Sabtu, 26 April 2014

Umrah bawa anak kecil

Pertama sekali nak ucap syukur alhamdulillah sebab sepanjang saya menunaikan umrah tak banyak masalah yang timbul. Saya menunaikan umrah bersama ibu, ayah, adik lelaki, suami dan anak lelaki yang berusia 2tahun 4 bulan. Alhamdulillah dia tak banyak ragam semasa disana.

Bagi yang nak bawa anak kecil semasa umrah tu saya rasa tak ada masalah. Kalo dia memang belum boleh berjalan lagi la tak ada masalah. Sebab bila kita solat, kita boleh letak dia berdekatan dengan kita atau pun didalam strolller. Tapi macam anak saya yang dah boleh berjalan memang lain sikit la.

Solat
Kalau time solat tu dia memang duduk diam kalau dia tak ada nampak budak-budak lain. Tapi kalau dia dah nampak, dan tengok pula budak-budak tu ada bawa mainan, memang dia akan pergi. So saya bawak siap-siap tablet dari rumah. Benda tu bukan apa, untuk bagi dia diam dan tak berjalan kemana-mana. Bila dia duduk diam, senang kita nak solat berjemaah. Mula-mula ingat memang nak ikat dia dengan tali, tapi macam tak sampai hati pula. Kalau nak lagi senang, solat berdekatan dengan tiang, saya dan ibu saya memang datang awal untuk solat dekat ngan tiang sebab bila dah duduk di sebelah tiang, susah sikit la anak saya tu nak berjalan kemana-mana. Duduk je la dia bersandar kat tiang tu sambil main tablet dia. Tapi kalau anak anda tak boleh duduk diam, tak salah kalau solat bergilir-gilir dengan teman. Cuma tak dapat nak solat berjemaah je la.

Raudhah
Kalau ada orang yang boleh jaga anak sewaktu kita nak masuk ke raudah, baik tinggalkan anak kita tu. Bukan tak boleh bawa, cuma kita risau dan kesian tengok anak kita rimas dengan keadaan yang sesak dengan orang ramai tu. Kat dalam tu nanti tak kira kita ni orang tua ke, budak kecil ke, diaorang main tolak je. Lebih-lebih lagi orang arab, turki semua. Masa saya pergi tu ada sorang perempuan ni bawak anak kecil, kesian saya tengok sebab kena himpit dengan orang turki. Anak dia dah nangis2 dah. Memang kalau nak masuk ke dalam raudah tu diorang akan bahagikan kita ikut negara masing-masing, tapi orang arab degan turki ni tak dengar cakap. Diorang akan masuk juga kat kumpulan kita orang malaysia ni. Alhamdulillah masa saya nak masuk raudhah tu saya tinggalkan anak saya dekat suami saya. Cuz hari yang saya masuk ke raudhah tu, orang lelaki tak ada aktiviti. So diorang memang stay kat hotel je. Kat dalam tu nanti sangat la sesak, saya dengan ibu saya sampai dah putus asa dah. Tapi bila fikir kan balik bukan senang nak dapat masuk, so kami sabar je tunggu. Sebab nak masuk ke raudhah ni ada berperingkat-peringkat. Bila dah sampai turn orang malaysia, indonesia ni masuk, datang dari belakang orang-orang turki dan arab yang badan besar-besar ni serbu. Polis pun dah tak boleh nak buat apa. Bertolak-tolak la kami sebab nak solat diatas karpet hijau di raudhah tu. Alhamdllah saya dan ibu saya dapat solat di saf pertama. Lapang rasa hati bila dapat solat disana, selamat la anak saya tak ikut, kalau saya bawa sekali anak saya tu, saya rasa dah lama dah saya keluar balik. Sebab anak sya ni bukanye boleh duduk satu tempat tu lama-lama. Di cepat boring. Di raudhah, pkul 7 pagi kami masuk, pkul 12 lebih kami keluar. Time orang nak solat jumaat.

Tawaf
Nak bawa anak kecil semasa tawaf pun tak ada masalah. Kalo ada baby carrier, letak dia dalam tu. Lelaki pun boleh pakai baby carrier tu ye utk bawak anak. Tak dikenakan dam. Kalau tak ada, boleh la sewa wheelchair. Tapi dengan syarat ibu dia kena duduk sekali la dan ayah nya la kena tolakkan. Tapi kalau pakai wheelchair kena pusing di bahagian atas ye. Kat bahagian bawah tak dibenarkan. Kalau tak nak sewa wheelchair, dukung je la macam biasa kalau larat. Dengan syarat pampers dia kena bersih. Macam saya, mutawif tu dah bagitau, sebelum nak tawaf tu tukar kan la pampers anak kita tu dengan pampers yang baru. Itu je. Andaikata semasa dia tawaf tu dia kencing ke apa, abaikan selagi dia xmeleleh keluar atau berbau. Tak payah la nak check setiap kali habis buat satu pusingan. Buat tak tahu je. Macamtu juga dengan saie. Budak-budak akan lagi suke bila saie bila tengok ramai orang yang berlari-lari anak masa di garisan hijau tu.

Ubat-ubatan
Ubat-ubatan memang saya dah stanby bawak dari sini. Pergi klinik siap-siap dan mintak doc prepair ubat untuk dibawa ke sana. Doc bagitau sekarang musim panas, so budak-budak akan cepat dapat batuk, sakit perut dan selesema. So dia bagilah semua ubat tu. Dari ubat demam, batuk, selesema, sakit perut, cirit birit, antibiotik, cair kahak, macam-macam ubat lagi ada. Dan saya siap-siap beli cool fever.Tapi alhamdulillah kat sana ariel tak ada demam atau sakit pun. Kuat betul antibodi dia. Perlu diingat ye, ubat-ubat tu jangan simpan dalam hand luggage pulak ye. Kang tak pasal-pasal kena buang. Letak je dalam bagasi. Kalo nk letak dalam hand luggage make sure ada surat perakuan dari doktor ye.

Pakaian
Kalau nak pakaikan anak kita dengan pakaian ihram boleh je. Saya juga pakaikan anak saya dengan ihram. Tak payah risau kalau-kalau kena dam ke ape. Sebab anak kita tu belum cukup umur, so pantang larang semua tu kita tak payah nak ikut. Pakaikan dia dengan pakaian ihram tu untuk seronok2.


*So kesimpulannye kalau rasa nak bawak anak kecil semasa umrah ni bawak je la. Insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan kita. Berdoa banyak-banyak. Sebelum nak mula tawaf tu, buat la solat hajat supaya urusan tawaf kita tu nanti dipermudahkan. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan