Isnin, 5 Mei 2014

Pengalaman di tanah suci mekah (Part 2)

Sory la lambat sikit nak update yang part 2 punye cerita. So jom continue. Ini adalah kisah benar ye...tak ada nak reka-reka cerita ye.

Kejadian ini sewaktu saya berada di madinah. Hari pertama sampai sana kami dah pun berjalan-jalan tengok orang-orang disana menjual barang-barang. Saya tak bawa duit yang banyak, cuma saya bawa duit yang mak & ayah mertua saya bagi saja untuk membeli. Duit yang lain-lain saya simpan saja dalam bagasi untuk emergency konon....

So bila dah jalan-jalan ternampak la sesuatu yang menarik perhatian saya untuk saya membeli. Macam-macam saya beli. Yelah nak datang ke sini lagi entah tak tahu bila kan. So saya guna duit yag ada tu untuk membeli barang-barang yang saya suka. Kebanyakkannye saya beli jenis borong-borong. So bila beli borong dapat banyak, yang lain-lain tu boleh la saya bagi pada kawan-kawan di malaysia nanti kan. Saya memag cari barang yang dijual dalam kuantiti yang banyak sebab niat saya, saya nak bagi  dan sedekah kan pada kawan-kawan saya nanti.

So dah selesai membeli barang kami semua balik ke bilik hotel. So teruskan lah aktiviti-aktiviti seterusnya yang dah disediakan. Keesokanya macam biasa, selepas solat asar petang tu time untuk melontar lagi. Sebelum nak turun tu cek dulu beg duit. Nak tengok balance duit berapa lagi yang tinggal kan. Bl saya buka beg duit, pelik sebab kedudukan dan keadaan duit saya tu sama seperti sebelum-sebelum ni. Macam tak berusik. Padahal rasanya semalam saya dah guna dah duit tu dan sepatutnya mesti dah kurang. Ni tak, nilai duit tu tetap sama seperti sebelum ni. Malas nak fikir banyak saya buat tak tahu je sebab saya fikr mungkin suami ada masukkan duit utntuk ganti duit saya yang dia ada pakai semalam. Atau dia saja-saja nak bagi surprise duit belanja kat saya ke kan. Think positif....

Sama macam semalam, saya beli barang yang dijual secara borong-borong. Kalau beli sekali banyak, banyak la kurangnya kan. Tapi orang-orang kat sna, kalau kena gaya nye, memang diorang akan bagi harga murah nya pada kita. So macam biasa saya cari barang yang tak ada dijual di malaysia.  Beli jubah la, tudung. Kat sana jangan terkejut kalau tengok jubah yang cantik-cantik ni dijual di bawah lantai je. Harga pulak tu murah-murah. Bayangkan jubah yang ada batu-batu tu diaorang jual SAR30 je. Memang aku beli bayak jubah kat sna...selesai membeli kami balik ke bilik dan terus masukkan barang-barang yang dibeli tu dalam beg. Bukan apa, risau kalau-kalau tertinggal. Dah simpan siap-siap tak risau dh.

Keesokkan harinya sebelum solat zuhur dalam pukul 9 macamtu, saya rasa macam nak jalan-jalan lagi tengok barang. So saya ajak la suami saya turun awal pagi tu. So saya pergi ke bilik ibu. Nak suruh dia jagakan ariel la,sebab tak nak bawak dia sekali. Rupa-rupanya ibu dan ayah saya pun sama nak turun sekali. Ish...tak jadi nampaknya nak tinggalkan ariel. Kena bawa sekali la nampaknya...hahaha

Sebelum turun cek duit dulu, tapi sekali lagi keadaan yang sama macam semalam. Duit yang ada dalam beg duit tu tak ada berkurang pun. So saya terus tanya pada suami. Dia cakap dia tak ada usik pun beg duit saya tu. So saya cakap la kat dia kenapa duit saya ada lagi, sebab seingat saya, saya beli barang selama ni saya guna duit yang mak dan ayah mertua saya bagi tu. Sebab dah beli banyak barang mestilah duit tu berkurang kan. Pening pulak kepala bila fikir. Rasa takut pun ada, rasa takut nak guna duit yang ada tu. Sebab memang saya yakin saya dah gunakan duit tu masa beli barang semalam dan sebelum ni.

So saya tak sedap hati nak gunakan duit tu lagi. Saya tanya kat ayah saya. Ayah saya cakap anggap jela tu rezki yang Allah bagi pada saya.  Kalau dah tak tahu nak gunaka duit tu untuk beli apa, sedekah kan je la.
So bila dengar ayah sata cakap macamtu, terus rasa takut hilang. So saya dah siap-siap asing-asingkan duit untuk saya sedekahkan pada cleaner-cleaner yang ada di masjid nabawi tu. Alhamdulillah ramai jugak la  yang saya dapat bagi dengan guna duit yang saya ada tu.

Macam-macam perkara boleh terjadi sewaktu disana. Lepas je saya bersedekah pada orang -orang disana, saya cek balik beg duit dah tak ada lagi dah kejadian macam sebelum-sebelum ni. Rasa lega pulak....Orang kalau duit bertambah seronok kan..ni saya pulak takut. Tapi apa-apa pun, saya bersyukur sangat-sangat, sebab dengan duit tu la saya dapat beli barang-barang untuk kawan-kawan yang ada di malaysia ni. Kalau tak ada duit tu, saya rasa tak dapat la kawan-kawan saya merasa buah tangan dari saya di tanah suci ni. Ada tu memang la ada, tapi mugkin tak sebanyak yang diorang dapat sekarang ni. Alhamdulillah. Ada juga yang saya sedekahkan pada customer-customer yang beli barang dari saya. Yelah, saya ni kan meniaga on9, so bila ada customer yang beli barang ke apa, saya sedekahkan sekali tasbih, perfume, key chain yang saya beli dari sana. Rasa seronok bila dapat memberi pada orang. Semoga Allah memberkati kehidupan saya sekeluarga dan murahkan rezki kami. Insyaallah...Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan