollywood Theater

Tapi bagi yang gayat or yang ada sakit jantung ke, baik jangan masuk ke Mummy la. Aku yang xde sakit jantung ni pun blh dapat sakit jantung. Memang btl2 gayat roller coaster dia walaupun indoor. Sampai dh rasa xblh nk bernafas dh. Memang btl2 gerun la aku cakap. Adik aku yang lelaki pun sampi pening2 & muntah2 la dbuatnye. Tapi yg paling aku suke pantages hollywood theater & underwaterworld. Best sgt2.

Toilet:
Dingatkan ye kalo nak g sana bawak air botol/botol ksong spare ye. Sbb di toilet Uss xde pili air ye kat dlm tu. So kalo yg ada bwk botol tu blh amik air siap2 dr luar sinki dan bawa masuk ke dlm...

Surau:
Bagi yang beragama islam pun jgn risau ye sbb di Uss ada sediakan surau yang berada di belakang Roller Coaster Human & bersebelahan dengan kota firaun yang menempatkan Mummy Ride.


Mempunyai tempat wuduk & ruangan terpisah antara lelaki & wanita

Makanan:
Makanan disana mmg byk yg halal, tapi kena hati2 la sebelum membeli. Aku makan makanan yang disediakan oleh pihak travel. Pihak travel ada siap bagi kupon dan amik makanan ditempat yang dh diberitahu. Tapi kalau ada lagi yang was2, bwk la bekal siap2 dr rumah ye n simpan elok2 dalam beg. Yelah nme je halal kan tapi kbyakankan yg masak aku tgk ramai bangsa asing. So sendiri faham je la. Makanan dari luar mmg xdibenarkan bawa ye, tapi diorg xde plk check ms nk msuk tu. So pandai2 la ye. Ms aku dlu siap bawak roti sosej byk2 dlm beg. Yelah bwk ank kecik ktekan. Tempat dia luas & besar so mmg akan sentiase dahaga dan lapar...hahaha. Tp xrsau sbb pili air byk disediakan di merata2 tempat. Cma sediakan botol je. Kalo semua nk beli kat sna parah la...bayangkn air botol je pun dh usd19. Kalo convert dlm RM dh brape...nk dkt RM30 tau...so kalo nk bli pape kat sna bli jela...kalo convert2 kang x merasa lngsung...hahaha. Pejam mata je byr....hihihi


Melaka Bandaraya Bersejarah

Yeay... sempena aniversary yang ke-3 aku ngan husband planing nak bercuti ke Melaka. So hsband dh siap2 apply cutiutk kesana...lps je adk perempuan aku kwin esknye kami bergerak ke melaka...

Hotel:
Hotel aku dh booking lame dh melalui Agoda.com... Mula2 rsau jgak nk booking melalui agoda sbb xpnh cb. Tkut kna tipu. So beranikan diri jugak tuk booked. Aku pki card credit ayh aku sbb kalo nk booking online kna ada card credit..kalo booking melalui fon atau email harga dia lain ye...so tgk kat agoda murah aku pn try la....(lps aku booked ni ada yg bgtau blh booking guna debit card if xde credit card)
Aku booked hotel Euro Rich Hotel...ms aku booked tu harga asal RM150 tapi dapat RM93 termasuk tax...oklh kn..included breakfast ye...byk pilihan menu makanan yg ada. Ada nasi goreng, nasi lemak, bihun goreng dan macam2 lagi la...hotel dia selesa, cantik, bersih dan bilik air dia pun bsar. Cuma siaran tv dia kurang jelas cikit la...tp xpe, sbb bknye nk tgk tv sgt pn kn...

Hotel ni pun ada sediakan parking kereta ye. Pihak hotel siap bagi kupon parking lagi sepanjang kita menginap di hotel mereka. Kalau yang parking jauh2 tu jgn risau sbb ada pkerja hotel tu yg akan ronda2 di sekitar kawasan parking tu. Cuma jgn lh ltk brg yg berharga dlm kereta ye. Malang kan xberbau....



Keadaan luar hotel


 Suasana dalam hotel nampak mewah





 Bilik untuk single bed



Menara Taming Sari:
Disebabkan ktorg checkin petang,ktorg terus lepak2 kat bilik je. Hilagkan penat dulu...hihihi
Malam tu baru ktorg keluar utk jalan2. 1st skali aku n husband decided nak naik menara taming sari. Naik mlm2 la br syok sbb blh nmpk cahaya lampu2 bandar melaka kan...
Harga utk menara taming sari: Dewasa = RM15 / Kanak2 (2thun ke ats) = RM10.
Ktorg juz kna byr RM30 je sbb ariel msih lg dibawah umur 2 tahun. Siap dpt goodies bag lg ms nk beli tiket tu ye...pihak taming sari juga ada sediakan photografer utk amik pic. Tangkap je la, nk beli ke x terpulang.


RM15 - Dewasa
RM10 - Kanak-kanak







Beca:
Ni yang paling aku suke...dh lama teringin nk naik beca...bgtau kat hsband n dia terus bg...hihihi
Ada dua harga untuk naik beca ni...

RM25 untuk pusingan yang dekat

RM35 untuk pusingan yang jauh

So hsband aku amik yang pusingan jauhnye...actually xla jauh mane sgt pun tapi blh la. Setiap tempat yang dibawa dia akn bhti dalam 5/10 minit untuk bergambar. Tp memandang kan time ktorg g tu lampu2 ala kadar je, so pic kbyakannye kabur...





River Cruise:
Ni pun part yg aku suke...anak aku ariel melompat2 suke bl tgk air sungai tu...mmg kena dukung je la dia sbb kalo xdukung nanti mau dia terus terjun dalam air tu. Bahaya sungguh...
So harga utk naik cruise ni RM10 untuk dewasa. Ariel macam biase free je...seronok naik cruise ni. Sepanjang perjalanan boleh tgk rumah2 kampung yang cantik2 dengan hiasan lampu2...rumah nye unik n kemas. Sronokkn kalau ada rumah tepi sungai ni. Nyaman je rs...tenang ati. Aku suggest kn naik waktu malam sebab boleh nampak cahaya2 lampu yang ada di sepanjang sungai ni...







Banyak lagi tempat yang aku g, tapi xlarat nak cete kan semua. Aku masuk ke kapal besar tu, taman buaya,macam2 lagi tempat la. Dah penat berjalan, sebelum zohor kami bergerak balik ke Jb...dduk la di Jb balik setelah 3 bulan menetap di Ipoh...hihihi

P/S:
Kapal besar = RM3.00 dewasa
Taman Buaya = RM15 dewasa







Sabtu, 12 Oktober 2013

~Ayah~

Kali ni special sikit...hihihi. Cuz aku nk bercerita sikit pasal ayah aku. Boleh tak kalau aku nk gelarkan ayah aku ''SERBA BOLEH''. Xpelah aku hbskn menulis dulu, kalau korang2 semua dh baca, korang fikir la samada ayah aku ni layak mendapat gelaran tersebut atau x....hahaha

Ayah aku ni kalau orang tak kenal dia mesti akan cakap garang. Sebab tgk dari misai dan raut wajah tu mmg la org akan cakap mcmtu kn...hahaha. Tapi sebenarnya ayah aku ni dalam hati dia ada taman... :-)

So aku nak cerita kan lah serba sedikit tentang ayah aku. Ayah aku ni seorang ahli bomba. Berpangkat ape aku sendiri pun xtau la sbb ssh nk ingat pangkat2 dlm jawatan kerajaan ni..hihihi. Kenapa aku cakap ayah aku ni serba boleh,sebab blh dikatakan ayah aku ni semua bnda dia blh buat. Kalah aku yang perempuan ni.
So jom kita tgk ape yg aku mksudkn ngn serba boleh tu ek...

1. Memasak
Ayah aku mmg pandai memasak. Cakap la msakan ape smua dia blh buat. Kalau wedding sedara mara or kenduri ke, ayah aku la org yg diorg cari utk jadi tukang masak.

2. Berkebun
Ayah aku ni minat berkebun. Kat rumah aku tu kalau ada byk2 pokok bunga tu ayah aku la yg tanam. Tanam la apepun jenis pokok bunga or sayuran, msti tumbuh elok je. Sbb ada yg ckp kalo tgn kita ni panas, kalo tanam ape pun tumbuhan tu xkn tumbuh kn. Mcm tgn aku la...hahaha...tanam la pape pun xde tumbuh2. Tp ayah aku x, tanam la pokok bunga ke, sayur2 ke, buah2an ke, smuanye elok je subur. Alhamdulillah.

3. Menukang/Bertukang
Salah satu kelebihan ayah aku adalah menukang. Untuk pengetahuan, dulu2 ayah aku amik upah buat rumah orang. Rumah yg aku dduk dr kecil sampai besar tu pun dari hasil kerja tangan ayah aku. Alhamdllah kukuh lg rumah tu smpi skrg...hihihi. Ayah aku juga pandai membuat keris...kat rumah aku ada byk koleksi keris hasil kerja tangan ayah aku. Ada juga keris2 tu yg dia jual pada kawan2 dan ada juga yg dia simpan sebagai koleksi.

4. Imam
Ayah aku juga merupakan seorang imam di surau/masjid kawasan tempat tinggal aku. Kalau kami tak ke surau, kami akan berjemaah dirumah je. Tak kiralah solat 5 waktu ataupun solat terawih.

5. Menyembelih
Bl tiba Raya Haji ayah aku la org yg paling sibuk dan akan menjadi rebutan..hahha... Sana sini org akan cari ayah aku untuk menyembelih lembu utk dibuat korban. Kalau ada 12 ekor lembu, 12 bilah parang la yg ayah aku akn bawak. Katenye, xelok sembelih lembu/ binatang ni guna parang yang sama. Adik lelaki akulh org penting yg akan memegang kesemua parang2 ayah aku tu. Bkn semua org blh menyembelih ye tuan2 & puan2....hihihi

6. Kraftangan
Ayah aku pandai buat kraftangan. Cth mcm hantaran perkahwinan. Bg la brg pape pun kat dia, ada je idea yg dia blh buat dgn barang tersebut. Pelamin pun ayah aku tau hias. Masa kakak aku kawin dulu pun ayah aku yg buatkan plaminye.

7. Mengaji
Ayah aku pandai mengaji. Tak kira masa, ayah aku msti akan mengaji. Walaupun masa drive keta mulut ayah aku sentiasa basah dengan ayat2 Al-Quran. Mungkin ada jgk yg ramai yg tau mengaji, tp ini salah satu kelebihan ayh aku.

8. Ceramah
Selain dari menerima undangan ceramah kebombaan di uitm, utp, uia dan sebagainya, ayah aku juga memberi ceramah di Institut Memandu City Ipoh. Ayah aku akan bg ceramah pd sesiapa yg bru nk amik lesen keta,lori,bus dll. Bkn smua org ada klebihan bckp ni. Salah ckp akan bt org yg ada didalam class ZZZzzzzZZ....

9. Bermain alat musik
Jgn xtau...imam rock katekan. Ayah aku pandai bermain alat musik. Alat musik yg aku pnh tgk ayah aku main adalah drum. Ayah aku juga merupakan bekas guru kompang.

10. Menyanyi
Kalah Aris Ariwatan kalo ayah aku dh start menyanyi...hahaha. Suare ayah aku mmg power. Lbh power lagi kalau lps dia ajar kawad kaki, mmg suare akan lantang giler. Adik bradik ayah aku mmg minat menyanyi. Baik lelaki maupun perempuan. Bkn nk tipu...tp knyataan, suara adik bradik ayah aku semuanye sedap2. Masa wedding aku dulu, diorg la yg menyanyi.

11. Jurulatih
Selain dari menjadi jurulatih kadet bomba, pelatih2 bomba, ayah aku juga merupaka jurulatih bola tampar.

12. Mengubati orang
Mungkin ini salah satu kelebihan yg ayah aku ada. Ayah aku blh mengubati org. Kalo dikawasan perumahan aku tu ada org yg histeria ke, sakit ke, ayah aku la yg diorg cari.

13. Menjahit
Ayah aku juga pandai mejahit. Kalo ktorg nk alter sluar ke,bj ke, dia lh yang ktorg cari. Bj raye ktorg dulu2 pun ayah jgk yg btkn. Save budget. Tp skrg ni kakak aku plk la yg amik alih menjahit bj2 ktorg ni. Tp kalo bab alter sluar mmg ktorg akn cri ayh jgk...sbb terbaik n kemas. Kdg2 ada jgk uniform/aksesori keje dia yg dia design & bt sendiri. Nak lain dr yg lain katenye.

Itulah serba sedikit pasal ayah aku. Tapi aku yakin, setiap orang ada kelebihan masing2 yang Allah berikan. Macam aku , aku bangga mempunyai ayah seperti ayah aku. Macamtu jugak dengan anda diluar sana kan. Walau sapa pun ayah kita, kita sebagai seorang anak tetap akan berbangga dengan diorg betul x...hihihi

Ahad, 8 September 2013

Bugis Street, Singapore

Sebelum nak ke bugis street singapore ni, aku dah survey banyak blog dan juga tanya pada member2 yang pernah pergi ke sana. Maklumlah aku g sana sendiri dengan menaiki bus. Aku terpaksa la bawak anak aku sekali sbb tarikh utk g bugis street tu hbsand aku kena keje la plk....so aku bawak la ariel sekali. Aku pergi dengan adik lelaki aku untuk dijadika kawan...hahaha

Sebab utama aku nak ke sana sebab aku nak cari souvenir sblm balik ke ipoh nanti. Kata orang di bugis street tu barang2 cenderahati murah sikit berbanding kalau beli di Universal Studio nanti. Itu sebab nye aku nak ke sana dulu. So nanti nak g ke Uss just jalan2 je.

Aku naik bus di Terminal larkin. So aku tanye pada kaunter dan diorg suruh tunggu di platform 29. So kalo nak ke Bugis Street kena naik bus CW2. Kalo naik bus CW1 dia akan bhnti di Kranji. Kalau rasa nak naik MRT boleh la naik bus CW1. Aku baik bus syarikat Causewaylink(color kuning) ada gmbr smile sebab senang dan bus nye banyak. Tp kalau dari termial larkin ni nk naik bus no berapa2 pun xpe sbb bus tu nanti akan bhenti di imegresen malaysia. Sebab di imegresen malaysia nanti baru kita akan naik bus ikut destinasi yang kita nk g. Janji bagitau n bayar ikutan bayaran tempat yag kita nak g nanti. Naik bus dari company yg sama juga ek. Dah check pasport di imegresen malaysia nanti, turun ke tempat menunggu bus dan cari bus CW2 (Queen Street). Tiket bus yg asl td jgn dibuang. Kalo buang/hilang kena byr balik tambang yg baru.


Bus syarikat Causeway Link. Rm2.50


Bg sesiapa yg br 1st time nk naik bus & takut keliru, better buat mcm aku dlu. Tunggu & naik bus yg sma jgk. Kalo dr Terminal Larkin tu naik bus CW2 so sampi la ke imegresen singapore nanti naik & cari la bus no CW2 jugak. Tapi  Kalo td CW2 kena tunggu la bus CW2 jugak. Di imegresen singapore kena isi white card. Kalo dh ada white card blh isi siap2 kat rumah & terus je ke kaunter utk check pasport. Kalo yang belum ada tu kena isi white card dulu ye sebelum ke kaunter. White card mmg ada disediakan ditepi2 sblm smpi ke kaunter. Dh selesai semua trun eskalator & tunggu di tempat menunggu bus yg disediakan. Kat sana tempat untuk menunggu bus dh siap2 tulis di atas lantai. Tgk & ikut je tulisan yg dh siap diorg tulis kat ats lantai tu. Kalo naik bus CW2 ikut je garisan tu.

Bus tu akn bhenti di Queen Street. Kalo mmg nk ke bugis street kna la bhnti ke Queen Street ni. So kalo dari bus stand ni, kalau nak ke bugis street senang je Dari bus stand tu pergi ke arah jalan besar n belok kanan. Pas tu jalan terus je. Akan ada 2 traffic light kalau xsalah aku. Terus je nanti akan smpi la ke bugis street. Xpayah nak belok mane2 sbb tmpat nye mmg straight je. Bugis Street tu di sebelah kiri. Xpayah risau sbb penjual kat sana kbyakan fasih berbahasa melayu. Mmg byk brg2 ada kat sna. Tshirt 3 helai=USD10, keychain 28pcs=USD10. Kebanyakannye brangan smua dia jual dgn hrga USD10.

Nak balik ke terminal larkin plk,boleh naik bus no berape2 pun asalkn dia bhnti di tempat yg sma anda naik tadi. Kalo naik dr terminal larkin, cri bus yg g ke Terminal Larkin. Kalo guna bus causeway link,cri bus causeway CW1/CW2. Boleh naik je mane2 bus sbb diorg akan bhnti di tempat yg sama....bayaran utk balik ke Johor USD2.40 je.

Isnin, 19 Ogos 2013

~ Skincare: MNS ~

Ntah mcmane aku boleh terjumpa produk ni. Seingat aku, aku ada add satu akaun fb ni sbb owner dia cun melecun. So teringin nak tau samada dia ni model ke, artis ke kan. So bila dah lama add aku ada ternampak owner ni update status pasal produk ni. Produk yang meggunakan nama dia sendiri iaitu Mozarina New Skin.

Mula2 tgk memang teruja tp disebabkan harga yang mahal bagi aku,so aku pendamkan je la...ari2 tgk owner ni update gambar testimoni2 yang dh alami perubahan. So makin ari makin membara plak ati aku nk dapatkan produk tu...hahaha.

So pujuk punye pujuk, husband aku pun bagi la aku beli produk tu..yeay....ske sgt. Ms brg dh smpi mmg aku teruja sgt nk try. Bkk je bugkusan trus je aku g cuci muke. Nmpk x ketidak sabaran aku tu...hihii

1st time pakai xde nampak pape lagi, masuk ari ke 3,4 dh nampak kulit muka megelupas. Tapi xbyk..agknye mmg kulit muke aku ni ssh nk mngelupas ke ape...aku pn xtau. Mengelupas ckit je kat tepi2 bibir n hidung. Tapi jangan risau sebab kalo mengelupas pun, krim whitening dia blh cover yang mgelupas tu. Tp masa mengelupas tu time nk pki toner mmg rasa pedih ckit la...tp skejap je. So jgn risau kalo takut muke jadi merah kena panas ke sbb mmg xde. Mengelupas tu pn xlme...dlm sminggu lbh je mengelupas, pastu dh xde.

Alhmdulillah selama pakai MNS ni kesan2 jerawat yg dulu2 masa zaman anak dara tu dh blh hilang. Lega rasanye. Bintik hitam kat hidung pun xde. Rasa seronok je bl pgang hidung sbb dh xde rasa tajam2 lagi dah. Bkn aku nk promote produk ni bagus...tp alhamdulillah produk ni mmg berkesan pd aku.

Mmg set ni nmpk kecil n mahal. Tp berbaloi bl dh pakai sbb tahan lama...set trial ni aku pakai boleh tahan sampi 3bln... Jimat x...hihihi.


Set Trial MNS:
1. Sabun
2. Toner
3. Cream renewing
4. Cream whitening


Nak keluar rumah pun dh xpyah nk pki foundation bagai....pakai bedak pun dh cukup. Tp aku kadang2 kalo nk cpt, bedak pun aku xpakai...main keluar mcmtu je.... :-)

Before & After using MNS

~ Bomba: Wira Negara ~


Aku menulis entry ini bukanlah sebab tak puas hati ngn jabatan ni or aku nak kerja bomba...dah xlayak dah pun nak kerja dengan jabatan tu. Dulu masa umur 19tahun pernah la cuba tapi xberjaya...sdih..tapi apakan daya dah tak ada rezki aku dalam jabatan tu kan. Masa sekolah dulu aktif la masuk kadet bomba ni. Merasa la jgk pki uniform bomba walupun sbg kadet je...hahaha. Dlu masa aku sekolah suke sangat nyanyi n dgr lagu kadet bomba...best sgt2...

So kita berbalik pada cerita asal aku tadi...aku nak bercerita sikit mengenai jabatan bomba ni. Aku bercerita bukanlah disebabkan aku anak kepada seorang anggota bomba, tapi aku bercerita bdasarkan ape yg aku lihat sekarang. Ayah aku dh berkhidmat dengan jabatan bomba dan pemyelamat dah hampir 34 tahun. Aku tgk jabatan ni semakin dilupakan. Yelah kalo kt tgk, kat tv sekarang ni pn mmg jrang ada cete mengenai jabatan bomba. Yang ada pun cerita mengenai polis, tentera je kan.

Bagi aku, bomba pun wira negara juga...seperti yang kita sendiri tahu, tugas bomba bukan setakat memadam kebakaran je. Dah macam-macam tugas yang anggota bomba buat. Banjir, tanah runtuh, kemalangan, orang cuba nak bunuh diri, tebuan, orang tersepit kat besi dll, bomba jugak yang dipanggil.  Bayangkan lah kalau kucing atas pokok pun bomba jugak yang di panggil. Kalau aku la...biar je la kucing tu turun sndiri kan. Pndai naik pndai la turun. Tapi di sebabkan itu salah satu tugas yang dah di amanahkan, anggota2 bomba ni buat jugak. Kalo kita tgk...besar jasa dan pengorbanan mereka ni.

Tp yg aku peliknye..bl dgr mengenai jabatan2 lain seperti tentera, polis mendapat kenaikan gaji atau elaun, tak ada pun aku dgr kenaikan gaji atau elaun yg sama untuk anggota penyelamat ini. Kenapa???? Adakah jabatan bomba dan penyelamat ini seakan dilupakan........

 Terlibat dalam menyelamatkan mangsa kemalangan


 Terlibat dalam menyelamatkan kes bunuh diri

 Terlibat dalam meyelamatka mangsa lemas


Menyelamatkan kanak2 yang tangannye tersepit