Ahad, 20 Mac 2016

Part 5: Korea (Itaewon, Namdaemun, Namson Tower)

Itaewon:
Di itaewon saya mencari money changer. Selamat la diorg terima duit malaysia. Kate guide kami, sebelum ni dia bwk pelancung dr msia untuk tukar duit, diorang tak terima. Selamat masa saya tukar diorang terima. Mungkin nilai matawang kita sgt rendah so tak bernilai pada mereka..sedih dgr....lepas tukar duit kami ke masjid yg satu2 ye ada di seoul. Rasa terharu sangat, sebab kat sini pun ada jugak masjid walaupun majoriti yg ada kat sini bukannye org islam. Masjid kat cni pun canggih lampu di ruang solat dia akan terbuka sendri bila ada org masuk. Mungkin dia pakai sensor. Bila org terakhir keluar je dari ruang solat lampu automatik terpadam. Canggih kn, blh jimatkan elektrik mcmtu. Lepas dah solat kami menuju ke kedai kebab. Kedaiye kecik je, tp ramai jgk yg mk kat dlm tu. Harga jgn ckp la. Mcm yg saya pernah bgtau hrga jgn converrt.hahaha. Kami beli 1 set kebab je share 4 org. 1 set tu pn ada 1 kebab ayam 1 kebab nasik, 2 air n 1 fries. Ok lh beli 1 set sbb kebab nye pn bsar.tu pn xhbs mkn.

Bergambar di luar kawasam masjd
Laluan untuk ke kedai kebab


Laluan di itaewon sedikit sunyi
Dah sampai di kedai kebab


Satu set ni pun dah 15,000won (dekat RM 70.**)
Jangan convert ye...hahaha


Lepas makan kami bergerak ke Namdaemun. Di sebab kan awal lagi, so guide kami cadangkan untuk ke Namdaemun dulu, kemudian baru bergerak ke Namson Tower. Sebab pemandangan di Namson Tower cantik pada waktu malam. So kami ikut je.




Tempat menunggu bus untuk ke Namdaemun



Namdaemun:
Pergh....boleh juling mata kalo sshoping kat cni. Kalo nak dtg cni, kena dtg sblm pkul 5 ek. Sbb kedai2 kat dalam ni akan tutup pukul 5ptg. Kedai2 yg kat luar pulak akan tutup pkul 7 mlm. Lepas satu2 kedai guide kami bawa. Dia bawa kami ke kedai yg dia biase bawa pelancung dari Malaysia. So peniaga kat ctu dh knl dia. Mula2 kami ke kedai jual gelang2 tgn manik dan pearl. Menguji keimaan bila tgk smua cantik2. Seutas gelang hrga 6000won (rm23.**). Semua harga sama. Saya tak beli banyak pun sbb target utama saya nk beli souvenir ngan brocch je. Saya beli je la seutas gelang buat kenangaan. Pastu saya beralih ke kedai brooch. 1 broch dijual dgn harga 2000won. Saya beli 10pcs brooch dan dapat 1 brooch percuma. Mmg lawa2 brooch yg ada kat situ. Rambang mata xtau nak pilih yg mane 1. Brooch2 yg diorg jual smua diorg buat sndiri, diorg buat kat ctu jgk. So masa kita beli tu, kita boleh tgk cara diorg buat broch. Ahjuhma ni siap bagi saya name card lg. Elok jugak, manetau kot2 nt teringin nk jual brooch on9 ke kan, boleh col ahjhma ni..hihihi.

Lepas dh beli brooch, kami ke brg2 souvenir. Punyelh byk pilihan. Peniaga ni dh biase ngn guide kami sbb dia nmpk guide kami dr jauh lagi dia dah panggil name. Peniaga ni dia pndai ckp melayu walaupun kita dgr agak kelakar ckt. Tp xpelh aslkn blh faham. Onni panggilan tuk peniaga tu. Kebanyakkan brg yg ada disitu berharga 5000won. So mcm biase keychain, fridge magnet, pen korea, lapik cawan korea, sudu korea, ketip kuku korea semua kami beli. Xtau la berapa yg kami habiskn disitu. Sambil2 kami memilih brg, onni ni hidangkn kami air yakult sorang sebotol. Siap bukak tv lagi suruh anak saya tgk cartoon. Kebetulan ms dia bkk tv tu cete robocar poli, mmg favourite ariel la. So ariell duduk diam2 kat ctu tgk tv, mama ngn papa nk carik brg...hahahaa. Lepas dh habis membeli, kami pun request nk amik gambar buat kenangan.

Onni yang peramah. Baru perasan sambil ambil gambar sambil dia promote
barang dia kat tangan tu. Sabar je la...hahaha


Dh settle kami ke bahagian luar kedai tuk crik tshirt I love korea, Running Man. Standard harga 10,000won 3 helai baju. So mmg memborong tshirt je aritu. Nk beli tuk kwn2, adik beradik, tuk dri sndiri lg. Tak terfkir pulak lepas ni kami akan ke namson....hahaha. Dah lepas bayar baru teringat. Nak buat mcmane, mengankut jgk la brg2 tu mendaki ke namson tower. Selamat masing2 bwk backpack, so sumbat je la dlm beg selagi muat. Sakit2 jgk la bahu mgangkatnye.


Dimana-mana saja ada produk Nature Republic

I Love Korea 3pcs 10,000won

Geram tengok baju-baju tidur ni

Tambah kapsyen



Namsom tower:
Nak ke cni kami naik bus. Tengok macam dekat, tapi jauh. Patut lah bus yg kami naik berpusing2. Naik pening dibuatnya. Adik lelaki saya sampai muntah la. Mane taknye, bus yg kami naik laju betul, nak berhenti pun mengejut2. Mane xpning kpala. Sampai je kat kawasan bus berhenti tu, kami rest sekejap. Xlarat nk jln naik ke atas. Adik lelaki saya ke toilet dulu, nk membuang ape yg ada dlm mulut....hahaha. Bila masing2 dh ok, kami bergerak naik keatas berjalan kaki. Sbb bus xblh naik smpi ke ats. So layan kan gambar2 yang ada. Gambar Ariel tak banyak sebab sampai sana dia tak nak bergambar pulak.

Cantikkan view kat belakang tu





Fefeling gitu...hihi

Anak pelik je tengok mama papa tak habis2 bergambar





Seoul's Tower, you can see the whole Seoul from here. Seoul tower ni adalah favourite place for korean couple to ''Lock'' up their love. Kat padlock tu nanti diaorang akan tulis la kata-kata cinta, janji-jani manis memasing. Dah settle, kunci tu diaorang akan buang jauh2. Konon2 cinta tersimpul rapi gitu. So nasihat saya, pada forever alone dont come to this place please.....hihihihi

Part 4: Korea (Gyeongbok Palace & Cheongstream)

Korea: Day 2.



Gyeongbok Palace:
Ikut itenerary asal arini spatutnya kami ke nami island dan sewaktu dgnnye. Tapi disebabkan ari yg sepatutnye nk ke gyeongbok palace tu tmpat tu tutup, so guide kami tukar plan asal. Arini kami akan ke gyeongbok dan esok akan ke nami. Tak kisah mane2 pun asalkan semua tmpat tu dpt pergi. So arini kami kena laju ckit la sbb arini byk tempat nk terjah. Mcm biase jangan tanye saya, saya naik bus no berapa dan naik train dr mane, sbb saya mmg xtau dan tak ingat..hahaha. Yg saya ingat mula2 dr GH kami jalan kaki nak ke train. Pastu turun naik train sampai lah kami ke gyeongbok palace tu. Besar sangat kawasanya...saya tak sempat nak explore sampai ke dlm pun sbb besar sgt. Tak sempat jugak nak tgk kawad yg mcm sblm2 ni yg org ckp tu. Kami cuma sempat pakai baju pahlawan yg ada kat ctu je. Tu pun limit tuk 2 org dan diorg bg masa 15 minit je. Ikut kan hati xnk pakai, tp bila fikir lepas ni xsempat nak pakai, so saya dan suami pakai la jugak. Sian ariel xmerasa nak pakai, sbb baju budak2 xde disediakan kat cni. Dh habis masa, kami bergerak ke cheongstream.


Punya ramai manusia pagi-pagi ni nak naik train

Di train station menuju ke Gyeongbok Palace




Dua orang je dapat pakai baju ni





 




  Cheongstream:
Dari gyeongbok tu nak ke cheongstream ni tak la berapa jauh. Tapi disebakan kena dukung budak kecik sorang ni, tu yang jadik agak penat. nk berjalan kaki. Kalo single xbwk ank xpe. Ni bwk ank pastu buat prangai xnk bjln plk, tu yg pnt tu. Bergilir2 la ngn husband dukung dia. Sepajang jln nk ke cheongstream tu, kami melalui kedutaan amerika syarikat. Kate guide kami, mmg stiap hari mcmni, berpuluh2 polis akan berkawal kat luar kedutaan ni. Siap ada yg duduk dlm kereta, dalam bus. Br je nk amik gbr, tp guide kami ckp kat cni xblh nk amik gmbr. Fuhh..slmt.kalo x mau hp kena rampas agknye...so bjln dlm 15,20 mnit, sampi lh kami ke tmpat yg dituju. Wah teruja tgk sbb tmpat nye cantik sgt. Nyaman je tgk. So amik kesempatan ni tuk bgambar. Diorg xnak biar kan....hahaha.
Xlh nk stay lame2 kat ctu sebab cuaca sejuk sgt. Ariel dh mrengek xthan sjuk. Pocket warmer lupa nak beli. So guide kami tolong belikan. Dia belikan pocket warmer yang jenis genggam di tangan. Makin lama pegang, makin panas. Tapi nampaknya macam tak berkesan untuk Ariel, so nak kena crik pocket warmer yg jnis tampal kat baju tu. Sbb yg jnis pgang tu dah xrase pape. So sementara guide kami pegi cari pocket warmer kami duduk minum dulu di cafe yg bdekatan. Sejuk2 ni mnum coffee nikmatnye. Dlm cafe ni baru lh ariel ceria ckit. Bukak2 je glove dia, tgk2 tgn dh merah mcm kena panggang agknye sejuk sgt kot dia xthan. Sian ank mama. Patut lah meragam. Dlm cafe tu panas sikit sebab ada heater so ceria la dia smbil minum coffee. Pas dh dpt crik pocket warmer tu saya tampal kat baju dia n start jln semula. Next destination kami ke itaewon dlu untuk solat dan makan pastu akan ke namdaemun dan ke namson tower.


Bergambar dulu sebelum sampai ke cheongstream





Adui la anak mama...kat sini pun nak berdukung



Berlatar belakang kan Cafe
Toms N Toms Coffee
Sian anak mama, sejuk...

Dah kena coffee panas baru la Ariel ok sikit

Sabtu, 19 Mac 2016

Part 3: Korea (Myeongdong)

Korea: day 1.


Setibanya kami di incheon airport, kami disambut oleh wakil guide kami. Namenye Rachel. Rachel ni orang sabah. Dia menggantikan guide kami Munirah tuk hari ini. So 1st day ni kami akan dibawa ke myeongdong dulu. Tp sblm tu kami akan ke guesthouse dulu tuk letak beg dan checkin. 1st day sampai negara musim sejuk ni kejakunan terserlah la..hahaha. Ape tak nye bila mulut berasap bila bercakap..hahaha. Siap nak amik gambar lagi bila mulut berasap tu...hahaha. Aduii lawak btl. Nak ke guesthouse kami menaiki airport bus. Kata guide kami, kami ada 2 pilihan. Samada nak naik airport bus ataupun van. Kalo airport bus dalam 15,000won (rm57) seorang untuk dewasa, untuk kanak-kanak 8,000won je. Kalau van 70,000won (rm266.00)satu van. Kalau naik van, van akan hantar sampai depan guesthouse. Tapi kalau naik bus, kita akan menapak dalam 10 minit untuk ke guesthouse. Kalau ada kat korea ni sila jgn convert ek. Kalo convert nanti , rasa tak nak keluar kan duit je...hahaha. So fikir punye fikir kami decide nak naik bus je la, walaupun kena berjalan jugak dalam 10 minit tuk ke guesthouse. Takpe la, kami ada byk hari lagi disini, risau habiskan duit kat transport, bnda lain tak boleh nak beli plk kn. Masa saya ke korea tempoh hari,kadar matawang kita lebih kurang Rm1 = 3.80 (1,000won=Rm3.80) Mahal kan...







Tempat untuk claim bagasi

Dah settle checkin dan bayar balance duit, kami pun letakkan beg dan terus keluar balik. So kami akan terus ke myeongdong. Kat cni pukul 5 lbih dah gelap dah. Masa kami bergerak ke myeongdong pun hari dah gelap, musim sejuk kata guide kami, waktu siang di korea singkat. Nak ke myeongdong kami naik public bus je, jangan tanye saya, saya naik bus ape. Sbb saya langsung xtau bus no berapa yg kami naik. Bila guide ckp kena naik bus ni, kami pun ikut je la naik. Mula2 memang semangat nak amik note bagai, tapi disebabkan dah sejuk, terus tak jadik.   Arini kami dah start pakai t-money, tuk anak saya ariel, 4 tahun tak payah pakai t-money diorg ckp. So kami ke myeongdong mlm tu naik bus.

(Myeongdong)
Myeongdong is a cosmetic heaven. Kat sini kita boleh jumpa banyak brand2 yang femes2. Tony moly, nature republic, inisfree, etude, mcm2 lg la. Really cheap cosmetic/mask/face wash. Kat sini jugak you can find almost everything there. Pakaian diaorang very fashionable dan trendy. Because it is a winter, so i didnt spend a lot on shopping. Focus utama saya nak cari brg2 dr jenama nature republic. So mmg byk kedai nature republic kat sna, lebih dr 3 kedai. So bl lalu tgk ada promosi, so sy pun masuk. Bila kita masuk, dia akan bagi kita satu bakul. Dalam bakul tu akan ada satu sampel gift tuk kita. Kalo kita beli brg nt, dapat la gift tu. Kalo xbeli, xdpt la...slalunye gift yg diorg letak dlm tu adalah masker. So ms sy pegi, ada promosi 4 paket masker 6,500won (rm24.**). Ok lh kan sebab dalam 1 paket tu ada 10pcs masker. So dgn hrga tu saya dapt 40pcs masker. Berbaloi la jgk. Saya mmg borong habis masker tu tuk bagi souvenir kat kawan2 dan adik beradik. Husband saya pun tak ketinggalaan nak beli masker jgk. Jgn main2, masker k-pop dia beli..hahaha. Selain dr masker, saya beli jgk pelembap,lipstik dr brand yg sma. Masa nak byr tu nanti anda akan dpt gift jgk juga lagi tau. Mcm saya, siap dapat shampoo, hair treatment, bb cream, toner dan face tissue tau. Punye la byk gift yg diorg bg. Salah satu cara tuk tarik pelanggan kot kan.


Nak bergerak ke Myeongdong. Dah gelap padahal baru pukul 5 lebih

Salah satu kedai yang popular di Myeongdong



Kucing ni memang selalu ada kat sini. Nak mempromosi kedai agaknya


Handbag..boleh tahan juga harga kat sini

So dh settle beli brg, kami dibawa makan ke kedai yg popular dgn nasi goreng seafood.. mmg ramai org dlm tu, tp jgn risau, org korea mkn cpt. Sekejap je diorg makan, cpt la kami dpt dduk. So guide kami suggest kn kami kami nasi goreng seafood dan pancake. Satu hidangan tambah dengan pancake 37,000won (Rm140.**). Memang sedap, berbaloi makan walaupun bila di convert satu hidangan tu dkt seratus lebih.wuuuaaaaaa. Beria ckp jgn convert kan, tp diri sndri, stiap kali nk beli brg msti nk covert dlu...hahaha. Tak pernah2 setiap kali makan kena beratus2. Settle mkn kami pun bergerak balik. Arini ariel buat hal plk nak mainan, asyik menangis je selagi xdpt. Bukan tak nak bagi, mainan robot yg kecik pun dh dekat hrga rm50. Pujuk punya pujuk beli la benda lain tuk dia. Fuhhh..sabar je la. Nak balik pun buat perangai nak berdukung je. Sampai je GH, terus tukar baju dan zzzzzzz Penat dan sakit kaki sebab dukung budak sorang ni. Esok pkul 9 pagi guide kami cakap dah nk gerak ke tempat seterusnye..so memang nak kena tidur awal.......

Tunggu turn nak dapatkan tempat
Suasana dalam kedai makan

Berselera Ariel makan time sejuk-sejuk ni.

Guide kami, Rachel berasal dari Sabah



Muka orang tak sabar nak makan

Nasi Goreng Seafood & Pancake.
Sedap sangat-sangat. Tak tipu

Ni budaknya, nak berdukung pulak. Tak larat jalan katanya













Part 2: Korea

Kami punya flight ke korea pukul 7.45a.m (27 dec 20016). So saya dari ipoh bergerak ke klia2 selepas isyak 26 december tu. Saja gerak awal2 sebab risau jalan jammed. Lagipun kami tak tahu lagi lokasi klia2 tu dimana, so lbih baik kami bergerak awal kan. Selepas isyak kami bergerak perlahan2 menuju ke kl. So dlm pjlaan fikir jgk samada nak letakkan kereta dimana. Plan asal nk tinggalkan di parking klia2, tp memandang kan hrga parking mhal so kami decide tuk letak kereta di rumah kawan adik lelaki saya di Labu. Alhamdulillah kawan adik lelaki tu pulak berbesar hati nak hantar kami ke klia2 dan menjemput kami balik jugak nanti di klia2 tu. Sembang punye sembang, rupenye kawan adik lelaki saya tu bekerja di klia2 jugk. So selok belok klia2 tu dia tau la sedikit sebayak. So mmg memudahkan kami. Sbb seriusly saya belum pnh lagi jejakkan kaki di klia2 ni. Di Lcct dulu pnh la. Sbb dgr cete dr kwn2 yg kla2 ni besar, risau sesat atau risau tertinggal flight. So dgn adanye kawan adik saya ni, memudahkan kami. Kami sampai ke rumah dia dalam pukul 12 mlm. Sesat mencari rumah tak junpe. Plan asal nak terus ke klia2,sbb risau trlambat checkin bag. tapi kate kwn adik saya ni, awl lagi, pukul 3, or 3 lbih nt pn blh checkin bagasi katenye, so kami dgr je la. So masa yg ada ni dia ajak pulak ktorg minum. Nak minum ape tngah2 mlm ni, dia ajak ktorg lepak kat mamak, hahaha. Aku xjoin pun, aku tdo dlm kete ngn anak, biar diorg yg lelaki je la borak2 kat ctu. So dalam pkul 3 kami gerak ke klia2, dan 3.15 kami sampai di klia2. Dekat je rupenye dr rmh kwn adik lelaki aku ni. So lpas dh turun kan beg smua, si A ni tnjukkan kan kat mane nak masuk dan checkn bag smua, pastu dia bgerak balik. Skrg ni blh checkin bag di mane2 je kaunter. Tp ada jgk la tulis utk ke international, ke korea kaunter a-d. So kita blh la pegi mane2 kaunter yg dia tulis di board td. Lepas dh checkin bag, dah rasa lega.


Untuk ke Korea kami kena checkin bag di kaunter V8-V10.
So kami pergi kekaunter V8 je la.


Laluan nak ke gate


So kami berjalan menuju ke imegresen. Check pasport smua so kami ke next checkpoint. Ingat kan dh lepas check pasport, dah xde pape dh, kami ni beria la tunggu kat satu tmpat yg mmg ada ramai org duduk. Sbb tgk kat board tu gate tuk ke korea xbkk lagi, kami ingtkn kat ctu la tmpat nak tunggu. Rupenye kami silap. Terperasan bila tgk ada ramai org turun escalator ke bawah, so saya pun saja2 la jenguk ke bawah, baru terperasan ada tulis board yg tulis no gate di bawah..hahaha. Cpt2 sy bgtau hsband n adik tuk turun bawah. Turun je dr escalator tu kami ikut no yg signboard arah tuk no gate kami, rupenye ada lagi yg kena kami tempuh. Selamat la cpt sedar, kalo x, xtau la nk cakap ape. 

Laluan gate yang ada di tingkat bawah

Lepas berjalan dalam 10 minit rsnye, baru jumpe checkoint pemeriksaan kastam....pttlh la rsa lain je dr td, sbb blm buat pemeriksaan kastam, yg kat atas tadi scan badan kata imegresen je. Dh check smua kena bjln lagi, aduiii, lenguh kaki nak berjalan. Slmt la spanjang2 laluan nk ke gate masing2 tu ada bayak toillet n surau, so xde la risau sgt. So smpi je kat gate, pintu gate nye blm bkk, so kami relax2 dlu kat kerusi yg ada kat ctu. Makan minum semua sblm nk blepas. Makanan mcm biase lh, dh namanye airport dh tntu2 la hrga nye mahal. Saya beli air kosong yg dh siap dlm bekas, dengan satu bekas nasi lemak je dah Rm28. Kami makan sebelum msuk dalam perut kapal trbang. Dlm flight nanti saya boleh tdo je, kalao tdo terase skjap je sampai...hahaha. Sebelum nak sampai tu, pramugari akan bagi 2 borang tuk isi ye. Borang declaration from namanye. So nanti kena isi la msa sampai sana. Isi details diri kita je, dan jangan lupa isikan lengkap address tmpat kita nak dduk di korea nanti. Nanti jadik mcm kes suami saya, saya punya form juz isi seoul je, elok je lepas. Suami dan adik saya tak lepas, dh la ckp pun bahasa dia, kita mana lah faham. Yg faham dia ckp address je. So saya agak msti dia nk full address tmpat kami stay nt. So saya pun tlg la tulis kat form adik ngn suami saya tu. Korea ni canggih ckit, utrun je dari flight, kena berjalan kaki sikit pastu kita akan naik train utk claim bagasi. Canggih btl. So dh settle smua kami pun ke pintu keluar tu jumpa ngn guide kami.



Dah lapar...makan dulu

Huhuhu...Rm28 untuk nasi lemak dan air...wuaaaaaa





Part 3: Korea
Part 4: Korea (Gyeongbok Palace)
Part 5: Korea (Itaewon, Namdaemun, Namson Tower)
Part 6: Korea (Nami Island)
Part 7: Korea (Hangang Park) Last




Part 1: Korea

Dah 3 bulan balik dari Korea, tapi baru hari ni ada kesempatan nak update story pasal korea ni. Maklumlah lepas je balik dari korea aritu, terus prepair kemas-kemas barang nak pindah pulak. Penat balik dari sana tak habis lagi, dah tambah pulak penat yag baru.....hihihi. Ni pun masih ada lagi yang tak settle.

So saya nak story step by step la perjalanan saya dan family bercuti ke korea baru2 ni. Kami ke Korea seramai 4 orang je. Saya, suami, ank dan adik lelaki saya seorang. Saja saya bawa dia, untung2 bleh jdik photografer xrasmi saya.

Flight:
So perkara yg kena anda buat kalo nak travel, of course la tiket flight kn. Make sure u get the right ticket. Macam biase go directly to the flight website tuk booking ticket ye. Macam saya, saya booking 4 bulan sebelum nak travel. Ada yang kata kena book awal or 6 bulan sblm, saya tunggu jugak, tapi still xjumpa jugak ticket yg murah. So nak xnak saya booked jugak la 4 bulan sblm tu. Cuz bila fikir2 balik date nak travel makin dekat, so saya pun booked la. Return flight saya dapat included semua rm1600/person. Mahal....maybe sebab hujung tahun dan school holiday kan. Nak buat macamane, redha je la. So dh settle booking, lega rasa hati. But dlm 2 blm sblm travel tu sy ada gatal2 tgn jugak la nak bkk web AA tu, fuhhhh...date yg kami nak pegi tu, ada ticket promo, rm400.** return ticket. Mak aiii jauh beza dr hrga yg saya dh booked sblm ni. Nak buat mcmane, xde rezeki la kan. Kalo x, blh la balance duit tu buat shopping kan...hahahhaa... So kesimpulannya...kena booked ticket 2 bln sblm ke mcane...hahaha.

Penginapan:
Bagi saya tak payah la nak booked hotel semua. Bg saya kita tak payah nak spend a lot on accommodation cuz its just a place for you to house your luggage, bathe and sleep je kan. Kita bukannye byk masa duk dlm bilik. Kita akan ada kat luar je spanjang hari kan. So saya lbih prefer hostel or guesthouse. As long as dia bersih, affordable, ok je kan. So I make decision tuk stay kat FNSquare Malaysian Guesthouse (boleh cari di facebook/instagram) and I really love it. Sebab apa saya plih tuk stay kat cni, salah satunye sbb ia kepunyaan warga malaysia. So dah xbimbang kan. Boleh gna dapur yg disediakan tanpa ragu2, ada surau, breakfast yg disediakan dah conform2 halal kan. Walaupun GH ni xde attached bathroom, tapi sangat selesa. Sebab toilet nya berdekatan dengan bilik2 kita dan ada banyak. So tak jammed kalo nak mandi. Ada water heater, hair dryer, sabun, shampoo, mcm2 lagi la boleh dikatakan all provided. So sape2 yang nak cari penginapan di Korea boleh la search and stay di FNSquare Malaysian Guesthouse ye.









Toilet perempuan (pintu terbuka)
Toilet lelaki (pintu tertutup

Dapur kering di tingkat atas


Guesthouse di Gangnam, Seoul Korea


Guide:
Untuk makluman semua, saya tak pergi ke korea secara backpacker ye, saya pergi bersama family dan ada ank kecik. So mcm saya yang tak ada pengalaman ni, lagi mudah kalao upah guide tuk bawa kita ke mana2 kan. Kang main hentam g sendiri takut sesat larat plak dan badan pun penat. So saya decide tuk amik guide masa di sana saja. Banyak tempat saya cari so yg ni la yg paling saya puas hati selain dr harga yg berpatutan. Saya amik guide dari Daebak Muslim Travel. Macam yang lain, mereka tak ada sediakan guide saja, kalo ada pun, perbelanjaan guide tu pun kita kena bayar sekalli.termasuk la entrance fee, makan dan public transprt. Tapi ngn daebak ni, kita dah bayar upah mereka, so untuk makan, entrance fee semua diorg tanggung sndiri. Mybe diorg guna dari duit yang kita bayar tu kan. Bagi saya yang budget ciput ni, tu dah kira berbaloi dan saya boleh berjimat. Dengan daebak ni seriously puas hati, boleh kawtim hrga ikut budget, diorg akn bwk kita shopping kat tmpat yg diorg biase bawak dan knl, so kita dapat tawar menawar hrga dan boleh dapat byk gift dr peniaga kat sana. Tempat yang saya pergi tu, peniaga tu blh cakap bahasa melayu, so snang nk berkomunikasi, ramah plk tu, siap bagi byk free gift kat ktorg masa nak balik. So boleh la singgah kedai aunty tu kalo g sna. Tapi lupe plk kedai no berapa.hahaha. Tgk je la muke dia tu, rs2 sama terus terjah ek....hihihi. Actually guide kami masa di Korea ada 3 orang. Hari pertama kami di bawa oleh Rachel, student Malaysia yang berasal dari Sabah. Dia menggantikan tempat Munirah masa hari pertama tu sebab Munirah ada hal. Hari kedua baru Munirah yang bawa kami. Hari ketiga orang lain pula. Student malaysia lelaki 2 orang sebab hari kedua tu Munirah tak sihat. So student yang lain gantikan. Hari keempat baru la kami berjumpa dengan Munirah semula.

Guide kami di Korea.
Munirah berasal dari Kelantan.


Pakaian:
Kalo nak ikutkan kalo sape2 yang tahan sejuk, pakai sweater biase pun dah cukup. Tapi bagi yang xthan sejuk ni, pakai 2,3 lapis pun dah mengigil. Bahagian kaki ok sikit walaupun pakai seluar jeans je, tapi bahagian tangan ngn muke tak boleh tahan. Bagi orang dewasa kalo nak travel musim sejuk, saya suggest kan pakai baju tebal2 ckit. Kalo tak ada long john pun xpe, tapi kena pakai baju yag tebal2 la kat dalam bagi nak tampung kesejukannye nanti. Macam saya, mula2 sampai korea saya tak pakai long john, saya juz pakai sweater biase je. Bila dah sampi di airport incheon baru saya pakai winter jacket, alhamdllah la saya boleh tahan lagi sejuk, walaupun masa tu suhu -4. maybe sebab winter jacket tu kalis angin kan so sbb tu tak rasa sejuk. Tapi hari2 lain saya terpakse pakai long john sebab, lapisan kedua tu saya pakai tshirt knitteed biase. Sj try pki tshirt knitted tu ngn winer jacket je, tak boleh tahan, terase sejuk jgk, so saya masuk balik dlm guesthouse n pakai long john. Maybe sbb tshirrt knitted tu blubang2, so angin blh masuk, thats why sejuk. Tapi kala lapisan pertama tu dah pakai sweater yg tebal, saya rasa dah tak perlu pakai long john. Macam suami saya pun juz pakai sweater biase dan winter jacket je. Tapi sweater yg dalam tu pun agak tebal jugak. Tapi kalau yag ada anak kecik, saya rasa mmg kena prepair pakaian yg selengkap2 nya. Sebab kesian nati , diorg sejuk. Macam anak saya, dah pakai glove pun still sejuk. Sampai tak boleh nak berjalan la dia, kate nye kaki dah keras...hahaha. Sian sampai nangis2. Nak buat mcmane, kena berdukung jgk la dia masa kat sna. Stroller mmg xbawak, sebab dia xsuke duduk dlm strller, sampai sana kena gagahkan jugk la gilir2 dukung dia ngn husband. Bukak2 glove tgk tangan dia dh merah2. So bagi yang nak bawak ank kecil tu make sure prepair selengkapnye dr hujung rambut sampailah hujug kaki ye. Pocket warmer memang kena sediakan letak siap2 dalam bag. Glove untuk kanak-kanak kalau boleh beli yang jenis kalis angin tu, jangan beli yang jenis bulu-bulu sebab diorang akan rasa sejuk jugak nanti. Pakaian tak payah bawa banyak2, dua helai pun dah cukup. Sebab pengalaman saya di sana selama 4 hari, hanya sehelai baju je saya pakai. Cuaca sejuk so badan kita tak berpeluh dan tak berbau. Dan memang saya sediakan sehelai baju je untuk pakai tidur.


Makanan:
Macam saya, saya memang siap-siap beli makanan segera dari Malaysia je. Saya beli produk Brahim's. Nasi goreng kampung, Nasi lemak, bubur ayam, cokelat2 n banyak lagi la. Standby manetau malam-malam kalau malas nak keluar ada la stock makanan dalam bilik kan. Tapi tak semua makanan tu saya sempat makan. Sebab dah hari2 keluar, banyak masa di luar so, memang akan makan kat luar je la. Makanan yang saya bawa tu makan masa breakfast n tengah malam je kalau lapar. Recomanded untuk cuba nasi lemak Brahim's memang sedap.


Makanan segera dari Brahim's


Lain:
Selain makanan, barang2 yang perlu di bawa kalau musim winter dah tentu2 nya:
- Pocket warmer: Boleh membantu kalau kita sejuk. Ada 2 jenis, satu yang jenis lekat pada baju, satu lagi yang jenis genggam di tangan. Dua2 saya dah try, rsnye yang lekat di badan lagi banyak membantu la. Semua tu saya cari di Korea, sebab di malaysia merata saya cari tapi semua dah xde stok.
- Minyak sapu: Minyak sapu pun jangan lupa bawa ye, sebab di korea kita banyak berjalan. So bagi sape yang kurang berjalan kaki jauh2 tu memang akan sakit kaki. So kalau bawak ubat sapu tu boleh la melegakan kaki tu sikit.
- Losyen: Memang cuaca sejuk, tapi saya tak pernah pakai losyen dan alhamdulilah saya tak mengalami masalah kulit disana. Bukan tak nak pakai, tapi asyik lupe je nak pakai. Dan balik ke GH selalunye baru la teringat.
- Penutup hidung: bagi sesiapa yang memang tak tahan sejuk digalakkan bawa penutup hidung. Bila cuaca sejuk, hidung kita akan berair je. Kadang2 tak sedar dah meleleh...hahaha. So tuk keselamatan, kebersihan n kesenangan baik la ttup hidung tu....hahaha. Nak beli kat sana pun boleh, lagi banyak corak2 yang lawa2.
- Plug : memang kena bawak universal plug ye. Sebab plug kat sana tak sama dengan plug kita di malaysia.


Duit:
Matawang Korea Won ye. Masa saya pergi bulan december haritu matawang kita jatuh sedikit. So bila tukar duit pun dapat sikit je la. 1,000won = Rm3.80 kita. Saya hanya bawa duit belanja rm3000 je untuk ke Korea. Dan alhamdulillah cukup untuk 4 hari disana dan juga untuk berbelanja.


Duit Korea



Part 2: Korea
Part 3: Korea (Myeongdong)
Part 4: Korea (Gyeongbok Palace, Cheongstream)
Part 5: (Itaewon, Namdaemun, Namson Tower)
Part 6: Korea (Nami Island)
Part 7: Korea (Hangang Park) Last

Selasa, 8 Disember 2015

Renew Pasport 2015

Kali ni nak review cara2 nak renew pasport bagi sesiapa yang tak tahu la. Yang dah tau, baca jugak la n buat2 xtau ok...hahaha. So macam saya, saya renew pasport di JB je la sebab dah duduk pun kat sini kan. So saya decided tuk pergi UTC Johor. Mula2 saya pergi hari Ahad, memang ramai sangat orang. Dari pagi saya pergi, sampai nak ke tengahari still tak dapat2 lagi nombor. So disebabkan suami saya nak keja tengahari tu, kitaorang pun balik la. So plan nak pergi hari selasa pulak.

Sampai lah hari yang ditunggu2...pagi2 lagi dalam pukul 7 lebih saya dah gerak dari rumah tuk pergi ke UTC Johor. Harap2 tak la ramai sangat orang macam sebelum2 ni. Sampai je di UTC, alhmdulillah la, memang xseramai macam aritu. Tapi still jugak la kena beratur. Membeku jugak la kaki berdiri nak amik nombor...hahaha.

Sampai je di pintu masuk, terus amik nombor. So untuk yang renew, tak banyak sangat item yang kena ada. Untuk saya, diorang cuma nak kan salinan ic je, tu pun tuk dikepilkan kat pasport anak saya.  Untuk suami saya tak payah nak sertakan ape2. Untuk anak saya yang berumur 4 tahun, diorg cuma nak salinan surat beranak dan gambar 2 keping. Untuk kita yang dewasa, gambar akan di ambil di kaunter je nanti. So tak payah dah nak pegi amik gambar kat kedai. Mudahkan...dah tak payah nak bawak macam2 pengenalan dah masa nak renew. Pengurusan di UTC Johor ni pun boleh dikatakan cepat.

Buat yang xtau, waktu operasi di UTC Johor ni setiap hari ye. Termasuk sabtu ahad, kecuali cuti umum.

Waktu Operasi: 8.30am-10.00pm
Waktu rehat: 7.00pm - 8.00pm (isn-ahad)
Waktu rehat: 12.45 - 2.45 (Jumaat)

Cara-cara renew pasport:
Suami: bawak pasport yang lama je.
Saya: bawak pasport yang lama je.
Anak: gambar 2 keping, salinan surat beranak 2 keping, salinan ic ibu 2 keping. (Tp ms kat kaunter, salinan ic saya diorg tak nak pulak)

Harga tuk renew pasport sama je macam harga dengan permohonan pasport buat kali pertama. Iaitu rm200 untuk tempoh 5 tahun. Untuk kanak2 bawah 12 tahun rm100 je untuk tempoh 5 tahun.

Pasport yang lama kita akan dapat balik ye. Tapi pasport yang lama diorang akan potong.

***pastikan kena pakai pakaian yang gelap ye. Bagi yang bertudung pun sama, pastikan pakai tudung berwarna gelap.