Sabtu, 19 Mac 2016

Part 3: Korea (Myeongdong)

Korea: day 1.


Setibanya kami di incheon airport, kami disambut oleh wakil guide kami. Namenye Rachel. Rachel ni orang sabah. Dia menggantikan guide kami Munirah tuk hari ini. So 1st day ni kami akan dibawa ke myeongdong dulu. Tp sblm tu kami akan ke guesthouse dulu tuk letak beg dan checkin. 1st day sampai negara musim sejuk ni kejakunan terserlah la..hahaha. Ape tak nye bila mulut berasap bila bercakap..hahaha. Siap nak amik gambar lagi bila mulut berasap tu...hahaha. Aduii lawak btl. Nak ke guesthouse kami menaiki airport bus. Kata guide kami, kami ada 2 pilihan. Samada nak naik airport bus ataupun van. Kalo airport bus dalam 15,000won (rm57) seorang untuk dewasa, untuk kanak-kanak 8,000won je. Kalau van 70,000won (rm266.00)satu van. Kalau naik van, van akan hantar sampai depan guesthouse. Tapi kalau naik bus, kita akan menapak dalam 10 minit untuk ke guesthouse. Kalau ada kat korea ni sila jgn convert ek. Kalo convert nanti , rasa tak nak keluar kan duit je...hahaha. So fikir punye fikir kami decide nak naik bus je la, walaupun kena berjalan jugak dalam 10 minit tuk ke guesthouse. Takpe la, kami ada byk hari lagi disini, risau habiskan duit kat transport, bnda lain tak boleh nak beli plk kn. Masa saya ke korea tempoh hari,kadar matawang kita lebih kurang Rm1 = 3.80 (1,000won=Rm3.80) Mahal kan...







Tempat untuk claim bagasi

Dah settle checkin dan bayar balance duit, kami pun letakkan beg dan terus keluar balik. So kami akan terus ke myeongdong. Kat cni pukul 5 lbih dah gelap dah. Masa kami bergerak ke myeongdong pun hari dah gelap, musim sejuk kata guide kami, waktu siang di korea singkat. Nak ke myeongdong kami naik public bus je, jangan tanye saya, saya naik bus ape. Sbb saya langsung xtau bus no berapa yg kami naik. Bila guide ckp kena naik bus ni, kami pun ikut je la naik. Mula2 memang semangat nak amik note bagai, tapi disebabkan dah sejuk, terus tak jadik.   Arini kami dah start pakai t-money, tuk anak saya ariel, 4 tahun tak payah pakai t-money diorg ckp. So kami ke myeongdong mlm tu naik bus.

(Myeongdong)
Myeongdong is a cosmetic heaven. Kat sini kita boleh jumpa banyak brand2 yang femes2. Tony moly, nature republic, inisfree, etude, mcm2 lg la. Really cheap cosmetic/mask/face wash. Kat sini jugak you can find almost everything there. Pakaian diaorang very fashionable dan trendy. Because it is a winter, so i didnt spend a lot on shopping. Focus utama saya nak cari brg2 dr jenama nature republic. So mmg byk kedai nature republic kat sna, lebih dr 3 kedai. So bl lalu tgk ada promosi, so sy pun masuk. Bila kita masuk, dia akan bagi kita satu bakul. Dalam bakul tu akan ada satu sampel gift tuk kita. Kalo kita beli brg nt, dapat la gift tu. Kalo xbeli, xdpt la...slalunye gift yg diorg letak dlm tu adalah masker. So ms sy pegi, ada promosi 4 paket masker 6,500won (rm24.**). Ok lh kan sebab dalam 1 paket tu ada 10pcs masker. So dgn hrga tu saya dapt 40pcs masker. Berbaloi la jgk. Saya mmg borong habis masker tu tuk bagi souvenir kat kawan2 dan adik beradik. Husband saya pun tak ketinggalaan nak beli masker jgk. Jgn main2, masker k-pop dia beli..hahaha. Selain dr masker, saya beli jgk pelembap,lipstik dr brand yg sma. Masa nak byr tu nanti anda akan dpt gift jgk juga lagi tau. Mcm saya, siap dapat shampoo, hair treatment, bb cream, toner dan face tissue tau. Punye la byk gift yg diorg bg. Salah satu cara tuk tarik pelanggan kot kan.


Nak bergerak ke Myeongdong. Dah gelap padahal baru pukul 5 lebih

Salah satu kedai yang popular di Myeongdong



Kucing ni memang selalu ada kat sini. Nak mempromosi kedai agaknya


Handbag..boleh tahan juga harga kat sini

So dh settle beli brg, kami dibawa makan ke kedai yg popular dgn nasi goreng seafood.. mmg ramai org dlm tu, tp jgn risau, org korea mkn cpt. Sekejap je diorg makan, cpt la kami dpt dduk. So guide kami suggest kn kami kami nasi goreng seafood dan pancake. Satu hidangan tambah dengan pancake 37,000won (Rm140.**). Memang sedap, berbaloi makan walaupun bila di convert satu hidangan tu dkt seratus lebih.wuuuaaaaaa. Beria ckp jgn convert kan, tp diri sndri, stiap kali nk beli brg msti nk covert dlu...hahaha. Tak pernah2 setiap kali makan kena beratus2. Settle mkn kami pun bergerak balik. Arini ariel buat hal plk nak mainan, asyik menangis je selagi xdpt. Bukan tak nak bagi, mainan robot yg kecik pun dh dekat hrga rm50. Pujuk punya pujuk beli la benda lain tuk dia. Fuhhh..sabar je la. Nak balik pun buat perangai nak berdukung je. Sampai je GH, terus tukar baju dan zzzzzzz Penat dan sakit kaki sebab dukung budak sorang ni. Esok pkul 9 pagi guide kami cakap dah nk gerak ke tempat seterusnye..so memang nak kena tidur awal.......

Tunggu turn nak dapatkan tempat
Suasana dalam kedai makan

Berselera Ariel makan time sejuk-sejuk ni.

Guide kami, Rachel berasal dari Sabah



Muka orang tak sabar nak makan

Nasi Goreng Seafood & Pancake.
Sedap sangat-sangat. Tak tipu

Ni budaknya, nak berdukung pulak. Tak larat jalan katanya













Tiada ulasan:

Catat Ulasan