Isnin, 24 Februari 2014

~Batuk+Demam=Antibiotik~

Sumber ihsan Google
Terus terang aku cakap aku memang kurang suka bagi anak aku makan ubat. Selagi ada ikhtiar lain, aku akan cuba bagi mengelakkan dia makan ubat. Sebab ada sesetengah ibu bapa, bila anak sakit atau deman,batuk atau selesema terus nak bawa anak pergi klinik, bila sampi klinik mestilah doctor akan bagi macam-macam ubat. Bukan aku tak percaya pada doctor, tapi cuma aku tak suka ubat. Sebab kadang2 ubat ni tak sesuai untuk budak kecil makan. Alhamdulliah la ada klinik di jb ni bl aku bawak anak aku ke klinik dia, dia sendiri tak suggest kan aku bagi anak aku makan ubat. Tapi kalau sakit yang serius tu tak apa la. Maksud aku kalau yang biase2 ni. Banyak ikhtiar lain lagi yang kita boleh guna. Kalo sakit yang biase2 tu cuba dulu cara lain, sebab kalo terus bawa g hospital ke ape, panjang lagi ceritanya. Kesian kat anak-anak la nanti. So baca la keterangan dibawah ni yang aku ambil dari blog DoctorBudak.Com...
Kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus, dan bukannya jangkitan kuman bakteria. Rawatan antibiotik hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja.Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.
Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan. Salah satu kebimbangan doktor adalah kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria) atau superbug. Salah satu penyebab adalah penggunaan antibiotik yang berleluasa untuk jangkitan kuman yang sebenarnya mungkin tidak memerlukan antibiotik. Apabila berlakunya kuman yang rintang terhadap antibiotik, maka kuman bakteria tersebut boleh menyebabkan jangkitan yang jauh lebih bahaya yang tidak dapat dirawati serta boleh meragut nyawa. Kuman tersebut bukan bahaya kepada pesakit itu sahaja, tetapi boleh merebak kepada orang lain juga.
Di dalam badan manusia, terutamanya kulit, saluran pernafasan dan usus, mempunyai kuman yang baik. Kuman baik ini membantu melawan kuman asing yang menyebabkan jangkitan.
Antibiotik bukan sahaja boleh membunuh kuman bakteria yang bahaya, tetapi ia juga boleh membunuh organisma (kuman baik) yang hidup di dalam badan manusia. Sekiranya, kuman baik dihapuskan, maka kuman bahaya akan berpeluang untuk menjangkiti sistem badan.
Secara amnya, antibiotik tidak dapat melemahkan antibodi badan, tetapi penggunaan antibiotik yang tidak tepat (pilihan salah, sukatan, kekerapan atau tempoh yang tidak betul) boleh menyebabkan kemunculan superbug atau menghapuskan kuman baik dalam badan.
Pada kesimpulannya, antibiotik penting untuk menghapuskan jangkitan kuman bakteria. Penggunaan antibiotik yang sesuai pada jangkitan kuman bakteria (bukan untuk kuman virus) adalah amat digalakkan.
Harap saya telah menjawab soalan ibubapa. Sekiranya ada persoalanan tentang anak anda, sila bincang dengan doktor yang merawati anak anda.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan