Sabtu, 14 September 2019

TRIP KE BATAM (PART 3)

AMARIS HOTEL(NAGOYA)

So sampai kat hotel, kami pesan pada pak supir, pukul 5 nanti ambil kami semula disini. Sebab petang nanti kami nak berjalan di New Ocarina pulak. Tengok dalam google tempat ni macam cantik untuk bergambar. So kami plan nak pergi petang nanti.


Nak masuk ke kawasan hotel

Ni la hotel kami, yang warna merah. Amaris Hotel.
Depan yang bertingkat-tingkat tu Nagoya Mall.


Sampai di hotel, aku pun ke kaunter. Pekerja minta pasport ape semua, pastu dia cakap bilik tak boleh masuk lagi, sebab belum habis kemas. So dia mintak kami tunggu dulu. Memandangkan mall depan hotel je, kami pun amik keputusan nak pergi berjalan-jalan ke mall dulu. So diaorang suruh kami tinggalkan beg pakaian kami dulu. So kami tinggalkan beg, dan dia bagi kami tag. Tak sampai berapa langkah je dah sampai pintu mall. Tapi ni pintu belakang mall la ye. Sederet hotel ni pun banyak spa-spa dan pusat karaoke ye. Spa-spa boleh la pergi, pusat karaoke, xpelah.

Mall nye sama je macam mall -mall yang ada di malaysia ni. Cuma kat sini kebanyakkan nye banyak yang jual handbag-handbag. Yang lain-lain sama je. Niat hati memang nak tengok-tengok je dulu. Tapi aku risau kot nanti dah tak cukup masa nak shopping or berjalan, memandangkan esok kami dah nak balik. So aku beli je dulu mana yang aku rasa patut beli. Handbag-handbag gred-gred banyak la harga murah-murah kat sini. Kebetulan pergi memang ada sale, memang rambang mata la nak pilih.

Souvenir pun ada juga jual kat sini. Aku sarankan kalau nak beli souvenir, beli je kat Nagoya Mall ni. Sebab nanti kat tempat lain dah susah dah korang nak jumpa orang jual souvenir. Kat sini ada satu kedai yang banyak jual souvenir. Aku memang borong beli situ je. Key chain, fridge magnet, beg2 semua beli kat sini. Tapi tu lah, aku ni ikut je cakap pak supir, katanye kat DC Mall nanti ada banyak jual key chain, fridge magnet, tshirt-tshirt ni, tapi hampeh. So aku sarankan, korang yang nak ke Batam, beli je souvenir yang ada kat dalam Nagoya Mall ni. Sebab kat tempat lain payah nak jumpa.

Rambang mata tengok banyak handbag


Dah puas jalan, rasa macam dah banyak sangat beli barang ni. Tangan pun dah penuh, so kitaorang amik keputusan nak balik hotel. Moga-moga dah boleh check in la. So sampai hotel, bilik memang dah ready, pihak hotel bagi kunci dan bgtau esok pagi ada breakfast untuk 2 orang dari pukul 7 pagi-10 pagi.

Bilik kami di tingkat 3. Memang mengadap ke Nagoya Mall. Kami 5 orang duduk satu bilik. Asalnye kami booked 2 bilik. Tapi masing-masing penakut, bilik ni nak 3 orang, bilik ni pun nak 3 orang. Last-last cancel 1 bilik. Amik satu bilik je senang. Semua duduk satu tempat, habis cerita. Bilik dia besar jugak untuk kami berlima. Katil pun besar, kalau kami berlima nak tidur atas katil pun muat. Cuma kene berhimpit la. Dalam bilik memang dah ada disediakan toiletries, tuala apa semua. Cuma iron je yang tak de. Tapi kami col je receptionist minta hantar kan iron. So kami siap-siap mandi, solat jamak ape semua dan rehat sementara nak tunggu pukul 5.

Bersambung ke......Part 4

TRIP KE BATAM (PART 2)

TEBING LANGIT

Bersambung kat sini pulak. So destinasi seterusnya kami mengajak pak supir ke Tebing Tinggi. Tau tempat ni pun dari facebook. Ada viral kat pages mane ntah tak ingat. So kami pergi ke sana. Kate pak supir tak jauh dari situ. Dalam 30/35 minit je dari welcome to batam tadi. Bayaran masuk ke sini dalam Rp5000 sorang ye. Ala tak sampai Rm3 duit malaysia. Murah la. Apa yang ada kat sana, nanti tengok je la gambar-gambar yang ada ye. Tempat ni berbukit sikit, so kalau nak ke atas tu, make sure pakai kasut yang sesuai. Tak payah nak berangan pakai heel ke ape ye. Pakai sport shoes je senang. Sebab tempat nye memang kat atas bukit. Lagi pun, nak bergambar pun, semuanye kene panjat-panjat. So memang tak sesuai nak pakai heel bagai. Untuk budak-budak agak tak sesuai la nak berganbar panjat-panjat tu, sebab bagi aku agak bahaya. Tapi kalau nak bergambar yang bawah-bawah tu tak de masalah.

Kat sini pun ada jurugambar yang akan amik gambar kita. Tapi macam biase lah bukannye free. Tapi dia ok, peramah. Siap cakap kalau nak dia tolong amikkan gambar pakai handphone kita sendiri, dia tak de charges. Free je. So kitaorang pun memang bagi je la handphone kat dia. Memang peramah dan friendly, tapi ada jugak dia amikkan gambar kitaorang guna kamera dia. Masa nak balik tu, dia mintak handphone, nak masukkan gambar-gambar tadi. Dia cakap, pilih je la gambar mana yang nak, satu gambar rm3. Yang mana tak nak, delete je. Memang tak la nak delete. So kitaorang pn tak tahu nak pilih gambar yang mana sebab banyak sangat. Last-last kitaorang pakat-pakat bagi je la duit kat dia seikhlas hati. Dia pun ok je. So kami bagi je la kat dia duit malaysia Rm35. Halal ye......

Pintu masuk konon nye

Panjat je bukit, nampak Rumah Hobbit ni dulu

Rumah burung, gigih tau nak panjat dengan angin kuatnye

Sarang burung lagi



Rumah Indian, nak pakai yang atas kepala tu, boleh sewa Rm3 je ye.
Pakai duit malaysia pun dia terima

Hot Air Balloon yang senget

Kemain lagi teacher-teacher semua

Ni la orang yang rajin mengambil gambar kami





Dah puas bergambar, tengok jam dah dekat pukul 1 lebih. Time orang solat jumaat rasanya ni. Di sebabkan pak supir ni bukan orang islam, kami mengajak pak supir makan dulu. Perut pun dah berkeroncong sebab dah lama sangat bergambar kat atas ni. Nak naik tadi bukan main seronok, nak turun, rasa nak pakai gelongsor je. Penat nye Ya Allah.


So pak supir pun bawak kami makan kat area sekupang kalau tak silap, tempat yang ala-ala food court. So banyak la pilihan makanan yang kami boleh makan. So kami tertarik untuk try makan nasi ayam geprek. Kata pak supir, dia lebih kurang macam ayam penyet jugak. Tapi yang ni siap ada level-level kepedasan dia. So kami semua amik tahap kepedasan level 3. Tapi level 3 pun pedas ya amat. Aku yang biasa makan pedas ni pun tak boleh tahan. Macamane lah kalau ada yang amik level 10 tu kan. Memang mengulang air la keje nye. Makan minum, makan, minum, last-last air habis. Mintak tambah air kosong sebab dah tak tahan. Harga makanan boleh la. Nasi dengan air tak sampai Rm10. Dalam Rp30,000.
Ni kedai yang kami makan

Menu yang ada

Nasi Geprek Rp25,000 (level 3)
Lepas dah settle semua, kami amik keputusan untuk terus ke hotel. Memandangkan jam pun dah pukul 2 lebih kan, nak rehat dulu sebelum nak berjalan lagi nanti. Kami booking hotel di area Nagoya. Sebab ramai yang kata area Nagoya ni happening sikit berbanding tempat lain. So aku booked hotel yang betul-betul dekat dengat Nagoya Mall. Amarins Hotel.


Bersambung ke.......TRIP KE BATAM PART 3

Jumaat, 13 September 2019

TRIP KE BATAM (PART 1)

Sebenarnya trip ke Batam ni tak de perancangan yang rapi pun. Borak-borak dengan rakan sekerja nak berjalan, pastu tetibe terkeluar nama Batam ni. Bila fikir-fikir balik, ok jugak sebab Batam dengan Johor pun bukanlah jauh sangat. So tujuan kesana nak berjalan dan shopping je.

So fikir punya fikir, kami pun start la cari details semua pasal Batam ni. Memandangkan dalam ramai-ramai ni aku sorang je yang selalu berjalan, so diorg semua serahkan kat aku tuk cari. Aku pun mula la mencari start dari transport, hotel, dll. Tapi betul, blog pasal ke Batam ni memang tak ramai yang buat. Maybe sebab kat sana kurang daya tarikan untuk orang melancung, so tak ramai yang nak melancung kat sana.

Transport dan supir aku dah dapat cari, plan asal memang nk redah dan naik teksi je kat sana, tapi sebab ada kawan yang memang asal dari indonesia yang anaknye bersekolah di tempat aku, dia bagitau lebih baik upah driver dari naik teksi. Sebab kat Batam ni katanye banyak teksi yang suke tipu customer. Betul ke tak tu walllahualam. Katenye kalau kita naik teksi bagi duit besar, diorang tak de tukar, memang diorang tak kan bagi duit baki. So aku fikir-fikir balik ok kot sewa transport dan supir, sebab kita boleh relax-relax je dalam van kan. Dah beli barang simpan dalam van je, tak payah nak pikul banyak-banyak.

So aku dapat supir dan transport ni dari google jugak. Aku try wasap dan ada jawapan. Bayaran yang dia bagi, bagi aku berbaloi la jugak sebab kami ramai kan. Bayaran yang kami dapat untuk Toyota Avanza 7 seat Rp1,000.000 (bersamaan dlm rm280 lebih la kalo ikut rate malaysia). Boleh la sebab kami share-share bayar kan. So bayaran dibuat bila dah sampai kat sana ye, dalam matawang rupiah. 

Dah settle pasal transport semua, aku google plk pasal feri. Baru tau selain dari Stulang Laut, kat Puteri Harbour pun ada feri yang boleh ke Batam. Rate pun lagi murah dari yang Stulang Laut. So aku decide nak amik feri dari Puteri Harbour tu. Oklah rm88 return tiket untuk seorang dewasa. Aku beli tiket dari Puteri Harbour ke Batam Centre. Settle semua lega rasa. Owh, aku beli tiket online melalui web: www.easybook.com

Sampai lah masa nak berangkat...kami berangkat 30 ogos 2019 - 31 Ogos 2019. Tak lama pun, 2 hari 1 malam je. Pagi sebelum nak bergerak tu, tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan anak ni. Walaupun anak dah besar 8 tahun, tapi tak pernah lagi tinggalkan dia pergi jauh-jauh. Tapi awal-awal pesan kat dia, nanti mama balik kita pergi jalan kat tempat lain tau. Mula-mula tak ok juga, lame-lame ok dah. So tinggalkan dia dengan papa nye. 

Pagi nak gerak tu memang aku tak kejutkan dia pun. Biar lah dia tidur, risau kot kejut kang, dia berubah hati pulak nak ikut. Aku tumpang kawan untuk ke terminal feri Puteri harbour tu. Nak jimat kan, so tong-tong duit minyak. Pagi tu hari hujan pulak, ati dah risau berdebar-debar. Yelah hari hujan, pastu nak naik feri pulak tu. 


Dah sampai terminal feri Puteri Harbour

Alhamdulillah sampai terminal hujan dah berhenti. Aku memang tak pernah naik feri ni, so memang terpinga-pinga sikit la. Baca dalam blog, sebelum nak boarding, kene ke kaunter tuk amik tiket original dulu. Sebab aku beli tiket online, so kena amik yang original kat kaunter dulu. Tapi dalam ramai-ramai tu sorang pun boleh tak nampak kaunter tu. So aku pun pergi la tanya orang yang ada kat situ, kat mana nak amik tiket yang betul. Pakcik tu tunjuk kat kaunter information. Tengok kat kaunter information tu tak ada orang pun. Pastu tetiba tengok ada orang ramai beratur. Kami yang risau ni pun ikut la beratur. Sebab nampak yang beratur tu pun ada yang bawak kertas-kertas macam kami jugak 😊. Sebab aku beli tiket route yang paling awal sekali kan, so kami pun ikut la beratur. Sampai giliran kami, orang tu cakap, ''ni beli online kan, kene amik tiket ori dulu kat kaunter''. Pastu aku cakap la, ''kaunter kat mane, tadi saya pergi tak de orang''. Pastu dia gelakkan kami. Dia cakap macamane boleh tak ada orang, mesti ada. Pastu dia suruh kami dari barisan. Kami tanya orang lain pulak. Rupenye kaunter dia dekat dengan pintu KETIBAAN. Bukan kaunter information tadi. Hampeh betul pakcik yang tunjuk mula-mula tadi tu. Yelah mane nak nampak, kaunter tu tulis "KETIBAAN', so aku ingat tu kaunter tuk orang yang baru tiba dari Batam la. Lainkali tulisan tu bio terang sikit. Letak kaunter kat tempat yang strategik sikit. Ni atas tulis ketibaan, bwh ada kaunter, aku memang ingat tu kaunter Ketibaan la. 

Dah pergi ke kaunter, diorang mintak rm80 lagi. Aku tanya untuk apa, diorang cakap untuk tax. Tax rm80 untuk 5 orang. So dia pesan juga, nanti dari Batam pun akan ada tax dalam Rp30,000 sorang tapi duit rupiah la. So disebabkan kami ada 5 orang, kami bahagikan je rm80 tu dengan 5 orang. Itu yang untungnye pergi ramai-ramai, sebab boleh share-share bayar. Orang kaunter tu explain details semua, dia siap bagi tiket balik siap-siap, terangkan itu ini, baru lah kami faham. Tiket balik ni pun nanti, masa di Batam kene ke kaunter jugak dulu. Nanti pihak kaunter akan bagi tiket original yang lain. So kami dah prepair simpan duit tax dalam rupiah awal-awal. Risau kot terlebih shopping nanti, lupa nak simpan duit tax....hahahhahaa

Dah dapat tiket

Yang ramai-ramai tu la tempat nak beratur boarding
Dah settle hal tiket, kami duduk dulu sementara nak tunggu boarding. Tiket kami pukul 8.30 pagi, boarding pukul 8.15 pagi. Masa menunggu ni sempat la sarapan dulu buat alas perut. Makan roti je pun, takut nak makan berat-berat kot sakit perut ke ape nanti. Untuk oengetahuan, botol air, makanan ape semua tak de masalah nak bawak masuk ek. Sebab kami siap bawak botol air, makanan dari luar, memang tak kene tahan. Cuma yang dia akan tahan kalau ada bawak barang-barang merbahaya, cecair beracun ape semua tu la. 

Muke excited teacher-teacher sebelum nak boarding

Dah sampai time boarding, kami pun beratur la. Pekerja kaunter yang gelakkan kami tadi tanya, ''dapat ke tiket''. Pastu aku cakap, ''dapat, sory la tak tau plk kaunter tiket kat pintu ketibaan, sebab selalu naik flight tak mcm ni pun''. Terus je aku cakap macamtu. Diam terus pekerja tu. Settle imigresen semua, terus kami ke feri. Memang lengang xde orang pun. Santai je jalan tak payah nak rushing-rushing sangat.


muke happy semua dapat berjalan ek

nak posing jugak 

kene tengok luar, kalau tak nak pening

sebelum masing-masing ketiduran

Perjalan kami memakan masa hampir 2 jam. Sepatutnya feri bergerak pukul 8.30 tapi pukul 9 pun feri tak bergerak lagi. Tak tahu la ada masalah ape. Memang start je feri bergerak terasa pening kepala, maybe sebab laut bergelora kot yelah baru lepas hujan. Lepas tu dah ok dah. Dalam feri ni pun nanti akan ada orang yang akan datang dekat kita untuk beli simcard indonesia. Kami tak beli pun,. Hanya mengharap kan wifi hotel je nanti. Sedar tak sedar tak tahu bila kami ketiduran. Bangun-bangun tak sampai-sampai lagi, sambung tidur lagi. Akhirnya 2 jam perjalanan baru kami sampai di Terminal Feri Batam Centre. Urusan di imigresen semua lancar, tak ada pape masalah pun. Imigresen indonesia pun friendly, tak sombong dan rajin berborak pulak tu. Scan bag pun tak de masalah, semuanya lancar. Sampai di pintu ketibaan, dah ternampak dari jauh orang pegang signboard name aku. Punya lah malu, diorang yang lain tak habis nak gelak-gelak....hahahha


Dah sampai


So supir kami memperkenalkan diri dia sebagai Pak Surung. Bukan beragama islam aku rasa. So tunggu depan pintu masuk dia nak amik van dia. So bila van dah sampai, kami masukkan beg ape semua, dan teruskan perjalanan. Disebabkan masa untuk check in lambat lagi, baru pukul 10 pagi di Batam masa tu, so kami mengajak Pak Surung tuk berjalan-jalan dulu. Yelah kami kat sini 2 hari je, so kalau boleh tak nak buang masa. Owh ye, waktu di Batam lewat sejam dari Malaysia ye.


Tempat menunggu Pak Surung
WELCOME TO BATAM

Destinasi pertama kami tak lain tak bukan, di tempat femes la... "Welcome To Batam''. Dekat je dengan terminal feri ni. Kawasan untuk bergambar ni sebenanrnya tapak rumah kedai kata Pak Surung, tapi tak jadi. So pagi-pagi orang sini buat pasar meniaga, macam pasar pagi dan pasar malam tu. Tempat ni memang kawasan lapang, tak ada ape-ape pun kat situ. Just untuk bergambar je boleh la. Kat sini pun dah memang ada orang standby untuk amikkn gambar tapi bukan free ye, berbayar. So kami tak amik pun, sebab boleh je amik gambar sendiri kan. Dah puas bergambar, kami pun ajak Pak Surung ke tempat lain pulak. Jadik la buat kenang-kenangan.


Macam kawasan padang pasir je
Teacher-teacher nak berposing

Jakun sekejap tengok ada polisi buat penggambaran

Selesai di sini kami ke destinasi seterusnya...........Trip ke Batam Part 2


Untuk yang nak nombor phone supir, nanti last entry aku sertakan sekali ye.



Jumaat, 26 Julai 2019

Day Trip ke Hatyai, Thailand

Dah lama sangat tak menulis, sampai nak tulis apa pun tak tau. Actually aku ke Hatyai ni dah lama, tapi tak publish2 sampai sekarang. Asyik kat draf je duduknya....hahhahah.

Nak cerita dari mana pun dah tak tau. Aku ke Hatyai dengan family dan adik beradk. Day Trip je. Ada la dalam 17 orang semuanya, termasuk sorang makcik sedara dan anak dia. So kami bergerak ke Perlis dulu dan tidur di homestay Arau. Sebab plan kami sebelum ke Hatyai tu, nak ronda2 pekan Arau dulu. 

So malam tu kami ronda2 ke Arau, tak ada apa yang menarik sangat di Pekan Arau masa tu. Kami keluar tuk cari makan je. Kebetulan pula kawan ayah ada buka Restoran Nasi Arab di Arau, so kami dapatlah makan percuma kat situ. Serius sedap. Tapi lupa pulak nama restoran dia. Nanti kalau ingat, aku update balik ek.

So malam tu tidur awal, sebab esok pagi2 nak gerak ke Hatyai. Aku dapat nombor abang ni melalui google jugak. So far setakat ni harga yang dia bagi agak murah berbanding dengan orang lain. Tak sampai rm100 pun untuk sorang ke Hatyai. Masa aku pegi dulu rate dia bagi rm70 sorang, kanak2 rm50. So abang tu yang akan amik kami di Homestay. Kami naik 2 kereta. Tapi disebabkan ramai, macam tak muat je.....hahahha. So abang tu suruh kami bawak salah satu kereta dan bawak sampai ke sempadan Thai je. Kereta nanti boleh tinggal kat situ. Sebab lepas je dari sempadan nanti kami dah naik van yang dah disediakan. So bergerak dr Arau ke sempadan, 3 buah kereta la jadiknye.

Sampai je kat imegresen malaysia senang, tak payanh turun dari kereta pun. Serah je pasport dari tingkap dah settle. Kat imegresen Thai agak serabut sikit. Dah la kaunter 1 je yang bukak, orang yang beratur punye la panjang. Tapi selamat la cepat . Abang tu amikkan kami kad putih untuk kami isi. Boleh je kalau nak suruh orang kat situ isikan, Tapi kene bg rm2 la. Fikir2 balik, xpelah isi sendiri, sebab kami pun ramai. Slow2 isi, Separuh isi kad, separuh lagi abang tu suruh beratur. So senang.

Sampai kat kaunter, memang kene bagi rm2 ye kat imegresen tu. Mula2 malas nak bagi, tapi dia dah panggil2 sambil buat 2 jari. Maknenye memang nak kene bagi duit la tu. Tapi selamat la aku pegang 4 pasport sekali. So sekali bayar je rm2 tu. Macam yang lain, masing2 pegang pasport sendiri, memang kene bagi la rm2 sorang. Memang peraturan diorang ke or sekadar carik duit tepi je diorang tu. Tak salah ke buat macamtu ek, Bayangkan dalam sehari berapa yang diaorang boleh dapat kalau dah beribu2 orang yang masuk ke Hatyai?

So korang yang nak ke Hatyai ni, make sure pegang pasport banyak2 sekali. senang sekaligus je tunjuk kat dia n bayar. Kitaorang sebab tak tahu, dah lepas tu baru abang tu cakap kena buat macamtu.

So dah lepas semua kami naik van yang dah ada tunggu kami di luar kawasan imegresen Thai. Pakcik ni orang islam Thai, boleh cakap melayu, tapi agak pemalu. Kami naik 1 van, abang tadi pulak follow kami dari belakang dengan Hilux dia. Katenye Hilux dia nanti boleh jadikan tempat tuk isi barang2 shopping kitaorang nanti. Sebab dalam van dah penuh dengan orang....😊

Plan kami ke sini nak pergi ke tempah shopping je, so tempat2 lawatan lain memang tak banyak yang kami pergi. So tak banyak la gambar yang kami ambil. Sebab memang trip ni kami nak shopping dan makan je.

Jalan-jalan cari makan

Nak naik gajah

Floating market, kami tak lama pun kat bawah ni, sebab banyak anjing

Sempat la tengok tarian tradisional diorang

Masa ni belum lagi viral pasal gajah kene seksa tu ye, so xtau


Kawasan pedalam tempat gajah lalu


Makan, kalau pandai tawar dapat la murah

Makan masa dah sampai homestay, alhamdulillah sedap lagi


Teh Ais dia memang superb....sedap giler

Nasi Goreng Tomyam pun sedap. Memang rekemen sangat2. Kedai dia xtau la area mana.
Tapi tempat dia yang ada kedai jual2 baju bahagian bawah, bahagian makanan semua bahagian atas.

So walaupun day trip, pus hati jugak la berjalan kat sana. Dapat pegi Floating Market, tempat gajah, Asean Night Market. Bagi aku, pakaian kat sana murah2. Sebab masa aku pegi dulu rate memang ok. Baju2, seluar2 memang murah. Seluar jerut bawah rm10, pyjamas kartun2 dewasa rm8. Seluar2 tidur rm8 pun ada. Memang aku pegi sana banyak beli barang2 mcmtu je 

Pada sesiapa yang nak tau pakej mane yang aku amik, boleh wasap or email je senang. Kalo mesej kat sini risau terlepas pandang. Email: efy_yatie@yahoo.com.my / Wasap: 012-5123114.






BIG PAY CARD

Dah lamanya tak update blog......laptop problem sebab tu dah lama tak berblog. nak update cete kat handphone tak puas.

So kali ni nak update pasal Big Pay Card. Big Pay card ni bukan kad kredit ye, dia lebih kepada Debit Card. Ada duit dalamnye boleh la guna. Tak ada duit, tak boleh buat pape :-)

So kalo yang jenis berjalan tak suka bawak cash tu, boleh la buat Big Pay card ni. Bukannye tak boleh guna Debit Card biasa, tapi Big Pay card ni kalau yang suka travel tu, dia boleh kumpulkan point tiket Air Asia sekali setiap kali kita guna.

Aku tau pun sebab masa travel ke Jepun awal tahun hari tu, tour guide tu yang bgtau pasal Big Pay Card ni. So macam menarik sebab boleh kumpulkan point Air Asia tiap kali bayar ape-ape, tu yang aku terus nak buat.

Untuk kumpulkan point, setiap bayaran bernilai rm20 dapat 1 point. Kalau harga yang korang bayar tu bwah dari harga tu, memang tak dapat point la. Kalau harga barang tu rm25 pun korang still dapat 1 point.

Untuk topup pulak, rm50 akan dapat 1 point. So kalau nak dapatkan point, topup harga dalam nilai gandaan Rm50. Kalau topup Rm 30 memang tak dapat ape-ape.

Setakat ni aku guna, alhamdulillah la ok lagi tak ade pape masalah. Dah pernah try beli barang kat shopee, beli tiket flight, guna utk bayar masa shopping, beli tiket wayang alhamdulillah ok lagi. Kalau guna kad Big Pay ni masa beli tiket flight, tax ape semua xde tau, so memang murah sikit berbanding beli tiket flight macam biase. Dah beberapa kali jugak la aku booked tiket flight, hotel guna BIG PAY ni.

Insyaallah bulan 8 ni nak try guna Big Pay ni utk travel pulak. Nak tengok rate dia macamane. Sebab ada yang kata rate dia lagi ok.

Nak cakap lebih-lebih pun, aku pun tak berapa pandai sangat pasal Big Pay card ni, setakat guna-guna macamtu je. Tapi dari review kawan-kawang yang dah lama pakai, semua cakap ok.

Aku guna Big Pay ni utk simpan duit nak travel. Sebab duit yang ada dalam ni, memang susah nk keluarkan tau. Sekali kita nak keluarkan, kalau tak silap aku dia charges Rm6. So better tak payah keluarkan. Aku tiap2 bulan memang akan masukkan duit dalam Big Pay ni selain dari simpan kat bank yang lain. Duit dalam Big Pay ni memang aku khas kan untuk travel dengan nak beli brg2 yang jumlah nye agak besar yang tak memerlukan untuk aku bawak cash yang banyak. Sebab lagi banyak yang kita bayar, lagi banyak point yang kita dapat 😊

Cara nak buat Big Pay card ni:
1. 1st korang kena download app Big Pay ni kat Google Play Store/ App Store.
    Cari lambang Big Pay color biru macam bawah ni.

cari logo biru ni, pastu download
Bila dan download, buka app tu n klik apply. Free je, jangan risau tak kena bayar pun.

2. Lepas dah apply, korang akan disuruh isi details2 dan topup kad sebanyak rm20. ni untuk aktifkan kad tu, Rm 20 korang akan dapat balik masa kad korang dah sampai nanti.

3.Dah settle topup semua nanti, klik je next2, pastu korang kena masukkan REFERAL CODE. Kalau tak ada REFERAL CODE ni memang korang tak boleh continue. So kalau rasa nak guna REFERAL CODE kat bawah ni, guna lah. Terus terang bgtau, kalau sape2 yang pakai REFERAL CODE korang ni, korang akan dapat rm10 dalam akaun korang. Kira macam komisyen la kot. Terpulang korang nak guna REFERAL CODE aku or orang lain. Tapi nak tak nak korang memang kene letak REFERAL CODE ni baru boleh continue.

Boleh guna referal code ni



Dah isi referal code ni, settle, Jangan klik  'I have received my card'' tu dulu tau. Biar je & terus keluar. Sebab lepas settle isi referal code tu, diorng akan proses tuk pos kan Big Pay card korang ke rumah ikut alamat yang korang dah isi sebelum ni. Makan masa juga la untuk kad tu sampai . So korang sabar je la menunggu.

Dah sampai kad tu nanti, log in balik kat app Big Pay tu. Ikut je arahan dia mintak. Dah settle boleh terus topup & guna. Macam aku dulu, aku try beli barang kat shopee dulu, Mula2 tak boleh, so aku terus col Big Pay punye customer service. Dia suruh tunggu dalam beberapa minit dulu sebelum guna. So try lagi sekali, dah boleh guna dah. 


Setiap kali korang bayar  guna kad, dia akan keluar macamni kat app.
So senang kita nak check balik barang apa yang kita dah beli kan.

REFERAL CODE BIG PAY:
YA43TAGAVH














Rabu, 1 Mac 2017

~Guide Di Jepun~

Jenuh jugak nak mencari guide yang betul2 berbaloi ke Jepun ni. Rata2 yang saya dapat semua hrga nye melebihi kemampuan. Ada jumpa 1 pakej budget, tapi bila tanya harga nya xbudget mana pun. So nak tanya sape2 kat sini yang kenal secara personal student2 kat Jepun yang nak cari duit lebih tuk jadik tour guide kami. Kira macam win2 situatian la. Bukan tak nak amik pakej, selalunya kalau amik pakej, mesti terikat dengan masa dan jadual kan. So kalau yang nk bawak ank kecil tu macam susah sikit. Dan lagi satu, sebab nak berjimat...hehehe.

So saya dan family plan nak pergi ke Jepun dalam hujung bulan dec or awal bulan january 2018. Nak pergi musim winter. Wah...bila baca cnform akan cakap, lambat lagi nak pegi kan. Nampak je macam lambat lagi, tapi pejam celik, pejam celik dan sampai ke penghujung tahun kan. So kalau jadik insyaallah , ibu dan ayah saya nak ikut sekali. So thats why tak nak amik yang ada pakej. Biasalah kalau bawa orang berumur ni, risau kalau datang sakit kaki ke ape. Kita yang muda ni pun sama. Kadang2 bila nak berjalan, time tu la sakit datang kan. So kalo amik guide sendiri maybe boleh tukar itinerary ke tempat lain yang lagi sesuai kan. Kalau ikut pakej, nak tak nak kena ikut jugak. Kalau tak ikut, menganga je la duduk dalam hotel sorang2 kan. Tapi ibu dan ayah saya alhamdulillah sihat2 dan cergas lagi. Tapi bila dah berada kat negara orang yang berlainan suhu pulak tu, manetau kan kot datang pulak segala penyakit. Mintak dijauhkan lah.

So sapa2 yang tau or ada pihak travel yang baca entry saya ni, boleh email sy or whatsapp ye. Nak pakej yg betul2 budget n ikut kemampuan. Yelah nak pergi bertiga, kalau sorang dah rm3000++, tak ke terjojol mata nak membayo nye...hahaha.

Kang ada pulak yang cakap, kalau dah tau tak mampu, tak payah la berjalan. Duk rumah diam2. Tak baik tau cakap macamtu. Semua orang ada keinginan nak berjalan n tengok negara luar, tapi kadang2 ada pihak yang amik kesempatan letakkn harga yang terlalu tinggi. So kalau dapat pakej yang budget, lebihan duit boleh la beli lebih sikit souvenir tuk kawan2 ye tak.

Macam ke korea dulu saya betul2 puas hati, dapat guide yang betul2 budget. 1 hari rm250 je dia amik. Tak kira berapa orang pun kita pegi. So kalau kita pergi berlima, kan ke dah jimat. Tu student malaysia yang belajar di sana. Bila2 masa nak keluar n berjalan tak de masalah. Diorg ikut je. Senang macamtu kan.

So pada sape2 yang ada terbaca entry ni, plez email or whatsapp sy ye..

Email: efy_yatie@yahoo.com.my
Whatsapp: 017- 7999480(efy)

Moga2 "berjumpa" la dengan pakej yang sesuai...amin...hihihi

Ahad, 21 Ogos 2016

Registration 2017 Smart Reader Kids

Haiii..dah nak hujung2 tahun ni opkos pendaftaran pun dah dibuka kan. So pada sesiapa yg ada anak berumur 3-6 tahun tu, nak daftar kan anak di Tadika Smart Reader Kids Larkin, boleh hubungi saya ye, Teacher Efy(017-7999480). Kalau yang nak hantar anak tutorial pun boleh. Ada voucher potongan harga Rm100 untuk anda. Dengan syarat, bawak sekali voucher tersebut semasa pendaftaran. Sesiapa yang nak voucher tu, boleh hubungi saya ye. Voucher valid until 30 November 2016.