Sebahagian orang ada yang keluar dari masjid tepat setelah azan berkumadang. Perkara ini termasuk perkara yang tercela.
Dari Abu Sya'tsa', dia berkata, ''Kami pernah duduk di dalam masjid bersama Abu Hurairah. Tidak lama kemudian, sang muazzim mengumandangkan azan. Selesai azan berkumandang, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri dalam masjid dan berjalan. Seketika itu juga mata Abu Hurairah terus memerhatikannya sehingga lelaki tersebut keluar dari masjid. Abu Hurairah pun lantas berkata, ''Orang itu telah menentang Abu Qasim r.a.''
Imam Nawawi r.a berkata,'' Kejadian tersebut mengandungi makna dibencinnya keluar dari masjid setelah azan sehingga dia menunaikan solat wajib,kecuali kerana uzur.'' Wallahu a'lam.
P/s: Dipetik dari buku 400 kesalahan dalam solat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan