Assalamualaikum....pejam celik, pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun 2015. So pada sesiapa yang ada anak berusia 3-6 tahun boleh la mula mendaftar kan anak di sekolah-sekolah tadika kan. Bagi yang tinggal dia area Larkin,Johor, jika berminat untuk mendaftar kan anak di Smart Reader Kids Larkin Jaya, boleh la hubungi saya di no yang tertera di bawah ye. Smart Reader Kids Larkin Jaya adalah Smart Reader Tadris ye. Subjek yang diajar adalah berkaitan dengan islamic. Berbagai-bagai lagi subjek yang terdapat di dalam Smart Tadris. Untuk info lanjut, boleh hubungi saya Teacher Efy ye. Insyaallah saya sedia membantu.
Sabtu, 31 Oktober 2015
Ahad, 12 Julai 2015
~Shoppping Online Q0010~
Hi...kali ni saya nak ceritakan sikit pengalaman shopping online di Q0010. Actually hampir kesemua barang-barang yang ada di dalam laman web tersebut adalah dari china. So bila dengar dari luar negara,dalam hati rasa risau2 je kan. Tapi hati ni nak jugak membeli disebabkan kebanyakkan item2 yang dijual dalam tu murah2 belaka. Cuma kena tengok betul2 ye, kadang2 harga postage nye yang lebih mahal dari harga barang....hahaha.
So buat pertama kalinye saya 'mengorder' barang di laman web tersebut. Saya beli thermal inner wear. Ok lah harganye berbanding kalau nak beli di universal traveller. Thermal wear ni mcm long john juga. Di laman web ni saya boleh beli dengan harga rm45.00 untuk sepasang. So saya beli 2 pasang dan tambahan sock winter. Total semua sekali included postage rm100. Ok la kn untuk 2 thermal wear dan 2 pasang sock. Kalau di tempat2 lain saya rasa thermal wear sepasang pun dah beratus2.
Hope thermal wear ni boleh la menampung kesejukan saya semasa disana nanti. Tengok review yang ada di laman web tu, kebanyakkannya berpuas hati dengan thermal wear tu. Actually insyaallah kalau tak ada aral, saya dan family akan ke Seoul, Korea bulan Disember nanti. Tu yang sibuk nak beli barang2 untuk kesana. Kalau nak beli semua sekaligus, terasa banyak duit yang keluar. So dengan adanya laman web ni, boleh la berjimat untuk beli barang2 winter.
Untuk tempoh penggantaran, pada saya alhamdulillah tak ada masalah. Saya order barang aritu 03 julai, dan barang sampai 10 julai. So tak mengambil masa yang lama pun untuk sampai ke Malaysia. Cuma saya perlu pickup barang sendiri di Skynet. Cuz kata pekerja disana, alamat yang ada di form tu tunggang terbalik...hahaha. So sape2 yang rasa nak shopoing di Q0010 digalakkan. Insyaallah barang anda akan sampai. So pasni boleh order barang seterusnya pulak...hihihi.
Jumaat, 3 Julai 2015
~Jom ke Korea~
Hallo....selamat pagi. Tak habis-habis pasal korea kan. Selagi tak pergi, selagi tu la sibuk dengan korea dia. Tu bak kata suami saya la...hahaha.
Ada sape2 yang nak ke korea bulan december nanti. Kalau ada, boleh la saya nak join sekali. So xpayah la saya nak upah tour guide masa disana nanti. Boleh follow redah sama2. Manetau kan kot2 ada yang pernah ke sana, dan baik hati nak bagi saya dan family join sekali,alhamdulillah la. Sebab saya ni tak pandai sangat nak explore sendiri2. Maklumlah bahasa inggeris pun suam2 kuku je. Risau pulak dengan komunikasi masa disana nanti.
Bukan tak boleh amik guide, tapi ramai yang suggest better redah sendiri je lagi jimat dan budget. So duit yang sepatutnya dibayar pada guide, boleh la digunakan untuk benda lain. Maklumlah budget ciput, tapi ada hati nak g oversea...hahaha. 3 tahun kau kumpul duit nak pergi sini....hahaha. Lagipun tak pernah travel ke luar negara sendiri2. Masa pergi umrah dulu, semua mutawif yang uruskan. Tau2 je dah duduk kat balai berlepas. So cara2 nak checkin bagasi, semua tu saya tak berapa pandai. So kalau ada sape2 yang nak pergi dalam bulan december ni,boleh la email saya ye. (efy_yatie@yahoo.com.my)
Plan akan ke korea:
#24 dec 2015 - 27 dec 2015.
Tiket flight saya memang tak beli lagi. Nak tunggu kot2 ada promo nanti boleh la terus booking. Lagipun ngah risau pasal wabak mers tu. Mudah2an masa saya nak pergi nanti, wabak tu dah tak ada la. Lagi satu sebab suami saya kerja gov (polis), so kalau nak keluar negara tu kena buat surat dulu. Kalau dah lulus baru lah saya berani nak booking tiket. Risau kalau booking tiket awal, tup tup tak lulus pulak. Dah habis burn tiket macamtu je kan.
Penginapan maybe saya akan menginap di Fnsquared Malaysian guesthouse. Cuz situ totally muslim punya. So senang kalau nak guna peralatan untuk memasak. Surau semua dah siap ada complete.
So pada sape2 yang akan ke korea tu, hallo2 saya ye. Saya bertiga je. Suami dan anak lelaki 4 tahun...
Rabu, 3 Jun 2015
Vacation: Brezza Hotel,Lumut
Cuti sekolah bulan 6 kali ni alhamdulillah husband dapat cuti. So boleh la balik kampung. So alang-alang balik kampung ni, macam biasa saya dan family dah plan vacation tuk kali ni. So kitaorang decided nak ke Lumut je. Dekat sikit destinasi kali ni. Cuz ayah dan yang lain-lain nak memancing plak kali ni.
Kali ni kami memilih lumut je. Awal2 pagi 03 jun tu kami ke Teluk Batik dulu tuk mandi manda. So lepas dah makan dan mandi, kami bergerak ke lumut tuk checkin. Kami memilih Brezza Hotel. Hotel nye betul2 dekat dengan pekan lumut. Belakang hotel ada kfc, kedai mamak dan bank semua. Hotel berhadapan dengan laut je. Memang strategik. So memang tak jauh dari pekan dan kemudahan awam yang lain. Port tuk memancing pun dekat. Untuk kaki2 pancing boleh la memancing disini. Tapi time malam, air laut kat sini surut, so memang ramai yang memancing dan menjala sampai ke tengah laut. Berani betul kaki2 pancing ni.
Harga bilik kat sini pun boleh tahan, rm75 ke atas untuk satu malam. Bergantung pada jenis bilik. Biliknya ok, besar dan bersih. Kemudahan seperti tv, tuala, air panas semua ada. Cuma kemudahan seperti sabun,syampoo tu memang tak ada disediakan dalam bilik. Tapi boleh minta pada receptionist. Masa saya menginap ke sini pun kami tumpang letak barang2 dalam freezer diorang. Dah macam freezer sendiri plak sebab smua barang kitaorang sumbat dalam tu. Ok je diorang tak berkira. Boleh je nak letak apa2 barang kat pantry diorang. Pekerja2 pun friendly sangat2. So far saya berpuas hati la menginap disini.
Malam2 boleh jalan2 ke bazar yang ada bersebelahan dengan hotel. Cuz malam2 memang ramai orang meniaga. So xde raa takut nak keluar malam2. Sentiasa penuh dengan orang.
Plan kami satu keluarga bercuti ni sebenarnya untuk celebrate besday adik lelaki kami. Alang2 dah balik cuti time besday dia, why not kitaorang plan nak pergi holiday ramai2 dan celebrate kat sana. Alhamdulillah menjadi. Dan semua berjalan lancar...cewah macam ape je bunyiknye kan...hahaha
So kalau ada sesiapa nak ke lumut dan nk cari penginapan, boleh la try menginap dia Brezza Hotel ni.
Sabtu, 28 Februari 2015
~Tumit kaki merekah~
Haaaa..kali ni saya nak share sikit produk apa yang bagus tuk tumit kaki. Yelah biasalah tumit kaki kita ni kalau selalu berjalan je kaki mesti merekah n pecah2 kan. Lagi2 macam saya ni yang bekerja di tadika, so mmg dalam kelas tak pakai selipar. Bila berjalan atas lantai hari2, tumit kaki jadik buruk. Bila pegang je rasa geli sebab kasar. Lagi2 kalau time nak tidur, bila tumit kaki bergesel kat cadar katil ke boleh rasa kan tersangkut2. So disebabkan tumit kaki saya ni dah kritikal (bak kata suami) baru la kelam kabut nak mencari produk yang sesuai.
Sebelum ni guna cara tradisional je. Ada kawan2 suruh rendam kaki dalam air garam la. Saya dah cuba tapi tak berjaya la. Macam2 cara dah cuba. Last2 saya pun pergi la satu shoping mall ni. Kat situ ada satu kedai yang banyak jual produk2 dari korea ni. Dari rambut sampai la ke kaki. Seronok pula tengok macam2 ada jual.
Asalnye nak cari lain, terbeli lain pulak...hahaha. So masa masuk dalam kedai tu, saya pun tanya la kat pekerja disitu. Pekerja dia cina. So dia rekemen kan satu produk ni nama dia Du'it. Dia cakap ramai custamer yang pakai produk ni bagi feedback yg baik. So dia suruh saya cuba.
Tak buang masa balik rumah je terus pakai. Kaki kering je mesti saya sapu. Tak kira masa. Sebab nak cepat nampak kesan. Dan alhamdulillah dah dekat sebulan saya pakai memang nampak perubahan. Daripada dulu tumit kaki saya kasar dan bergaris2, sekarang garis2 tu dah hilang. Tumit jadik merah2. Cuma kasar tu xde la hilang 100% lagi. Tapi memang terase halus dari sebelum2 ni. Tak de tersangkut2 kat cadar katil lagi.
So pada sesiapa yg ada masalah tumit kaki macam saya ni, saya syor kan pakai produk ni. Kalau tak salah saya kat farmasi pun ada jual jugak. Produk ni ada 2 saiz. Saiz besar dan saiz kecil. Kalau saiz besar macam saya ni kalau tak salah saya dalam Rm28.90 tuk 50ml.
Selamat mencuba....!!!
#Nak lagi elok, lepas pakai krim tu, pakai stoking. Baru cepat nampak kesan.
Jumaat, 27 Februari 2015
Idolaku: Ayah
Ahad, 8 Februari 2015
~Guesthouse di Seoul, Korea~
Pening jugak nak cari penginapan di Seoul ni. So dah tak ada pilihan, boleh tak sape2 yang pernah pergi ke Korea suggest kan guesthouse mana yang sesuai tuk family. Yang ada private bathroom dan kelengkapan dapur semua. Pendek kata macam homestay la kalau kat Malaysia ni. Sebab rata2 yang saya google kebanyakkannye pergi secara backpacker. So penginapan pun ala2 dorm. Dah puas cari di Agoda tapi kebanyakkannye tak dinyatakan samada bilik air ada dalam bilik sekali ataupun berkongsi. Kalau boleh nak cari yang ada private bathroom dan dekat dengan public transport. Sebab bawa ank kecil kan.
So nak mintak jasa baik kawan2 yang pernah pergi ke korea suggest kan guesthouse mana yang ada ciri2 tersebut dan jugak berdekatan dengan pengangkutan awam...so kira penginapan tu berdekatan dengan subway atau ape2 public transport supaya senang nak ke mane2. Sebab saya bawa anak kecik so kalau kena menapak jauh susah pulak.
Kalau tak keberatan boleh email saya di: efy_yatie@yahoo.com.my
***insyaallah kalo tak ada aral saya akan ke seoul, korea bulan dec nanti.
.jpg.jpg)