Memaparkan catatan dengan label #guide murah di korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #guide murah di korea. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2016

Part 7: Korea Last Day (Hangang Park)

Korea: Day 3


Last day di korea hari ni. Semalam kami tak dapat nak ke hangang park. Sebab balik dari nami island pun dah pukul berapa. So nak tak nak saya akan usaha kan jugak untuk ke sana. Sebab disana je la satu2 nya tempat yang ada salji. Memang datang sini nak merasa main snow dan nak bagi Ariel main snow. Dari malaysia lagi Ariel tak sabar-sabar nak main snow lepas dia tengok cete frozen.

So malam semalam saya dah whatsapp guide kami untuk kesana. So guide kami cakap boleh tapi kami kena keluar dari GH awal  Sebab pukul 12 nanti kami dah nak checkout dan bergerak ke Airport. So pkul 9 kami dah siap tunggu di bawah GH. Beg2 semua kami dah siap turun kan ke bawah dan simpan kat dalam surau. Selesai urusan checkout, kami pun bergerak ke Hangang Park. Perjalanan ke sana tak sampai setengah jam pun. Kami menaiki train dan berjalan kaki sedikit untuk smapi ke sana. Lepas je turun dari train, dah nampak dari jauh Hangang Park. Kaki dah tak sabar2 nak melangkah ke sana nak bermain dengan salji. Sampai je di sana kami terus bayar tiket masuk. Kalau tak salah saya 8,000won untuk seorang. Kanak2 dan dewasa sama harga.


Wow best tempat ni. Tempat ni open all year ok. Different activities for different seasons la. Macam sekarang musim winter, so anda boleh main snow sledding and skating in winter. Untuk kanak2 jugak sangat la sesuai sebab disediakan tempat untuk kanak-kanak bermain.

Lepas dah melepasi pintu masuk, apa lagi, Ariel melompat2 la suke. Dia la yang paling awal nak pegang salji. Sampai siap suruh saya buka kan glove dia. Bila dah pegang snow tu baru dia tau sejuk nya macamane. Naik kebas tangan. Last2 dia mintak pakai balik glove dia.  Saya tak lepaskan peluang tuk mencuba apa saja permainan yang ada dalam tu. Ariel pun cuba jugak. Suka dia naik benda tu. Sampai 2,3 kali dia naik. Tapi kami tak lama kat situ, sebab nak kejar masa untuk ke airpot. Risau lama kat situ nanti tak sempat pulak kami nak ke airport. So dalam pukul 11 kami dah bergerak balik. Semasa otw nak balik saya baru teringat nak merasa air yang selalu orang cakap tu kalau datang ke korea. Banana Milk..sedap. Tapi nak beli bawak balik malaysia tak boleh sebab luggage dah penuh. Tak apa lah, dapt merasa sikit pun jadik la. Kalau ada rezeki boleh la datang ke sini lagi kan. Dan masa nak balik ni jugak la saya sempat merasa makanan korea yang femes tu. Ttaeboki ke ape ntah nama nye. Masa otw nak bali ke GH tu guide kami tanye nak try makan tak. So saya pun xnak lepaskan peluang tuk memcuba. Sebab kate guide kami, bnda ni diperbuat daripada beras, so boleh la saya makan aslkan bukan dari ikan or makanan laut yang lain...hihihihi. Sedap jugak, rasa kenyal2 dan dah tentu2 pedas....



Ariel semangat main sledding snow

Suke dia.......

2,3 kali dia main benda ni je










My King

Mama pula posing ala2.....
My happy family




Susu pisang. Dah nak balik baru merasa minum

Tteboki ke ape ke nama dia. Lupa mcmane nak eja. Sedap dan pedas

 Kami sampai ke GH dalam pukul 1 lbih. Memandangkan flight kami pukul 4.45 ptg, saya rasa mcm tak sempat je kalo saya nak ke airport naik bus. sebab perjalanan dr GH nak ke airport makan masa dlm 1,2 jam, Dah la nak checkin bagasi lagi, so kami suruh guide kami col van untuk kesana. Memandangkan duit won kami ada lagi, kami naik van je. Selamat jalan tak sesak. Dalam van kami tidur je sampai la ke airport. Sampai di aiport dah nak pukul 3. Hati dah mula risau bila tengok di ruangan kaunter untuk ke malaysia punya la panjang manusia beratur. Tak habis2 saya tengok jam risau masa untuk checkin bagasi tak sempat. Dalam hati tak habis2 berdoa. Sampai rs macam nak potong barisan je. Alhamdulillah dalam pkul 3.45 kami dah sampai ke dpn kaunter. Masa timbang bagasi pulak tengok2 berat bag kami melebihi had. tapi saya tengok pekerja di kaunter tu relax je. Maybe dorang tak kisah sangat kot kalau lebih dalam 2,3 kg. tapi masalahnye berat luggage kami time tu lebih dari 7kg...rasa2....hahaha. Diorg buat tak tahu, saya lagi la buat xtau.

Lepas je settle kami terus bergerak ke checkpoint seterusnya. Punya la laju kami jalan, sebab risau tak sempat sampai ke gate. Akhirnye sampai jugak kami di gate. Sementara menunggu gate bukak, saya ke toilet dulu. Nanti malas dah nak ke toilet bila dah duduk. Keluar je dari toilet, nampak ariel dan suami di depan pintu toilet. Baju ariel penuh dengan darah. Kate suami tiba2 je hidung ariel keluar darah. terkejut jugak la sbb sebelum ni tak pernah2 hidung dia berdarah. Maybe sebab pertukaran cuaca. Tanya dia sakit tak, dia cakap tak sakit. So saya cuci la hidung dia dulu dan suruh dia duduk diam2. Maybe sebab pertukaran cuaca kot. Yelah cuaca kat luar sejuk, Dalam airport ni panas.

Bila gate dah bukak, kami masuk la dalam perut kapal. Tapi seat kami time balik ni tak sama seperti yang kami booking. Padahal saya dah bayar untuk pilih seat, tapi kenapa dapat seat yang asing2 jugak ni. Nak kena AA ni. Geram je rasa. Tapi saya buat taktahu je, terus je duduk dekat2. Tak ada pun sape2 yang datang tuk tukar seat dengan kami, so kami rasa diorg pun ok je kalau saya duduk tempat diorg. Apelah AA ni, orang bayar seat bukan percuma tau. Satu seat RM30. Bayang kan kalau 4 orang. Dah RM180 kami bayar untuk seat je. Alih2 masa nak duduk, seat tak sama seperti yang dah di booking. Fuhhh...membara je masa nak balik tu. Tapi disebabkan time nak balik tu saya pening kepala, so memang tak cakap banyak la. Perjalanan nak balik tu saya banyak tidur. Kena pulak masa nak balik tu Ariel muntah. Tak reti duduk diam. Memang papa dia la yang handle semua. Habis baju seluar semua. Selamat la dia pakai baju 2 lapis. So baju yang luar tu memang habis semua. Pakai baju yang dalam je la. Itu pun selamat la tak kotor.

Lebih kurang 6 jam perjalanan akhirnye kami sampai ke Malaysia. Fuhhh lega...Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 malam. tapi nak tunggu bagasi, mak aii, sampai pukul 12 lebih tak settle2. Punya la lambat. Bagasi suami yang tak jumpa2. Tunggu punya tunggu akhirnye dapat. Nak tahu macmane boleh dapat, Bagasi suami dah tercampur sekali dengan bag2 orang yang balik dari umrah. Saya pun pelik mcmane la boleh bercampur, padahal bag kami yang keluar dulu. Ermmm...dah settle smua kami bergerak balik terus ke Ipoh, Sebab esoknya lepas dah tidur n rehat kejap, kami akan rushing balik ke JB pulak.



***Lepas ni saya akan update cete mengenai Trip saya dan family ke Indonesia pada bulan 5 nanti...tunggu.................

Ahad, 20 Mac 2016

Part 6: Korea (Nami Island)

Korea: Day 3

Hari ketiga kami terbangun lambat pulak, janji semalam nak gerak dalam pukul 9, tapi pukul 10 baru bangun. So dah tersedar kelam kabut la bangun mandi dan bersiap. Tak sempat nak breakfast pun sebab tak sempat. Kami pun tunggu la guide kami kat atas. Rupanye2 nya dia dah bagi whatsapp yang hari ini dia tak dapat bawak kitaorang ke Nami Island. So dia akn gantikan kawan dia untuk bawa kami ke sana. Rupe2nya kawan dia dah ada kat bawah tunggu kami lama. Ada dua orang student lelaki siap tunggu kami di lobby bawah. Lepas kenal kan diri kami pun bergerak menuju ke bus stop yang berdekatan dengan GH. Nak ke nami island ni kena banyak naik transport. Mula2 kami naik bus, lepas tu kami naik train yang mengambil masa lebih kuran 1/2 jam. Lepastu kami naik teksi pulak untuk samapi ke Nami Island. Biaselah kalau dah ikut orang lelaki ni, semua nya cepat je. Kita yang ada nak kecik ni, terkial-kial jugak la. Ikutkan plan asal nak ke Hangang Park dulu, Tapi kata guide kami, risau tak sempat untuk Nami Island kalau kami ke Hangang dulu. Sebab transport last dari Nami pukul 10.00 malam. So kami ke nami dulu. Dalam train kami memang tak dapat tempat duduk sebab seat untuk yang duduk dah habis. Tapi nasib kami baik sebab ada orang yang baik hati bagi saya seat disebab kan saya ada anak kecil. Sebelah saya pula ada geng2 ahjumma. Memang riuh diaorang dalam train tu. Sikit2 dia tengok Ariel, bagi ariel buah, bagi ariel gula, bagi ariel asam dan makanan. Yang makanan lain2 tu saya tak ada la bagi anak saya makan, sebab tak tau status halal nya. Macam buah, gula2 yang biasa kita tengok tu saya bagi la. Makanan yang lain-lain tu saya amik dan pegang dulu. Sebab tak kan nak buang depan2 diaorang kan. So sebelum saya nak turun dia mintak amik gambar dengan dia. So saya pun amik juga la gambar dengan dia menggunakan handphone saya.



Ahjumma nak selfie

Sampai2 saja di nami, saya ikut guide kami untuk beli tiket. Ramai jugak orang hari tu. Tapi masih boleh bernafas lagi la....hahaha. Lepas dah beli tiket, kami berjalan menuju ke feri yang sudah siap menunggu. Tak sampai beberapa minit kami masuk, feri terus bergerak. Perjalanan menaiki feri ke pulau nami megambil masa dalam 10minit je. Tak jauh mana pun. Kami tak duduk di dalam, Kami berdiri di luar feri untuk melihat pemandangan sekeliling. Cantik sungguh, dengan air laut nya dah sedikit membeku. Hari ini salji tak ada turun. Kata guide kami salji jangka turun esok petang. Harap2 ada rezeki kami la nak merasa bermain salji sebelum balik.


Pintu masuk ke Nami Island

Atas feri

Sampai je kami di Pulau Nami Island, kami terus bergambar. Habis tu nak buat apa lagi kan. Bergambar di setiap sudut sambil menikmati permandangan yang cantik2. Ada di sesetengah tempat je yang dah dilitupi ais/salji, ada setengah tempat lagi baru beku2 je. Maybe salji yang turun sebelum ni tak cukup lebat. Or maybw suhu yang ada sekarang ni tak cukup sejuk untuk salji turun...kikikki. Layankan je la gambar2 yang saya amik ni...

Amik kesempatan untuk tulis nama kat sini

Tak dapat nak gantung kunci kat pad lock, gantung kertas jadi la



Rumah ais di Nami Island

Ada disediakan unggun api untuk siapa2 yang nak panaskan badan

Kawan baru ariel




Ariel kalau nampak taman permainan memang tak nak pergi tempat lain dah

Do you wanna build a snowman


Lepas ariel dah puas main dan selesai solat di surau yang ada di Nami Island tu, kami pergi makan di restoran halan yan ada di situ. Tal sure apa nama dia. Tapi restoran tu la tempat kami solat dan juga ada mini library kat dalam tu. Sangat cantik, berwarna warni, banyak kartun2 di tampal di dinding2.


Antara makanan yang kami makan di restoran itu. Semua makanan yang ada sedap2.
Tapi harga jangan cakap la. Setiap 1 set berharga 10,000won (Rm38)
So setiap dari kami amik 1 set, bayangkan la berapa yang kami kena bayar untuk makan tengahari je....hahaha 

Dalam restoran

Banyakkan buku, selamat la dalam bahasa korea
Kalau tak dah lama duduk situ je baca buku


Tempat2 di korea boleh dikatakan semua ada wifi, kat bus stop, Kat station2 bus, train, restoran semua ada. So xde masalah untuk kita nak terus bersosial atau update gambar...hahaha. Lepas je makan kami berjalan lagi sampai la ke hujung pulau. Amik gambar balik sampai tak sedar dah pukul 3 lebih. Mane tak nye, kiri kanan pemandangan semua cantik2. Tu yang sampai tak sedar jam dah pukul 3 lebih. So memang tak sempat la nak ke hangang park kalau macamni. Sebab tempat tu tutup pukul 5. Tapi guide kami cakap dia kan cuba ke sana kalau sempat. So dah settle amik gambar kami bergerak balik ke feri.













Seronoknya berada di nami island. Macam tak percaya dah sampai sini. Selalu tengok dalam tv je kan. Rasa macam tak nak balik je. Tapi nak buat macamane. Insyaallah kalau ada rezeki boleh la pergi sini lagi. So kami sampai ke station train pun dah pukul 4 lebih. perjalanan nak ke hangang park dah 1/2 jam, Memang conform tak sempat. So kami mengajak guide kami pergi ke Namdaemun balik. Nak mencari ape yang patut lagi sebelum nak balik ni. So guide kami ok je. Dan kami pun bergerak la ke Namdaemun. Dan terus lajak ke myeongdong sekali lagi. Kali ni bukan saya yang bershopping, Orang lelaki yang beria berbelanja sakan hari ini.


Dah nak balik baru perasan barang2 k-pop ni. Tapi tak berhenti
pun sebab masing2 dah laju berjalan. Ngan ariel dah buat perangai.
So memang nak cepat je balik.





Beli sweater untuk ayah dan suami



Tengok diorang yang lebih bershopping hari ni.


Dimana-mana ada je Nature Republic



Sabtu, 19 Mac 2016

Part 3: Korea (Myeongdong)

Korea: day 1.


Setibanya kami di incheon airport, kami disambut oleh wakil guide kami. Namenye Rachel. Rachel ni orang sabah. Dia menggantikan guide kami Munirah tuk hari ini. So 1st day ni kami akan dibawa ke myeongdong dulu. Tp sblm tu kami akan ke guesthouse dulu tuk letak beg dan checkin. 1st day sampai negara musim sejuk ni kejakunan terserlah la..hahaha. Ape tak nye bila mulut berasap bila bercakap..hahaha. Siap nak amik gambar lagi bila mulut berasap tu...hahaha. Aduii lawak btl. Nak ke guesthouse kami menaiki airport bus. Kata guide kami, kami ada 2 pilihan. Samada nak naik airport bus ataupun van. Kalo airport bus dalam 15,000won (rm57) seorang untuk dewasa, untuk kanak-kanak 8,000won je. Kalau van 70,000won (rm266.00)satu van. Kalau naik van, van akan hantar sampai depan guesthouse. Tapi kalau naik bus, kita akan menapak dalam 10 minit untuk ke guesthouse. Kalau ada kat korea ni sila jgn convert ek. Kalo convert nanti , rasa tak nak keluar kan duit je...hahaha. So fikir punye fikir kami decide nak naik bus je la, walaupun kena berjalan jugak dalam 10 minit tuk ke guesthouse. Takpe la, kami ada byk hari lagi disini, risau habiskan duit kat transport, bnda lain tak boleh nak beli plk kn. Masa saya ke korea tempoh hari,kadar matawang kita lebih kurang Rm1 = 3.80 (1,000won=Rm3.80) Mahal kan...







Tempat untuk claim bagasi

Dah settle checkin dan bayar balance duit, kami pun letakkan beg dan terus keluar balik. So kami akan terus ke myeongdong. Kat cni pukul 5 lbih dah gelap dah. Masa kami bergerak ke myeongdong pun hari dah gelap, musim sejuk kata guide kami, waktu siang di korea singkat. Nak ke myeongdong kami naik public bus je, jangan tanye saya, saya naik bus ape. Sbb saya langsung xtau bus no berapa yg kami naik. Bila guide ckp kena naik bus ni, kami pun ikut je la naik. Mula2 memang semangat nak amik note bagai, tapi disebabkan dah sejuk, terus tak jadik.   Arini kami dah start pakai t-money, tuk anak saya ariel, 4 tahun tak payah pakai t-money diorg ckp. So kami ke myeongdong mlm tu naik bus.

(Myeongdong)
Myeongdong is a cosmetic heaven. Kat sini kita boleh jumpa banyak brand2 yang femes2. Tony moly, nature republic, inisfree, etude, mcm2 lg la. Really cheap cosmetic/mask/face wash. Kat sini jugak you can find almost everything there. Pakaian diaorang very fashionable dan trendy. Because it is a winter, so i didnt spend a lot on shopping. Focus utama saya nak cari brg2 dr jenama nature republic. So mmg byk kedai nature republic kat sna, lebih dr 3 kedai. So bl lalu tgk ada promosi, so sy pun masuk. Bila kita masuk, dia akan bagi kita satu bakul. Dalam bakul tu akan ada satu sampel gift tuk kita. Kalo kita beli brg nt, dapat la gift tu. Kalo xbeli, xdpt la...slalunye gift yg diorg letak dlm tu adalah masker. So ms sy pegi, ada promosi 4 paket masker 6,500won (rm24.**). Ok lh kan sebab dalam 1 paket tu ada 10pcs masker. So dgn hrga tu saya dapt 40pcs masker. Berbaloi la jgk. Saya mmg borong habis masker tu tuk bagi souvenir kat kawan2 dan adik beradik. Husband saya pun tak ketinggalaan nak beli masker jgk. Jgn main2, masker k-pop dia beli..hahaha. Selain dr masker, saya beli jgk pelembap,lipstik dr brand yg sma. Masa nak byr tu nanti anda akan dpt gift jgk juga lagi tau. Mcm saya, siap dapat shampoo, hair treatment, bb cream, toner dan face tissue tau. Punye la byk gift yg diorg bg. Salah satu cara tuk tarik pelanggan kot kan.


Nak bergerak ke Myeongdong. Dah gelap padahal baru pukul 5 lebih

Salah satu kedai yang popular di Myeongdong



Kucing ni memang selalu ada kat sini. Nak mempromosi kedai agaknya


Handbag..boleh tahan juga harga kat sini

So dh settle beli brg, kami dibawa makan ke kedai yg popular dgn nasi goreng seafood.. mmg ramai org dlm tu, tp jgn risau, org korea mkn cpt. Sekejap je diorg makan, cpt la kami dpt dduk. So guide kami suggest kn kami kami nasi goreng seafood dan pancake. Satu hidangan tambah dengan pancake 37,000won (Rm140.**). Memang sedap, berbaloi makan walaupun bila di convert satu hidangan tu dkt seratus lebih.wuuuaaaaaa. Beria ckp jgn convert kan, tp diri sndri, stiap kali nk beli brg msti nk covert dlu...hahaha. Tak pernah2 setiap kali makan kena beratus2. Settle mkn kami pun bergerak balik. Arini ariel buat hal plk nak mainan, asyik menangis je selagi xdpt. Bukan tak nak bagi, mainan robot yg kecik pun dh dekat hrga rm50. Pujuk punya pujuk beli la benda lain tuk dia. Fuhhh..sabar je la. Nak balik pun buat perangai nak berdukung je. Sampai je GH, terus tukar baju dan zzzzzzz Penat dan sakit kaki sebab dukung budak sorang ni. Esok pkul 9 pagi guide kami cakap dah nk gerak ke tempat seterusnye..so memang nak kena tidur awal.......

Tunggu turn nak dapatkan tempat
Suasana dalam kedai makan

Berselera Ariel makan time sejuk-sejuk ni.

Guide kami, Rachel berasal dari Sabah



Muka orang tak sabar nak makan

Nasi Goreng Seafood & Pancake.
Sedap sangat-sangat. Tak tipu

Ni budaknya, nak berdukung pulak. Tak larat jalan katanya