Salah satu kedai gambar yang ada
*** Sebelum terlupa...sekarang ni dh xpyh nk isi2 borang dh...juz bg ic n diorg akn isikn details kt smua dlm komputer.
*** Gambar berlatar belakangkan warna putih.
Alhamdulillah tak ramai sangat orang
So utk yg kali pertama nk buat pasport tu blh la tgk cara2 kat bawah ni ye...mane yg dh pnh buat tu,sila abaikan :-)
Cara memohon pasport untuk kali pertama (18 tahun ke atas):
- Mykad pemohon (photostat siap2)
- 2 keping gambar terbaru (berukuran 3.5 x 5 sm) latarbelakang putih
****skrg dh xde guna latarbelakang warna biru
Contoh untuk org biase 18 tahun ke atas:
1 salinan ic
2 keping gambar (latar belakang putih)
Cara memohon pasport untuk kali pertama (18 tahun ke bawah):
- Mykad pemohon (photostat)
- Sijil kelahiran pemohon ( Kalo bwh 2 tahun selalunye diorg akn mtk surat beranak)
- Mykad ibu/bapa (ibu atau bapa perlu hadir bersama)
- 2 keping gambar terbaru (berukuran 3.5 x 5 sm) latarbelakang putih
Contoh utk anak:
1 salinan surat beranak anak
1 salinan ic ibu/bapa
2 keping gambar (latar belakang putih)
Cara memohon bagi anggota polis:
- Kad pengenalan polis
- Surat beranak (jika pada kad pengenalan anggota tu xde no surat beranak)
- 2 keping gambar terbaru (berukuran 3.5 x 5sm) latarbelakang putih
Contoh untuk anggota polis:
1 salinan kad pengenalan polis
1 salinan surat beranak (kalo kat kad pengenalan polis tu dh ada no surat beranak,xpyh photostat surat beranak lg dh)
2 keping gambar (latar belakang putih)
Gambar:
Untuk gambar plk,sekarang ni dh xde dh guna latar belakang biru. Diorg gunakan gambar yg berlatar belakang putih. So kalo korang nk amik gambar awal2, make sure korang ikut spesifikasi yg pihak imigresen tetapkan. Takut kang xpasal2 kena reject plk. Tp aku rs better amik gambar kat sna je. Sbb yg amik gmbr tu pn, org2 sna jgk.
SPESIFIKASI GAMBAR
BAGI PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA
Cth gambar pasport
1. Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang (PUTIH) tanpa bayang.
2. Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25-30mm (50% - 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO).
3. Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm.
4. Lebihan ruang antara dagu dengan hujung bawah kepingan gambar berukuran 10mm.
5. Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.
6. Tiga suku profil tidak dibenarkan.
7. Pemohon memandang tepat ke arah kamera.
8. Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup.
9. Rambut tidak melindungi wajah
10. Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
Bayaran:
1. Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun
2. Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur 12 tahun ke bawah)
a. RM80.00 untuk 2 Tahun
b. RM150.00 untuk 5 Tahun
3. Bayaran Separuh Harga
RM150.00 untuk 5 tahun
4. Kelayakan Bayaran Separuh Harga
a. Remaja yang belum mencapai usia 21 tahun yang sedang belajar diluar negara atau menerima serta dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Penggajian Tinggi di luar negara semasa mengemukakan permohonan.
5. Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
a. Golongan orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai bukti.
6. Bentuk Bayaran
a. Tunai
b. Wang pos atau bank draf yang dipalang
i. Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.ii. Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
*Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
Resit pembayaran
Siap...!!!
Waktu urusan untuk membuat pasport:
Waktu Operasi Urusan Pasport
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, - Wilayah Persekutuan Labuan, - Selangor, - Negeri Sembilan, - Melaka, - Johor, - Pahang, - Perak, - Pulau Pinang, - Perlis, - Sabah, - Sarawak |
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Melaka (Ayer Keroh), - Negeri Sembilan (Seremban), - Perak (Ipoh), - Selangor (Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang), - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jalan Duta, Wangsa Maju), - Johor (Johor Bahru, Pekan Rabu), - Pulau Pinang (Seberang Jaya), - Sarawak(Kuching, Miri), - Sabah (Kota Kinabalu) - Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pejabat Passport Presint 15) |
Ahad-Khamis : 7.30 pagi - 5.30 petang |
Bagi Pejabat Imigresen di Kedah, Kelantan dan Terengganu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan