Selasa, 25 Februari 2014

~Pasport tak ada nama bapa~

Relax...relax...jangan gelabah. Mahu hati tak gelabah bila pihak travel col bagitau yang visa anak untuk pergi umrah tak boleh nak buat. Masa tinggal sebulan je lagi. Tak kan aku nak tinggalkan anak aku kat sini kot.

Tak tenang ati bila fikir. So pihak travel beritahu suruh aku pergi balik imegresen untuk buat surat pengesahan. Dalam kepala aku macamane la aku nak buat sebab pasport tu ada di Ipoh sedangkan aku ada di JB. So aku mintak tolong ibu dan adik lelaki aku buat kan. Harap-harap pihak imegresen tu boleh terima.

So ibu dan adik lelaki aku pergi la imegresen dengan menaiki motor sebab nak cepat sampai. Cuz kat UTC Ipoh tu susah nak cari tempat parking. Nak dijadikan cerita pihak imegresen sana tak boleh nak buatkan cuz xde ibu/bapa kandung datang sekali. Ya Allah...dugaan,dugaan. Ibu aku dah merayu-rayu kat sana mintak tolong, adik aku cakap. Tapi tak boleh jugak. So ibu aku amik keputusan tuk pos pasport anak aku tu dengan menggunakan pos laju. Selamat pejabat pos ada dalam satu banggunan jugak.

Tapi belum selesai lagi sebab sampi je kat motor, helmet ibu dan adik aku hilang. Ya Allah kesian kat diorang. Aku dah tak boleh duduk diam. Tak tahu la sapa yang pandai sangat nak curi helmet ni. Tunggu je la balasan dari Allah nanti akibat perbuatan ko tu. So ibu dan adik aku amik keputusan beli helmet lain. Selamat la semuanya ada jual dekat-dekat situ je. Dugaan betul....

2 hari amik masa untuk pasport anak aku sampi di JB. Dapat je pasport tu aku terus pergi ke Jabatan Imegresen Setia Tropika. Aku pergi berdua je dengan anak aku sebab suami aku keje. Dalam hati tawakal je drive pergi tempat tu. Sebab tak pernah lagi drive jauh-jauh kat JB ni. Selamat la anak aku diam.

Sampai sana kena tunggu pukul 2ptg pulak sebab time aku pergi tu time rehat. So aku tunggu je la. Sampi je pukul satu aku terus je pergi. Alhamdulillah nombor aku yang pertama. Sekejap je urusanya. Pihak imegresen mintak pasport anak dan surat beranak anak je. Pastu settle. Dah settle aku terus je keluar dan pergi ke pejabat pos pulak.

Sampai ke pejabat pos aku beli sampul prabayar je n done....!!!Aku terus pos ke address travel tu.

Fuhhh.....baru boleh tarik nafas. Kalo tak hati rasa xsenang duduk je. Ya Allah harap-harap pasport tu sampi dengan selamat ke tempatnya dan proses visa anak aku dipermudahkan. Amin..Amin...Amin

Isnin, 24 Februari 2014

~Pendaftaran Umrah~

Alhamdulillah hujung bulan januari lepas aku dan family telah selesai urusan pendaftaran dengan Andalusia Travel Sdn Bhd. Urusan semuanye ayah dan ibu aku yang buatkan cuz aku dan suami ada di Jb. Aku dah siap-siap bagi segala dokumen yang berkaitan awal2 lagi pada ibu aku. So tak ada pape masalah dah.

So alhamdullillah semuanye dah selesai. Duit pun dah bayar semua sekali. Insyaallah kalau tak aral melintang dapat la kami sekeluarga menjejakkan kaki di Tanah suci Mekah pada 03 April 2014 nanti. Amin.

Oppss sebelum terlupa...Dah selesai urusan pendaftaran semua kami diberikan 3 beg setiap seorang. 1 Beg besar, 1 beg kecil & 1 beg silang. Bermakna akau akan dapat 9 beg...huhuhu. So masa balik ipoh bulan februari aritu aku dh bawak balik beg tersebut. Tapi aku boleh bawak 2 set beg yang besar je sebab xmuat kereta cuz beg tersebut besar sangat. So beg utk anak aku tu aku tinggalkan je di rumah ibu aku. Sebab aku rasa nanti masa nak pergi bawak dua beg besar je pun dah cukup kot. So xpyah nak bawak banyak2 beg
kan. Nanti xde sapa pula nk tolong bawakkan.


1 set beg umrah
(1 beg bagasi, 1 beg sekolah, 1 beg silang)


Hope urusan selepas ni akan dipermudahkan dari segi visa dll...Amin... Doa-doa kan kami :-)

Semasa pendaftarana aku dan suami cuma perlu:
-Salinan Sijil nikah yang dah disahkan Pejabat Agama.
-Pasport original
-Salinan ic
-Gambat latar belakang putih 4 keping (saiz visa)

Untuk anak aku pulak:
-Salinan surat beranak yang dah disahkan oleh JPN
-Pasport original
-Gambar latar belakang putih 4 keping (saiz visa)

P/s: Masa nak amik gambar untuk visa pastikan pakai pakaian yang gelap(hitam) ye. Samada tudung atau baju. Contact lens kena buka siap2 ye cuz xblh pki lens masa nak amik gambar.


~Batuk+Demam=Antibiotik~

Sumber ihsan Google
Terus terang aku cakap aku memang kurang suka bagi anak aku makan ubat. Selagi ada ikhtiar lain, aku akan cuba bagi mengelakkan dia makan ubat. Sebab ada sesetengah ibu bapa, bila anak sakit atau deman,batuk atau selesema terus nak bawa anak pergi klinik, bila sampi klinik mestilah doctor akan bagi macam-macam ubat. Bukan aku tak percaya pada doctor, tapi cuma aku tak suka ubat. Sebab kadang2 ubat ni tak sesuai untuk budak kecil makan. Alhamdulliah la ada klinik di jb ni bl aku bawak anak aku ke klinik dia, dia sendiri tak suggest kan aku bagi anak aku makan ubat. Tapi kalau sakit yang serius tu tak apa la. Maksud aku kalau yang biase2 ni. Banyak ikhtiar lain lagi yang kita boleh guna. Kalo sakit yang biase2 tu cuba dulu cara lain, sebab kalo terus bawa g hospital ke ape, panjang lagi ceritanya. Kesian kat anak-anak la nanti. So baca la keterangan dibawah ni yang aku ambil dari blog DoctorBudak.Com...
Kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus, dan bukannya jangkitan kuman bakteria. Rawatan antibiotik hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja.Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.
Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan. Salah satu kebimbangan doktor adalah kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria) atau superbug. Salah satu penyebab adalah penggunaan antibiotik yang berleluasa untuk jangkitan kuman yang sebenarnya mungkin tidak memerlukan antibiotik. Apabila berlakunya kuman yang rintang terhadap antibiotik, maka kuman bakteria tersebut boleh menyebabkan jangkitan yang jauh lebih bahaya yang tidak dapat dirawati serta boleh meragut nyawa. Kuman tersebut bukan bahaya kepada pesakit itu sahaja, tetapi boleh merebak kepada orang lain juga.
Di dalam badan manusia, terutamanya kulit, saluran pernafasan dan usus, mempunyai kuman yang baik. Kuman baik ini membantu melawan kuman asing yang menyebabkan jangkitan.
Antibiotik bukan sahaja boleh membunuh kuman bakteria yang bahaya, tetapi ia juga boleh membunuh organisma (kuman baik) yang hidup di dalam badan manusia. Sekiranya, kuman baik dihapuskan, maka kuman bahaya akan berpeluang untuk menjangkiti sistem badan.
Secara amnya, antibiotik tidak dapat melemahkan antibodi badan, tetapi penggunaan antibiotik yang tidak tepat (pilihan salah, sukatan, kekerapan atau tempoh yang tidak betul) boleh menyebabkan kemunculan superbug atau menghapuskan kuman baik dalam badan.
Pada kesimpulannya, antibiotik penting untuk menghapuskan jangkitan kuman bakteria. Penggunaan antibiotik yang sesuai pada jangkitan kuman bakteria (bukan untuk kuman virus) adalah amat digalakkan.
Harap saya telah menjawab soalan ibubapa. Sekiranya ada persoalanan tentang anak anda, sila bincang dengan doktor yang merawati anak anda.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling)

Sabtu, 22 Februari 2014

~Produk MNS~

Relax...relax...ramai yang komen di ruangan sini mengatakan pasal produk tersebut.
Buat pengetahuan semua saya sendiri dah tak pakai produk tersebut. Tak ada apa-apa sebab, cuma bagi saya yang sederhana ni rasanya tak mampu nak beli produk muka yang mahal-mahal setiap bulan kan. Nak kata ada effect lain ke semasa pakai atau semasa bhenti pakai memang no komen. Sebab semasa saya pakai produk tu alhamdullillah tak ada apa-apa masalah. Semasa berhenti juga alhamdullillah memang tak ada kesan sampingan apa-apa. Tak tahu la pula jika orang lain ada kesan yang berbeza.

Sebab pada saya yang menggunakannya hampir 5 bulan, memang ok. So saya tak berani nak cakap or komen apa-apa pasal produk tersebut. So saya harap tak ada sapa-sapa lagi yang nak marah-marah saya sebab bercerita tentang produk tersebut. Saya bukan penjual produk itu,saya cuma pengguna saja satu masa dulu. Tq :-)



Sumber ihsan Google

Jumaat, 21 Februari 2014

~Amalan Sunnah Sebaik Sahaja Anak Dilahirkan~

Sebaik sahaja anak dilahirkan, Islam menggalakkan umatnya melakukan beberapa amalan sunnah. Berikut adalah amalan tersebut:


  • Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi. Lebih elok menghadap ke arah kiblat. Ini bertujuan agar kalimah Tauhid dan asma Allah menjadi pendengaran pertama untuk anak yang dilahirkan itu.
  • Sunat membacakan doa taawuz di telinga kanan bayi itu seperti ini: ''Ya Allah, aku pohonkan perlindunganMu atas anak ini dan zuriat keturunannya daripada tipudaya syaitan.''
  • Sunat mengucapkan tahniah dan mendoakan degan doa yang baik apabila mendengar khabar anak itu dilahirkan. Umpamanya doa seperti berikut: ''semoga Allah memberkati kurnianya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekilah masa depannya.'' Bahkan disunatkan juga mendoakan orang yang membawa khabar baik mengenai kelahiran bayi itu seperti ini: ''Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi berkat ke atas engkau.''
  • Mentahnik bayi memberikan manisan seperti buah tamar yang dilumat kemudian disuapkan ke mulut bayi tersebut. Sebaiknya dilakukan orang yang lebih alim. Kemudian didoakan keberkatan ke atasnya di sesetengah tempat, diadakan kenduri dan membaca marhaban untuk upacara mentahnik ini.
  • Mencukur kepada biasanya pada hari ketujuh selepas lahirnya bayi itu. Rambut yang dicukurnya itu kemudian ditimbang dengan timbangan perak untuk disedekahkan kepada fakir miskin.
  • Dihukumkan sunat muakkad menyembelih aqiqah untuk anak agar binatang korban itu akan menjadi pengangkutan baginya di akhirat nanti. Untuk anak lelaki dua ekor kambing, anak perempua seekor kambing.
  • Memberikan nama yang baik kepada anak.
  • Mengkhitankan anak.





*panduan ibu mengandung & adab menyambut cahaya mata - Berlian publications sdn bhd

~Solat Sunat Taubat~

Solat sunat Taubat disyariatkan bagi mereka yang menginsafi akan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan dan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada jalan kebenaran. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa apabila timbul kesedaran bagi mereka yang berdosa, diikuti dengan lafaz istigfar dan doa memohon keampunan kepada Allah. Tiada had rakaat, memadai setiap dua rakaat dengan satu salam.

a) Lafaz niat:

Ertinya: ''Sahaja aku solat sunat Taubat dua rakaat kerana Allah ta'ala.''


b) Pada rakaat pertama dibaca surah al-fatihah diikuti surah al-Kafirun


c) Pada rakaat kedua dibaca surah al-fatihah diikuti surah al-Ikhlas


d) Setelah salam, hendaklah memperbanyakkan istighfar memohon keampunan dari Allah seperti berikut:


Ertinya: ''Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agong yang tiada tuhan lain melainkan Dia yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya.''





*Pedoman solat-solat sunat beserta zikir & doa ringkas (Pustaka Al-Ehsan)

~Susu Ibu~

Disini saya sertakan tips untuk mummy2 sekalian. Susu ibu hak anak kita tau!


1- Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.

2- Letak target jangka masa panjang (2 tahun).

3- Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.

4- Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.

5- Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.

6- Dapatkan alat kelengkapan menegpam susu.

7- Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.

8- Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada 
hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').

9- Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).

10- Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap.

11- Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.

12- Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.

13- Elakkan stress di tempat kerja

14- Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.

15- Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu.

16- Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.

17- Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.