Jumaat, 21 Februari 2014

~Amalan Sunnah Sebaik Sahaja Anak Dilahirkan~

Sebaik sahaja anak dilahirkan, Islam menggalakkan umatnya melakukan beberapa amalan sunnah. Berikut adalah amalan tersebut:


  • Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi. Lebih elok menghadap ke arah kiblat. Ini bertujuan agar kalimah Tauhid dan asma Allah menjadi pendengaran pertama untuk anak yang dilahirkan itu.
  • Sunat membacakan doa taawuz di telinga kanan bayi itu seperti ini: ''Ya Allah, aku pohonkan perlindunganMu atas anak ini dan zuriat keturunannya daripada tipudaya syaitan.''
  • Sunat mengucapkan tahniah dan mendoakan degan doa yang baik apabila mendengar khabar anak itu dilahirkan. Umpamanya doa seperti berikut: ''semoga Allah memberkati kurnianya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekilah masa depannya.'' Bahkan disunatkan juga mendoakan orang yang membawa khabar baik mengenai kelahiran bayi itu seperti ini: ''Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi berkat ke atas engkau.''
  • Mentahnik bayi memberikan manisan seperti buah tamar yang dilumat kemudian disuapkan ke mulut bayi tersebut. Sebaiknya dilakukan orang yang lebih alim. Kemudian didoakan keberkatan ke atasnya di sesetengah tempat, diadakan kenduri dan membaca marhaban untuk upacara mentahnik ini.
  • Mencukur kepada biasanya pada hari ketujuh selepas lahirnya bayi itu. Rambut yang dicukurnya itu kemudian ditimbang dengan timbangan perak untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
  • Dihukumkan sunat muakkad menyembelih aqiqah untuk anak agar binatang korban itu akan menjadi pengangkutan baginya di akhirat nanti. Untuk anak lelaki dua ekor kambing, anak perempua seekor kambing.
  • Memberikan nama yang baik kepada anak.
  • Mengkhitankan anak.





*panduan ibu mengandung & adab menyambut cahaya mata - Berlian publications sdn bhd

~Solat Sunat Taubat~

Solat sunat Taubat disyariatkan bagi mereka yang menginsafi akan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan dan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada jalan kebenaran. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila timbul kesedaran bagi mereka yang berdosa, diikuti dengan lafaz istigfar dan doa memohon keampunan kepada Allah. Tiada had rakaat, memadai setiap dua rakaat dengan satu salam.

a) Lafaz niat:

Ertinya: ''Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah ta'ala.''


b) Pada rakaat pertama dibaca surah al-fatihah diikuti surah al-Kafirun


c) Pada rakaat kedua dibaca surah al-fatihah diikuti surah al-Ikhlas


d) Setelah salam, hendaklah memperbanyakkan istighfar memohon keampunan dari Allah seperti berikut:


Ertinya: ''Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agong yang tiada tuhan lain melainkan Dia yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya.''





*Pedoman solat-solat sunat beserta zikir & doa ringkas (Pustaka Al-Ehsan)

~Susu Ibu~

Disini saya sertakan tips untuk mummy2 sekalian. Susu ibu hak anak kita tau!


1- Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.

2- Letak target jangka masa panjang (2 tahun).

3- Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.

4- Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.

5- Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.

6- Dapatkan alat kelengkapan menegpam susu.

7- Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.

8- Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada 
hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').

9- Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).

10- Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap.

11- Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.

12- Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.

13- Elakkan stress di tempat kerja

14- Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.

15- Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.

16- Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.

17- Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.

Selasa, 18 Februari 2014

~Anak berhenti menyusu~

Alhamdullilah anak saya fazriel genap umur 2 tahun berhenti menyusu. Senang sangat nak berhenti kan dia dari menyusu. Genap usia dia 2 tahun, saya dah cuba nak berhentikan dia slow-slow. Pada awalnya saya menyusukan dia sekali sehari. Itu pun masa dia nak tido je. Time siang saya banyak bagi dia air masak, air susu dutch lady atau pun solivite. Bila dia kurang menyusu, time siang memang susah dia nak tido. Selera makan pun kurang. Tp lepas je magrib dia akan merengek nak tido. Time tu je la saya akan menyusukan dia. Tido la dia sampai pagi esoknye...

Hari kedua saya cuba cara lain. Saya letakkan sirap pada *** saya. Bila dia nak menyusu dia tengok merah je terus dia tak jadi nak menyusu. Alhamdulillah percubaan kali kedua berjaya sebab dia tak menyusu langsung.

Masuk hari yang ketiga, pagi-pagi lagi dia nak menyusu. So saya cari ikhtiar lain dengan menggantikan sirap dengan nescafe. Pada mulanya dia takut. Tapi agaknya sebab nak jugak susu, terus dia hisap. Disebabkan nescafe tu pahit, terus dia tak menyusu. Dia mintak ais kosong pada saya.

Macamtu la hari yang seterusnya, bila dia nak menyusu cepat-cepat saya letakkan serbuk nescafe. Bila dia nampak terus tak jadi. Lepas dua minggu dia dah tak menyusu, saya cuba bagi dia menyusu balik. Dia tak nak langsung. Siap buat muka geli lagi. Alhamdulillah saya rasa senang sangat nak berhentikan dia menyusu. Terima kasih Allah kerana memudahkan.

Mula2 dulu selalu fikir macamana la nanti cara nak berhentikan ariel dari menyusu. Alhandulillah sekarang saya berjaya.

Khamis, 13 Februari 2014

Clearance stok (Maxi Dress)

Ada sesiapa yang bermiat dengan maxi dress. Ada tinggal beberapa helai saja lagi. Berminat boleh terus sms/whatsapp 017-7999480. Murah...murah...murah....




 Available color:
Pink
Grey
Green
Orange

Available color:
Red
Dark Purple

Selasa, 11 Februari 2014

Akhlak suami terhadap isteri yang hamil

Sebagai seorang suami pula, kaum lelaki mestilah mempunyai akhlak yang baik dan seterusnya memperlakukanya dengan baik terhadap isteri, tambahan pula dalam keadaan isteri yang hamil. Suami janganlah mengambil sikap sambil lewa dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Di  bawah ini dinyatakan beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap isterinya, atara lain:

a. Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang terhadap isterinya sebagai teman hidup yang palig hampir dengannya.

b. Sentiasa berlaku jujur terhadap isteri dan jangan sekali-kali bersikap kejam terhadapnya.

c. Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya sekalipun dalam keadaan marah, apabila dalam keadaan marah sekalipun hendaklah kawal diri dengan sebaik baiknya, tenangkan diri banyak beristighfar, berselawat dan berwudhuk dan juga ingatkan kembali kenangan manis dan jasa isteri terhadap kita selama ini.

d. Janganlah mudah mengeluarkan perkataan ''talak'' dalam keadaan isteri hamil kerana ini boleh menyebabka emosinya terganggu sekaligus kandungannya juga terganggu.

e. Jauhilah daripada merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain, sebaliknya hendaklah sentiasa menyenangkan hatinya.

f. Hargailah dan berikanlah pujia di atas segala pemberian dan pengorbanan isteri.

g. Bantulah isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan kerja memasak, membasuh pakaian dan sebagainya.

h. Cuba fahami keadaan dan masalah si isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatanya.

i. Berilah semangat dan perangsan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar dia bertambah semangat. tenangkan hatinya selalu apabila mengalami kesusahan dan kesulitan.

j. Bantulah isteri dalam melakuka kebaikan dan ibadah.


*panduan ibu mengandung & adab menyambut cahaya mata - Berlian publications sdn bhd

Amalan Utama Semasa Mengandung

Semasa seseorang wanita itu mengandung, terdapat eberapa perkara yang perlu diperhatikan sebagai suatu langkah awal untuk menjamin anak-anak yang di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan seterusnya memperolehi bakal anak yang soleh. Beberapa perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh para ibu yang hamil ialah seperti:

a. Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat.
Perkara seperti ini sangat digalakkan kepada ibu yag hamil supaya dengan amalan ini Allah akan mengampunka segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan menbersihkan hatinya daripada perasaan yang tidak baik dan mentaqarrubkan lagi diri dengan Allah s.w.t Dengan ini juga diharapkan anak yang bakal dilahirkan nanti akan bersih hatinya dan ibu juga dapt bersalin dengan tenang dan baik. Sebenarnya bukan sahaja ibu yang perlu bertaubat tetapi juga bapa agar kedua-duanya dapat membersihkan diri daripada segala dosa disamping mendapat keampunan daripada Allah.

b. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama.
Bagi perempua yang hamil juga adalah dituntut supaya memperbayakkan amal ibadat seperti mendirikan sembahyag di waktu malam, sembahyang-sembahyang sunat, sentiasa menutup aurat. Manakala si suaminya adalah dituntut sama untuk memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari yang disunatka iaitu isnin & khamis. Ibu yag hamil juga adalah digalakkan utuk sentiasa membaca ma'thurat terutamanya setiap kali selepas sembahyang.

c. Meperbanyakkan membaca Al-Quran.
Ibu-ibu yang mengandung adalah digalakkan memperbayakkan membaca al-quran dan cuba memahami isi kandungannya. Antara ayat-ayat al-quran dan surah yang elok dibaca ialah surahh al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-Nal iaitu ayat ke-78 dan surah al-A'raf ayat 189. Dengan membaca surah dan ayat ini-selain daripada ibadah ia juga boleh untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat sempurna, anak yang soleh dan solehah, anak yang patuh dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

d. Sentiasa berakhlak yang baik.
Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik dengan jiran tetangga, tidak suka berborak-borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempengaruhi anak yang akan dilahirkan nanti. Perbanyakkanlah membaca ayat-ayat al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demikianlah amalan yang perlu dan dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya, semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi anak yang betul-betul mentaati Allah, Rasul dan ibu bapanya.

*panduan ibu mengandung & adab menyambut cahaya mata - Berlian publications sdn bhd