Memaparkan catatan dengan label #korea murah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #korea murah. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2016

Part 4: Korea (Gyeongbok Palace & Cheongstream)

Korea: Day 2.



Gyeongbok Palace:
Ikut itenerary asal arini spatutnya kami ke nami island dan sewaktu dgnnye. Tapi disebabkan ari yg sepatutnye nk ke gyeongbok palace tu tmpat tu tutup, so guide kami tukar plan asal. Arini kami akan ke gyeongbok dan esok akan ke nami. Tak kisah mane2 pun asalkan semua tmpat tu dpt pergi. So arini kami kena laju ckit la sbb arini byk tempat nk terjah. Mcm biase jangan tanye saya, saya naik bus no berapa dan naik train dr mane, sbb saya mmg xtau dan tak ingat..hahaha. Yg saya ingat mula2 dr GH kami jalan kaki nak ke train. Pastu turun naik train sampai lah kami ke gyeongbok palace tu. Besar sangat kawasanya...saya tak sempat nak explore sampai ke dlm pun sbb besar sgt. Tak sempat jugak nak tgk kawad yg mcm sblm2 ni yg org ckp tu. Kami cuma sempat pakai baju pahlawan yg ada kat ctu je. Tu pun limit tuk 2 org dan diorg bg masa 15 minit je. Ikut kan hati xnk pakai, tp bila fikir lepas ni xsempat nak pakai, so saya dan suami pakai la jugak. Sian ariel xmerasa nak pakai, sbb baju budak2 xde disediakan kat cni. Dh habis masa, kami bergerak ke cheongstream.


Punya ramai manusia pagi-pagi ni nak naik train

Di train station menuju ke Gyeongbok Palace




Dua orang je dapat pakai baju ni





 




  Cheongstream:
Dari gyeongbok tu nak ke cheongstream ni tak la berapa jauh. Tapi disebakan kena dukung budak kecik sorang ni, tu yang jadik agak penat. nk berjalan kaki. Kalo single xbwk ank xpe. Ni bwk ank pastu buat prangai xnk bjln plk, tu yg pnt tu. Bergilir2 la ngn husband dukung dia. Sepajang jln nk ke cheongstream tu, kami melalui kedutaan amerika syarikat. Kate guide kami, mmg stiap hari mcmni, berpuluh2 polis akan berkawal kat luar kedutaan ni. Siap ada yg duduk dlm kereta, dalam bus. Br je nk amik gbr, tp guide kami ckp kat cni xblh nk amik gmbr. Fuhh..slmt.kalo x mau hp kena rampas agknye...so bjln dlm 15,20 mnit, sampi lh kami ke tmpat yg dituju. Wah teruja tgk sbb tmpat nye cantik sgt. Nyaman je tgk. So amik kesempatan ni tuk bgambar. Diorg xnak biar kan....hahaha.
Xlh nk stay lame2 kat ctu sebab cuaca sejuk sgt. Ariel dh mrengek xthan sjuk. Pocket warmer lupa nak beli. So guide kami tolong belikan. Dia belikan pocket warmer yang jenis genggam di tangan. Makin lama pegang, makin panas. Tapi nampaknya macam tak berkesan untuk Ariel, so nak kena crik pocket warmer yg jnis tampal kat baju tu. Sbb yg jnis pgang tu dah xrase pape. So sementara guide kami pegi cari pocket warmer kami duduk minum dulu di cafe yg bdekatan. Sejuk2 ni mnum coffee nikmatnye. Dlm cafe ni baru lh ariel ceria ckit. Bukak2 je glove dia, tgk2 tgn dh merah mcm kena panggang agknye sejuk sgt kot dia xthan. Sian ank mama. Patut lah meragam. Dlm cafe tu panas sikit sebab ada heater so ceria la dia smbil minum coffee. Pas dh dpt crik pocket warmer tu saya tampal kat baju dia n start jln semula. Next destination kami ke itaewon dlu untuk solat dan makan pastu akan ke namdaemun dan ke namson tower.


Bergambar dulu sebelum sampai ke cheongstream





Adui la anak mama...kat sini pun nak berdukung



Berlatar belakang kan Cafe
Toms N Toms Coffee
Sian anak mama, sejuk...

Dah kena coffee panas baru la Ariel ok sikit

Sabtu, 19 Mac 2016

Part 3: Korea (Myeongdong)

Korea: day 1.


Setibanya kami di incheon airport, kami disambut oleh wakil guide kami. Namenye Rachel. Rachel ni orang sabah. Dia menggantikan guide kami Munirah tuk hari ini. So 1st day ni kami akan dibawa ke myeongdong dulu. Tp sblm tu kami akan ke guesthouse dulu tuk letak beg dan checkin. 1st day sampai negara musim sejuk ni kejakunan terserlah la..hahaha. Ape tak nye bila mulut berasap bila bercakap..hahaha. Siap nak amik gambar lagi bila mulut berasap tu...hahaha. Aduii lawak btl. Nak ke guesthouse kami menaiki airport bus. Kata guide kami, kami ada 2 pilihan. Samada nak naik airport bus ataupun van. Kalo airport bus dalam 15,000won (rm57) seorang untuk dewasa, untuk kanak-kanak 8,000won je. Kalau van 70,000won (rm266.00)satu van. Kalau naik van, van akan hantar sampai depan guesthouse. Tapi kalau naik bus, kita akan menapak dalam 10 minit untuk ke guesthouse. Kalau ada kat korea ni sila jgn convert ek. Kalo convert nanti , rasa tak nak keluar kan duit je...hahaha. So fikir punye fikir kami decide nak naik bus je la, walaupun kena berjalan jugak dalam 10 minit tuk ke guesthouse. Takpe la, kami ada byk hari lagi disini, risau habiskan duit kat transport, bnda lain tak boleh nak beli plk kn. Masa saya ke korea tempoh hari,kadar matawang kita lebih kurang Rm1 = 3.80 (1,000won=Rm3.80) Mahal kan...







Tempat untuk claim bagasi

Dah settle checkin dan bayar balance duit, kami pun letakkan beg dan terus keluar balik. So kami akan terus ke myeongdong. Kat cni pukul 5 lbih dah gelap dah. Masa kami bergerak ke myeongdong pun hari dah gelap, musim sejuk kata guide kami, waktu siang di korea singkat. Nak ke myeongdong kami naik public bus je, jangan tanye saya, saya naik bus ape. Sbb saya langsung xtau bus no berapa yg kami naik. Bila guide ckp kena naik bus ni, kami pun ikut je la naik. Mula2 memang semangat nak amik note bagai, tapi disebabkan dah sejuk, terus tak jadik.   Arini kami dah start pakai t-money, tuk anak saya ariel, 4 tahun tak payah pakai t-money diorg ckp. So kami ke myeongdong mlm tu naik bus.

(Myeongdong)
Myeongdong is a cosmetic heaven. Kat sini kita boleh jumpa banyak brand2 yang femes2. Tony moly, nature republic, inisfree, etude, mcm2 lg la. Really cheap cosmetic/mask/face wash. Kat sini jugak you can find almost everything there. Pakaian diaorang very fashionable dan trendy. Because it is a winter, so i didnt spend a lot on shopping. Focus utama saya nak cari brg2 dr jenama nature republic. So mmg byk kedai nature republic kat sna, lebih dr 3 kedai. So bl lalu tgk ada promosi, so sy pun masuk. Bila kita masuk, dia akan bagi kita satu bakul. Dalam bakul tu akan ada satu sampel gift tuk kita. Kalo kita beli brg nt, dapat la gift tu. Kalo xbeli, xdpt la...slalunye gift yg diorg letak dlm tu adalah masker. So ms sy pegi, ada promosi 4 paket masker 6,500won (rm24.**). Ok lh kan sebab dalam 1 paket tu ada 10pcs masker. So dgn hrga tu saya dapt 40pcs masker. Berbaloi la jgk. Saya mmg borong habis masker tu tuk bagi souvenir kat kawan2 dan adik beradik. Husband saya pun tak ketinggalaan nak beli masker jgk. Jgn main2, masker k-pop dia beli..hahaha. Selain dr masker, saya beli jgk pelembap,lipstik dr brand yg sma. Masa nak byr tu nanti anda akan dpt gift jgk juga lagi tau. Mcm saya, siap dapat shampoo, hair treatment, bb cream, toner dan face tissue tau. Punye la byk gift yg diorg bg. Salah satu cara tuk tarik pelanggan kot kan.


Nak bergerak ke Myeongdong. Dah gelap padahal baru pukul 5 lebih

Salah satu kedai yang popular di Myeongdong



Kucing ni memang selalu ada kat sini. Nak mempromosi kedai agaknya


Handbag..boleh tahan juga harga kat sini

So dh settle beli brg, kami dibawa makan ke kedai yg popular dgn nasi goreng seafood.. mmg ramai org dlm tu, tp jgn risau, org korea mkn cpt. Sekejap je diorg makan, cpt la kami dpt dduk. So guide kami suggest kn kami kami nasi goreng seafood dan pancake. Satu hidangan tambah dengan pancake 37,000won (Rm140.**). Memang sedap, berbaloi makan walaupun bila di convert satu hidangan tu dkt seratus lebih.wuuuaaaaaa. Beria ckp jgn convert kan, tp diri sndri, stiap kali nk beli brg msti nk covert dlu...hahaha. Tak pernah2 setiap kali makan kena beratus2. Settle mkn kami pun bergerak balik. Arini ariel buat hal plk nak mainan, asyik menangis je selagi xdpt. Bukan tak nak bagi, mainan robot yg kecik pun dh dekat hrga rm50. Pujuk punya pujuk beli la benda lain tuk dia. Fuhhh..sabar je la. Nak balik pun buat perangai nak berdukung je. Sampai je GH, terus tukar baju dan zzzzzzz Penat dan sakit kaki sebab dukung budak sorang ni. Esok pkul 9 pagi guide kami cakap dah nk gerak ke tempat seterusnye..so memang nak kena tidur awal.......

Tunggu turn nak dapatkan tempat
Suasana dalam kedai makan

Berselera Ariel makan time sejuk-sejuk ni.

Guide kami, Rachel berasal dari Sabah



Muka orang tak sabar nak makan

Nasi Goreng Seafood & Pancake.
Sedap sangat-sangat. Tak tipu

Ni budaknya, nak berdukung pulak. Tak larat jalan katanya













Part 2: Korea

Kami punya flight ke korea pukul 7.45a.m (27 dec 20016). So saya dari ipoh bergerak ke klia2 selepas isyak 26 december tu. Saja gerak awal2 sebab risau jalan jammed. Lagipun kami tak tahu lagi lokasi klia2 tu dimana, so lbih baik kami bergerak awal kan. Selepas isyak kami bergerak perlahan2 menuju ke kl. So dlm pjlaan fikir jgk samada nak letakkan kereta dimana. Plan asal nk tinggalkan di parking klia2, tp memandang kan hrga parking mhal so kami decide tuk letak kereta di rumah kawan adik lelaki saya di Labu. Alhamdulillah kawan adik lelaki tu pulak berbesar hati nak hantar kami ke klia2 dan menjemput kami balik jugak nanti di klia2 tu. Sembang punye sembang, rupenye kawan adik lelaki saya tu bekerja di klia2 jugk. So selok belok klia2 tu dia tau la sedikit sebayak. So mmg memudahkan kami. Sbb seriusly saya belum pnh lagi jejakkan kaki di klia2 ni. Di Lcct dulu pnh la. Sbb dgr cete dr kwn2 yg kla2 ni besar, risau sesat atau risau tertinggal flight. So dgn adanye kawan adik saya ni, memudahkan kami. Kami sampai ke rumah dia dalam pukul 12 mlm. Sesat mencari rumah tak junpe. Plan asal nak terus ke klia2,sbb risau trlambat checkin bag. tapi kate kwn adik saya ni, awl lagi, pukul 3, or 3 lbih nt pn blh checkin bagasi katenye, so kami dgr je la. So masa yg ada ni dia ajak pulak ktorg minum. Nak minum ape tngah2 mlm ni, dia ajak ktorg lepak kat mamak, hahaha. Aku xjoin pun, aku tdo dlm kete ngn anak, biar diorg yg lelaki je la borak2 kat ctu. So dalam pkul 3 kami gerak ke klia2, dan 3.15 kami sampai di klia2. Dekat je rupenye dr rmh kwn adik lelaki aku ni. So lpas dh turun kan beg smua, si A ni tnjukkan kan kat mane nak masuk dan checkn bag smua, pastu dia bgerak balik. Skrg ni blh checkin bag di mane2 je kaunter. Tp ada jgk la tulis utk ke international, ke korea kaunter a-d. So kita blh la pegi mane2 kaunter yg dia tulis di board td. Lepas dh checkin bag, dah rasa lega.


Untuk ke Korea kami kena checkin bag di kaunter V8-V10.
So kami pergi kekaunter V8 je la.


Laluan nak ke gate


So kami berjalan menuju ke imegresen. Check pasport smua so kami ke next checkpoint. Ingat kan dh lepas check pasport, dah xde pape dh, kami ni beria la tunggu kat satu tmpat yg mmg ada ramai org duduk. Sbb tgk kat board tu gate tuk ke korea xbkk lagi, kami ingtkn kat ctu la tmpat nak tunggu. Rupenye kami silap. Terperasan bila tgk ada ramai org turun escalator ke bawah, so saya pun saja2 la jenguk ke bawah, baru terperasan ada tulis board yg tulis no gate di bawah..hahaha. Cpt2 sy bgtau hsband n adik tuk turun bawah. Turun je dr escalator tu kami ikut no yg signboard arah tuk no gate kami, rupenye ada lagi yg kena kami tempuh. Selamat la cpt sedar, kalo x, xtau la nk cakap ape. 

Laluan gate yang ada di tingkat bawah

Lepas berjalan dalam 10 minit rsnye, baru jumpe checkoint pemeriksaan kastam....pttlh la rsa lain je dr td, sbb blm buat pemeriksaan kastam, yg kat atas tadi scan badan kata imegresen je. Dh check smua kena bjln lagi, aduiii, lenguh kaki nak berjalan. Slmt la spanjang2 laluan nk ke gate masing2 tu ada bayak toillet n surau, so xde la risau sgt. So smpi je kat gate, pintu gate nye blm bkk, so kami relax2 dlu kat kerusi yg ada kat ctu. Makan minum semua sblm nk blepas. Makanan mcm biase lh, dh namanye airport dh tntu2 la hrga nye mahal. Saya beli air kosong yg dh siap dlm bekas, dengan satu bekas nasi lemak je dah Rm28. Kami makan sebelum msuk dalam perut kapal trbang. Dlm flight nanti saya boleh tdo je, kalao tdo terase skjap je sampai...hahaha. Sebelum nak sampai tu, pramugari akan bagi 2 borang tuk isi ye. Borang declaration from namanye. So nanti kena isi la msa sampai sana. Isi details diri kita je, dan jangan lupa isikan lengkap address tmpat kita nak dduk di korea nanti. Nanti jadik mcm kes suami saya, saya punya form juz isi seoul je, elok je lepas. Suami dan adik saya tak lepas, dh la ckp pun bahasa dia, kita mana lah faham. Yg faham dia ckp address je. So saya agak msti dia nk full address tmpat kami stay nt. So saya pun tlg la tulis kat form adik ngn suami saya tu. Korea ni canggih ckit, utrun je dari flight, kena berjalan kaki sikit pastu kita akan naik train utk claim bagasi. Canggih btl. So dh settle smua kami pun ke pintu keluar tu jumpa ngn guide kami.



Dah lapar...makan dulu

Huhuhu...Rm28 untuk nasi lemak dan air...wuaaaaaa





Part 3: Korea
Part 4: Korea (Gyeongbok Palace)
Part 5: Korea (Itaewon, Namdaemun, Namson Tower)
Part 6: Korea (Nami Island)
Part 7: Korea (Hangang Park) Last