Sabtu, 20 Julai 2013
~ Meludah Dalam Masjid ~
Ada sebahagian orang yang meludah di dalam masjid, padahal mereka tidak pernah melakukan perbuatan tercela tersebut di rumah mereka. Tiada daya dan kekuatan, kecuali kerana (pertolongan) Allah.
Nabi s.a.w bersabda,
''Apabila salah seorang dari kamu semua menunaikan solat, sesungguhnya dia sedang berbisik-bisik dengan Rabbnya. Maka hendaklah dia tidak meludah di hadapan-Nya, tidak pula di sebelah kanannya. Akan tetapi, hendaklah dia meludah di sebelah kirinya, yakni di bawah telapak kakinya.''
Hadis di atas mengandungi larangan meludah ke arah depan atau ke sebelah kanan bagi orang yang menunaikan solat. Perkara ini telah menjadi umum, baik ketika di masjid mahupun di tempat lain.
Sabda Rasullulah s.a.w juga, '' Hendaklah kita meludah ke bawah kaki serta ke sebelah kirinya.'' Perkara ini dilakukan di tempat selain masjid. Adapun seseorang yang menunaikan solat di masjid, hendaklah dia tidak meludah kecuali pada pakaiannya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, '' Meludah di masjid itu adalah suatu kesalahan. Sedangkan kafaratnya adalah memendamkanya.
P/s: Di petik dari buku 400 kesalahan dalam solat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan