Jumaat, 9 Mei 2014

Cara mudah mengerjakan Umrah

Kali ni saya nak share cara mengerjaka umrah yang paling ringkas mengikut pengalaman saya sewaktu menunaikan umrah sebulan yang lepas. 1st sekali sebelum nak menunaikan umrah kena niat la kan. Sebelum nak niat tu pastikan kita dah mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan juga memakai pakaian ihram. So bagi sesiapa yang baru 1st time nak pergi tu dan tak dapat bayangkan macamana kat sana nanti. Boleh ikut cara saya ye.


Panduan menunaikan umrah:




1-  Tanda (1) adalah garisan untuk memulakan tawaf. Sebelum mula tawaf lambai dulu di kaabah sambil membaca:
''Bismillahi allahuakbar walillailham''  (3x) 
dan mengucup tangan. Tawaf ikut lawan pusingan jam.

(Antara  penjuru (1) hingga penjuru (4), bacalah doa sendiri. Atau boleh mengaminkan doa yang dibaca oleh mutawif)

2- Sampai di penjuru yang bertanda (4), kena istilam juga sambil membaca 
''Bismillahi allahuakbar walillailham''

3- Dalam setiap pusingan antara penjuru (4) ke penjuru (1) itulah rukun yamani. Di rukun yamani bacalah doa dibawah ini:


Sampai di penjuru (1) balik, bermakna telah lengkap 1 pusingan.

4- Ulang balik step 1 hingga 3 tadi. Setelah selesai 7 kali pusingan, solat sunat di belakang Maqam Ibrahim. Tak dapat solat betul-betul dekat belakang maqam ibrahim pun tak apa. Jauh sikit pun boleh. Sebab dalam keadaan orang yang ramai, mustahil boleh solat betul-betul dekat belakang maqam ibrahim tu.


Sumber google - Maqam Ibrahim. Tempat mustajab doa.


5- Selesai solat sunat, minum la air zamzam yang ada di sepanjang jalan masuk ke masjid. Sunat minum menghadap kiblat. Minum dalam 3 teguk, 5 teguk atau 7 teguk. Selesai minum, bergerak lah ke tempat saie.

6- Niat saie umrah:
          ''Sahaja aku saie antara safa dan marwah tujuh pusingan kerana Allah Taala''

7- Bergerak ke tempat saie sambil membaca doa (boleh ikut mutawif):
         "Bismillahirrahmanirrahiim. Abda u bimabada Allahu bihi warasuluh. Innas safa walmarwata min sya'airillah. Faman hajjal baita awi'tamara fala junaha 'alaihi ayyatawwafa bihima waman tatawwa'a khairan fa innallaha syakirun 'alim."

8- Sampai di bukit safa, menghadap ke kaabah sambil membaca (sambil agkat kedua-dua tangan):
''Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar Walillailham''

Dan kemudian berdoa:
Allahu Akbar 'alama hadana walhamdulillahi 'alama aulana la ilaha illalahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu biyadihil khairu wahuwa 'ala kulli syai inqadir. La ilaha illallahu wahdahu lasyarika lah, anjaza wa'dahu wanasara 'abdahu wahazamal ahzaba wahdah, la ilaha illallahu wala na' buduilla iyyahu mukhilisina lahuddina walau karihal kafirun"

9- Mulakan saie dengan melangkah kaki kanan. Berdoa apa yang kita hajati atau boleh mengaminkan doa mutawif. 

10- Sampi di garisan hijau, yang lelaki berlari-lari anak sambil membaca doa:
"Rabbigfir warham wa'fu watakarram watajawaz'amma ta'lam, innaka ta'lamu mala na'lam. Innaka antallahul a'azzul akram."

11- Kemudian boleh lah sambung doa yang masih berbaki sebelum sampi di bukit marwah.

12- Ketika nak mendaki atau naik bukit marwah tu, bacalah doa:
"Inna Safa walMarwata min sya'airillah. Faman hajjal bita awi'tamara fala junaha 'alaihi ayyatawwafa bihima. Waman tatawwa'a khairan fainnallaha syakirun 'alim."

13- Sampai di bukit marwah, menghadap ke kaabah sambil membaca (sambil angkat kedua-dua tangan):
''Allahu akhbar, allahu akhbar, allahu akhbar Walillailham''

14- Teruskan semula perjalanan menuju ke safa. Berdoa sepanjang perjalanan menuju ke safa. Tiba di garisan hijau baca doa seperti di nombor (10). Kemudian bila sampi di bukit safa, menghadap ke kaabah, berdoa dan melambai-lambai tangan seperti di nomber (8). Begitulah seterusnya sampai la lengkap 7 pusingan yang akan berakhir di bukit marwah.

14- Setelah tamat saie di bukit marwah, bacalah doa yang dipimpin oleh mutawif:
''Rabbana taqabbal minna wa'afina wa,fu 'anna wa'ala tha atika wasyukrika a'inna wa'ala ghairika latakilna wa alal imani wal islamil kamili jami'an, tawaffana wa anta radin anna. Allahummar hamni bitarkil ma'asi abadan ma abqaitani warhamni an atakalaffa ma la ya'nini warzugni husnan nazari fima yurdika anni ya arhamar rahimin''

15- Kemudian boleh la bertahalul. Bergunting atau bercukur  Seelok-eloknya mengunting rambut yang disebelah kanan hadapan kepala. Yang lelaki bercukur.

16- Selesai umrah. Bebas lah dari segala pantang larang.

1 ulasan: