Rabu, 17 Disember 2014

~Holi...Holiday~

Yeay...akhirnya sampai la ke ari yang ditunggu2. Masa entry ni ditulis, saya ngah menunggu masa nak balik kampung je ni. Nak tidur pun dah tak boleh. Xcited punye pasal nak jumpe family di Ipoh. Nak holiday sekali. Tahun ni kami satu family plan nak ke Langkawi. Memandang kan ibu saya dari dulu lagi teringin nak ke Langkawi, so saya dan husband decided nak ke sana lagi tahun ni. Kiranya ni kali kedua la kami akan ke sana. Kali pertama masa honeymoon. Kali ni pergi bawak anak plak hihihi.

Boleh la bawak dia masuk underwaterworld nanti. Conform suke sbb byk ikan2 dlm aquarium. Tapi xtau la kan kalo2 dah ada perubahan kat sana. Segala persiapan nak ke langkawi saya dah prepair awal2 dah. Punyalah xcited nak pegi kan, padahal bukannye tak pernah pergi. Maybe kali ni xcited sebab pegi sekali dengan family yang lain n anak. Hotel, kereta sewa, feri smuanya saya booking online je. Harap2 semuanya berjalan lancar la dari A-Z. Amin...

Doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi ye...Amin.....

P/s: nak tau cerita lanjut kena la tuuungguuuuu..... :-)

Annual Concert & Graduation

Dah lama rasanya tak update entry. Semenjak dah kerja balik ni dah jarang nak buka blog. So arini tetibe rasa free plak...

13 december 2014 aritu tadika tempat saya kerja telah adakan annual concert and graduation. Bila sebut je graduation maknanya dah nak habis sekolah la kan...dh habis sekolah maknanye boleh la bercuti...hoooray...

Tak sabar rasanya nak balik bercuti di Ipoh. Rindu kat ibu ayah, adik beradik n anak2 buah. Beberapa ari sebelum nak concert ni letih ckit la. Sebab nak kena siap kan macam2 untuk budak2. Nak practice tarian lagi. So untuk saya tahun ni pilih lagu pop je utk budak2 tu. Lagu dari kumpulan One Direction bertajuk Whats makes u beautiful. Alhamdulillah menjadi dan diorg senang faham step2 yang saya ajar.  Maklum lah budak2 umur 5 tahun bukan boleh push sangat. Tapi ok lah diorg enjoy ngn tarian diorg, bila diorng enjoy senang la kerja kita...hihihi.

Tak banyak pic yang boleh ditunjuk sebab masa performance saya dduk di blakang stage. Kena prepair pakaian, makeup tuk diorang. Yang lain2 penuh gambar sendiri je...hahaha

Rabu, 3 September 2014

Cream Foundation

Dah lama rasanya tak update blog. So hari ni saya nak update pasal cream foundation yang betul2 bagus. Sesuai untuk sapa2 yang suka kan mekup yang ringkas dan nipis. Kalau nak try cream foundation ni,boleh sms/whatsapp saya ye (efy-0177999480)

1st sekali try foundation ni memang puas hati. Lembut n licin je. Tak la terase tebal je muka kan. Kalau nak sapuan nampak lebih kemas dan rata, digalakkan sapu menggunakan berus ye. Kalau nak pakai jari pun boleh, tapi result dia kurang sikit la. Lepas dah sapu foundation tu, letak loose powder dan rata kan. Dah siap spray guna aquara spray tu. Pastu tengok hasilnye macamana. Tentu puas hati. Saya dah cuba....pergi kenduri kawin pakai set ni, balik dari kenduri pun still ada lagi. Memang tahan lama....

Kalau sape2 nak mekup kan untuk saudara mara ke, mekup dinner ke boleh la pakai produk ni. Sebab tak terlampau tebal...saya pun gunakan produk ini untuk mekup kan customer..

Nak order sms/whatsapp saya ye.
Open order setiap hari isnin- jumaat. Penghantaran akan dibuat pada hari sabtu atau ahad.

Sabtu, 28 Jun 2014

Tour Guide di Korea

Fuhhh...payah jugak nak cari pakej untuk pergi ke korea ni kan. Macam-macam pakej dah cari tapi semuanya terasa mahal dihati......hihihi. Al-maklumlah budget ciput je, tapi ada hati nak pergi sana kan. So saya nak tanya kot-kot, sapa-sapa tau kalau saya nak upah tour guide saja di korea tu nanti. Banyak dah yang saya email dan pm dia facebook, tapi tak ada yang reply2 pun....kalau boleh saya nak tau bayaran untuk khidmat tour guide sepanjang (4h 3m) dan bayaran penginapan sahaja. Yang lain-lain seperti transport, makan, entrence fee semua tu kami akan bayar kat sana je la kalau kami teringin nak pergi. Tour guide tu juz tolong bawakkan je....contoh macamni kat bawah ni la. Saya ada jumpe di satu blog, dia menyediakan khidmat ni....saya dah email tapi sampai sekarang tak reply2...so kalau ada student2 lain yang boleh buat khidmat macamni, please email saya ye: efy_yatie@yahoo.com.my

***Nak pergi musim winter

Contoh:

PENGINAPAN (GUESTHOUSE/MOTEL)
sy akan booking kn utk anda....bile smpai sane,anda bayar sndiri...pnginapan yg di cari ade la paling brpatutan...anda mmpu utk mmbayarnye....

MAKAN/MINUM
sy akan tnjukkn mkanan ape yg boleh di mkn...trutama skali msti la halal...nk lebih jimat lg...anda bawak la maggi cup leh mkn bile kt hotel nnti...

TRANSPOT/SUBWAY (TRAIN)
sy akan tnjukkn jgak mcmaner cara nk menaiki subway....cara utk beli T MONEY....dan sy akan tunjukkan kemana shj anda ingin pergi....

ENTREE FEE/TMPAT MASUK BRBAYAR
yg ini trpulang pada anda utk bayar atau pn just nk ambik gmbar shj....ini semua trpulang pd anda...klu anda rase tk perlu masuk....tkyah la masuk.....

Dgn cara ini anda boleh mnjimatkn wang anda....anda rancang sendiri prjalanan anda disana....dan sy hnye akan mmbawa ke mana shj tempat yg anda ingin pergi....

*** Kalau harga berpatutan insyaallah ramai yang akan pergi trip ni.

Jumaat, 20 Jun 2014

Persiapan Hari Raya

Huhuhuhu.....dah beli baju raya ke belum....??? Tak tahu la kenapa tahun ni excited pulak buat persiapan raya awal2. Belum masuk bulan puasa lagi dah ada dua pasang baju raya. Agaknya sebab tahun lepas tak dapat balik beraya, so tahun ni kira balas dendam balik la hahahaha. Tapi kalau nak ikut kan tahun ni banyak pulak berbelanja. Bila dah beli tu baru rasa menyesal. Bukan apa, selalu tak pernah nak beli baju yang mahal2.

Bukan nak kata menunjuk2, tapi sebelum2 ni memang jarang nak beli baju ready made, selalunya saya beli kain dan suruh kakak yang jahitkan. Cakap lah nak buat fesyen macamana, kakak saya buatkan je. Tapi tahun ni kakak pulak pregnant so memang tak boleh nak hantar kat dia. Nak hantar kat orang lain takut tak selesa pakai. Nak tak nak memang kena beli siap. So aritu saya dah beli dua pasang baju raya. Tapi kalau tengok kan harga memang jauh dari harga yang saya budget kan. Bayangkan tahun ni je bj raya saya sepasang dah mencapai harga RM2**. Kalau dua pasang dah berapa......omg....takut dengar harganya. Mungkin ada orang lain yang baju raya nya lebih mahal dari saya, tapi bagi saya, tahun ni memang melampau sangat budget nya..hahaha (dah beli baru menyesal kan). Nak buat mcmana dah beli dah pun. Nafsu membeli kuat sangat. Harap-harap tahun2 yang akan datang tak ada la nak membazir macamni...tu yg susah tu kalau shopping online. Tengok ada je baju yang lawa2, dah nak beli. Transfer je duit kan. Ni belum beli tudung, kasut semua lagi....huhuhu...

*Tahun depan dekat2 nak puasa jangan online la...hahaha. Takut terlebih budget lagi.

So pada sesiapa yang nak shopping raya tu, jangan membazir ye. Berbelanja mengikut kemampuan. Tapi kalau sekali sekala nak berbelanja lebih untuk diri sendiri tak salah kan. Asalkan tak membazir. Jangan jadi macam saya, dah beli baru rasa menyesal..... :-)

Jumaat, 13 Jun 2014

Kids Sports & Gym Area Larkin, Johor

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca-pembaca semua. For this entry saya nak tanya lah, ada sapa-sapa tahu tak kat mana ada kids sport & gym untuk kanak-kanak umur 3/4 tahun (area larkin, johor). Tak nak yang macam kindergarden sangat. Nak yang lebih pada playschool untuk budak-budak. Cuz saya bercadang tahun depan nak hantar anak ke playschool, bukan nak bagi dia belajar sangat, juz untuk bagi dia bergaul, berkawan dengan orang. Bagi dia biasa kan diri dengan orang luar. Kalau boleh nak hantar dalam 2/3 kali seminggu.

Saya ada terlihat satu tempat tu, tapi tempat tu jauh sangat di KL..Saya ni duduk area Larkin, Johor. Kalau ada tempat yang dekat-dekat lagi bagus. Saya tertarik dengan tempat tu tapi tak ada la pulak cawangan dia di JB ni. http://kizsports.com.my/en/index.php .Banyak program yang diorang sediakan sesuai ikut umur anak-anak kita. Kalau saya duduk berdekatan dengan tempat tu, rasanya dah lama saya daftar kan anak saya disana.

Anak saya tahun depan dah 4 tahun, so saja nak bagi dia biase kan diri dengan kawan-kawan. Tak nak la push dia sangat untuk belajar, sebab masih kecik lagi kan. Just nak suruh dia enjoy, belajar menyanyi, art, mewarna ke kan. Kira macam basic concepts. So kalau ada sape-sape yang terbaca entry saya ni yang tahu kat mane ada sports gym utk kanak-kanak macam yang saya beritahu tadi tu inform saya ye....please......

Rabu, 21 Mei 2014

Samsung Mega VS Samsung S5

Which one better?


Konfius-konfius...hihihi. Sebenarnya my husband nak beli kan saya handphone baru. So dia suruh saya fikir dulu nak handphone yang mane. Almaklumlah handphone yang lama ni dah uzur dah. Volume button pun dah tak betul. Tempat nak charges phone pun dah tak boleh nak masuk. Repair dah 2,3 kali dah. Tapi still jugak sama. Nak beli iphone macam tak mampu je...hahahaha. So decide nak beli samsung je la sebab dah terbiasa guna hadphone brand tu kan.

Antara yang jadi pilihan saya SAMSUNG MEGA & SAMSUNG S5. Setahu saya samsung mega ada dua jenis kan. Satu samsung mega 6.3 dan satu lagi samsung mega 5.8. Saya tak tahu apa beza antara dua jenis phone tu. Yang samsung S5 pulak, yang saya tau dia kalis air je. Yang lain-lain tu saya tak berapa tau sangat. So antara dua handphone ni, agak-agak yang mana lagi ok ye.

Saya kalau tanya pasal handphone memang tak tahu sangat. Tau guna dan amik gambar je. Yang lain-lain, kalau sebut RAM ke, ape lagi, HD ke ape saya memang tak tahu. So kalau ada antara pembaca-pembaca yang pernah guna antara dua handphone tu boleh la beritahu kat saya ye. Yang penting saya nak kamera dia yg terang. Tak kisah la samada kamera belakang or front kamera...hihihi. Sebab saya ni suke amik gambar. So memang penting kan kualiti kamera.