Memaparkan catatan dengan label #tour guide di korea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #tour guide di korea. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mac 2016

Part 5: Korea (Itaewon, Namdaemun, Namson Tower)

Itaewon:
Di itaewon saya mencari money changer. Selamat la diorg terima duit malaysia. Kate guide kami, sebelum ni dia bwk pelancung dr msia untuk tukar duit, diorang tak terima. Selamat masa saya tukar diorang terima. Mungkin nilai matawang kita sgt rendah so tak bernilai pada mereka..sedih dgr....lepas tukar duit kami ke masjid yg satu2 ye ada di seoul. Rasa terharu sangat, sebab kat sini pun ada jugak masjid walaupun majoriti yg ada kat sini bukannye org islam. Masjid kat cni pun canggih lampu di ruang solat dia akan terbuka sendri bila ada org masuk. Mungkin dia pakai sensor. Bila org terakhir keluar je dari ruang solat lampu automatik terpadam. Canggih kn, blh jimatkan elektrik mcmtu. Lepas dah solat kami menuju ke kedai kebab. Kedaiye kecik je, tp ramai jgk yg mk kat dlm tu. Harga jgn ckp la. Mcm yg saya pernah bgtau hrga jgn converrt.hahaha. Kami beli 1 set kebab je share 4 org. 1 set tu pn ada 1 kebab ayam 1 kebab nasik, 2 air n 1 fries. Ok lh beli 1 set sbb kebab nye pn bsar.tu pn xhbs mkn.

Bergambar di luar kawasam masjd
Laluan untuk ke kedai kebab


Laluan di itaewon sedikit sunyi
Dah sampai di kedai kebab


Satu set ni pun dah 15,000won (dekat RM 70.**)
Jangan convert ye...hahaha


Lepas makan kami bergerak ke Namdaemun. Di sebab kan awal lagi, so guide kami cadangkan untuk ke Namdaemun dulu, kemudian baru bergerak ke Namson Tower. Sebab pemandangan di Namson Tower cantik pada waktu malam. So kami ikut je.




Tempat menunggu bus untuk ke Namdaemun



Namdaemun:
Pergh....boleh juling mata kalo sshoping kat cni. Kalo nak dtg cni, kena dtg sblm pkul 5 ek. Sbb kedai2 kat dalam ni akan tutup pukul 5ptg. Kedai2 yg kat luar pulak akan tutup pkul 7 mlm. Lepas satu2 kedai guide kami bawa. Dia bawa kami ke kedai yg dia biase bawa pelancung dari Malaysia. So peniaga kat ctu dh knl dia. Mula2 kami ke kedai jual gelang2 tgn manik dan pearl. Menguji keimaan bila tgk smua cantik2. Seutas gelang hrga 6000won (rm23.**). Semua harga sama. Saya tak beli banyak pun sbb target utama saya nk beli souvenir ngan brocch je. Saya beli je la seutas gelang buat kenangaan. Pastu saya beralih ke kedai brooch. 1 broch dijual dgn harga 2000won. Saya beli 10pcs brooch dan dapat 1 brooch percuma. Mmg lawa2 brooch yg ada kat situ. Rambang mata xtau nak pilih yg mane 1. Brooch2 yg diorg jual smua diorg buat sndiri, diorg buat kat ctu jgk. So masa kita beli tu, kita boleh tgk cara diorg buat broch. Ahjuhma ni siap bagi saya name card lg. Elok jugak, manetau kot2 nt teringin nk jual brooch on9 ke kan, boleh col ahjhma ni..hihihi.

Lepas dh beli brooch, kami ke brg2 souvenir. Punyelh byk pilihan. Peniaga ni dh biase ngn guide kami sbb dia nmpk guide kami dr jauh lagi dia dah panggil name. Peniaga ni dia pndai ckp melayu walaupun kita dgr agak kelakar ckt. Tp xpelh aslkn blh faham. Onni panggilan tuk peniaga tu. Kebanyakkan brg yg ada disitu berharga 5000won. So mcm biase keychain, fridge magnet, pen korea, lapik cawan korea, sudu korea, ketip kuku korea semua kami beli. Xtau la berapa yg kami habiskn disitu. Sambil2 kami memilih brg, onni ni hidangkn kami air yakult sorang sebotol. Siap bukak tv lagi suruh anak saya tgk cartoon. Kebetulan ms dia bkk tv tu cete robocar poli, mmg favourite ariel la. So ariell duduk diam2 kat ctu tgk tv, mama ngn papa nk carik brg...hahahaa. Lepas dh habis membeli, kami pun request nk amik gambar buat kenangan.

Onni yang peramah. Baru perasan sambil ambil gambar sambil dia promote
barang dia kat tangan tu. Sabar je la...hahaha


Dh settle kami ke bahagian luar kedai tuk crik tshirt I love korea, Running Man. Standard harga 10,000won 3 helai baju. So mmg memborong tshirt je aritu. Nk beli tuk kwn2, adik beradik, tuk dri sndiri lg. Tak terfkir pulak lepas ni kami akan ke namson....hahaha. Dah lepas bayar baru teringat. Nak buat mcmane, mengankut jgk la brg2 tu mendaki ke namson tower. Selamat masing2 bwk backpack, so sumbat je la dlm beg selagi muat. Sakit2 jgk la bahu mgangkatnye.


Dimana-mana saja ada produk Nature Republic

I Love Korea 3pcs 10,000won

Geram tengok baju-baju tidur ni

Tambah kapsyen



Namsom tower:
Nak ke cni kami naik bus. Tengok macam dekat, tapi jauh. Patut lah bus yg kami naik berpusing2. Naik pening dibuatnya. Adik lelaki saya sampai muntah la. Mane taknye, bus yg kami naik laju betul, nak berhenti pun mengejut2. Mane xpning kpala. Sampai je kat kawasan bus berhenti tu, kami rest sekejap. Xlarat nk jln naik ke atas. Adik lelaki saya ke toilet dulu, nk membuang ape yg ada dlm mulut....hahaha. Bila masing2 dh ok, kami bergerak naik keatas berjalan kaki. Sbb bus xblh naik smpi ke ats. So layan kan gambar2 yang ada. Gambar Ariel tak banyak sebab sampai sana dia tak nak bergambar pulak.

Cantikkan view kat belakang tu





Fefeling gitu...hihi

Anak pelik je tengok mama papa tak habis2 bergambar





Seoul's Tower, you can see the whole Seoul from here. Seoul tower ni adalah favourite place for korean couple to ''Lock'' up their love. Kat padlock tu nanti diaorang akan tulis la kata-kata cinta, janji-jani manis memasing. Dah settle, kunci tu diaorang akan buang jauh2. Konon2 cinta tersimpul rapi gitu. So nasihat saya, pada forever alone dont come to this place please.....hihihihi

Sabtu, 28 Jun 2014

Tour Guide di Korea

Fuhhh...payah jugak nak cari pakej untuk pergi ke korea ni kan. Macam-macam pakej dah cari tapi semuanya terasa mahal dihati......hihihi. Al-maklumlah budget ciput je, tapi ada hati nak pergi sana kan. So saya nak tanya kot-kot, sapa-sapa tau kalau saya nak upah tour guide saja di korea tu nanti. Banyak dah yang saya email dan pm dia facebook, tapi tak ada yang reply2 pun....kalau boleh saya nak tau bayaran untuk khidmat tour guide sepanjang (4h 3m) dan bayaran penginapan sahaja. Yang lain-lain seperti transport, makan, entrence fee semua tu kami akan bayar kat sana je la kalau kami teringin nak pergi. Tour guide tu juz tolong bawakkan je....contoh macamni kat bawah ni la. Saya ada jumpe di satu blog, dia menyediakan khidmat ni....saya dah email tapi sampai sekarang tak reply2...so kalau ada student2 lain yang boleh buat khidmat macamni, please email saya ye: efy_yatie@yahoo.com.my

***Nak pergi musim winter

Contoh:

PENGINAPAN (GUESTHOUSE/MOTEL)
sy akan booking kn utk anda....bile smpai sane,anda bayar sndiri...pnginapan yg di cari ade la paling brpatutan...anda mmpu utk mmbayarnye....

MAKAN/MINUM
sy akan tnjukkn mkanan ape yg boleh di mkn...trutama skali msti la halal...nk lebih jimat lg...anda bawak la maggi cup leh mkn bile kt hotel nnti...

TRANSPOT/SUBWAY (TRAIN)
sy akan tnjukkn jgak mcmaner cara nk menaiki subway....cara utk beli T MONEY....dan sy akan tunjukkan kemana shj anda ingin pergi....

ENTREE FEE/TMPAT MASUK BRBAYAR
yg ini trpulang pada anda utk bayar atau pn just nk ambik gmbar shj....ini semua trpulang pd anda...klu anda rase tk perlu masuk....tkyah la masuk.....

Dgn cara ini anda boleh mnjimatkn wang anda....anda rancang sendiri prjalanan anda disana....dan sy hnye akan mmbawa ke mana shj tempat yg anda ingin pergi....

*** Kalau harga berpatutan insyaallah ramai yang akan pergi trip ni.