Jumaat, 21 Februari 2014

~Amalan Sunnah Sebaik Sahaja Anak Dilahirkan~

Sebaik sahaja anak dilahirkan, Islam menggalakkan umatnya melakukan beberapa amalan sunnah. Berikut adalah amalan tersebut:


  • Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi. Lebih elok menghadap ke arah kiblat. Ini bertujuan agar kalimah Tauhid dan asma Allah menjadi pendengaran pertama untuk anak yang dilahirkan itu.
  • Sunat membacakan doa taawuz di telinga kanan bayi itu seperti ini: ''Ya Allah, aku pohonkan perlindunganMu atas anak ini dan zuriat keturunannya daripada tipudaya syaitan.''
  • Sunat mengucapkan tahniah dan mendoakan degan doa yang baik apabila mendengar khabar anak itu dilahirkan. Umpamanya doa seperti berikut: ''semoga Allah memberkati kurnianya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekilah masa depannya.'' Bahkan disunatkan juga mendoakan orang yang membawa khabar baik mengenai kelahiran bayi itu seperti ini: ''Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi berkat ke atas engkau.''
  • Mentahnik bayi memberikan manisan seperti buah tamar yang dilumat kemudian disuapkan ke mulut bayi tersebut. Sebaiknya dilakukan orang yang lebih alim. Kemudian didoakan keberkatan ke atasnya di sesetengah tempat, diadakan kenduri dan membaca marhaban untuk upacara mentahnik ini.
  • Mencukur kepada biasanya pada hari ketujuh selepas lahirnya bayi itu. Rambut yang dicukurnya itu kemudian ditimbang dengan timbangan perak untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
  • Dihukumkan sunat muakkad menyembelih aqiqah untuk anak agar binatang korban itu akan menjadi pengangkutan baginya di akhirat nanti. Untuk anak lelaki dua ekor kambing, anak perempua seekor kambing.
  • Memberikan nama yang baik kepada anak.
  • Mengkhitankan anak.





*panduan ibu mengandung & adab menyambut cahaya mata - Berlian publications sdn bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan